Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts

Tuesday, 24 May 2016

Tip Harga Tiket Murah Dan Bercuti Di Lost World Of Tambun, Ipoh


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, weekend baru ni sempat bawa kakak dengan Irfan mandi-manda kat Lost World Of Tambun, Ipoh. Walapun banyak dugaan juga sebenarnya sebelum nak pergi tu.

Kitorang plan pergi hari Sabtu, tapi malam hari Jumaat tu hujan agak lebat juga kat Penang. So, baru teringat nak check weather kat Ipoh. Kalau hujan macam mana nak jalan-jalan and mandi-manda kat dalam water park tu kan. Ikut weather forecast tu, hari Sabtu, akan hujan sepanjang hari juga kat Ipoh. Bagitau kakak dengan Irfan, masing-masing tak kisah, kalau hujan pun nak mandi dalam hujan. Nak postpone hari Ahad, tak boleh pulak, sebab cik abang ada hal lain. Memandangkan dah janji dengan anak-anak, so mama dengan ayah tawakal jer la.

Pagi Sabtu tu, pukul 8.00 pagi kitorang keluar rumah sebab budget sampai Tambun Lost World pukul 10.00 pagi. Kira ngam-ngam time dia buka terus masuk, tak nak bazir masa. Hujan pun still agak lebat juga kat Pulau Pinang, dari malam sampai ke pagi tu.

Satu lagi ujian Allah nak bagi, bila dah sampai dekat Bukit Mertajam, sekali wiper kereta pula rosak. Allah. Macam mana cik abang nak drive tengah-tengah hujan tu kan. Nak singgah workshop memang takde la yang buka awal-awal pagi macam tu.

Tiba-tiba cik abang teringat Tesco ada kat area situ, lagipun Tesco kan buka awal. So, kitorang singgahla Tesco sekejap, cik abang beli wiper baru untuk ganti yang dah rosak tu. Alhamdulillah, settle satu hal. Time tu dah pukul 9.30 pagi macam tu. Kitorang decide pergi jer la jugak, it's ok walaupun sampai lambat sikit.

 Mama, kakak and Irfan menunggu dengan penuh sabar waktu ayah settle hal wiper rosak

Sepanjang jalan tu, non-stop hujan, sekejap hujan lebat, sekejap hujan rintik-rintik. Dalam hati memang tak putus-putus la doa bagi Allah permudahkan bila dah sampai Lost World tu, mudah-mudahan cuaca baik so anak-anak dapat mandi and main puas-puas.

Kitorang sampai Lost World Of Tambun dekat-dekat pukul 11.00 pagi. Hujan rintik-rintik waktu tu, tapi orang tetap ramai juga. Syukur Alhamdulillah, kuasa Allah, bila kitorang masuk jer kat dalam tu, hujan berhenti. Sampai ke petang kami kat situ, tak hujan. Cuaca pun redup jer, tak panas terik tak hujan. Allahuakbar. Syukur sangat-sangat akhirnya Allah permudahkan juga niat kami nak bagi anak-anak seronok :)

Tak bergambar dekat main entrance tak sah la kan.
Nasib baik ada pondok kecik depan ni, bole la bergambo di tengah hujan

Ok, tips penting untuk korang yang nak berjimat...
Beli tiket online tau sebelum pergi. Save sikit. Kitorang beli dekat website Lost World Of Tambun. Dekat Groupun pun kadang-kadang ada offer, yang ni kena alert ok.

Harga tiket if beli walk in macam yang kat dalam gambar ni.
Meh saya compare kat sini k if korang beli online

Harga Tiket Lost World Of Tambun

Adult
Walk in - RM58
      Online - RM 49.25

Child (12 years old and below)
Walk in - RM 51
  Online - RM 43.30

Children below 90cm
FREE

* Harga belum termasuk 6% GST

Tiket ni cover semua yang ada kat dalam tu:
  1. Lost World Amusement Park
  2. Lost World Water Park
  3. Lost World Tiger Valley
  4. Lost World Petting Zoo
  5. Lost World Tin Valley
  6. Lost World Hot Springs & Spa
  7. Lost World Lupe’s Adventure
And last but not least, ini hari dan waktu yang korang boleh pergi:
  • Weekdays: 11.00am – 6.00pm
  • Weekends: 10.00am – 6.00pm
  • Note : Park closed every Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
Masuk jer kat dalam tu, kakak and Irfan actually dah tak sabar-sabar nak tukar baju, nak terjun kolam. Tapi mama ni dah plan dah, sampai jer situ nak jalan pusing-pusing dulu. So, mula-mula tu rent locker simpan barang-barang dulu. Ada 3 size locker yang boleh kita pilih. Macam kitorang, bawa 2 bag je, so kitorang ambil locker yang paling kecik, RM15 jer.

1. Lost World Amusement Park

Masuk jer sini, meronta-ronta rasa jiwa nak naik semua yang ada. Ada 4 mainan yang wajib korang naik, Lupe's Adventure, Storm Rider, Giddy Galleon and Dragon Flight. Yang ni kanak-kanak pun boleh naik, cuma ketinggian kena lebih 90cm. Memang semua la kami naik, siap ada tu yang 2@3 round naik pun ada :)

Yang ni Lupe's Adventure, yang roller coaster tu.
Ni first time kakak dengan irfan naik roller coaster, menjerit-jerit masing-masing. Hihi

Dah penat menjerit and pening naik semua mainan tu, kita rest sambil makan angin pulak la.
Ni tengah que nak naik train, Adventure Express

Seketul jerawat besar naik kat hidung, no hal, itu tandanya masih muda remaja :)
By the way, train ni akan bawa korang menjelajah seluruh kawasan Lost World tu..

2. Lost World Water Park

Next station, tempat yang paling kakak and Irfan tunggu-tunggu, water park. Takde gambar pun kat sini, maklumlah semua dah simpan dalam locker. Malas nak usung handphone, takut kang tak pasal-pasal handphone pun berendam dalam pool. Sambil berendam tu, anytime boleh jer keluar makan ke, pergi tempat-tempat lain kat dalam tu pun boleh.

Kalau nak, boleh sewa tube juga kat sini. Cuma kitorang tak sewa pun. Sebab malas nak jaga, nanti nak pergi mana-mana nak kena usung tube tu pulak sekali.


Food court sebelah tu je. Makanan pun ok, sedap gakla, cuma harga tu biasalah kan. Tempat-tempat macam ni memang harga ala-ala makan dekat KLIA ler. Takpe, bukan selalu pun kan.

Me and cik abang makan nasi kandar, irfan makan nasi ayam, kakak makan mee goreng. Total semua dengan air sekali lebih kurang RM60 macam tu.

3. Lost World Tiger Valley

Yang ni korang kena take note tau. Tiger show akan start pukul 3.00 petang. So, kitorang waktu tengah berendam kat water park, dah dekat-dekat pukul 3 tu, kitorang naik sekejap, jalan pergi Tiger Valley.

Show Schedule untuk korang plan activity kat dalam tu

Nak tau tiger show tu macam mana, korang kena pergi tengok. Confirm tak menyesal sebab sangat best :)

Habis jer tiger show tu, terus kitorang ke water park balik. Sambung berendam sampai puas.

So, basically, tempat-tempat lain tu kitorang tak pergi pun. Cuma lalu jer la bila naik yang train tu. Sebab anak-anak ni memang nak main kat water park jer, takde maknanya mama nak berjalan-jalan sambil ambil gambar. Lupakan jer la hasrat tu..

Overall, memang happening sangat.

Highly recommended. Berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar.
Cik Jatt bagi 5 bintang!

Next time insyaAllah boleh bawa anak-anak pergi lagi...


Wednesday, 13 April 2016

Wordless Wednesday : Photoshoot Dengan Amatur




Model : Me and cik abang
Photographer : Kakak Aina and Irfan

Gambar pertama, antara cubaan irfan jadi photographer.
Gambar kedua, antara cubaan kakak aina jadi photographer.

Macam-macam lagi rupa gambar ada actually. Hihi..

If nak tengok gambar yang 'senonoh' sikit, after a few attempts tu, boleh tengok dekat entry saya tentang bercuti di Swiss Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut.

Wordless Wednesday yang tak berapa wordless sangat :)

Wednesday, 17 February 2016

Bercuti Di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak : Day 2



Bersambung dari entry hari pertama, our short vacation to Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. 

Punya la awal kakak dengan Irfan bangun pagi tu. Rehat-rehat sekejap, mandi, solat.. pukul 7.15 pagi macam tu kitorang turun breakfast. Since breakfast untuk saya dan cik abang dah ada dalam package, so bayar untuk kakak dengan Irfan jer la. Breakfast untuk kanak-kanak, RM21 untuk seorang, untuk dewasa tak pasti pulak harganya. Pilihan makanan memang banyak, rasa pun bole tahan la. 

Irfan makan sampai 2 pinggan nasi lemak tu kira sedap la kot

Kakak asyik ulang makan cornflakes dengan susu. 
Memang cari favourite food masing-masing dua budak kecik ni

Perut tengah penuh, jalan-jalan la dulu yer anak-anak.
Kita bakar lemak dulu

 Kakak muka stress je, tak sabar nak terjun pool :)

 Ambik peluang sementara kakak dengan Irfan sibuk main pasir pantai

Yeyy!! Mandi pantai
Best sangat sebab pagi lagi, tak panas

Mandi pantai sekejap jer
Kakak and Irfan lagi suka swimming pool
Mama dengan ayah ikutkan jer la.
Ok, sekali lagi, mama jeles sebab tak dapat terjun sama

Dekat-dekat nak check out tu baru kitorang naik bilik. Mandi-mandi sekejap and pack apa yang patut. Nasib baik sebelum turun breakfast tu dah pack juga siap-siap, so takdela kelam kabut sangat. So ngam-ngam pukul 12.00 tengahari tu kitorang check out.

Dah alang-alang pergi situ, cik abang bawak la round dekat area Lumut tu. Kitorang singgah lunch dekat D'Warisan, Teluk Batik. Sedap juga makanan kat situ, harga pun ok.

 Ambik angin kat Teluk Batik
Happening jugak sini, ramai orang. Boleh mandi-manda jugak

 Next stop, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu
Actually, mula-mula awal plan tu, saya ajak cik abang ke Pulau Pangkor. 
Sesaje jalan je, naik feri.
Tapi cik abang cakap takde apa sangat Pulau Pangkor, unless nak overnight kat situ.
So, cancel plan tu. Then cik abang search la apa lagi tempat yang best dekat area situ.
Terjumpa tempat tengok penyu ni, tanya pendapat kakak dengan Irfan, memang suka la diorang.
Pencinta haiwan betul anak-anak mama

Info waktu melawat 

 Tengok penyu-penyu yang tengah meeting

Nak jugak gambo dengan penyu :)

Alhamdulillah.. berakhir sudah jalan-jalan makan angin kitorang, ke Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut. Percutian yang pendek, padat dan of course sangat best. Anak-anak happy sangat. Tenkiu to my cik abang... :)

Thanks for reading !

Tuesday, 16 February 2016

Bercuti Di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak : Day 1



Assalamualaikum semua..

Bercuti panjang kita ye sempena Chinese New Year baru ni, sampai seminggu tu. Dah seminggu cuti, takkan nak duduk rumah jer kan. So, awal cuti tu, kitorang balik Alor Setar rumah my parents. Memandangkan cik abang hari Khamis dah start kerja, hari Rabu kitorang dah balik Penang dah.

Entah macam mana pagi hari Khamis tu, sebelum cik abang pergi kerja, tetiba dia ajak bawa anak-anak pergi bercuti. Uishh... takkan la cek nak menolak kan. Tapi nak pergi mana? Cik abang bagi cadangan pergi KL ke, Langkawi ke. Saya cakap kat cik abang, takpe, abang pergi kerja dulu, nanti sampai office kita whatsApp2, discuss and plan.

Sampai jer office, terus cik abang whatsApp ajak pergi Lumut, siap dah search nak stay dekat Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. So, saya search la sikit, baca review tentang resort ni macam best, ada pool besar and private beach, so cakap kat cik abang, ON jer la. Terus cik abang book bilik dekat Agoda.com. Kitorang plan nak stay 1 malam jer, so harga bilik dapat dalam RM 330 macam tu, includes tax and breakfast for 2. Okla, rasanya if bukan peak time, boleh dapat lagi murah bilik kat sini.

Begitulah alkisahnya, short vacation yang di plan secara mengejut :)

So, pagi Jumaat tu kitorang bertolak dari Penang dalam pukul 11.30 pagi. Sebelum pergi tu, saya masak nasi lemak, breakfast siap-siap kat rumah bagi kenyang semua. And ada balance tu, tapau bawak sekali untuk makan kat resort. Sebab memang plan tak nak singgah lunch kat mana-mana pun, takut sampai lambat. Rugi masa nanti.

 2 budak kecik yang superexcited

Ngam-ngam pukul 3 petang kitorang sampai dekat Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Alhamdulillah. Kiranya lebih kurang 3 jam setengah juga la perjalanan dari Penang, termasuk singgah ke toilet, petrol station and cik abang singgah solat Jumaat.

Jalan nak masuk ke resort ni agak jauh sikit la, berbelok-belok. Tapi bila dah sampai kat area dia tu, rasa best sangat. Besar betul tempatnya, cantik dan tenang je.

Tunggu cik abang check in jap

 Tengokla anak-anakku, mengangkut buku jer sentiasa.
Ulat buku macam mama jugak ni

 Lega dah sampai bilik.
Bilik dia ok la, boleh tahan. Below my expectation actually.
Ingat lagi besar and lagi cantik. Kitorang book bilik yang twin deluxe, yang ada 2 katil tu, tapi diorang suggest bilik ni.
Mungkin sebab katil lebih besar kut yang ni, tak sure la.
Anyway, takpela, nak tido je pun, most of the time takde kat bilik kan.
Janji bersih, air cond function and cadar tak bau kepam sudah :)

 Toilet dia pun ok la, ada bath tub.
Tapi tak lalu kot nak berendam dalam tu, dah terkopek2 segala.
Mungkin sebab dah lama kan

 Masuk hotel, mesti cari yang ni dulu. Lega rasa bila ada. Hihi

View dari balcony bilik. Tenang jer rasa.
Tapi tak boleh biarkan terbuka la, kang monyet tumpang sebilik nanti kang :)

Rehat-rehat sekejap dalam bilik, luruskan pinggang, isi perut masing-masing..
Tukar baju la apalagi, kakak dengan irfan tak sabar dah nak berendam dalam swimming pool.

We are ready!

Anak-anak dengan ayah jer la berendam jap lagi.
Jeles mama, mama tengah 'cuti' la pulak

 Sebelum terjun swimming pool, ambik angin pantai dulu sekejap
Cantik private beach dia, cuma petang2 ni tak dapatla mandi.
Panas terik. Staff resort tu cakap, pagi-pagi best mandi kat situ
Berebut kakak dengan irfan nak tangkap gambar mama dengan ayah :)

 Masa yang ditunggu-tunggu
Besar swimming pool dia. Best. Yang untuk kanak-kanak pun ada, tapi tak best sangat.
Seb baik ayah ada, bolela kakak dengan irfan berendam kat pool dewasa ni
Mula-mula tu tak ramai sangat orang. Makin petang makin ramai yang turun
Happening!

 Ok. Mama jeles!

 Yang ni kat kolam kanak-kanak
Muka boring masing-masing. Eksen. Nak kolam dewasa jugak

Mama tukang jaga barang kat tepi pool. Huhu

Sampai dekat nak Maghrib jugakla kitorang spend time kat swimming pool tu. Pukul 6.30 petang macam tu baru gerak naik bilik. Perut masing-masing pun dah lapar yang amat.

Malamnya kitorang keluar cari makan pulak. Jauh jugak actually nak keluar dari resort ni, dalam setengah jam macam tu baru sampai kat Sri Manjung. Kat situ ada AEON Mall, tapi apa barang nak singgah makan dalam tu. Kat Penang pun boleh. Nak pergi makan ikan bakar jauh sangat pulak, so cik abang dah tanya encik Google.com kedai makan tomyam yang sedap area situ. Jumpa la Kedai Tomyam Faiziy. Sedap juga makanan kat sini, harga pun murah jer. Highly recommended! Punya lapar plus penat sekali, memang tak sempat nak ambik gambar kedai ni.

Balik jer bilik, melepek la semua. Kakak dengan irfan beriya tidur awal sebab nak bangun awal terjun pool lagi esoknya..

Nanti saya update cerita second day kat sini pulak k 

Thanks for reading !

Sunday, 13 May 2012

Mandi-manda di Bukit Merah Laketown!!! - Part 2

ok, seperti yang dijanjikan, here comes gambar bermandi-manda kitorang pulak. lamanya nak keluar part 2. memang banyak betul gambar actually sebab ada adik ipar aku bersama cameranya yang powernya itu. memang asyik bergambar jer la kitorang. anyway, layannnnnnn.....

mula2 datang, terjun tempat ni dulu

Irfan bertapa jap atas nih:)

 my hero:)

 besar sangat pelampung ni. seksa betul nak naik

berjalan-jalan di bawah percikan air

 wife adik iparku dan anaknya, Irfan and nenek

happy betul masing2:)

 susah betul nak posing ngan kakak. asyik nak terjun jer dia:)

posing sebelum balik

 
keluarga kecikku. bukan senang nak tangkap gambar satu family macam ni..

Tuesday, 8 May 2012

Mandi-manda di Bukit Merah Laketown!!! - Part 1

dah lama sebenarnya aku teringin nak bawak anak2 g Waterpark, akhirnya tercapai jugak hajatku Sabtu lepas. kali ni, kitorang g dengan adik ipar aku n family kecik dia. at first plan nak bawak MIL and adik ipar aku yang paling kecik tu, tapi sekali adik ipar aku kena pergi sekolah pulak. jadinya, diorang tak dapat ikut. then, kitorang bawak tok jer la join sekali.

kitorang kuar rumah dalam pukul 8.30 pagi macam tu, pekena roti canai kat kedai mamak dulu. then 9.30 baru gerak dari Penang. lama giler breakfast:)

tak lama sangat perjalanan nak g Bukit Merah tu, dalam setengah jam jer. tapi disebabkan tahap pemanduan cik abang ku yang ala2 Formula One tu, aku rasa tak sampai setengah jam pun dah sampai dah. sampai jer cik abang terus g beli tiket. disebabkan aim kitorang memang nak terjun dalam Waterpark jer, takdela kitorang g beli tiket yang package macam2 tu. harga tiket untuk masuk Waterpark dewasa RM 25, kanak-kanak RM 20 and warga emas RM10.

nenek dan dua cicitnya yang dah tak sabar nak terjun swimming pool

hensem boy:)

ok, kakak confirm kena bayo.....

Irfan cun-cun 90 cm. selamat duit mama:)

belum masuk lagi dah main air

sesi memanaskan badan sebelum terjun swimming pool. layannnnn

posing sakit pinggang dari mama:)

ok, pakai ni dulu, baru boleh masuk

next entry, kita layan gambar bermandi-manda pulak k:)