Showing posts with label VITA-LEA. Show all posts
Showing posts with label VITA-LEA. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Semasa Hamil


Batuk ketika mengandung sangat la memeritkan dan menyeksakan. Apa lagi kalau batuk yang teruk, berkahak dan berlarutan sehingga berminggu-minggu. Dengan hidung tersumbatnya, dengan sakit kepala lagi.

Selain menyeksakan, lebih stress lagi, batuk sampai terkencing pun ada. Itulah realiti ibu hamil yang terpaksa dihadapi.

Bahaya sebenarnya batuk sampai berkahak ni. Kerana kalau tidak dirawat, lama-kelamaan kahak boleh dijangkiti.

Rasa tak tahan sangat sampai rasa nak makan ubat je.


Tapi, tak bahaya ke ambil ubat batuk semasa hamil?

Tak ada ubat yang 100% selamat untuk ibu hamil. Ubat-ubatan ni mengandungi bahan kimia yang tak sesuai untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Nasihat dari doktor pakar amat diperlukan sebelum ibu hamil mengambil sebarang ubat.

Elakkan dan hindari daripada mengambil ubat-ubatan terutamanya semasa trimester pertama kerana semasa 12 minggu pertama bayi ni, adalah proses pembentukan organ-oragan utama badan.

Jadi, apa nak buat untuk hilangkan batuk berkahak yang menyeksakan ni?

Banyak tips dan petua yang boleh anda cuba sebenarnya. Ada yang berkesan, dan ada juga yang mungkin tak berkesan untuk anda.

Di sini, saya akan berkongsi 4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil ni.

4 cara yang paling mudah dan berkesan untuk hilangkan batuk berkahak semasa hamil

1. Minum banyak air kosong

Pastikan anda minum air kosong yang banyak dan secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrasi.

Pengambilan air masak yang secukupnya juga akan melancarkan proses detoks iaitu membuang toksin dari badan.


2. Berkumur dengan air garam

Bancuhkan sedikit garam dan air suam.

Kumur dengan air garam ni, 2@3 kali sehari. Ini akan membuatkan tekak anda merasa selesa.

Kumur ye, bukan telan terus.


3. Mandi dengan air panas

Caranya mudah sahaja. Pasang hot shower semasa mandi, tapi tak perlu sampai berasap bilik mandi. Then, mandi macam biasa namun lebihkan siraman pada bahagian belakang badan.

Ia akan membantu melonggarkan kahak yang melekat di paru-paru dan senang nak hembus buang lepas tu. Apabila dapat buang mukus yang banyak tu, barulah lega pernafasan dan hilang sakit kepala segala.

Lepas mandi, boleh sapukan minyak panas atau Vicks pada belakang badan, tengkuk, dan kaki.


4. Ambil vitamin ibu hamil

Selain mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, sangat-sangat penting ibu yang hamil untuk konsisten ambil vitamin kehamilan. Kerana semua sistem dalam badan kita akan bergerak dua kali ganda daripada sebelum hamil.

Vitamin untuk ibu hamil secara tidak langsungnya membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ibu itu sekali, untuk melawan virus dan bakteria. Bukan untuk batuk berkahak sahaja, malah untuk mencegah dari jangkitan penyakit lain juga.

Digalakkan ibu yang hamil dan batuk berkahak untuk ambil vitamin:

Multivitamin (Vitalea) - Mengandungi vitmain dan mineral lengkap untuk tampung keperluan badan ibu, terutamanya Zinc yang memabntu menguatkan immune system badan.

Vitamin C - Meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Asid lemak Omega 3 - Iaitu dikenali sebagai peransang kepada sistem imunisasi badan.
Omega 3 penting untuk melawan jangkitan yang berlaku dalam badan dan juga meningkatkan aktiviti-aktiviti sel-sel putih untuk melawan jangkitan bakteria jahat.

Garlic - Tumbuhan yang terbaik membantu untuk melawan virus dan bakteria jahat.


Selain vitamin di atas, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil B Complex (mengawal stress, mengelakkan kecacatan pada bayi), Ostematrix (sumber kalsium) dan ESP (protein untuk memberi tenaga pada ibu dan juga perkembangan bayi yang sihat).

Semoga perkongsian ini membantu ibu hamil yang mengalami masalah batuk berkahak ni.
Cuba ya, insyaAllah sangat membantu. Jangan biarkan masalah batuk ni berbanjangan hingga menyeksakan diri anda sendiri, malah takut ada risiko jangkitan lain pulak nanti.

Cara semulajadi ni, dijamin selamat dan takde masalah untuk bayi di dalam kandungan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ibu hamil ni ye. Saya akan consult cara pemakanan yang betul supaya anda mendapat kesan yang terbaik.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 25 May 2016

Tanda-tanda Dan Cara Merawat Psoriasis Dengan Berkesan


Apabila melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.



Definasi

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok 
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. 
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis 
  • Lampin psoriasis 
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan 
  • Guttate psoriasis 
  • Plaque psoriasis (bertompok dan timbul) 
Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki 
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

1) Pelembab 
  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap 
  • Menggunakan sarung tangan 
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
2) Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :
  • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . 
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol 
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Di mana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati
 
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

Bagaimana Shaklee Membantu Psoriasis

Di sini saya kongsikan pengalaman bagaimana seorang pesakit psoriasis menghadapi dan merawat masalah beliau..

Ada yang tahu saya menghidap psoriasis. Namun ada juga yg belum tahu. Jadi, di sini saya nak buat pengumuman. Ya, saya seorang pesakit psoriasis. Menjadi pesakit psoriasis bukan mudah. Saya telah didiagnos pada tahun 2001. Masa itu, baru sahaja memulakan kuliah di UKM. Tetapi, rasanya sakit itu sudah saya dapat sejak dari matrikulasi lagi. 

Semasa di matrikulasi, ada satu peta di pipi saya. Nasib baik saya ni bukan jenis penyegan sangat. Jadi saya buat tidak tahu sahaja bila ada yang asyik melihat peta di muka. Yang lebih mencabar, peta itu bukan satu warna. Ada 3 lingkaran warna padanya. Yang paling dalam berwarna kemerahan seperti terbakar. Ramai yang mengatakan ia panau. Saya hanya mengiyakannya. Malas nak layan. 

Mak mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya. Sudahla anak dara, muka tidak cantik pula. Dibawanya saya ke mana sahaja untuk mendapatkan rawatan. Sampai sekarang, masih juga bergitu niatnya. Tetapi disebabkan saya berdegil tidak mahu, dipendamkan sahaja hasrat hatinya itu. Bukan apa, bukan setakat ke klinik kulit, bahkan ke dukun mana, pawang mana tah dibawanya. Saya bukan tidak percaya pada alam ghaib. Tapi setiap kali berjumpa dengan 'doktor-doktor pakar' ni, diagnosis penyakit saya pasti berbeza! 

Saya pernah berpantang selama satu semester di matrikulasi. Ia telah menyebabkan berat badan saya turun sebanyak 5kg. Syukur ia tidak mengganggu pembelajaran saya. Ya lah, saya hanya mendapat sumber protein dari sayuran dan karbohidrat dari nasi. Vitamin pula dari buah-buahan. Masa itu, manalah pikir cukupkah, tak cukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya. Saya hanya fikir untuk cantikkan muka! hahahaha 

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk. Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain. 


Antaranya ialah : 
1. Saya cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan saya. 
2. Memastikan diri saya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah 
3. Minum air secukupnya. Selain Nutriferon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex. 


Vit C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas. 
Bcomplex - membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang. 
Performance Drink - untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe 

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi. 

Saya gunakan juga Herbal Cream. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula. 


Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis. 

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah. Alhamdulillah, suami juga tiada masalah mengenai ini.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat dan membantu anda yang menghadapi masalah yang sama.

Thanks for reading :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 15 July 2015

5 Rahsia Kekal Sihat Dan Panjang Umur Cara Tun Dr. Mahathir


Teringat saya sewaktu saya menuntut di Germany dulu, waktu tu saya buat practical di Porsche selama 6 bulan. Bos saya waktu tu memang sempoi habis, suka bagi saya pinjam novel, suka sembang-sembang and banyak sangat tolong saya. Dia suka sangat bila bercerita tentang Malaysia. Dia kagum tengok Malaysia yang boleh hidup harmoni walaupun ada pelbagai kaum, dan lagi satu yang buat saya rasa bangga sangat time tu, dia selalu puji kemimpinan Tun Dr. Mahathir. Wahh, orang luar pun kenal and hormat dengan pemimpin kita. Tak ke bangga tu.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke-90. Meskipun telah berusia 90 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa ni masih kelihatan cergas dan bertenaga kan. Mudah-mudahan Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipanjangkan usia.


Mesti Tun Dr Mahathir ada rahsia kan, bagaimana beliau masih tetap kekal cergas dan bertenaga.

Jom kita ikuti 5 rahsia kekal sihat dan panjang umur cara Tun Dr. Mahathir.

1. Tidak menghisap rokok

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin. Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Pelbagai penyakit merbahaya yang berpunca dari merokok adalah seperti kanser, penyakit jantung, strok dan sebagainya.

Ramai yang sedar merokok sememangnya satu tabiat buruk dan hanya akan meracuni diri serta orang sekeliling. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.

Ramai juga yang berazam dan sedang berikhtiar untuk berhenti. Tetapi, tak dinafikan ramai yang gagal dan berasa sukar untuk berhenti.

Brader ni pun dah mula merokok sejak berusia 14 tahun lagi. Beliau kini berkongi bagaimana beliau telah berjaya berhenti merokok buat selama-lamanya.


2. Tidak minum arak


Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul.

Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud kita kena minum arak pula. Sah-sahlah arak tu haram di sisi agama Islam.

Tak perlu susah payah nak cari minuman yang tinggi kandungan antioksidan. Vivix kan ada. Halal malah lebih bagus lagi :)


3. Makan secara bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4. Makan multivitamin

Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

9 sebab mengapa anda harus mengambil multivitamin setiap hari:
  1. Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
  2. Faktor sibuk
  3. Termusnah akibat dimasak
  4. Stress (tekanan perasaan, tempat kerja dll)
  5. Kuantiti makanan yang semakin rendah
  6. Pencemaran alam sekitar
  7. Tabiat makan memilih
  8. Tahap penyerapan nutrien yang rendah
  9. Harga yang murah

5. Tidur secara mencukupi

Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat ni, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberi kesihatan, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

Saturday, 2 May 2015

Daftar Ahli Shaklee Dan Percuma 1 Botol Vitalea !


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua :)

Sejak kebelangan ni, banyak sangat kita dengar berita-berita yang tak best kan, barang tu naik harga, barang ni naik harga, gara-gara GST.

Ok, meh saya nak share berita best yang pasti akan buatkan anda teruja, khususnya pengguna setia Shaklee termasukla anda yang berminat untuk mencuba Shaklee. Ada banyak sangat yang Shaklee offer bulan ni, tapi entry kali ni, saya share salah satu offer dulu yer.

Daftar Ahli Shaklee Dan Percuma 1 Botol Vitalea

Serious!

Bersempena dengan ulangtahun yang ke 100 tahun Vitalea Shaklee bulan ni, Shaklee dengan bermurah hatinya akan menghadiahkan 1 botol Vitalea Shaklee yang bernilai RM88.75 kepada anda yang mendaftar menjadi ahli Shaklee. Promosi ini berlangsung dari May 2015 hingga October 2015.



Bestnya!
Untung sangat sangat sangat siapa yang grab offer ni.
Saya ada 5 sebab utama kenapa saya cakap anda untung sangat sangat sangat dan kenapa anda WAJIB daftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

5 Sebab Anda WAJIB Daftar Ahli Sekarang !

1. Percuma 1 botol Vitalea Shaklee yang harganya lebih mahal dari bayaran registration

Seperti yang saya war-warkan, sekiranya anda mendaftar menjadi ahli Shaklee dan membuat pembelian sebarang produk Shaklee, anda akan mendapat percuma 1 botol Vitalea Shaklee.

Harga runcit Vitalea : RM 88.75 (120 biji)
Registration ahli Shaklee : RM 69

Nampak tak, yang anda dapat percuma tu, Vitalea tu, harganya lebih mahal dari registration ahli Shaklee!
Anda tak akan rugi satu sen pun, malah untung sangat sangat sangat.

Keahliah Shaklee adalah untuk seumur hidup tau.

Klik sini untuk cara daftar ahli Shaklee secara PERCUMA

Mana nak dapat offer best macam ni!

2. Layak mendapat semua kelebihan sebagai ahli yang Shaklee tawarkan

Setelah anda dah sah menjadi ahli Shaklee, dah tentu anda layak untuk mendapat semua kelebihan sebagai ahli yang Shaklee tawarkan.

Antaranya:
  • boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang JIMAT
  • bila ada promosi, boleh beli dengan harga promosi untuk ahli yang MURAH
  • boleh log in ke portal shaklee2u sendiri untuk shopping dan baca info terkini dari Shaklee
  • bimbingan dan konsultasi seumur hidup tentang produk, tips dan sebagainya
  • bagi anda yang ingin buat business, anda akan diberi bimbingan untuk sama-sama berjaya dan menjana wang dari business Shaklee
  • peluang untuk mendapat 3C dari Shaklee (cash, car, convention)

3. Peluang ini mungkin datang hanya sekali seumur hidup

Pernah tak dengar orang cakap, peluang datang hanya sekali :)

Sepanjang saya kenal Shaklee ni kan, tak pernah lagi la saya dengar Shaklee buat offer macam ni.
Dahla bila kita register ahli Shaklee ni kita dapat benefit/kebaikan yang macam-macam, dapat pula tu produk yang best PERCUMA. Produk tu pulak bukan produk yang calang-calang, harga pun lagi mahal dari yang kita bayar untuk register tu.

Untung sangat siapa yang grab.

4. Jimat dan berbaloi

JIMAT, sebab:
  • bila dah register ahli, anda dapat beli dengan harga ahli
  • anda dapat PERCUMA 1 botol Vitalea
BERBALOI, sebab:
  • bila anda dah register ahli, keahlian adalah seumur hidup dan anda layak untuk mendapat semua benefit ahli
  • anda mendapat semua kebaikan Vitalea, multivitamin pertama dan terbaik di dunia, secara PERCUMA
 
5. Vitalea Shaklee adalah multivitamin pertama dan terbaik di dunia, khas untuk semua
  • Vitalea adalah multivitamin dan multimineral PERTAMA dicipta di dunia. Mula dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Inilah asalnya perkataan vitamin yang kita gunakan sekarang. 
  • Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Pusat Sains di Amerika Syarikat telah memilih Vitalea sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
  • Semua perlukan Vitalea, tak kira lelaki atau perempuan, tak kira muda atau tua. Kalau anda perasan setiap set cadangan dari Shaklee, Vitalea adalah salah satu cadangan supplements di dalam set Shaklee. Antaranya, set untuk tambah tenaga, set untuk kuruskan badan, set untuk menyusu, set untuk ibu hamil, set untuk ibu berpantang, set untuk kencing manis dan lain-lain lagi

Klik sini untuk info lanjut tentang Vitalea 

Jangan lepaskan peluang yang hebat ni tau. If berminat atau ada sebarang pertanyaan lanjut, jangan segan-segan contact saya k :)

Thanks for reading!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 11 February 2015

6 Fakta Menarik, Vitalea Shaklee Multivitamin Terbaik Di Dunia


Soalan cepu mas : Tahukah anda apakah supplement pertama atau tertua di dunia?

Jawapan : Vitalea Shaklee

6 Fakta Menarik Tentang Vitalea Shaklee

1. Vitalea adalah multivitamin dan multimineral PERTAMA dicipta di dunia. Mula dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Inilah asalnya perkataan vitamin yang kita gunakan sekarang.
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai Vitalea.
 
2. Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

3. Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan PROTIN untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.
Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan Vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)

4. Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

5. Pusat Sains di Amerika Syarikat telah memilih Vitalea sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

6. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


6 Manfaat Utama Vitalea
1. PENAMBAH TENAGA SEGERA
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2. PELENGKAP NUTRISI
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang.

3. KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. METABOLISME
Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan.

5. ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Menjaga kesihatan tiriod
6. MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Ianya juga membantu :-
  • memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
  • mencantikkan dan menegangkan kulit
  • menghasillan kuku yang licin
  • menguatkan akar rambut
  • ibu mengandung atau menyusukan anak perlu ambil Vitalea kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin serta iron penting
  • untuk tumbesaran anak. Jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
  • membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah
    kepada makanan laut
Testimoni Vitalea

Vitalea ni adalah salah satu favourite vitamin mak saya. Setiap hari, mak saya tak akan miss ambil Vitalea ni, 2 biji setiap pagi. Inilah antara rahsia mak saya maintain awet muda dan cergas bertenaga walaupun dah mencecah usia 60-an.

Ramai lagi yang tak tahu kehebatan Vitalea ni. Di bawah ni saya kongsikan pengakuan dan testimoni yang dikongsi di blog Mamacery, ni baru sikit je ni, ada banyak lagi perkongsian exclusive di secret group kami.



  • Wan Muliani Meh nak bagi satu testimoni pasal vitalea..MIL customer yani dia penghidap diabetis yang kronik..kalau puasa mesti badan lemah dan menggigil..then dia jumpa vitalea ni...alhamdulillah kuasa allah hanya telan vitalea MIL dia dah mampu berpuasa!

  • Tg Muzlina Sharing..Dlm family saya..arwah mak dulu yg mkn vitalea..kerja tingkat atas naik tangga smpai 4 tingkat relax je.saya yg waktu tu baru form 2 or 3 kot..da semput..lenguh wei..lift ada tp takut lif rosak.haha..then waktu sy start mkn set b,yg plg berkesan ngn sy is vitalea..walaupun besar gabak..paling keras lak tu..cane sy tau keras? Sbb saya gigit..hehe..sgt tak suka mkn vitalea..tp sebab kesannya yg buat badan saya tak letih..ketara sgt kesannya..mmg sy sanggup mkn hari2..n tu antara sbb saya repeat order ngn mommy saya.hehe..dulu sy tak suka n xpercaya ngn vitamin sbb pk nutrien biasa jek..even arwah mak mmg suh mkn tp sy degil..haha..now..mmg vitalea antara produk yg customer beli fullpack..yg plg best da xperlu risau hb turun or rendah sbb mmg terbukti naik n maintain jek sbb ada iron..dulu sy ada problem darah rendah n doc ckp anemia..takut dgr anemia cam leukimia..takleh bgn..sgt pening n bgn je muntah..pas konsisten ngn vitalea..alhamdulillah da ok..
  • Nurul Aula A'Akif Fadzil Salam malam.. Dalam petang before solat maghrib nie saya kongsikan kehebatan vitalea.Saya tidak pernah sedar keebatan sehinggalah saya mencubanya setahun yang lalu.Saya pemalas makan macam2 tapi vitalea saya tak pernah miss..Apa yang saya rase? Kenyang sepanjang hari bila saya makan? Selepas breakfast dan saya ambil esp kul 11 pagi. Then saya tak berapa nak kudap2..

    Then i found out it has pottasium inside. And lack of pottasium menyebbkan kita asyik nak makan benda merapu.

    Why i love vitalea sebab dia lengkap. Dan bila amik dengan esp everythin is complete dan sesape keletihan dan tak tahu nak strt ape? Strt with vitalea.. Sebab mmg lelaki terutamanya akan fall in love sebab mereka rase enerygy immediately!! Nie customer saya terus order berbotol2 haha untuk bini katenya..
    Then kandungan iodin.. Hah nie begitu penting untuk mensurutkan gout.. Huhu tahukah anda bahawa antara sebab berlakunya gout ialah kurangnya iodine? Hehe:) 
    So nie sekarang my mum punya loveable product sebotol dia tak bagi share okeh.. Hehe asalkan dia happy im happy..
    So ape penyakit sekalipun mulakan set optimum health dan Esp.. Dan shaklee mulakan wellness set mesti bersebab kerana ia asas repair ur body.. Kalo tak mampu vit- C dan b-comp mulakan vitalea+ ESP and effect dia?? Bak kate boboi boy TERBAIK!!
  • Yatie Mellon tp mmg diakui...vitalea mmg penting. sy bg kt anak sy hr2. baru2 ni dpt report card dia. nyaris jatuh terduduk pasal result dia rata2 A n cikgu kata dari pendiam sekarang dia responsive dlm kelas
  • Lyana Mansor Vitalea adalah vitamin paling awal di dunia. Mengandungi 12vitamin Dan 7 mineral yang penting tk fungi tubuh. Cth bila amik vitalea rasa bertenaga kerana dlm vitalea ade complete vitamin B. Termasuk biotin Dan folic asid yang Mahal. Vitalea penting utk membekalkan nutrisi kepada sel Dan memastikan sel sihat.. juga mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin.. sapa yang perlukan.. ? Semua org perlukan vitalea.. kerana ia supplements asas. Kanak 2 pun leh amik sbb tu ada Vitalea for children. Istimewanya vitalea ni ia sgttttt pantas diserap oleh tubuh kita.. kalau Baca dlm product guide ada tulis Vitalea ni mengandungi teknologi salutan micro.. Dan ia bukan sebarang multivitamin biasa kerana Vitalea menjalani 340 ujian kawal mutu.. Harga murah jek tak sampai rm100 untuk 120bj utk 2 bulan kalau amik sehari 2bj.
  • Fateema Kedai Sihat Semulajadi i crite general k..what a user sees when they get their 1st vitalea bottle? Kat pack dia kata ada iron,iron very good nak kite rasa kuat coz bantu oksigen lekat kt darah..Bile badan cukup oksign kite kurg ngantuk.. otak rasa alert.dah experimen with vivix vs vitalea,memg vitalea yg buat rasa btenaga sepnjg ari..selain tu ada biotin,good for metabolisme of lemak...ada juga alfalfa..alfalfa byk sgt kbaikan scra menyeluruh..ada 40zat & kebaikan tinggi serat.. Bgus untk detox n kshatan menyeluruh..

    Nurulazim Zulkarnain wonderful Vitalea. ....ptt la kastemer saya ni sorang doktor....dia akn repeat order vitalea je ngan sya.....bila suggest vit lain dia kata x pe.....dia kta Vitalea dh ckp......tq sis .....sbb discust psl VitLea. .....tqvm



Ok, jom la sama-sama kita telan vitalea 2 biji untuk tenaga, kesihatan dalaman dan luaran, kekal langsing ,cantik anggun dan cerdas!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit