Showing posts with label PROTEIN. Show all posts
Showing posts with label PROTEIN. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Harga ESP Shaklee Murah Bulan Ni


Wah, excited tak baca entry kali ni.
Buat yang peminat setia ESP tu, hah bulan ni silalah borong. Yang dah lama teringin nak cuba ESP tu, ambil peluang bulan ni cuba ye. Alang-alang murah ni kan. Series untung sape yang grab.

ESP Shaklee ni adalah produk Shaklee yang paling on demand, best seller. Macam-macam khasiat dan kebaikan ada dalam satu bekas ESP ni. Untuk tambah tenaga, untuk kecantikan kulit, untuk hilangkan parut, bagi rasa kenyang yang lama, membantu kurangkan berat badan, membantu penyusuan ibu, kesuburan dan sebagainya.

Promosi sepanjang October 2014.

Dengan pembelian 6 ESP Shaklee, anda akan mendapat:
  • PERCUMA 1 ESP Shaklee
  • PERCUMA keahlian Shaklee untuk seumur hidup yang bernilai RM75
  • BONUS dari Shaklee sebanyak lebih kurang RM35
Memang berbaloi kalau grab set promo ni.
Boleh buat stok untuk sendiri, share dengan member-member, family...

If yang nak cuba 1 atau 2 tin pun, jangan segan-segan contact saya k.
Special price untuk anda :)

Klik sini untuk info lanjut dan testimoni ESP Shaklee



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 29 April 2013

Khasiat Utama ESP Shaklee untuk Kecantikan dan Kesihatan


Kelebihan dan Perbezaan Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan prtein berasaskan bahan soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. kacang soya yang digunakan oleh Shaklee 100% mengandungi “non-GMO” (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP juga merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 amin asid penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur samada tua ataupun muda.


Khasiat Utama ESP

1. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu2nya tumbuhan yang kaya dgn isoflavones. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung

3. Baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. ia membantu memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja – merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengerangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuh luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

6. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua

7. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
jadi

Itulah antara 7 kebaikan ESP shaklee. ada banyak lagi sebenarnya tau. Jika anda tak pernah cuba ESP, apa kata jom cuba. dan rasai sendiri kebaikannya. tak cuba tak tahu. tak kenal maka tak jatuh cinta orang kata

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 20 April 2013

[Tip Kurus Langsing] Tip Mudah untuk Kurus dengan Betul dan Berkesan


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)
Dah sarapan belum? Kalau belum, ambil sarapan anda sekarang yer. Sebaik-baiknya, sarapan harus diambil dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur. Nak kuruskan atau maintain berat badan, jangan skip sarapan ok, sebab sarapan penting untuk tingkatkan metabolisma badan.

Tak Perlu Berlapar Untuk Kurangkan Berat Badan

Bagaimana cara anda untuk diet atau kurangkan berat badan?
  • Adakah anda skip salah satu meal anda?
  • Adakah anda hanya makan 1 atau 2 kali sehari?
  • Adakah anda makan tak tentu masa, tunggu perut lapar baru makan?
Jika diet yang anda amalkan mempunyai salah-satu ciri di atas, sila baca entry ini selanjutnya ok, kerana sebenarnya cara begitu tidak berkesan untuk membantu anda mengurangkan berat badan.

Salah satu tips yang sering saya tekankan kepada semua customer yang membeli Set Kurus Shaklee dari saya, adalah jangan biar perut lapar ataupun jangan skip meal. Makan paling kurang 5 kali sehari (sarapan, snek pagi, makan tengahari, snek petang, makan malam), tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jangan la pula tiap kali makan, makan nasi atau benda-benda berat yer, kalau macam tu sampai bila pun tak kurus, makin naik adala:)

"Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga"

Kenapa Perlu Makan Banyak Kali
  • Makan kerap menghalang rasa lapar dan anda tidak terdorong untuk makan dengan banyak untuk hidangan seterusnya
  • Makan lebih kerap meningkatkan metabolisme anda supaya anda membakar kalori dengan lebih cekap
  • Makanan juga diserap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan secara teratur.
  • Anda akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga 
Panduan Memilih Snek

5 hidangan sehari boleh dibahagikan kepada sarapan, snek pagi, makan tengahari, snek petang dan makan malam. Jarakkan pengambilan setiap hidangan sekitar 3 jam. Biasanya orang ramai tiada masalah makan sarapan, tengah hari dan malam tapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan snek.

Jom kita baca perkongsian dari Kevin Zahri mengenai panduan memilih snek yang mudah, seimbang dan rendah kalori:

Sumber Karbohidrat: Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti, biskut dan lain-lain

Sumber Protein: Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu, soy etc.

Jumlah kalori? Nilai kalori snek tu bergantung kepada DCR (keperluan kalori seharian) anda. Katakan ia 2000 kcal, jadi budget untuk setiap hidangan, termasuk snek, adalah 2,000 / 5 = 400 kcal.

Serat (fiber): Nak kawal nafsu makan? Pastikan adanya serat dalam snek! Sumber – oats, wholegrain, roti perang dan lain-lain.

Mudah dan praktikal: Pastikan pilihan snek dan mudah untuk diamalkan ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan dalam laci meja dan tidaklah mengambil masa yang lama untuk hidang dan dimakan.

Suplemen: Kalau anda sibuk, suplemen seperti whey dan meal replacement shake tu memang sesuai tapi pastikan kos sekali makan tidak terlalu tinggi. For me jangan lebih RM5 sekali makan/minum.

------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplemen Shaklee sebagai Pilihan Snek Sihat

Cinch Shake


Cinch Shake

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 
  • Soya bukan GMO 



 Energizing Soy Protein (ESP)
 ESP

ESP adalah protein rendah lemak, bukan- GMO (organisma tidak diubah-suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu. Ia sesuai untuk seisi keluarga, memberikan anda 14gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Bukan sahaja merupakan pilihan snek yang berkhasiat, ESP merupakan snek enak bagi mengisi tubuh anda dengan protein soya yang berkualiti tinggi. Jam demi jam ia menyalurkan tenaga yang tiada tandingannya.

Dengan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan ini, ESP merupakan sumber protein biologi lengkap yang:
  • rendah lemak secara semulajadi 
  • bebas kolesterol protein 
  • lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu 

Jom sahut cabaran kurus dan langsing secara sihat dan semulajadi dengan Set Kurus Shaklee.
Jenama Shaklee ni, adalah jenama yang sudah 50 tahun lebih established dan telah terbukti selamat, semulajadi dan berkesan.
Info tentang Set Kurus Shaklee di sini

Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Kurus Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi saya ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 7 April 2013

[Tip Kecantikan] Punca dan Cara Mengatasi Kulit Kusam Agar Kembali Cerah dan Berseri


" Kulit wajah anda kusam? "

" Dah cuba pelbagai produk kecantikan, tapi kulit masih kusam "

Jom baca punca yang menyebabkan kulit wajah anda kusam, dan cara untuk merawatnya secara semulajadi dari dalam agar kulit kembali cerah dan berseri.





First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri? Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protien. Mana datangnya sumber protein? dari ikan, ayam, telur, kekacang.

 ESP Shaklee - sumber protein terbaik

Namun tahukah anda protein tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protein akan mati.. protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein.. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri. 

Untuk menambahkan kekenyalan kulit, sel tadi memerlukan vitamin C untuk membentuk kolagen. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit. Kawan saya sendiri yang baru mencuba Shaklee sendiri mengakui perbezaan yang ketara terhadap kulitnya apabila beliau mencuba ketiga² supplement ini. Teman sepejabat beliau sendiri mengakui wajahnya nampak lebih berseri.

Jika anda membeli vitamin di farmasi, pastikan vitamin C yang diambil sehari adalah dalam kadaran 500-1000mg manakala vitamin E beserta Selenium dengan kadaran 400i.u demi memastikan kesan yang baik. Protein pula, cubalah protein yang asli dan bukan dibuat menggunakan melalui teknologi batu arang. Protein ini selalunya kurang berkualiti dan tidak memberi impak maksima.

Walaubagaimana pun, terpulang kepada anda... apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan pada esok lusa namun pada masa akan datang. Maka marilah kita muhasabah diri dan cuba jadikan makanan yang kita ambil hari ini sebagai penawar dan jangan jadikan ubat (drugs) sebagai makanan kita. Sesungguhnya apabila kita sakit, waktu itu ubat(drugs) menjadi makanan utama , semoga Allah jauhkan ianya berlaku ke atas kita dan keluarga.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 17 March 2013

Resdung : Punca, Cara Mencegah dan Cara Rawatan yang Berkesan


Tahukah anda tentang sinusitis? Ataupun pendeknya dikenali sebagai sinus. Macam pernah dengarkan sinus ni tapi di mana ya:) Untuk kita, sinusitis lebih dikenali sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.


Apa itu resdung

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-tanda anda mengalami masalah resdung
  • Hidung selalu tersumbat 
  • Lendir dari hidung dan tekak 
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata 
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang 
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan 
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
  • Jerawatdi wajah dan belakang badan
Punca masalah resdung
  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi
  • Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar
Komplikasi serius sekiranya resdung tidak dirawat/dikawal
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan
  • Jangkitan otak (meningitis) 
  • Sakit tekak yang kronik 
  • Jangkitan tulang muka 
  • Memburukkan keadaan lelah 
  • Berdengkur yang kronik 
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak 
  • Selesema yang melarat.   

Apa yang perlu anda buat untuk mencegah masalah resdung
  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Cara merawat masalah resdung
Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut) 
  • Ubat selesema 
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung 
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan 

Tahukah anda, resdung boleh juga dirawat dengan pengambilan supplemen atau vitamin.
Vitamin dan mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan simptom resdung.

Supplements adalah alternatif terbaik untuk anda yang tak mahu bergantung kepada ubat atau menjalani pembedahan

    Vivix adalah tonik antipenuaan, produk terbaik Shaklee. Produk terbaik, sudah tentulah kesannya pun terbaik. Vivix ni merawat sel badan sehingga ke tahap DNA

    Nutriferon sangat bagus untuk boost immune system badan.

    Vitamin C adalah antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

    B-Complex bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

    Alfalfa membantu untuk detox, mengurangkan allergy dan mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
    * Vitamin ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

    Tak semestinya ambil semua ya supplements ni.
    Hubungi saya untuk pertanyaan dan consultation ya.

    Apa kata mereka yang amalkan Shaklee untuk masalah resdung

    Testimoni 1

    Resdung kronik hingga nyaris pekak pulih dalam seminggu!

     
    Testimoni 2

    Resdung kronik dan hampir kena minor strok kini pulih



    Testimoni 3

    Resdung kronik pulih, tak perlu garu hidung guna garfu lagi :)


    Testimoni 4

    Takde lagi masalah hidung tersumbat, bersin tahap gaban

    Testimoni 5

    Resdung kronik selama 10 tahun akhirnya sembuh



    Jangan ambil mudah ya masalah resdung ni. Kalau dibiarkan, memang ada risikonya untuk jadi komplikasi yang serius. Ikhtiarlah sebelum terlambat.

    Ramai yang dah berjaya mengawal masalah resdung mereka dengan bantuan supplements Shaklee.
    Hidup lebih ceria, tak perlu lagi menanggung masalah resdung yang menyakitkan dan merimaskan.
    Dengan izin Allah, tak perlu lagi bergantung kepada macam-macam ubat, tak perlu lagi risau memikirkan tentang pembedahan.

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Friday, 15 February 2013

    ESP SHAKLEE : Tanda-tanda dan Risiko Kekurangan Protein


    Kenapa perlu ESP @ protein tambahan sedangkan setiap hari kita makan ‘protein’?

    Dalam entry sebelum ni, saya telah berkongsi dengan anda mengenai kenapa kita memerlukan protein untuk tubuh badan kita, dan apakah keistimewaan ESP Shaklee sehingga menjadikan ia produk yang paling meletop sekarang ini.

    Mungkin ada yang bertanya, kenapa kita masih perlukan protein tambahan sepert ESP, sedangkan kita sudah mendapat protein dari diet/makanan harian kita seperti ayam, daging lembu, kekacang, telur, susu….


    Ya, memang betul semua itu adalah sumber protein, tetapi sedarkah anda bahawa kualiti protein itu sendiri telah berkurangan atau mungkin tercemar di sepanjang proses penyediaannya?

    Jadi, bagaimana kita nak tahu samada pengambilan protein kita mencukupi atau sebaliknya?

    TANDA Kekurangan Protein 

    Sila tanya diri anda sendiri sekarang. Adakah anda mempunyai masalah berikut:

    • Kulit wajah yang kusam
    • Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
    • Kuku mudah pecah
    • Rambut rosak serta sering gugur? 
    • Lemah/keletihan dan tidak bertenaga? 
    • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan? 

    Jika jawapan anda adalah YA untuk kesemua atau salah satu dari masalah di atas, sila semak kembali pengambilan protein anda. Inilah masanya juga untuk anda mula pertimbangkan untuk mengambil protein tambahan seperti ESP.

    RISIKO kekurangan protein 

    Berikut adalah antara risiko sekiranya kita kekurangan protien:
    • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam badan) 
    • Penyakit buah pinggang 
    • Penyakit hati 
    • Kolestrol tinggi 
    • Tekanan darah rendah 
    • Kandungan gula dalam darah rendah 
    • Fungsi saraf tak stabil 
    • Ulser perut dan usus 
    • Luka lambat sembuh 
    • Pengaliran darah tidak lancar 
    • Penglihatan kurang baik 
    • Badan menggeletar  
    • Letih lesu 
    • Lemah 
    • Tinggi kandungan air dalam tisu badan 
    • Terencat akal 
    • Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan 
    “Prevention is better than cure”, bunyi nya macam mudah kan, tapi, sedar tak sedar, kita sering menunggu untuk merawat baru nak mengelak. Bukankah sudah terlambat?

    Pada ketika itu, masa dan tenaga kita hanyalah di hospital, berulang-alik untuk dapatkan rawatan dan saban hari asyik bergantung kepada ubat/drugs yang boleh memberi mudarat kepada tubuh badan kita. Itu belum dikira lagi wang yang terpaksa dibelanjakan.

    Apapun, pilihan di tangan anda sendiri.
    Renung-renungkan.....
    Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin/supplement yang betul dan tepat untuk anda.

     
    ***********************************************************

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt