Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

Pengalaman Melakukan Ujian Pap Smear Untuk Kanser Pangkal Rahim


Assalamualaikum wbt

Siapa yang belum pernah buat ujian pap smear? Ataupun, mungkin ada yang belum pernah pun dengar perkataan pap smear.

Saya sendiri, pertama kali tahu tentang pap smear ni, waktu bersalin anak yang pertama. Sebab lepas bersalin tu, doktor ada bagi appointment untuk buat ujian pap smear. Tapi, jujurnya, saya tak buat pun test tu waktu tu. Sama juga selepas bersalin anak kedua. Tak buat juga. Ada la terbaca juga kepentingan buat ujian pap smear ni, tapi entah kenapa rasa malu dan takut nak buat.

Sampai la dah bertahun-tahun, anak-anak pun dah masuk sekolah semua, barulah timbul kesedaran dan terbuka hati nak buat ujian pap smear ni.

Pengalaman Saya Pertama Kali Buat Ujian Pap Smear

So, bulan lepas saya beranikan diri pergi buat ujian pap smear. Kebetulan waktu tu anak-anak ada kat kampung sebab cuti sekolah, so senangla sikit, pergi berdua je dengan cik abang. Takut-takut jer nak cakap kat doktor tu ni baru first time nak buat pap smear. Takut kena marah. Hihi. Doktor tu takla marah, tapi macam berubah sikit la air muka dia. Dia tanya tak pernah tau ke tentang ujian ni, sebab sepatutnya dah lama buat.


Doktor tu ada share 3 benda penting yang saya rasa patut saya kongsikan kat sini. Ada 3 routine check-up yang semua kaum wanita perlu buat:

1. Pemeriksaan payudara
Lakukan pemeriksaan sendiri di rumah untuk mengesan sebarang ketulan, benjolan, biji, kulit yang berubah atau ada keluar sebarang cecair. Early detection untuk ketumbuhan atau kanser payudara.
Routine : at least 1 kali sebulan

2. Ultrasound
Jumpa doktor untuk buat pemeriksaan ultrasound sekitar rahim untuk mengesan sebarang ketumbuhan, fibroid dan cyst yang juga boleh membawa kepada risiko kanser.
Routine : 1 kali setiap 1-3 tahun

3. Pap smear
Jumpa doktor untuk buat ujian pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim / serviks, sebaik sahaja selepas kahwin atau dah mula melakukan hubungan seks.
Routine : 1 kali setiap 1-3 tahun

Bagus doktor ni, buat saya lagi alert tentang kesihatan sendiri. Berdebar-debar juga rasa waktu buat chek-up ni. Yang ujian pap smear tu, sekejap jer and tak sakit pun. Cuma, waktu saya buat tu, ada bleeding sikit. Ya Allah risau betul. Doktor pun tak cakap apa-apa, cuma perlu tunggu result jer. Result dah dapat pun actually, syukur Alhamdulillah, normal dan takde apa-apa yang merbahaya.

Kepentingan Buat Ujian Pap Smear

Tahukan anda ujian pap smear ini menyelamatkan jiwa jutaan wanita di seluruh dunia daripada kanser pangkal rahim / serviks.

ujian pap smear - women online magazine

Setiap minit, seorang wanita disahkan menghidap kanser pangkal rahim / serviks di dalam dunia. Bahkan, kanser tersebut merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara! Kanser kanser pangkal rahim / serviks boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut.

Kanser ini boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja. Tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim. Ironinya, kanser serviks boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui ujian pap smear tetapi ramai wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini, antaranya takut la, malu la.

Apa itu Ujian Pap Smear?


  • Ujian PAP ini juga dikenali sebagai Pap Smear (ujian papanicolaou). Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.
  • Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
  • Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.
  • Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Di samping itu juga, semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan. Tahukah anda bahawa prosedur pap smear ini begitu cepat, iaitu kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan, cuma ada sedikit rasa tidak selesa.
Bila & Siapa Sebaiknya Melakukan Ujian Pap Smear?


Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun.

Anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap tiga tahun sekali.

Apakah Persediaan Awal Yang Patut Anda Lakukan?
  • Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh sehari sebelum ujian. Sebagai contoh ubat anti fungal, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
  • Elakkan daripada menggunakan tampon.
  • Paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas hari pertama haid. Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan ‘spermicid’, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan ‘jelly lubricant’ dua hari sebelum ujian dijalankan kerana bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Apa Yang Dilakukan Semasa Ujian Pap Smear?
  1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
  2. Spekulum (muncung itik), sepanjang empat inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
  3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
  4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
  5. Anda akan berasa sedikit tidak selesa. Walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Berapa Lama Keputusan Akan Diketahui?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Namun,boleh jadi anda akan mendapat keputusan tersebut lewat dalam tiga minggu hingga tiga bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Macam saya hari tu, lepas 3 minggu baru dapat keputusan. Patutnya 2 minggu je, tapi sebab doktor tu cuti, so delay sikit. Punyala lama berdebar-debar tunggu keputusan, sampaikan hari-hari pun asyik terfikir-fikir.

Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Di Mana Anda Boleh Menjalani Ujian Ini?

Anda boleh menjalani ujian pap smear di
  • klinik sakit puan
  • pusat bersalin 
  • mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.
Dekat hospital kerajaan pun ada kalau tak silap. Saya buat hari tu dekat pakar sakit puan hospital swasta. Ada package juga test tu, memandangkan saya ni first time buat kan, husband terus ambik package yang paling detail.


Mudah-mudahan info yang saya kongsikan ni, memberi manfaat untuk anda ya. If ada suami yang terbaca, mungkin anda boleh galakkan isteri anda buat ujian ni.

Sebagai wanita ni, kita perlulah  mengambil inisiatif melakukan ujian pap smear sebagai langkah berjaga-jaga. Buang rasa takut, buang rasa malu. Penting sangat untuk mengesan awal sebarang sel yang tak normal yang boleh membawa kepada kanser.
Saya pun insyaAllah lepas ni akan sentiasa buat routine check up ni.

Thanks for reading :)

Tuesday, 31 January 2012

Prevent cancer by having good dietary habit

hari tu, member kat tempat kerja aku citer one of her relative baru meninggal disebabkan brain cancer. budak kecik jer lagi, baru darjah 6. kesiannya. terkedu jugak aku dengar. budak kecik pun dah ada yang kena cancer sekarang. time tu, aku terpk kat anak2 aku jer.

kebetulan pulak aku ada received satu artikel dari member aku pasal cancer and this article is very informative. actually panjang gak article tu, tapi aku summarize jer la kat sini, ambik point2 yang penting jer la. sila la baca kawan2 semua, mudah-mudahan info ni sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah sebelum terlambat.
Do you know, one third of all cancers are linked to poor eating habits?

Fighting Cancer Menu

Quit smoking
Lower red meat and calorie intake- avoid or reduce industrially process foods ie chips, soft drinks, crisps, hamburgers.
Avoid barbecued meats. The greasy drippings that fall and catch fire produce toxic substance know as aromatic hydrocarbons.
Exercise regularly
• Choosing to modify your diet in order to include certain foods that are exceptional sources of anticancer molecules represents one of the best weapons currently at our disposal in the fight against cancer.
Anti-Cancer Food

• Light cooking, steaming or stir-frying Cabbage, Broccoli, Cauliflower, Brussels sprouts or Tomatoes
• Habitually add Garlic or Onions to your cooking
• Drink more Soya Bean Drink or Japanese Green Tea
• When you buy your fruit, take Berries, Orange, Grapefruit, Lemon, Mandarin Orange conveniently.
• Add Sardines or Salmon fish to your dish
• Choose Chocolate than sweet
Just make an effort and take more anticancer food. Do not make life difficult for ourselves, simple adjustments to our lifestyle keeps the doctor away!

Saturday, 17 December 2011

F'iena BEAUTY dan Virgin Coconut Oil (VCO) by Catalyst - untuk kesihatan diri dan kecantikan kulit bebas dari jerawat

Tertekan dengan masalah jerawat dan kulit kusam?

Jika anda inginkan kulit yang cerah berseri tanpa sebarang noda, mungkin anda boleh mencuba package ini. Dengan package ini juga, anda boleh sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri anda.

Package mengandungi:

package hanya RM 108
+ RM 6 Pos Laju

boleh juga dibeli secara berasingan

F'iena BEAUTY - Rice Milk Whitening Set

hanya RM 70
+ RM 6 Pos Laju

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena BEAUTY, klik sini

Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel Capsules by Catalyst

hanya RM 39.90
+ RM 6 Pos Laju

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk VCO Softgel by Catalyst, klik sini

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Monday, 14 November 2011

Bercuti raya di hospital, dari KPJ Penang Specialist Hospital ke Kedah Medical Centre

salam kawan2 semua. first of all, thanks for all your wishes. really appreciate that

minggu lepas adalah minggu yang paling bz dan penuh dugaan untuk keluarga kecik aku ni. dua hari sebelum raya, Irfan admitted sebab kena Pneumonia. aku time tu dah tau dah, sure aku kena raya kat hospital punya. tapi aku tak kisah pun, janji Irfan sihat. so, aku dah bawak baju melayu Irfan and baju kurung untuk pakai hari raya, saja jer nak feel raya sikit.

Alhamdulillah Irfan dah tak demam dah. selera makan pun dah back to normal. tapi batuk ngan flu tak hilang lagi. time dokter datang check pagi raya tu, dokter cakap Irfan boleh discharge. just datang lagi dua hari untuk ambik injection bagi complete antibiotic. so, lepas ambik yang 3rd day punya antibiotic kat hosptal tu, dalam pukul 3 lebih macam tu, kitorang pun berangkatla balik kampung cik abang sebab ada buat korban sikit. lepas tu, dalam pukul 6 macam tu, terus cabut balik rumah mak aku kat Alor Setar pulak, tak sabar giler nak jumpa Qistina.

aku ngan cik abang dah discuss, buat sementara waktu, kitorang akan bagi mak aku jaga Irfan sat, sampai betul2 sembuh. Qistina pun tinggal sekali, bukan apa, tak sanggup nak pisahkan dua beradik tu, nanti si kakak asyik tanya adik mana jer. biarla diorang main sama2. jadinya, kitorang ulang alik dari Alor Setar ke Penang untuk ambik injection tu.

last day Irfan kena g hospital tu, malamnya cik abang pulak kena diarrhea and muntah2. pukul 2 pagi macam tu bawak g Kedah Medical Centre, dokter cakap kena food poisoning and suruh admit tapi cik abang tak nak. so just ambik injection. esoknya, sampai ke petang cik abang tak ok lagi. g check balik kat KMC, then dokter suruh admit. berkampung lagi kat hospital. Alhamdulillah, lepas sehari kat  hospital, cik abang dah ok and boleh discharge.

dugaan betul kan...

setelah bercuti panjang kat hospital, aku pun start kerja balik hari Jumaat lepas. bz yang amat dengan kerja banyak pending menimbun-nimbun.

entry kali ni penuh ngan gambar2 kat hospital jer, tak sempat pun bergambar time beraya. layannnnn

Irfan bersuka ria dapat main and spend time with mama

alamak. Irfan pakai baju pink bunga2. pinjam sweater kakak sat, sweater Irfan kotor

selepas sehari, Irfan dah mula tenang bila kena sedut gas ni, sebab mama and nurse cakap Ultraman pun pakai macam ni:)

boringla duduk dalam bilik. jalan2 la pulak dengan....Ultraman:)

alamak! mama lupa bawak butang baju. takpe, anak mama tetap maintain hensem

apasal gambar ni lighting pelik semacam, aku pun tak tau. dahla aku serabai semacam, maklumla jaga anak kat hospital

hiyarggghhh! Ultraman!
sehari selepas discharge, g hospital untuk antibiotic jab

kakak teman Irfan inject nanti ok!

3 buah hati kesayangan mama

diakhiri dengan gambar gedik aku:)

Note : hari ni Irfan kena g follow up kat hospital. mudah-mudahan semua ok.

Friday, 4 November 2011

Dah ambil complete Pneumococcal Vaccine pun still kena Pneumonia

first of all sorry yer kengkawan tak sempat jalan2 kat blog korang. insyaAllah hari ni sempat sambil2 dok jaga Irfan kat hospital. ehhh, Irfan kat hospital?

begini kisahnya....

Irfan kan demam since last weekend. normally kalau dia demam paling lama pun 4 hari, tapi kali ni sampai dah almost 1 week pun still tak ok lagi. flu pun tak ok2 jugak, then Irfan dah start batuk. so semalam aku pun bawakla g jumpa dokter balik. dokter check lung macam clear. tapi dokter cakap better buat X-ray untuk confirm. sekali kuar result, dokter cakap Irfan kena Pneumonia. actually aku pun tak expect Irfan akan kena sebab dulu Irfan dah ambik complete Pneumococcal Vaccine. Alhamdulillah la dokter cakap baru beginning stage, tak serius sangat.

dokter cakap kena admit sebab nak kena bagi antibiotic tru injection. terus aku call mak aku, tolong datang ambik jagakan Qistina. jadinya, Qistina sekarang dah ikut mak tok balik Alor Setar.
dan aku pulak start semalam, dah berkampung kat ward. dokter cakap dalam 3 to 5 days kena stay kat ward, depending on his condition. nampaknya raya kat hospital lagila aku kali ni. takpela, janji anak mama Irfan sihat:)

Irfan gigih nak bukak tag nama

souvinier dari KPJ Specialist Hospital

ooooo... ini rupanya ada kat dalam box tu

Irfan dah kena inject. ni kira ok lagi, one time saja

yang ni yang tak tahan sikit. kena buat 6 jam sekali. tiap kali buat, satu ward dengar suara Irfan. sian anak mama:)

Note : last year, Raya Puasa kitorang raya kat hospital sebab Qistina admitted, kali ni Raya Haji pulak. dugaan dugaan. kawan2, doakan Irfan cepat sembuh yer

Tuesday, 1 November 2011

Bila si anak dan si ayah demam....

jadi, si mama pun terpaksala ponteng kerja semalam. dua2 demam serentak pulak, Irfan demam dulu, pastu si ayah pulak demam sama.

bila makan ubat, turun gak suhunya. tapi bila malam dah start naik balik suhunya, panas betul. nak kena dok jerlum kepala dia. time g jumpa dokter, tak demam pulak. Irfan rilek jer time dokter check tu. good boy! dokter cakap throat ada infenction sikit, merah2. so dokter kasi antibiotic sekali.

cepat la baik yer sayang....

time ni mula2 pakai Cool Fever. still maintain

setelah beberapa minit pakai Cool Fever. cubaan nak membukak dah start dah

berjaya membukak Cool Fever di dahi, jadi terpaksala mama tempek kat belakang badan.
cubaan nak membukak tak berjaya sebab tangan tak sampai

kuar amik ubat kat dokter jap.
Irfan tetap dengan aksi Ultraman nya:)

ni la dokter Qistina and Irfan since baby lagik. cucuk2 tu pun kat sini

control ceria walaupun agak letih sebab tak cukup tido

Tuesday, 18 October 2011

Tip Kecantikan : Makan ulam, bagus untuk kesihatan dan awet muda

aku dulu kecik2, memang langsung tak makan sayur. ulam2 tu lagila. aku rasa semua tu tak sedap, dahla pahit. kalau ada dalam pinggan tu, confirm aku buang sebelum makan, tak pun aku bagi kat kakak atau mak aku.

time dah start masuk uni, barula aku insaf, belajar nak makan sayur sebab roomate aku dulu kalau makan, tak sah kalau takde sayur. aku pun terikut2, baru aku sedar tak sihat giler pemakanan aku selama ni sebab tak balance. time tu aku dah start menitik beratkan kesihatan diri dah. pastu duduk negara omputeh dulu, aku paksakan jugakla tekak aku ni telan salad.

sekarang ni aku tengah belajar makan ulam pulak. dah tua2 baru nak belajar makan. nak sihat punya pasal, lagipun makan ulam kan boleh awet muda. tapi tak semua ulam aku boleh telan, pahit semacam jer aku rasa. weekend baru ni, balik rumah mak aku. macam biasa, pagi jer mesti aku ngan mak g pasar tani. ternampak satu ulam ni, aku suka giler ulam ni sebab sedap. tak pahit langsung. korang pernah makan tak ulam nih, ulam Paku Rawan.

nila ulam Paku Rawan, sebelum rebus

ulam ni kena rebus dulu baru boleh makan. ni la rupa dia selepas rebus

*Hari Ulam*
 Paku Rawan dan Pegaga

Saturday, 15 October 2011

Homemade Virgin Coconut Oil (VCO), susah tau nak dapat buat sendiri ni

first of all, thanks to fafa dear sebab kongsi a very good information pasal Virgin Coconut Oil ni. siap promote lagi business akak. really really appreciate that.
fafa share pasal mak dia buat sendiri minyak tu. rajin kan. if korang nak tau lebih lanjut macam mana her mum buat Virgin Coconut Oil, singgah blog fafa k:)

bukan senang weh nak buat minyak nih. hanya golongan yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi jer mampu buat ni. tapi zaman moden sekarang nih, senang jer nak dapat yang siap dah. harga pun tak mahal, berpatutan la.


Some information on Virgin Coconut Oil Softgels by Catalyst

Virgin Coconut Oil by Catalyst is in softgel capsule form for easy consuming and storage. Extracted through biotechnology's bacteria fermentation process, yielding up to 60% extraordinarily pure lauric acid .The increased content of lauric acid strengthens the body immune system.

"Never before in the history of man is it so important to emphasize the value of Lauric Oils. The medium chain fats in coconut oil are similar to fats in mother's milk and have similar nutriceutical effects."
Jon J. Kabara, PhD - Professor Emeritus, Michigan State University

Catalyst Virgin Coconut Oil has helped change people's lives and it can change yours too. It is used by many people in their daily diet for general health management and beauty & other treatments. Give yourself a chance to experience the many benefits of Catalyst virgin coconut oil!

Credit to Catalyst

Note : Aku tengah buat prmosi VCO Catalyst Softgel sekarang. klik sini yer:)

Tuesday, 11 October 2011

PROMOSI - Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel by Catalyst RM 38. Harga biasa RM 39.90


Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel Capsules keluaran Catalyst
60 Softgel Capsules / 500mg each

RM 39.90 / RM 43.90 ( S & S )

sekarang, promosi hanya

RM 38
+ RM 6 Pos Laju


Antara Kebaikan dan Khasiat Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst :

* Mengurangkan kadar kolestrol dan mencegah risiko penyakit jantung
* Mengawal kencing manis
* Tubuh lebih tahan serangan penyakit
* Terhindar dari gejala alahan
* Mengelakkan risiko sakit kanser
* Keadaan berdengkur akan hilang
* Dapat membantu mengurangkan berat badan
* Menghasilkan tenaga segera dan sentiasa segar
* Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit
* Membantu menghilangkan masalah jerawat dan jeragat serta parut2 lama
* Mengatasi masalah keputihan
* Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri
* Melancarkan kitaran haid dan menyeimbangkan hormon
* Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
* Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita
* Amat baik bagi mengatasi masalah monopause bagi kaum wanita dan memperlambatkan proses

Cara pengambilan :

* 2 biji sehari (1 biji pagi dan 1 biji malam)
* Atau boleh juga diambil 2 biji sekaligus
* Seeloknya ambil bersama air suam/air kosong
* Dan boleh juga disapu ke muka sebelum tidur, cucuk kapsul lembut guna jarum (1 biji makan pagi, 1 biji sapu di muka malam)

* 100% buatan bumiputera
* Selamat kerana tiada penggunaan bahan kimia dan haba dalam proses penghasilan
* Yang pastinya HALAL

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

I am official Catalyst agen MY 879 000575 971

What is Virgin Coconut Oil?

Senarai Testimonial

Friday, 22 July 2011

Tengah risau di opis...

hmmm... aku tengah risau giler nih. semalam balik je dari nursery, atas keta, hidung Irfan kuar darah. takla banyak sangat, tapi kuar meleleh camtu. tekejut gak aku, tak pernah pulak jadi macam ni. check2 semua ok. aktif pun macam biasa. tanya cikgu kat nursery, takde pulak dia jatuh kat mana-mana.

cik abang kata takde apa2 kut. maybe sebab panas, sebab dia pun pernah jadi macam tu. so aku macam lega sikitla. try gak surf kat internet, tapi rata2 orang cakap benda no normal, melainkan kalau darah kuar tak henti.

semalam aku rasa badan Irfan macam panas sikit. demam sikit rasanya. tapi pagi tadi time hantar nursery, ok jer. tapi aku still bawa ubat demam, kut tiba2 badan dia panas.

then kul 9 lebih pagi tadi, cikgu called. dia cakap hidung Irfan kuar darah. cikgu cakap takla banyak, tapi ada la kuar sikit. tapi badan tak panas. Irfan pun macam biasa jer, takdela meragam pun. ya Allah. risaunya aku. nak buat kerja pun tak tenang. sebab panas dalam badan ker. hmmm.

korang pernah tak ada experience, anak or sesapa yang jadi macam nih. if ada, please share eh...