Apa khabar semua pembaca blog yang tak jemu-jemu masuk ke blog ini. Semoga semuanya didalam lindungan Allah dan sihat sentiasa. Lama benar saya tidak update blog. Selain dari kesibukan tugas harian dan habiskan masa bercuti dengan keluarga sempena cuti sekolah, laptop juga dah lama meragam dan terpaksa dihantar repair. Alhamdulillah hari ni laptop dah kembali 'sihat' dan setelah 3 minggu menyepikan diri, bolehlah masukkan resipi.
Entry pembuka adalah resipi kek marble sirap ros nutella. Panjang 'nau' nama resipinya...tapi ia hanyalah sekadar kek marble biasa yang telah diubah suai dan apa yang boleh saya katakan adalah...berbaloi mencubanya. Gandingan sepadan wangi sirap ros dan keenakkan nutella benar-benar memikat selera. Cubalah...resipinya ada dibawah ini.
KEK MARBLE SIRAP ROS NUTELLA
Bahan-bahan
300gm mentega
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur
240gm gula kastor
1 sudu besar ovalette
30ml minyak masak
20ml air
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar sirap ros
2 sudu besar nutella
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega sehingga kembang, kemudian masukkan tepung yang telah diayak.
2. Dalam bekas lain pukul telur, ovalette, gula sehingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan adunan mentega tadi bersama minyak dan air. Pukul hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian dimasukkan sirap ros dan satu bahagian lagi diletakkan nutella. Jika ingin warna yang agak terang, boleh tambahkan beberapa titis pewarna merah jambu kedalam adunan berisi sirap ros dan 1 sudu besar serbuk koko kedalam adunan berisi nutella.
4. Tuang kedua adunan berselang-seli kedalam loyang hingga habis.
5. Bakar pada suhu 175'c selama kira-kira 45minit atau sehingga kek masak. Setelah kek sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan. Jika suka bolehlah hiaskan dengan nutella dan taburan coklat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)