Friday, July 27, 2018

Tabaloi di Mukah, Sarawak


 Tabaloi merupakan makanan tradisional Kaum Melanau di Sarawak.
 Ia  diproses dengan dua cara iaitu dengan menggunakan cara tradisional atau
moden.

 
Cara pembuatan Tabaloi boleh dilakukan dengan berkunjung ke  Kampung Tutus Hilir, Mukah.
 Tabaloi merupakan snek yang dimakan semasa mereka menjalankan proses membuat sagu.  Pada zaman dahulu, Tabaloi dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan belanga yang besar.
Tabaloi kini dihasilkan dengan pelbagai perisa seperti  strawberi, milo, dan pandan. 

Tuesday, July 24, 2018

Museum Of Glass @Penang


Museum of Glass - Muzium Gelas pertama di negara ini boleh dikunjungi di Pulau Pinang.
Museum ini juga turut diiktiraf oleh malaysia Book of Record sebagai Muzium Glass Pertama di Malaysia.
Muzium ini terletak di Mount Erskine Road.
Pengunjung juga berpeluang mengikuti cara-cara melukis di atas kaca untuk dijadikan oleh-oleh sebelum pulang.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @

Wednesday, July 11, 2018

Perhentian Island @ Terengganu (English Version)


The Perhentian Islands consists of 2 islands simply named Besar and Kecil, translated as Big and Small. 
Located off the coast of Terengganu, it makes up but two of the many islands that dot the east coast of Malaysia. Getting there is a cinch from Kuala Besut with an approximate half hour boat ride from the jetty.
The 2 main things to do at the islands are diving and snorkeling. 
Both are equally exciting as the diversity of marine life available in the area is astounding.
 Schools of yellowback fusiliers , rays, turtles, puffers  and gorgeous angelfish  are only the tip of the iceberg when it comes to the variety of species that you can enjoy while in the water.

 Whether you prefer the thrill of swimming in the ocean or just enjoy a bit of the sun while relaxing on the beach next to crystal clear waters, 
the Perhentian Islands is a definite must visit part of Peninsular Malaysia. 

Monday, July 9, 2018

Bariani Johor Pak Anjang @ Shah Alam

Sekiranya anda peminat Nasi Bariani, anda boleh berkunjung ke  Restoran Pak Anjang Bariani Johor, di Seksyen 13, Shah Alam
Nasi Beriani Gam Johor yang ditawarkan 
memang asli Johor dan cukup istimewa.
Pastinya yang paling istimewa ialah Bariani kambing. Bariani lain yang juga cukup istimewa ialah Bariani Daging & Ayam.
Sekiranya anda berhasrat merasa Nasi Bariani Gam
ini kunjungi restoran itu di alamat:
Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
40100 Shah Alam.

Wednesday, July 4, 2018

Kacang Pool Haji @ Plaza Larkin,JB


Kacang Pool Haji di di Plaza Larkin 
memang popular di kalangan peminatnya.
Plaza Larkin terletak bersebelahan 
stesen besar bas J.Bahru, di Larkin.
Kacang Pool yang dihidangkan berkuah daging hancur
diadun kacang merah yang halus disertai rempah perasa.
Ia ditambah istimewa apabila diletakkan telur 
mata kerbau di atas Kacang Pool itu.
Ikuti juga link berikut mengenai tajuk yang sama

Sunday, July 1, 2018

Venice - Sebuah Kota Luar Biasa

Bagi mereka yang berkunjung ke Eropah, Venice adalah satu kota luar biasa  dan wajar menjadi  destinasi wajib dalam senarai percutian.
Venice, atau Venezia  adalah satu-satunya kota di dunia yang dibangunkan dengan persekitaran yang dikelilingi air. Ia dipisahkan oleh sebuah sungai Canale Grande atau Grand Canal. 


Sungai sepanjang 3.5 km ini dikenali sebagai “The great street of Venice”. Venice terletak di tengah-tengah Laguna  21km panjang dan 14km lebar di hujung barat laut Adriatik, yang menghubungkan 118 pulau. 

Setibanya pengunjung di kotaraya ini, mereka  dibawa ke Piazza San Marco dengan menggunakan perkhidmatan  water bus dan water taxi - pengangkutan utama yang digunakan di Venice. Selepas itu pengunjung boleh menikmati keindahan kota ini dengan menaikki Gondola yang tersedia.

Destinasi ini juga adalah syurga membelibelah.




Selamat Berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...