Showing posts with label STRESS. Show all posts
Showing posts with label STRESS. Show all posts

Friday, 28 July 2017

Anak-anak Stress? Apa Yang Boleh Dilakukan Ibu Bapa Untuk Atasinya


Stres bukanlah sesuatu yang hanya berlaku pada orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami pelbagai stress, contohnya seperti harapan ibu bapa agar anaknya mencapai prestasi yang baik dalam aktiviti akademik dan bukan akademik.

Tiada cara mudah untuk mengelakkan stres dan stres juga tidak harus dilihat dari sudut negatif semata-mata. Ini kerana kesusahan juga boleh membantu anak anda membesar dan berkembang. Kuncinya ialah untuk sentiasa menyokongnya apabila dia memerlukan anda. Pada masa yang sama tahu bila untuk membiarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri.

Apabila anak anda mengembangkan lingkungan sosialnya, dia akan bertemu dengan lebih ramai orang dan terdedah kepada lebih banyak situasi yang membuatkan dia berasa stress.


Tanda-tanda Anak Anda Stress

Anak anda mungkin tidak sedar bila dia mengalami stres; kalaupun sedar, dia mungkin tidak boleh menyuarakan dengan baik perasaan stres atau kekecewaannya kepada anda. Sebagai ibu bapa, anda perlu berwaspada terhadap perubahan tingkah lakunya yang berlaku akibat stres.

Tanda-tanda lazim dilihat termasuk: 
  • merengsa atau kemurungan 
  • menarik diri daripada aktiviti-aktiviti yang selalunya dia gemar lakukan
  • kerisauan atau kebimbangan lebih daripada biasa
  • perubahan tingkah laku secara tiba-tiba di mana dia mahu lebih melekat/menyendiri, senyap/lebih bercakap, agresif atau berubah daripada tingkah laku biasanya
  • lebih banyak bersungut tentang keadaan fizikal seperti sakit kepala yang berulang/sakit perut, perubahan selera makan, terkencing malam
  • merungut mengenai keadaan fizikal tanpa sebarang penyakit
Ambil perhatian bahawa tingkah laku negatif tidak semestinya bermakna dia sedang berhadapan dengan stres yang teruk. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul. Sekiranya anda lihat tingkah laku sedemikian mulai muncul, ini bermakna anda perlu berikan perhatian dan respons yang wajar terhadap tingkah lakunya itu.

Apa Yang Boleh Dilakukan Ibu Bapa Untuk Menangani Anak Stress

Tidak kira apakah penyebabnya, lama-kelamaan stres boleh bertambah dan akhirnya anak anda akan menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar dan tidak boleh diterima. Ini membuat mereka sukar untuk fokus pada pembelajaran atau berkembang menjadi masalah kesihatan. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengawasi tingkah lakunya dan cuba untuk mengesan punca stress tersebut. Dengan mengkaji semula kejadian-kejadian terkini, anda boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu anak anda.


Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu anak anda mengatasi stres:

1. Galakkan anak anda untuk menggunakan kaedah bercakap dalam diri secara positif 

Anak anda mudah mengulangi fikiran-fikiran negatif di dalam mindanya. Ajar anak anda untuk menggantikan fikiran negatifnya dengan fikiran positif. Kanak-kanak cenderung mengikut jejak orang dewasa, oleh itu berhati-hati agar tidak menyuarakan komen ke atas diri sendiri yang negatif di hadapannya seperti ”Bodohnya saya kerana tersalah letak kunci!” Anda mungkin terkejut betapa banyaknya komen ke atas diri sendiri yang negatif yang anda guna, maka pastikan anda amalkan komen yang positif setiap peluang yang ada.

2. Ajar dia bagaimana untuk meleraikan sesuatu masalah 

Kemungkinan besar anak anda stres apabila dia perlu melakukan sesuatu tugasan. Berikan bimbingan dengan mengajar dia bagaimana untuk membahagikan tugasannya menjadi tugasan-tugasan kecil dan langkah-langkah yang lebih mudah dikendalikan. Mengambil langkah-langkah kecil akan membantu mengatasi sebarang kebimbangan yang mungkin dihadapi tentang kebolehannya untuk memulakan atau menyempurnakan sesuatu tugasan.

3. Fokus kepada usahanya bukan hasil 

Ingatlah bahawa tiada siapa yang sempurna. Keresahan dan kebimbangan merupakan beberapa perasaan yang dirasakan. Pada masa-masa seperti ini, anda haruslah lebih menyokong dan tekankan bahawa semua orang membuat kesilapan dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Ini adalah peluang terbaik untuk mendidik anak anda bahawa apa yang dia lakukan seterusnya adalah penting, iaitu mengakui kesilapannya dan mengambil tindakan pembetulan yang wajar.

4. Beri dia masa untuk berehat 

Bekerja tanpa rehat menjadikan badan semakin tidak sihat. Semua orang perlu berehat daripada tekanan harian, termasuk kanak-kanak. Ramai kanak-kanak tertakluk bukan sahaja pada aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah, tetapi juga pada kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan dan pada hujung minggu. Awasi anak anda dan apabila dia kelihatan stres atau keletihan, bermakna masanya sudah tiba untuk dia berehat. Cari aktiviti yang anda tahu yang dia gemar atau aktiviti baharu yang boleh membuat anak anda relaks.

5. Ajar dia untuk bertenang dan fokus 

Bantu anak anda mencari jalan untuk menenangkan dirinya seperti mendengar muzik, bersiar-siar, berjoging, yoga atau sebarang aktiviti positif. Cuba untuk tidak bergantung kepada peralatan elektronik kerana keburukannya melebihi kebaikan.


Walaupun terdapat pandangan negatif mengenai stres, stres yang sederhana sebenarnya boleh membawa kebaikan. Ia menjadi sumber motivasi yang akan membuat anak anda berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi cemerlang dalam semua perkara yang dilakukan. Kuncinya ialah untuk mencegah stres daripada menjadi terlalu berat dengan mengajarnya mengendalikan stres dengan baik. Anda akan mendapati bahawa ini adalah satu kemahiran yang sangat berguna baginya sehingga dewasa.

Akhir sekali, jika anda telah berusaha sedaya upaya namun stres anak anda masih terus menjadi kebimbangan, dapatkan nasihat profesional terlatih seperti pakar pediatrik, pakar psikologi atau pakar psikiatri kanak-kanak, jika perlu.



Wednesday, 26 July 2017

Tanda-tanda Anxiety Disorder Dan Rawatan Terbaik


Penyakit Anxiety Disorder ni atau nama lainnya dikenali sebagai Gangguan Kebimbangan.

Masalah emosi ni sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan pula memberi banyak kesan negatif kepada pesakit sehingga boleh menyebabkan pesakit terfikir utuk membunuh diri.

Masalah gangguan emosi ni amat ketara dan semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, bilangan pesakit yang didaftarkan dan mendapat rawatan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

Tanda-tanda Anda Mengalami Anxiety Disorder

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi Anxiet Disorder. Pesakit selalunya:
  • Mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil
  • Kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan belaku dalam kehidupan
  • Sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya
  • Mengalami tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan, tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk 
  • Berasa seolah-olah diserang sakit jantung seperti sukar bernafas, jantung berdegup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati

Bahaya Anxiety Disorder Yang Tidak Dirawat

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, pesakit yang mengalami Anxiety Disorder akan mengalami masalah kemurungan/depression pula.

Pesakit yang mengalami kemurungan akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan paling bahaya wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Selain daripada kesan mental, pesakit juga mengalami kesan fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Cara Atasi Anxiety Disorder

Setelah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorder, pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan.

Selain itu, pesakit juga harus banyak bersabar dan membaca Al-Quran terutamanya ayat-ayat Ruqyah.

Ubat-ubatan bertindak sebagai penenang dan haruslah bersifat sementara. Jadi, saya galakkan juga anda mengamalkan supplements semulajadi untuk membantu masalah mengatasi masalah Anxiety Disorder.

Testimoni : Bagaimana Aku Atasi Anxiety Disorder

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Encik Sofian, bagaimana beliau menghadapi dan mengatasi masalah Anxiety Disorder yang dialami beliau sejak tahun 2014. Alhamdulillah kini beliau semakin pulih dan boleh kembali menikmati kehidupan seperti biasa.


"Aku dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu aku ambil Spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali aku detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye... Masa tu tak kenal Shaklee so aku detox guna brand Y. 

Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana-mana memang orang akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak. 😊😊😊 . Di awal 20an aku dah dapat kerja yang baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun aku dapat kenaikan pangkat dan berpindah ke Company lain untuk meluaskan pengalaman aku. Bebanan kerja semakin berat. Yes...aku masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama aku dah create new bad habits dalam kamus hidup aku. 

Aku menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa aku banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...aku always skip my meals. Hidup aku hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian aku. Dalam 1 hari aku boleh minum 12 gelas nescafe 3 in 1 just to keep me awake sebab masa kerja aku tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Aku kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab aku terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. 

I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama aku rosakkan sistem kekebalan tubuh badan aku secara perlahan2. Rezeki aku dalam pekerjaan memang baik tapi bebanan semakin bertambah sehingga sampai satu tahap tu, aku rasa terlalu stress dan amik keputusan untuk kerja di kampung halaman. Alhamdulillah aku dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali macam tu. 

Kesihatan aku masa ni tengah merosot. Supplemen aku makan on and off tak konsisten macam dulu. Sehingga lah aku jatuh sakit pada Dec 2014. 

1st time kena attack tu jantung aku sakit bebenar, nafas tersekat, berpeluh, tangan kaki sejuk, muka pucat, masa tu ingat masa dah tiba. Rasa menyesal tak spent banyak masa bersama keluarga. Menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg aku buat untuk diri aku dan keluarga. Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip, baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal. 

Sejak kejadian tu hidup aku berubah 360 darjah. Hampir setiap hari aku di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua aku. Nak bawa kereta pun aku tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang aku kena serang. 

Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang-terang tolak aku and refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu. 

Aku ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap aku kena santau atau gangguan jin. Then, aku pun pergi rawatan alternatif. Bab mandi dan minum air tu jgn sebut, naik kembung perut minum air. Jangan pikir aku tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian. Tapi takde perubahan. 

Aku memang syak yang aku ada penyakit GERD coz cara hidup aku di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM. Ini yg aku ingin cari jawabannya. Kenapa??? Aku masih kerja tapi ambil cuti tapi since aku punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah, aku mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah. Aku spent berjam-jam setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit aku. 

Aku mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat aku untuk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf. Kadang-kadang solat tu hanya untuk cukupkan fardu kita sebagai Islam tetapi rukunnya, tertibnya, bacaannya semua kena perbaiki. Itulah yg aku tengah usahakan. 

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masa Google info awal Januari 2016 (masa ni aku dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg), aku menemui 1 blog member Shaklee pasal Anxiety Disorders. 

Punyalah syok aku baca mengalah kan ambik exam kat U dulu. Semua tanda-tanda anxiety tu ada pada aku. Setelah baca blog tu aku buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional seperti Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik Vit B-Complex, minyak ikan Omega 3, magnesium untuk rawatan Anxiety Disorders. 

Selepas aku buat percaturan sendiri, aku ambil keputusan mencuba supplemen ni tetapi which brand? 

Dalam masa setahun aku sakit memang aku dah cuba apa saja produk yg disyorkan termasuk cap ayam, kilang belakang rumah atau yg branded. You name it. Memang aku dah cuba. Setahun sakit tu aku dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif. Lepas aku buat keputusan nak mencuba produk Shaklee, aku google blog cari distributor Shaklee. 

Aku amik Set Anxiety dan lepas 3 bulan pertama amalkan set ni, aku dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan aku bertambah baik. Aku teruskan pengambilan produk Shaklee sampai masa aku menulis entry ni. 

Anxiety Disorders aku tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dah boleh nikmati balik kehidupan aku yang lalu dan sujud syukur Allah beri aku peluang untuk jaga kedua puteri aku dan ibu bapa aku. Sekarang ni dah masuk setahun lebih penyakit takde menyerang selepas amalkan set ni."

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Anxiety Disorder

Supplepements yang membantu atasi masalah Anxiety adalah B Complex, Omega Guard dan Ostematrix.

B Complex

Vitamin B12 di dalam B Complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita. Asid folik pula membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.

Omega Guard

Minyak ikan Omega-3 sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.

Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neoron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia.

Ostematrix

Kalsium, sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.


Supplements Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya. Kualiti sentiasa dijamin semulajadi dan selamat.

Bagaimana Nak Dapatkan Set Anxiety Disorder Shaklee ?

Jangan dibiarkan atau mudah berputus asa untuk merawat sekiranya anda diuji dengan penyakit Anxiety Disorder ni.

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 17 February 2013

Sebab-sebab Anda Perlu Jatuh Cinta dengan B-Complex


Orang yang mudah stress akan menampakkan kesan stress di kulit wajah ...kulit mudah nampak kusam, bergarisan sedikit , dan paling kiritikal nampak lebih tua dari umur yang sebenar. Mengapa ianya terjadi? sebab bila kita stress, badan kita akan menggunakan B-complex yang sedia ada supaya badan mampu bertahan. Secara langsung stress yang berterusan mampu merosakkan vitamin yang sedia ada. Maka pentingnya makanan yang mengandungi vitamin B diambil dalam menu harian kita demi memastikan keperluan vitamin ini oleh badan sentiasa dapat dipenuhi. 

Apakah Makanan yang Mengandungi Zat B Sebenarnya? 

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B-Complex? 

B-complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa Kebaikan Vitamin B-Complex Sebenarnya? 

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk:
  • Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan 
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, 
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina 
  • Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik. 

Apa Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee?


B-Complex 
Kandungan : 120 biji 
Harga Runcit : RM 53.75 (WM) / RM 56.25 (EM)
 Cara Pengambilan : 1 biji sehari (penggunaan selama 4 bulan)

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.

Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten 
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin 
  • Peningkatan penghantaran zat 
  • Tablet mudah ditelan 

Siapa Sebenarnya yang Perlukan B-Complex? 

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  • Terdedah kepada sinaran matahari 
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak 
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine 
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan. 
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan 
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda 
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya 
  • Wanita yang mengambil pil perancang 

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin B-Complex supaya badan lebih bertenaga, kita lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi.

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin/supplement yang betul dan tepat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Vitamin C Paling Laris : Semulajadi, Selamat dan Berkesan


Vitamin C Shaklee : Sustained Release Vita-C 500 mg

Harga Runcit : RM 92.50 (WM) / RM 97.50 (EM)
 Kandungan : 180 biji
Cara pengambilan : 1 biji sehari (Penggunaan selama 6 bulan)


Keistimewaan Vitamin C Shaklee
  • Vitamin semulajadi, dihasilkan dari sumber semulajadi
  • Bersifat 'Sustained Release'. Bagi setiap biji Vitamin C Shaklee (500mg) yang anda ambil, anda akan mendapat manfaatnya secara berterusan selama 5 jam. Ini adalah kerana, Vitamin C nya dilepaskan secara berkala iaitu sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti. 
  • Mempunyai bioflavonoids. Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids. Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. 
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan 

Fungsi Vitamin C
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. 
  • Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting. 
  • Untuk metabolisma asid folik, tairosin, dan phenylalanine. 
  • Boleh mengurangkan gejala penyakit asma
  • Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
  • Meningkatkan penyerapan zat besi. 
  • Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 
  • Mengurangkan "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoproteins" (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . 
  • Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam 
  • Boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts)
  • Mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
  • Mudah selsema 
  • Mudah tertekan (stress) 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik 
  • Tapak kaki keras dan kasar 
  • Mudah bersin 
  • Luka yang lambat baik 
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C membantu pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulcer 
  • Mudah demam 
  • Penyakit Skurvi 

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin/supplement yang betul dan tepat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit