Showing posts with label makan2-perak. Show all posts
Showing posts with label makan2-perak. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Restoran Bakau 'D' Muara @ Lumut


Sekiranya anda berada di Lumut, dan ingin membawa keluarga makan malam, anda boleh mencuba Restoran Bakau 'D'Muara.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan laut, dan antara restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, ketam, sotong mahupun udang.
Bakau D'Muara bermula sebagai sebuah kedai makan di Lekir – sebuah kampung di tepi laut berhampiran Lumut.

Cawangan Restoran 'D' Muara di Perak

Lumut – Perak, Jalan Titi Panjang.

Tel: 0124326449/0175807669

Lekir – Sitiawan

Batu 6, Jalan Lekir, 32020, Sitiawan, Perak.

Tel: 012-4326449/0175691550.

Lekir 2 – Sitiawan

Batu 8, Jalan Lekir, 32020, Sitiawan, Perak,

012-4326449/0175691550.

Anda juga boleh melawat lamanweb restoran ini di:

Wednesday, March 16, 2011

Mr.Cendol @ Lumut


Sekirnya anda berada di Perak, Anda boleh menemui sejenis usaha Franchise
istimewa yang masih belum meneroka negeri-neger lain di Malaysia.
Franschise yang dimaksudkan ialah Mr. Cendol.

Kini Mr. Cendol telah dibuka di 9 cawangan di seluruh Perak.
* Econsave , Sitiawan
* Giant Manjung
* Medan Jaya Sitiawan
* Batu Gajah

Di samping menu istimewa Cendol, Mr.Cendol turut menawarkan
pelbagai jenis mee, nasi untuk pilihan Anda sekeluarga.
Cawangan baru Mr. Cendol boleh ditemui di
* Marina Island Pangkor
* Esso Lumut
* Batu Gajah dan Ayer Tawar.

Monday, March 7, 2011

Restoran Silaturahim @ Teluk Batik

Restoran Silaturrahim di Teluk Batik ini memang popular di kalangan penduduk
setempat serta para pengunjung yang sering ke Lumut.
Di samping masakan pelbagai menu yang sedap ala masakan kampung, Restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis ulaman istimewa seperti sambal belacan yang diadun dengan tempoyak campur bacang, ikan bakar pelbagai jenis.
Orangramai sentiasa bersdia berbaris panjang khususnya waktu makan tengahari.
Restoran ini juga popular di kalangan Anggota Tentera Laut yang pangkalannya terletak ber hadapan restoran ini.
Anda boleh mengunjungi Restoran Silaturahim ini di alamat berikut:
No. 3A(Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut.

Wednesday, January 5, 2011

Nasi Kandar Ayam Merah @ Ipoh


Kalau berkunjung atau singgah di Ipoh, pastikan anda menuju ke Jalan Yang Kalsom untuk mencuba Nasi Kandar yang
terletak dalam Kedai Kopi Yong Suan.
Restoran Nasi kandar Ayam Merah telah dibuka sejak
tahun 1960 lagi iaitu seusia kedai kopi Yong Suan.

Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan
sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.
Walau bagaimanapun, penggemar masakan ini yang terdiri daripada penduduk setempat serta penggemarnya yang singgah di Ipoh dalam perjalanan ke Utara mahupun ke Selatan sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati nasi kandar di sini.
Apa yang lebih menarik ialah pelanggan
restoran ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...