Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

Persiapan Baju Raya 2015 Selesai Sudah :)


Assalamualaikum
Salam 15 Ramadhan

Entry santai-santai sikit hari ni, saje je nak berkongsi tentang persiapan raya keluarga kecil kami tahun ni, yang serba ringkas.

Rata-rata kalau kita baca atau dengar tentang tips-tips kewangan menjelang raya ni, semuanya pasti menyarankan agar kita berbelanja tu biarlah berpada-pada. Baju raya yang lama tu, kalau masih elok, apa salahnya pakai lagi kan. Keadaan ekonomi sekarang pun tak stabil, dengan kejatuhan nilai ringgit, GST, harga minyak naik, tol naik, harga barang naik, sememangnya ini bukannya masa untuk kita berjoli sakan semata-mata untuk kepuasan diri kita, atau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

Apapun, yang paling penting sekali, jangan sampai berhutang sudah la ye, buat budget dan perancangan yang teliti, supaya lepas raya nanti takdelah masing-masing terpaksa korek tabung, korek ASB, korek simpanan, ikat perut. Parah nanti.

Persiapan raya kami, saya selaku menteri kewangan keluarga, sedaya upaya saya buat serba sederhana tahun ni :)


Persiapan Baju Raya Anak-anak

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Seperti tahun-tahun lepas, kami akan belikan anak-anak sehelai baju kurung/baju melayu dan beberapa helai seluar, T-shirt dan blouse. Cuma kali ni, T-shirt dan blouse tu beli kurang sikit dari tahun lepas. Sebabnya, yang tahun lepas pun ada tak pakai lagi. Nampak, kan dah over di situ. Beli punya banyak sampai tak terpakai.

Kasut raya pula special tahun ni. Biasanya kasut raya untuk kakak, kami akan beli kasut bertutup yang ada heel. Hamboi anak daraku, nak ber heel bagai. Tapi, biasanya kasut tu kakak akan pakai cuma 2@3 kali je kut. Jadinya, tahun ni, kasut raya kakak kami beli kasut yang sporty sikit. Bole la jadikan kasut sport juga memandangkan kasut sport kakak pun dah ketat. Kasut sporty ni lagi logik la nak pakai selalu pergi jalan-jalan compare to heel kan. Hari raya nanti, pakai je sandal yang dah ada, baru jugak beli pun.

Irfan pulak, as always memang kitorang akan beli kasut yang sporty sikit. Pernah beli sandal raya dulu, tak pakai pun :)

Persiapan Baju Raya Mama Dan Ayah

Untuk cik abang, awal-awal lagi cik abang dah cakap nak recycle jer baju yang lama. Tak tau la dah berapa tahun baju raya ni. Hihihi. Tapi elok jer lagi. Memang ok la kan, buat apa nak membazir beli baru. Jadinya, untuk mengelakkan rasa boring, tiap-tiap tahun sedondon pink, saya akan sedaya upaya jugakla cari baju yang ala-ala boleh match dengan pink ni. Block colour pun ok what. Nanti japg nak korek balik gambar raya tahun-tahun sudah, tempek kat sini.

Baju raya untuk saya pula, dah beli dah. Beli online je. Malas nak g survey merata. Series rambang mata wehhh, semangat kena kuat supaya tak terlajak budget. Tudung... walaupun meronta-ronta hati ni nak beli baru, tak payah la kut, berlambak tudung kat dalam almari tu, entah bilanya nak pakai. Tu pun ada hati nak beli baru. Perempuan perempuan.

Okla, panjang sangat membebel.
Meh kita layan gambar saat bermulanya tema unsur pink dalam keluarga kecik kami.
Tak taula sampai bila kan, mungkin sampai baju melayu cik abang ku dah tak bole pakai kut. Hihi..
Takpe, mak OK je :)

2011
Gambar family tak jadi dengan aksi yang macam-macam dari anak-anak :)

2012
Gambar family tak jadi dengan aksi yang macam-macam dari anak-anak :)
 
 2013
Tema hijau + pink
 
 2014
Gambar yang ala-ala nampak tak nampak
 
Baju semua dah siap, kuih miuh.. buat jer la sikit-sikit nanti.
Tahun ni saya plan nak buat popia gunting yang pedas-pedas manis tu, favourite kakak Aina Qistina.
Selalu beli jer, tahun ni ingat nak buat sendiri. Harap-harap jadi.
 
So, macam mana persiapan raya korang so far?
Shopping shopping juga, terawikh dan tadarus jangan dilupa yer. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni :)

Thursday, 8 January 2015

Pertama Kali Shopping Di ZALORA And It's FREE !


Hujung bulan December 2014 hari tu, saya ada terima satu email dari Zalora untuk collaborate tulis satu entry tentang NIKE SHOES. Ramai juga rasanya blogger yang dapat offer macam ni dari Zalora, just tulis satu entry dan akan dapat voucher bernilai RM100 untuk shopping di Zalora.

Hah, sape tak nak kan. Senang je. Zalora akan bagi satu article tentang apa yang dia nak kita tulis tu, so kita just amend sikit-sikit make it more interesting dan sesuai dengan gaya penulisan kat blog kita. After published entry tu kat blog kita, so Zalora akan bagi kita voucher RM100 untuk shopping.

Voucher tu valid sampai setahun, tapi saya punyalah excited nak shopping, last weekend terus shopping. Actually memang dah plan nak beli cardigan online ni, cuma asyik tertangguh-tangguh je. Dah alang-alang ni dapat voucher ni, apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang la.

Alhamdulillah, jumpa yang berkenan. So, saya beli 1 cardigan and 1 blouse.

Cepat juga service Zalora ni. Saya placed order on Sunday, so saya assume on Monday diorang processed, and semalam dah sampai pun barangnya.

 Sampai dah parcel yang ditunggu-tunggu

1 cardigan and 1 blouse
Dua-dua red colour.

Dua-dua pun saya terus try. Selesa sangat. Happy-happy. Thanks to Zalora :)

Friday, 26 December 2014

Semangat Nak Bersukan Dengan NIKE SHOES Yang Selesa Dan Cantik!


Zaman sekarang ni, semakin ramai yang mementingkan kesihatan dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Ramai yang sudah mula pergi gym, berjogging, bermain badminton, futsal dan sebagainya. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, bersukan juga adalah salah satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan bersama-sama ketika waktu petang atau hujung minggu.

Bila nak bersukan, kenalah ada peralatan sukan yang sesuai kan. Salah satu peralatan sukan yang paling penting, tentulah kasut sukan, setuju tak.
Macam mana korang beli kasut sukan eh? Tengok jenama yang terkenal terus beli atau macam mana ye..

Selain jenama, ada beberapa kriteria yang harus diambil kira juga, sebelum nak membeli kasut sukan ni:
  • Faktor keselesaan. Keselesaan amatlah penting kerana ianya akan memudahkan kita membuat aktiviti lasak dan memilih sepasang kasut yang terbaik pastinya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kecederaan. 
  • Selain daripada itu ketahanan sesuatu kasut itu juga haruslah diambil kira. Kasut yang tahan lasak pastinya dapat dipakai untuk tempoh yang lama. Barulah jimat dan berbaloi, bak kata orang putih, money spent well
Cakap tentang selesa dan tahan lasak ni, teringat kasut sukan saya yang telah banyak berjasa dari zaman saya belajar dekat Germany dulu. Sebelum fly dulu, beli siap-siap kat Malaysia, bawa merantau sampai kat Germany. Kasut sukan tu saya pakai bukan semata-mata untuk bersukan tau, siap bawa meredah salji, panjat bukit, turun bukit, pergi kelas pun pakai kasut sukan ni. Punyalah selesa dan tahan lasak. Saya pilih jenama Nike waktu tu, bukan semata-mata sebab jenama, tapi sebab design nya yang selesa dan tahan lasak tu.

Ni gambar saya waktu Team Building company saya 2 tahun lepas. Percaya tak yang saya pakai ni kasut sukan saya yang sama ketika saya belajar dulu. Bertahun-tahun tahan tu.


Sekarang ni banyak design yang cantik-cantik kasut sukan ni kan. Hari tu cik abang ada sebut nak beli kasut sukan baru. Tengok koleksi kasut sukan NIKE shoes dekat Zalora ni menarik jugak. Simple and trendy. I pun tergoda tengok. Ni kalau beli ni, makin semangat nak bersukan cik abang I ni.
Kualiti memang confirm la tip top. Daripada atlit biasa sampaila ke bintang-bintang sukan ternama dunia pun pilih Nike ni tau. Yang penting, harga pun sangat berpatutan.

If korang pun tengah mencari sepasang kasut sukan terkini, yang selesa dan tahan lasak, koleksi kasut sukan NIKE shoes ni adalah pilihan terbaik untuk korang. Kaum-kaum isteri tu, nak hadiahkan kat cik abang pun molek sangat ni.

Jom-jom kita terjah koleksi kasut sukan NIKE shoes dekat Zalora ni jom!

Saturday, 31 May 2014

Wide Shawl Murah dan Cantik


Sape sini suka pakai shawl?

Saya ni memang peminat tegar shawl. Sekarang ni trend orang pakai wide shawl kan. Kalau dulu, susah jugak nak cari shawl yang besar dan labuh ni, banyak yang pendek dan nipis. Sekarang ni, senang sangat nak dapat shawl yang besar ni, wide shawl le tu. Boleh tutup aurat dengan sempurna, selesa pun selesa. 

Saya pernah dapat message yang bertanyakan tentang tudung yang saya pakai. So, saje je la nak share kat sini, hopefully membantu untuk sesape yang tengah mencari wide shawl yang murah dan cantik.

Kalau nak beli wide shawl online tu, banyak pilihan sebenarnya. Harga yang normal tu dalam lingkungan RM25 - RM40. Kira boleh la kan, affordable. Saya ni lebih banyak beli shawl secara offline sebenarnya, kat pasar malam, pasar tani, kiosk-kiosk kecil di supermarket dan butik-butik pakaian. Kira mana-mana jer la, yang nampak dan terbekenan.

Kalau butik-butik online tu, rasanya korang lagi arif ni :)

Ok, since ada yang pernah bertanya, meh saya share mana saya beli tudung secara online. Ada beberapa jer la..

1) Poplook

Jangan tak tau, bukan blouse dan dress jer yang ada kat Poplook ni, wide shawl pun ada jual. Yang bestnya shopping kat sini, satu sebab kualitinya yang memang dijamin puas hati, satu lagi of course la sebab FREE SHIPPING :)

Tudung polkadot, muka pun polkadot akibat car sun shades :)
Yang ni tudung dari Poplook
Sangat flowy, senang nak pakai dan sangat selesa

2) Waffaa by Wawa Tasliman

Saya pernah beli wide shawl cotton dan schiffon kat sini. Tak tau macam mana saya terjumpa Facebook Page dia. Dan tak tau macam mana boleh terbeli. Hahah

Yang ni cotton wide shawl. Memang sangat wide, sampai tak tau nak lilit macam mana.
Yang dalam gambar ni pun, saya main hentam lilit.
Tapi kan, selesa sangat tau shawl ni.
Jalan kat panas terik pun maintain jer. Eceh

Ok, dua ni jela website yang saya pernah beli wide shawl. Ada lagi a few online shops, tapi yang tu saya beli inner dengan syria jer. Shawl-shawl lain, beli offline jer.. 

Sekarang ni ramai geng-geng Shaklee yang tengah shopping shawl and dress untuk National Conference next week. Saya nak sangat wide shawl yang floral sweet-sweet gitu. Tapi belum jumpa yang berkenan di hati..

Korang biasa shopping wide shawl kat mana ye.
If ada suggestion yang best tu, meh la share sesame... :)

Friday, 25 January 2013

Fashion : Suka sangat shopping dress kat Poplook :)

Wahhh.. sekarang ni rajin pulak aku dok update blog ni. semangat sudah mari :)

okla, kali ni nak bercerita pasal fashion pulak. sekarang ni peplum saaaangat la in kan. aku pun ada jugak blouse peplum ni, tapi kali ni aku bukan nak share pasal peplum, tapi pasal Poplook. aku start terjebak dengan Poplook ni since last year time bulan puasa hari tu. lambat sikitla kan compare dengan orang lain, sebab sebelum tu tak terasa nak beli pun, usya jer. tapi ntah tiba2 angin apa ntah, hari raya lepas, teringin nak pakai maxi dress time raya.

google punya google, banyak online boutique yang ada jual, tapi mata aku ni berkenan betul dengan design kat Poplook, simple and sweet. target aku nak pakai plain maxi dress.

first dress yang aku beli sleeveless Penny Maxi Dress in blush. ada yang sleeveless je, tapi aku beli jugak sebab aku suka colour dia. tapi tak sesuai la kan pakai time raya maxi dress dengan cardigan. so, time tu aku harap sangat Poplook keluarkan yang long sleeve. Alhamdulillah, dah dekat2 nak raya tu, Poplook keluarkan Lucy Maxi Dress. apalagi, cepat2 aku grab sebelum sold out.

first time pakai maxi dress
Lucy Maxi Dress from Poplook

first dress yang aku mula2 beli kat Poplook
Penny Maxi Dress in blush

maxi dress Poplook ni sangat-sangat selesa. harga pun ok, free pos pulak tu. disebabkan tu la, aku terjebak beli lagi satu maxi dress. dah alang2 beli maxi dress tu, aku try la beli satu blouse kat situ sebab tengah SALE time tu. murah jer aku beli:) by the way, semua baju yang aku beli semua size S. yang maxi dress tu labuh jugak, tapi bila aku keluar jalan2 pakai wedges, ok jer:)

3rd maxi dress from Poplook
my first Poplook blouse yang beli time SALE
So, Poplook anyone?
aku baru jer beli selai lagi blouse hari ni kat Poplook:)

Monday, 12 December 2011

Aktiviti wajib weekend, shopping. Kali ni Jusco Perda, Penang pulak

harusla wajib kan. kalau bukan weekend, bila lagi la nak shopping. bukannya shopping apa pun, shopping barang2 dapur ngan barang anak2 jer. selalunya kitorang shopping barang2 rumah kat Carrefour or Tesco. tapi kali ni alang2 dah g Perda tu, shopping jer la kat Jusco. actually tujuan sebenar g Perda tu sebab nak follow-up check Irfan kat KPJ Penang Specialist. tapi sekali dokter cuti pulak. next week jer la jawabnya.

kalau dah g Jusco tu biasa la kan. tak logik la kalau setakat shopping barang dapur jer, ada sajala benda2 yang tak dirancang tapi terbeli. and ada sajala aktiviti-aktiviti sampingan lain yang tak dirancang tapi terbuat. benda yang terbeli adalah beberapa helai baju Irfan. aktiviti yang terbuat pulak.....tengok jer la gambar2 di bawah:)

cik abang khusyuk memilih porch bag baru.
yang ini adalah dirancang ok. hadiah aku untuk birthday cik abang:)

happynya anak2 mama kalau dapat main benda2 macam ni

anak2 sibuk main, mama sibuk posing

ni gambar posing ke candid ni:)

Qistina dah pandai posing. Irfan buat apa tu?

rest sekejap sambil makan-makan

mama pun nak jugak:)

finally, inilah tujuan sebenar, shopping barang2 rumah:)

Friday, 9 September 2011

Day 3 Raya - Sambungan entry balik kampung yang dikelilingi sawah padi

bersambung dari entry nih, citer pasal aku balik beraya rumah tok aku. slow giler nak upload gambo, internet lembap tahap gaban.

beriya aku nak upload gambo sebab aku memang beriya tangkap gambar hari tu. tak tau apasal, sebab aku suka baju kurung cotton tu kut. perasan ayu giler pakai baju tu. baju tu aku beli sebelum bulan puasa lagi, time turun KL. beli kat Jalan TAR. 40 ringgit kut tak silap aku. tapi aku dengar, time bulan puasa hari tu, 3 pasang 100 ringgit. murah giler. aku tengok bazaar kat Alor Setar 60 ringgit sepasang. tengok macam spesis yang sama. tapi tak tau apasal mahal sangat. tobat aku tak beli.

jom layan gambar pulak!

Qistina wif Barbie yang dah tercabut kaki dan rambut jarang:)

awatla yang berkerut-kerut muka Irfan tu

mama wif chubby Irfan:)

macam2 Irfan:) buat muka apa pulak nih

meh kakak tolong pakaikan shoes. kita nak g beraya rumah tok jang pulak

wah wah wah. rezeki2. rumah tok jang buat bihun sup

rumah tok jang ada buai ni. bestnya! kena suruh wan beli satu pasang kat rumah. bolela naik selalu.
posing lak lepas makan
aku wif Qistina and sepupu aku, Atikah. comel sungguh budak Atikah nih

aku wif Irfan and Atikah

aku wif Qistina

dah dah. banyak sangat dah gambar. wokessss...
tu jela gambar raya aku. hari2 lain tarak gambar. tak berapa beraya sangat, cik abang demam..

Thursday, 25 August 2011

2nd Day : Misi mencari baju raya untuk anak

misi hari kedua, hari Ahad

bersambung dari entry ini, misi diteruskan lagi pada hari kedua. awal2 pagi lagi aku dah kuar ngan mak aku g market. so, singgah kat pasar tani dekat area Shahab Perdana tu, pusing sampai habis satu pasar tani, still tak jumpa baju untuk Qistina. adala gak yang jual, tapi tak jumpa yang sesuai. end up, balik tangan kosong jer.

kat market kalau takde cat tak sah la kan. si kecik dua orang ni memang suka betul ngan cat:)

tgh hari sikit, aku kuar ngan cik abang pulak. Irfan tido, Qistina lak tak tau apsal tak nak ikut. tengah seronok try baju raya lama-lama yang dah senteng tu kut. so, dating jap la ngan cik abang sambil carik baju raya.

Qistina posing apa ni ehh:) ni baju raya tahun lepas tapi tak sempat pakai pun. nak kena sedekah kat sape2 nih, dah senteng dah pun

kitorang g bazaar, dekat area Pekan Rabu tu. sekali sampai sana, parking pulak tarak. aiseehhhh..terpaksala, patah balik pinjam motor ayah aku. senang sikit nak parking.

kasi tukar sama itu bateri dulu, baru bole merempit

so, sampai jer kat bazaar tu, bermula la misi kitorang. pusing punya pusing, terbekenan pulak aku kat satu baju kebaya nih. punyala berkenan sampai terbeli, walaupun tak confident sangat muat ke tak ngan Qistina. so balik jer, terus kasi Qistina try. sekali, besar pulak ngan Qistina, menggeleber sikit. frust nonggeng aku. tak kuasa mak nak alter.

malamnya, lepas buka puasa, kitorang g balik kedai tu, tukar. kali ni, Qistina ikut sekali. Alhamdulillah, finally jumpa yang sesuai dengan Qistina. colour tak match sangat, tapi bolela, belasah jer la. penat dah, 2 hari mencari. tapi bukan baju kebaya la, baju kurung moden. nanti raya baru tayang kat sini:)

Qistina sampai menari-nari seronok dapat baju raya. Irfan pun join sekaki

Wednesday, 24 August 2011

1st Day : Misi mencari baju raya untuk anak

weekend lepas, dua hari aku n cik abang bekerja keras mencari baju raya kat Qistina. mak aiii, susah nooo nak carik baju kurung budak-budak nih. lagi-lagi la nak carik yang match ngan colour tema nih kan, lagila pening mak nak carik. tapi tak boleh la nak beli kaler yang tak match, aku dah nekad nih nak bagi sedondon this year. baju Irfan dah beli dulu, so by hook or by crook, tetap kena follow masterpiece:)

misi hari pertama, hari Sabtu

si ayah n si mama bermalas-malasan nak kuar awal2, so ingat nak kuar petang sikit. sekali anak2 pulak tidur lambat. rule nak shopping kena ingat, jangan bawak anak shopping time tengah mengantuk.

so misi pun postponed, kuar lepas berbuka. kitorang g Giant Souq Al-Bukhary tu, sebab dekat ngan rumah mak aku. banyak gak bazar kat situ. tapi, sekali hujan pulak. dapatla pusing seround, tengok2 macam tu jer. cik abang suruh beli jer yang mana2, tapi aku macam biasa selagi tak jumpa yang betul2 puas hati, jangan harap aku nak beli:)

dah la tengah hujan time tu kan, macam mana nak concentrate shopping.
disebabkan aku nih memang pantang sikit kalau anak2 kena hujan, pastu nak berpayung bagai sambil dukung Irfan, baik lupakan jerla. so, misi dibatalkan.

malam2, Qistina mesti bersama Dolly kesayangan:)

Qistina tetap ceria walaupun belum dapat baju raya lagi. hmmm.. awat Irfan buat muka macam tu:)

malam ni kita balik dulu ok. esok kita sambung lagi misi kita, ok kakak!
PEACE

Tuesday, 16 August 2011

Cara control anak time shopping

sepanjang bulan puasa ni, every weekend kitorang dah plan akan balik berbuka kat kampung. so, last weekend turn rumah in laws aku pulak.

sebelum balik tu, kitorang singgah Carrefour dulu beli stock untuk simpan kat rumah and beli barang2 sikit bawa balik rumah in laws. bila shopping nyopping ngan anak2 yang tengah membesar excited nak explore sana sini nih, memang sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran, nak2 bulan puasa nih.

so, untuk mengelakkan dari kurang pahala puasa dan kurang tenaga di bulan puasa nih, si ayah dan si mama harusla bijak menangani anak2 di shopping complex. cara aku senang jer, dan Alhamdulillah setakat ni berkesan kat anak2 aku.

 
First - letakkan anak2 di dalam trolley. penat dooohh nak kejo anak dalam shopping complex
Second - bawak makanan. if tak bawak, cepat2 gi section makanan, macam aku, kitorang selalu g bakery

kalau boleh makanan biar versatile. barula boleh lama2 sikit shopping.
kali ni Qistina and Irfan try sushi yang ada telur tu

masaaaammmmm:) sampai berkerut-kerut muka Irfan
so, dengan cara di atas, dapatla ayah ngan mama shopping dengan aman dan tenteram.
sekian tips untuk hari nih.
korang lak, camne korang control anak korang kat shopping complex. bolela share kat sini

Wednesday, 10 August 2011

Jom g pasar Ramadhan!

kalau bulan puasa ni, tak sahla kalau tak g pasar Ramadhan kan. nak makan apa, cakap ja, semua ada. pasar Ramadhan yang paling besar and paling dekat ngan rumah mak aku adalah yang dekat ngan stadium Darul Aman tu. sangat la besar, sampai tak larat nak pusing. pusing punya pusing, still tak tau nak beli apa. banyak sangat kut, sampai jadi rambang mata. 2nd round barula beli apa yang patut. macam biasa, murtabak ngan ayam percik, WAJIB:)

tu dia!! jom terjah. dari kejauhan, nampak macam tak ramai sangat orang. awal lagi kut

errrkkk.. tak jugak la. ramai gak umat manusia membeli belah

Qistina boring menunggu
ooooo... tunggu ni rupanya. tapi worth it, sebab murtabak ni sedap

okla, kakak makan pengat pisang dulula. lambat lagi tu (moto sapala kat tengah2 pasar Ramadhan nih)

terpaksala makan berdiri. kerusi tak dapat dikesan

terus ceria bila dapat makan:)

bertambah2 ceria. posing dulula sementara murtabak masak..

Note : bulan puasa nih, hari2 aku beli murtabak. setakat nih, tak jemu lagi. rasa macam tak lengkap pulak if takde murtabak