Showing posts with label PAHANG. Show all posts
Showing posts with label PAHANG. Show all posts

Friday, 25 December 2015

Part 3 : Aktiviti Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang



Hari terakhir jalan-jalan cuti Malaysia..

After breakfast and pack semua barang, so kitorang check out hotel dalam pukul 11 pagi macam tu. Sebelum bertolak balik tu, kitorang singgah dulu borong keropok. Siap singgah beli sata yang sedap kat Warung Aziz Satar tu sekali.

Lepas dah memborong keropok, singgah pulak lunch on the way balik tu. Tak ingat pulak apa nama kedai makan tu, tapi famous jugak la sebab kitorang jumpa kedai makan ni pun melalui Google, search kedai makan yang best di Cherating.

Actually kitorang takde plan nak singgah mana-mana pun lagi dah, ingat nak terus balik utara. Sekali tiba-tiba my BIL ajak pergi tengok gajah pulak dekat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang, untung-untung boleh mandikan gajah sekali. Apa lagi, kakak dengan irfan pun bukan main excited lagi la. Singgah la sekejap, dah alan-alang kan, memang akan lalu situ pun.

Singgah sekejap kat R&R, solat and minum-minum sikit

Yey!! Sampai dah

Jom kita masuk tengok apa ada kat dalam ni

 Rupanya masuk sini FREE jer. 
Kitorang sampai dah lewat actually, orang dekat registration counter tu cakap, kalau datang awal sikit, boleh tengok gajah buat show.
Kiranya time kitorang pergi tu bole bagi gajah makan dengan bagi gajah mandi je

 Teringin dari jauh
Next time la eh anak-anak kita bagi gajah mandi
Ramai sangat orang que

 Irfan bermanja bagi makan kat gajah
Kakak mula-mula excited, sekali geli pulak engok mulut gajah.
Kakak ni pantang sikit kalau nampak air liur. Hihi

Kenyang gajah ni :)


Dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang tu, kitorang terus jer balik utara, lebih kurang dalam pukul 11 malam macam tu sampai.

Alhamdulillah.... berakhir sudah jalan-jalan cuti Malaysia
Dari Alor Setar Kedah ke KL, ke Cherating Pahang, ke Kemaman Terengganu, dan balik semula ke Alor Setar Kedah.

InsyaAllah esok berangkat balik ke Penang.
Lama betul tinggalkan rumah ni, banyak nak kena prepare.
Anak-anak pun dah nak start school.. 
Berebar-debar pulak, next week irfan dah nak pergi school buat test untuk Standard 1....

Rasanya ramai yang mungkin weekend ni masih kat kampung bercuti panjang.
Happy holiday semua!

Thanks for reading :)

Part 2 : Bercuti Di Mini Zoo Kemaman Dan Makan Malam Di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Terengganu



Hari kedua bercuti di Cherating, Pahang..

Dari first day sampai kat Samsuria Beach Resort Cherating ni, kakak dengan irfan dah beriya nak mandi swimming pool. Setiap masa dok sebut-sebut. So awal-awal pagi lepas breakfast tu, dah ajak dah mama turun teman mandi kat swimming pool.

 Dua orang budak kecik yang dah tak sabar-sabar nak terjun swimming pool

Sebelum terjun mandi swimming pool, kitorang jalan-jalan dulu kat pantai belakang hotel ni.
Jalan-jalan jer la, sebab ombak situ kuat. Takde sape pun berani mandi.
Ada pintu dan jalan kat belakang tu untuk ke pantai.
And dekat pintu tu ada notice ni. 
Thumbs up! Bab-bab kebersihan, saya notice, memang hotel ni jaga betul. 
10 bintang dari cik jatt!

Sepagian berendam sepuas-puasnya
Dekat sini ada rules, kena pakai baju mandi,
tapi semua orang hentam jer mandi pakai baju biasa 
Next, dari Cherating Pahang ke Kemaman Terengganu pulak
Dah dekat kan, boleh seberang gitu-gitu je.
Singgah dulu lunch dekat Warong Maksu & Paksu yang famous tu.
Patutla ramai yang makan kat sini sampai meja semua sentiasa full, 
memang sedap, harga pun ok.
 Dah makan kenyang-kenyang, masa untuk membakar lemak di
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman Terengganu
Harga tiket 
Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 7.00

Nasib baik ada buggy ni, takdela kena menapak jauh sangat
Naik dulu buggy ni dari entrance sampai ke dalam zoo.
Kat dalam tu baru ada semua binatang, dia macam berpusat kat tengah-tengah zoo

Berangin woo, syiok :)

 Dua budak yang sayangkan haiwan siap cita-cita nak jadi doktor haiwan ni

Hero kecik mama :)

Yang mana satu adik ni..
Biasanya pergi mana-mana pun mesti orang akan ingat kakak dengan irfan ni kembar,
takpun irfan yang abang :)

 Rasa macam lagi best Mini Zoo Kemaman ni dari Zoo Negara pun ada.
Mungkin sebab tak terlalu besar kut, kalau kat Zoo Negara tu memang selalunya tak habis pun pusing, rasa macam jauh beno nak pergi ke satu-satu binatang tu.
Lagi satu, kat sini ada banyak jambatan gantung, best jugak sebab teduh, sambil jalan kat jambatan ni sambil boleh tengok binatang

Turun la dulu anak-anak yer, mama nak pose seround

Rehat sekejap sebelum teruskan perjalanan

Playground pun ada kat sini
Favourite spot anak-anak jugak ni.
Mainla anak-anak, bole la mama relax-relax sikit

Sesungguhnya, mama pun teringin nak main swing jugak :)

Dekat sini ada swimming pool jugak
So sape yang plan nak mandi dekat swimming pool ni, sila angkut baju sekali k

Nak balik sudah

Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu beli keropok lekor, otak-otak dan sata dekat Warung Aziz Satar ni.
Orang cakap sata kat sini paling sedap.
Memborong la apa lagi, plannya nak pergi makan kat tepi pantai

 Yey!! Dah sampai pantai. Kitorang singgah dekat Pantai Teluk Mak Nik
Hmm... sayangnya pantai ni
Banyak sangat sampah-sarap. Haishhh, ni yang akak hangin dengan sikap manusia yang takde kesedaran sivik ni
Bukannya takde tong sampah kat situ

Ni rupanya sata
First time makan ni actually. Sedap jugak.
Kalau kat pasar malam Penang pun ada kut ni, cuma rasa tu tak tau la sesedap ni tak

 Takleh mandi pantai, main pasir pun jadi la ye kakak

 Angin kuat, rugi kalau tak main kite

Malamnya, dah balik hotel, relax-relax, mula-mula ingat tak nak keluar dah
Tiba-tiba my BIL ajak keluar makan pulak, ada tempat makan best katanya.
Setelah sesat-sesat sikit, sampaila kitorang kat sini
Restoran Terapung Bakau Tinggi, Terengganu

Ramai orang makan kat sini
 Makanan pun sedap jugak
Western food pun ada. Bolela kalau nak lepak santai-santai sambil makan kat sini


Alhamdulillah, berakhir sudah hari ke dua bercuti di Kemaman ni.

Happy tengok anak-anak happy :)

Thursday, 24 December 2015

Part 1 : Bercuti Di Cherating, Samsuria Beach Resort & Residence Dan Santuari Penyu



Cuti sekolah, kalau tak pergi Kuala Lumpur tak sah. Maklumlah, anak-anak saya ni rapat betul dengan kakak saya, mak long pak long diorang, asal cuti sekolah jer ajak pergi Kuala Lumpur rumah mak long pak long. Dah selalu sangat pergi, rasa macam dah takde tempat nak pergi jalan-jalan dah kat KL tu. Budak-budak kan, kalau setakat pergi shopping complex ke, muzium-muzium 3D ambik gambar ke, takde maknanya la. Confirm asyik ajak balik je. Kalau nak pergi mesti kena tempat yang boleh buat apa-apa aktiviti.

So, last week, demi menunaikan hajat anak-anak, berangkatla kami ke KL. Takde plan apa-apa pun lagi time pergi tu, cuma ingat nak bawa anak-anak pergi pantai atau water park jer la. Tu favourite kakak and irfan tu. Dah sampai KL, sambil lepak-lepak, baru plan nak pergi mana.
Fikir punya fikir, so kitorang decide nak pergi Cherating. Alang-alang boleh terus jalan-jalan kat Terengganu, dah dekat sangat. Tak pernah lagi bawa anak-anak sampai situ.

Dengan apa hotel pun tak book lagi, redah jer lah. Nasib baik check dekat Agoda, banyak room available lagi. Survey sikit sambil baca review, kitorang book 2 rooms apartment dekat Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating. Klik-klik, bayar, settle. Kitorang memang kalau pergi mana-mana, book hotel dekat Agoda ni je, senang dan jimat. Memang boleh dapat rate yang sangat murah tau compare dengan kita book hotel melalui call. Highly recommended!

So, awal pagi, siap-siap semua, maka bertolak la kami dari KL dalam pukul 10 pagi macam tu...

Nak berjalan jauh ni, kita isi minyak dulu masing-masing
Irfan pagi-pagi pun dah mintak nasi dengan kari ni :)

Alhamdulillah... dalam pukul 2 macam tu kitorang sampai dekat Samsuria Beach Resort & Residence Cherating. Adalah tersesat sikit masuk salah lorong :)

Sampai-sampai tu ngam-ngam dah boleh check in.

Sampai-sampai je kat lobby, dah nampak view ni. Nice!
Kakak dengan irfan la paling excited

Mak ngan anak sama-sama excited
Kita tunggu mak long settle check in dulu naaa...

Punya besar ruang tamu dia
Kalau datang family ramai-ramai, angkut toto tido kat ruang tamu ni pun boleh

 Sea view dari balcony
Bolela relax2 sambil ambil angin pantai kat sini.
Nak mandi pun boleh je, cuma time kami pergi ni ombak kuat, so bahaya la kalau nak mandi

 Complete dapur ni. Siap dengan pinggan mangkuk, periuk segala.
Rugi kalau tak masak-masak ni :)

 Main bedroom

 Toilet dekat main bedroom ni siap ada bathtub lagi

 2nd bedroom. Kecil sikit dari main bedroom, tapi still consider besar la

 Toilet in 2nd bedroom
Overall, memang puas hati dengan apartment ni
Berbaloi dengan harga yang dibayar. Bilik besar, cantik, selesa dan bersih.
Staff kat sini pun semua friendly

Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu, Cherating Pahang
Lepas semua dah solat, rehat-rehat sikit, ke sini pulak kami
Kalau dah datang Cherating ni, tak tengok penyu tak sah la kan.
Actually kitorang sampai sini pun dah dekat pukul 4 petang macam tu, padahal tempat ni tutup pukul 4.30 petang.
Okla tu, nasib baik sempat jugak 

 Peta kawasan

Tengok penyu puas-puas.
Terserlah ke'excited'an anak-anak mama

 Comey pulak tengok penyu-penyu ni

 Mama pun nak jugak bergambar dengan penyu

Moh ler anak-anak kita bergambar kenangan dulu sebelum balik

Malamnya, kitorang lepak bilik je
Sebelum balik ke bilik tu, kitorang dah siap-siap beli barang-barang nak masak lagi
Masak, makan-makan, tengok TV sambil plan nak pergi mana esoknya

Alhamdulillah... berakhir sudah hari pertama di Cherating.

Hari kedua, next entry k 

Thanks for reading :)

Sunday, 3 July 2011

Short trip to Kuantan

last week cik abang ada interview kat Pahang, so alang-alang dah pegi tempat jauh2 tu, cik abang pun ajakla aku bawa ngan anak2 sekali. yeeyyy. boleh jalan2. aku pun tak pernah gi Pahang.

sebelum nak pergi tu, aku ditugaskan oleh cik abang untuk cari hotel area Kuantan. ikut hati aku nak jer cari resort tepi pantai, tapi nanti jauh lak cik abang nak keluar gi interview. so surf punya surf dalam internet, terjumpa web ni, boleh booking hotel online. sangat berbaloi-baloi book tru this web, sebab dia punya rate lagi murah compare to book direct tru hotel. tak caye, cer try cer try:) siap ada review lagi pasal hotel2 yang listed kat situ. sangat menyenangkan keja aku.

belek punya belek, kitorang pun amik Vistana Hotel. harga ok, review pun ok.

so pagi Khamis tu, lepas Subuh terus gerak. jauh gak Kuantan ni, 7 hours camtu from Penang. sampai2 jer, terus check in kat hotel.

dalam lift. Irfan excited nampak mirror dalam lift:)

dua orang budak yang tak letih sebab dah tido dalam car all the way from Penang

relax2 jap kat hotel, terus kitorang keluar pulak carik tempat nak lunch. disebabkan dah lapar sangat, kitorang singgah makan kat kedai makan dekat ngan hotel tu.

'bilala auntie ni nak hantar nasi ayam Irfan nih'

lepas makan, kitorang jalan2 kat Teluk Cempedak pulak. main air kat tepi pantai jer, sebab kat sini tak boleh mandi. bahaya. ramai gak orang jalan2 kat sini. habis jalan2, dinner lak kat kedai makan kat situ. banyak gak choice, even McD pun ada. memang best dinner kat situ, sambil makan sambil menikmati fresh air.

Irfan tgh usha pantai sampai jalan pun tak tgk depan dah

pandai jugak anak mama nih snap photo. erkkk..apasal aku nampak tembam semacam nih

2nd day, having breakfast at hotel. yummyy!!

lepas cik abang habis interview, kitorang terus balik. tak gi mana2 pun. anyway, walaupun kejap jer vacation kali nih, kitorang tetap enjoy.

macam biasa kalau gi mana2 hotel, mesti posing kat lobby dulu before balik

hmmm..tak perasan pulak bila Qistina snap photo nih

kakak and adik sangat happy:)