Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Wednesday, 19 July 2017

5 Tips Suri Rumah Atasi Keletihan Dan Kekal Cergas Bertenaga


Memandangkan saya pernah menjadi seorang Senior Engineer sebelum menjadi suri rumah ni, jadi kiranya saya boleh compare la sedikit sebanyak perbezaannya.

Menjadi seorang suri rumah ni, sebenarnya tak semudah yang disangka. Apatah lagi kalau suri rumah yang ada buat sesuatu sebagai pendapatan sampingan sepeti online business dan sebagainya.

Jadi, kalau ada yang nak berhenti kerja sebab rasa terlalu penat bekerja dengan harapan boleh relax kat rumah bila dah jadi suri rumah nanti, think again. Percayalah, anda akan menjadi lebih sibuk bila jadi suri rumah ni, tapi of course la lebih happy :)

Dari awal pagi buka mata sampaila pejam mata tidur, kerja sebagai seorang suri rumah ni tak pernah berhenti. Segala macam hal rumahtangga, anak-anak, suami and of course diri sendiri yang perlu diuruskan. At the same urusan business bagi yang ada pendapatan sampingan lagi.

Letih. Memang letih.


5 Tips Suri Rumah Atasi Keletihan Dan Kekal Cergas Bertenaga

Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat suri rumah atau ibu yang bekerja dari rumah?

Ibu-ibu semua pasti ada rutin dan cara tersendiri macam mana nak handle kan.

Apa yang saya boleh kongsikan serba-sedikit....

1. Rancang dan urus

Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda. Perjalanan harian kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang dan lebih teratur. Barulah tak kelam-kabut dan stress.

2. Seimbangkan antara anak-anak dengan urusan kerja

Siapkan keperluan dan beri perhatian untuk anak secukupnya. Kalau tak, nanti anak-anak rasa terabai dan macam-macam perangai keluar. Kita pun jadi stress dan apa satu kerja pun tak jadi nanti.
Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja dan anak-anak di tepi anda. Ini supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri. 

3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam

Sekurang-kurangnya 6 jam pun dah ok sangat. Yang penting, tidur awal dan bangun awal.

4. Masa untuk diri sendiri 

ME TIME. Lakukan apa yang kita suka. Ambik satu slot, paling kurang pun 1 jam ke, untuk buat aktiviti kegemaran kita. Contoh, menonton tv atau drama bersiri kesukaan, melayari internet, membaca, atau berjumpa kawan-kawan. So tak lah kita rasa tertekan asyik buat kerja je kan.

5. Mulakan hari dengan sarapan yang bagus

Dulu saya selalu skip atau lewat-lewatkan breakfast. Sampaila satu masa tu terkena gastrik yang kronik, terus insaf. Sekarang ni memang awal-awal pagi lepas Subuh, sambil uruskan anak-anak dan kerja rumah tu, saya breakfast terus. Biasanya yang simple je, tapi mengenyangkan. Contohnya, macam oat dan ESP. ESP ni memang jadi favourite ramai untuk breakfast, sebab senang, berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga. Rasa pun sedap. Yang nak maintain slim pun elok sangat sebab ESP ni takde kolestrol dan rendah lemak.

Ada gaya model ESP tak :))

Selain tu, personally, pendapat saya, pengambilan supplement pun sangat penting sebagai ikhtiar kita untuk kekal bertenaga dan untuk jaga kesihatan. Lagipun, bila dah beranak ni, dengan faktor pertambahan usia ni, badan pun dah mula bagi signal macam-macam. Sakit belakang la, lenguh badan la, angin la dan macam-macam lagi. Supplements ni untuk bantu menyokong fungsi badan kita dan tampung apa yang tak cukup dalam badan.

Macam saya sendiri, selain ESP tu, saya juga amalkan beberapa vitamin lagi. Semuanya dari Shaklee je, sebab dah yakin dengan yang tu, ada kajian klinikal semua. Tak berani nak cuba sebarang supplements.

Berikut ni, saya kongsikan juga penglaman yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah, yang mana beliau juga seorang suri rumah yang mengamalkan supplements Shaklee sejak 5 tahun yang lepas.

"Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum. Saya Siti Fatimah Yusof. Berumur 35 tahun. Ibu kepada 3 orang cahaya mata berumur 5 tahun, 4 tahun dan 11 bulan. Saya seorang surirumah sepenuh masa.

Sebenarnya saya telah menggunakan produk Shaklee ini sudah 5 tahun. Dari Set Berpantang hingga lah ke set-set yang lain dan terus menjadi ahli pada hujung tahun 2016.

Jadual harian sebagai surirumah sangat memenatkan. Dengan karenah anak-anak yang makin membesar membuatkan kesihatan terganggu. Sering sakit-sakit badan, keletihan, makan tidak menentu dan sakit lutut. Saya pernah mengalami sembelit selama seminggu membuatkan saya risau.

Tanpa membuang masa, saya mengambil Set Detoks Shaklee yg terdiri daripada Alfalfa, Lecithin dan Herblax. 3 sekawan ini banyak membantu saya dalam masalah yang saya hadapi. Badan terasa lebih ringan, sakit-sakit badan berkurangan, sakit lutut pun makin elok. Alhamdulillah, ESP juga saya amalkan untuk sarapan saya yang lebih berkhasiat, kenyang dan untuk Milk Booster.

Kesihatan anak-anak juga saya tidak abaikan. Omega Guard, Mealshake dan Vita C Chew untuk kesihatan mereka. Mealshake setiap pagi dalam sarapan mereka. Salah satu cara sarapan 'segera' untuk mereka. Omega Guard setiap kali sebelum tidur. Vita C Chew untuk tingkatkan sistem imun badan. Hasilnya anak-anak lebih berselera makan, tidak lagi sembelit, jarang sakit (kalau sakit cepat sembuh) dan lebih fokus dalam aktiviti harian mereka.

Sekarang Shaklee pilihan saya sekeluarga. Tidak pada yang lain. Berkualiti, selamat dan berkesan. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee."


Bagaimana Nak Dapatkan Supplements Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

Anda mungkin juga berminat dengan 5 Tips Menjadi Suri Rumah Cemerlang

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 8 October 2015

Waktu Operasi Poslaju Sabtu Dan Ahad


Angkut banyak-banyak barang untuk dipos, sekali poslaju tutup. Tapi takpe, belajar dari pengalaman. Kicik punya hal.

Ini kisah weekend baru ni actually. Dari pengalaman nilah baru ku tahu waktu bila boleh pos dekat Poslaju yang dekat mall tu.

Saya biasanya pos barang customer ikut waktu poslaju biasa je, dari hari Isnin sampai hari Sabtu, kecuali Sabtu minggu pertama, sebab Sabtu minggu pertama dan hari Ahad poslaju tutup kan. And selalunya memang pos dekat branch poslaju yang biasa je. Jarang sangat la pos dekat branch yang dekat mall macam yang ada dekat Tesco tu, boleh bilang dengan jari je.

Tapi weekend baru ni, dah alang-alang memang pergi Shaklee pastu nak pergi beli barang dekat Aeon Big Seberang Perai tu, ingat boleh la pos sekali. Dekat situ ada juga branch poslaju. Memang dah siap check dah waktu operasi poslaju dekat situ.

 Yang kat atas ni waktu operasi ni untuk area Kedah dan Pulau Pinang. Untuk negeri-negeri lain, korang boleh refer sini ok. 

Biasanya branch Poslaju yang dekat mall ni buka je hari-hari, so sebab dah memang dah buka kan, ingatkan Sabtu minggu pertama pun boleh pos.

Beriya ni dah lepas memborong stok dekat Shaklee, pack semua order customers dekat bonet kereta. 

Sekali angkut ke poslaju, tengok-tengok tak boleh pos. Sabtu minggu pertama memang tak boleh pos, urusan-urasan lain boleh buat, cuma pos je tak boleh. Confident jer. Hihi..

Shopping barang rumah la jawabnya kat situ. Memang weekend lepas ni tak pergi mana-mana pun kecuali shooping barang rumah, maklumlah jerebu teruk sangat.

Jerebu punya tebal. Dari atas Penang Bridge ni, tak nampak apa dah kat pulau tu.....

Dah penat ke sana ke mari, mengangkut barang segala, masa untuk isi perut :)

Pengajarannya kat sini, pos office memang buka je hari-hari kat outlets yang macam dekat Tesco tu, cuma Sabtu minggu pertama, memang tak boleh pos. Nak buat urusan lain, ok je. Senang la untuk sesape yang hari-hari kerja office hour kan, weekend tu bole la nak settle apa-apa hal... :)

Tuesday, 22 September 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha. Jom Balik Kampung !


Rasanya ramai yang mungkin dah start cuti esok ni. Kebetulan pulak kali ni Raya Haji waktu cuti sekolah, and hari Khamis, so ramai yang dah mula ambil cuti awal sambung sampai hari Jumaat. Dapatla balik raya kat kampung lama sikit kan.

Bagi yang akan memulakan perjalanan malam ni atau esok, bawa kereta elok-elok yer. Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.

Saya actually dah kat kampung ni. Kakak and irfan awal-awal lagi request nak balik rumah mak tok sebab school holiday 1 week. Mama pun ikut la sekali, bolehla tolong mak tok prepare apa yang patut untuk raya ni. Ni yang bestnya jadi work at home mother ni, tak perlu nak apply cuti bagai. Balik kampung pun, kerja still on, kata online business kan. Cik abang pun ok jer, lepas hantarkan kami anak-beranak kat kampung weekend hari tu, cik abang balik ke Penang balik. Esok lepas kerja baru datang balik.

Singgah breakfast favourite nasi lemak Irfan dulu sebelum balik kampung

Singgah Shaklee jugak dulu, beli barang-barang untuk customer tersayang

 Aktiviti hari ni...
Balut ketupat daun palas. Fuhh, berpeluh-peluh wehh..
Nasib baik dah pro sikit

Settle 1 setengah kilo beras pulut.
Kukus sikit buat minum petang, rasmi dulu sebelum raya 
Makan kosong jer pun sodap, maklumlah rendang takde lagi

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Kepada mereka yang mengerjakan ibadat haji, semoga ibadat mereka diterima dan insyaAllah mendapat haji yang mabrur. Kepada yang bakal mengerjakan ibadah korban, selamat mengerjakan ibadah korban.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Monday, 14 September 2015

17 Tips Pengurusan Masa Untuk Ibu Yang Sibuk



1. Buat jadual peribadi

2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.

3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama

4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.

5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.

6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.

7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.

8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.

9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.

10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.

11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.

12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.

13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.

14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.

15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.

16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.

17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh

Personally, jika anda dapat buat point nombor #1 (Buat jadual peribadi), saya yakin anda akan mempunyai masa yang terurus. Time allocation is very important.

Semoga bermanfaat :)

Tuesday, 4 August 2015

Kelebihan Dan Seronoknya Bekerja Dari Rumah (WAHM)


"Sayang nak hadiah apa untuk birthday?"
Tiba-tiba cik abang tanya hari tu.
Jawapan saya... "Hmm, abang belanja makan jer la nanti, sayang dengan anak-anak."

Honestly, saya takde apa-apa pun nak minta. Takde apa yang saya rasa saya perlu buat masa ni, so buat apa nak membazir kan.
Cik abang saya pun bukannya jenis yang suka buat surprise macam kisah balut handphone dalam bungkus nasi lemak tu. Hihihi.
Takpe, cik abang baru jer belikan saya handphone baru hari tu, so kira advanced birthday present la kan.

By the way, 24 July 2015 yang lepas, genaplah usia saya 34 tahun. Yerrr, akak dah 34 tahun dik, siapa cakap akak 24 tahun. Ecehh..

Alhamdulillah, pada usia 34 tahun, saya berpeluang menjadi sorang ibu yang bekerja dari rumah, yang menjalankan online business secara full time. Suatu perkara yang dulunya tak pernah saya jangka saya akan buat sebenarnya. Betapa indahnya aturan Allah, inilah jalan yang saya pilih sekarang, jalan yang sentiasa saya impikan setelah bergelar seorang ibu dan saya yakin inilah jalan yang terbaik untuk saya sekeluarga.

Dah lebih kurang setahun setengah rupanya saya menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah, atau istilah yang glamour sekarang, WAHM (work at home mother). Boleh baca di sini ya bagaimana perjalanan saya dari seorang Senior Engineer di salah sebuah multinational company, kini menjadi seorang work at home mother (WAHM).

Tak dinafikan, bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabarannya yang tersendiri kerana di samping menguruskan business, saya juga perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak dalam masa yang sama. Jadi, kena pandai-pandai bahagikan masa. If nak compare kan, saya rasa bekerja dari rumah ni lebih penat dan sibuk sebenarnya berbanding waktu saya bekerja makan gaji dulu. Hihihi...


Tapi, kalau tanya saya, best tak jadi WAHM, mesti la saya jawab BEST SANGAT!
Banyak sangat kelebihannya bekerja dari rumah ni. Meh saya kongsi sikit apa yang best sangat tu:)

1. Seronok dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak

Sebab utama kenapa saya nak sangat bekerja dari rumah adalah supaya saya dapat sentiasa bersama anak-anak dan dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai, dan kalau boleh, saya tak nak rasa ralat bila sedar-sedar anak-anak dah besar, padahal tak banyak masa yang saya luangkan dengan anak-anak, dan saya mungkin akan terlepas banyak momen yang penting ketika anak-anak membesar.

Kalau difikirkan balik, dulu, seawal 6.40 pagi kami dah terpaksa keluar rumah untuk hantar anak-anak ke nursery, lepas tu, hampir pukul 7 malam baru sampai rumah dengan anak-anak. Balik rumah dah penat, paling lewat pun, pukul 10 malam anak-anak dah kena tidur. Bayangkan, hanya 3 jam sehari saya dapat bersama dengan anak-anak. Sedih sangat rasa.

Sekarang ni, pagi jer Irfan kat kindy, kakak pula dekat sekolah. Petang dah balik school, macam-macam aktiviti boleh buat sama-sama. Boleh sembang-sembang apa yang kakak dengan Irfan buat dekat school, cerita tentang kawan-kawan dan sebagainya. Bagi saya, ini amat bermakna dan lebih bernilai dari segala-galanya. Saya tak mungkin peluang macam ni jika saya masih bekerja makan gaji dulu.

Sambil mama buat kerja, sambil anak-anak belajar

2. Dapat masak sendiri hari-hari dan makan bersama

Dulu time bekerja makan gaji, memang jarang sangat masak sendiri. Hari bekerja memang tak la. Balik kerja pun dah lewat. Asyik beli jer la kerjanya. Bukannya sedap mana pun, tapi dah lewat tu kadang malas pulak nak masak. Lagipun anak-anak dah kenyang makan kat nursery, saya dengan cik abang jer la kadang-kadang rasa nak makan. So macam leceh pulak rasa nak masak kalau setakat 2 orang makan. Weekend kadang-kadang masak, kadang-kadang makan luar. Memang suci jer dapur tak berasap. Hihihi.

Sekarang ni, hahh, hari-hari bersilat kat dapur. Lunch pun cik abang balik makan kat rumah sama-sama. Aktiviti makan kat luar time weekend pun dah jarang sangat sekarang. Rasa syok pulak bila masak sendiri. Lagipun cik abang saya ni memang tak suka sangat makan kat luar sebenarnya, walau sesimple mana pun saya masak, dia prefer makan kat rumah.

Masak kat rumah ni, lagi puas hati sebenarnya. Kebersihan terjamin, pastu kita yang masak kan, jadi kita boleh control apa yang kita nak guna. Kalau makan kat luar, kebersihan belum tentu terjamin, kat dalam tu, entah apa-apa bahan tambahan atau perasa yang dia letak pun kita tak tau kan. Lagi satu, bila dah masak sendiri ni, jimat pun jimat. Yang penting, air tangan sendiri, kasih sayang sesama keluarga pun bertambah erat. Cik abang siap cakap, sekarang ni kalau masak bagi orang makan pun tak malu la. Adehh, sadis betul. Nampak sangat dulu masak tak sedap. Hihihi.
 Hari-hari, memang tak miss la masak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Kadang-kadang simple jer, sandwich jer pun. 
Takpe, yang penting, kita buat sendiri untuk anak-anak bawa ke sekolah

3. Masa yang fleksibel

Nama pun bekerja sendiri kan, tak perlu nak minta cuti kalau ada apa-apa hal. Nak pergi ke mana-mana pun senang. Tak perlu nak pening-pening fikir cuti tak cukup ke, terpaksa ambil cuti tanpa gaji ke, cuti tak approve ke. If ada emergency tiba-tiba, tak perlu susah-susah nak minta time off ke apa ke nak minta keluar.

Dan lagi satu the beauty of online business ni, bercuti pun business tetap jalan. Kedai tak pernah tutup, semuanya di hujung jari jer :)

 Petang-petang, boleh bawa anak-anak exercise sekejap kat playground :)

4. Bebas

Tak terikat dengan bos..
Tak terikat dengan peraturan syarikat..
Tak terikat dengan waktu bekerja yang tetap.
Nama pun bekerja di rumah, nak pakai apa pun boleh. Sambil tempek bedak sejuk kat muka pun boleh buat kerja. Sambil masak pun boleh consult cutomer.
Sambil ajar anak buat homework pun boleh update blog.
Sambil kemas rumah pun boleh selit-selit reply customer.
Bebas! Kita yang tentukan cara kita bekerja, bila kita nak bekerja dan bagaimana kita nak bekerja.

Orang lain sibuk bekerja, mak budak ni sibuk bawak anak-anak berjalan
Sambil berjalan pun macam biasa la, business on jugak, kata online :)

Best best juga.
Tapi, jangan pula bayangkan, menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah ni duduk rumah goyang kaki, jaga anak, duit masuk berkepuk-kepuk.
Perlu disiplin dan fokus ya, jangan sampai tersasar dari matlamat sebenar.

Pasti ramai ibu di luar sana yang juga impikan untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak.
Saya doakan anda juga berjaya suatu hari nanti.
Impian dah ada, yang penting mulakan and GO FOR it.
If u dream for it, believe it and achieve it!
Jika ada yang berminat untuk sama-sama berjaya dalam online business Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan tunjukkan jalannya. Yang penting adalah semangat dan usaha anda :)

Tuesday, 9 June 2015

Percutian 6 Bintang PERCUMA Dari Shaklee Di Palace Of Golden Horse!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya baru jer balik dari KL ni sebenarnya. Sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Palace Of Golden Horse Hotel secara PERCUMA, percutian 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Percutian ni adalah salah satu peluang yang ditawarkan oleh Shaklee selain bonus dan car bonus, kepada pengedar-pengedar yang layak.

Percutian ini juga actually sempena National Conference Shaklee yang diadakan sekali setahun untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pengedar Shaklee yang telah berjaya sepanjang setahun yang lepas. National Conference Shaklee kali ni diadakan di MIECC The Mines. Tahun ni adalah kali kedua saya mendapat trip percuma dari Shaklee, dan seperti tahun lepas, tahun ni juga adalah tahun kedua saya menjadi salah seorang penerima awards dari Shaklee.

Selain daripada awards dan hadiah-hadiah yang diberi Shaklee, apa yang membuatkan saya amat teruja sepanjang menghadiri convention ni adalah saya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kenalan yang jarang-jarang berjumpa dan juga yang baru, semuanya dari kalangan mereka yang sentiasa positif dan bersemangat. Walaupun hanya berjumpa sesekali dan baru kenal, tapi ukhuwah yang terjalin tu, mesra macam dah kenal lama. Kalau nak diikutkan tu, kami ni semuanya menjalankan perniagaan yang sama, tapi masing-masing langsung tak lokek berkongsi ilmu.

Shaklee juga ada menjemput beberapa Master Shaklee yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan tips mereka. Semangat dan aura sepanjang National Conference Shaklee ni, fuhhh, jangan cakaplah. Syukur sangat dipertemukan dengan business Shaklee ni, yang sememangnya telah banyak mengubah diri dan pemikiran saya.

Jom kita layan gambar sikit jom :)

 Sampai-sampai jer, terus disambut dengan kalungan bunga oleh 
Mr Victor Lim, President of Shaklee Malaysia

 Selfie dulu seround sebelum nak register and check in

 Dah check in. Besar biliknya, cantik, selesa.
Trademark kuda semuanya, dengan lampunya, shower gel, lotion, shampoo. 
Semuanya bentuk kuda, unik :)

Welcome lunch dari Shaklee
Kena isi perut dulu, sebab lepas tu Shaklee nak bawak g jalan-jalan

 Shaklee bawak ronda-ronda Kuala Lumpur
Rombongan cik kiah ke Muzium Diraja, Central Market dan Aquaria KLCC

 Dah penat-penat berjalan, malamnya dinner di Grand Hyatt Hotel
Welcome Dinner yang bertemakan Fun Fair Nite dari Shaklee, sambil dihiburkan oleh pelawak terkenal Douglas Lim

 Balik jer bilik kat hotel, ada surprise gift dari Shaklee atas katil
1 kotak Shaklee Collagen Powder uuu.. terharu aii :)

 Suasana National Conference Shaklee di MIECC The Mines yang sangat meriah dan penuh dengan aura yang positif dan bersemangat!

 Balik ke bilik untuk siap-siap ke Gala Dinner, ada pulak lagi surprise gift dari Shaklee.
Kali ni pashmina exclusive, design macam brand yang terkenal Burberry tu kan.
Maklumlah, CEO Shaklee Mr Roger Barnett tu kan owner Burberry :)

Tema Gala Dinner kali ni Majestic Nite
Serius ku blur tak tau nak pakai baju apa and malas nak beli baju baru.
Jadinya, pinjam jubah mak yang beli kat Mekah tu je.
Kira ok la kan, janji kenyang :)

 Ini sebahagian hadiah dari Shaklee selama 3 hari 2 malam
Berat beg nak mengangkut, tapi i LIKE :)
Siap dapat meal allowance RM 100 lagi tu... best ke best!

 Geng yang baru bertemu dan berkenalan di sini.
Geng selfie, geng sembang, geng gelak, geng makan, geng share ilmu.
Baru je kenal tapi mesra macam dah kenal lama.
Zana, Nuyun, Hanny and me Cik Jatt. 
By the way, Hanny tu kakak Irine Nadia Marcello blogger yang terkenal tu, 
patutla waktu first time tengok tu nampak macam familiar
Kenal kat sini terus jadi geng kamceng :)

I am Star Achiever Award!

Alhamdulillah atas pengalaman ini.
Alhamdulillah dapat merasa percutian 6 bintang secara percuma yang cukup eksklusif ini.

Terima kasih Shaklee, Terima kasih Allah S.W.T.

Monday, 1 June 2015

Rahsia Kulit Makin Berseri Dan Badan Ramping :)


Nak cerita ni... kembang kuncup pulak rasa ni..
Apa kes tengah-tengah malam up entry yang ala-ala syok sendiri ni. Hihihi..

Ok, macam ni ceritanya..

Semalam, ada kenduri dekat rumah saudara sebelah my husband. Time-time kenduri macam nilah, boleh berkumpul ramai-ramai adik-beradik. Best kan. Masing-masing takdelah duduk jauh-jauh sangat, tapi biasalah, nak berjumpa berkumpul ramai-ramai ni bukan senang. Semua pun dah sibuk dengan hal kerja and family masing-masing.

Ok, nak dipendekkan cerita, tiba-tiba sorang adik ipar tegur..

"Amboi kak Hajar, makin berseri-seri nampak sekarang ni!"

Pastu jumpa pulak lagi sorang adik ipar..

"Amboi kak Hajar. Rampingnya, cantiknya..."

Oh adik-adikku atau sesiapa saja, tolong la jangan puji depan-depan cek lagu ni. Cek ni seorang yang pemalu, terus kaget dibuatnya. Cek hanya mampu berkata

"Hihi, rahsianya, telanla Shaklee"

Bab kulit makin berseri-seri tu kan, saya pun perasan lama dah. Ni bukan nak masuk bakul angkat sendiri ni, tapi saya cuma nak share keajaiban produk Shaklee. Benda baik, takkan nak simpan sorang-sorang kan. Sebab saya faham, ramai yang stress dengan masalah kulit ni, dan saya sendiri pun salah seorang daripadanya dulu. Jadi, secara tak langsung, dengan perkongsian saya kat sini kan, actually dah banyak membantu mereka yang ada masalah kulit ni, dan saya harap, ramai lagi yang saya boleh bantu lepas ni.

Semenjak dah 2 tahun lebih setia amalkan produk Shaklee ni, Alhamdulillah, memang kulit saya banyak sangat improved. Dari kulit penuh parut, selalu naik jerawat tiba-tiba dengan banyak, kulit sensitif, berminyak and kulit kusam sampai nampak hitam muka. Dan sekarang, Alhamdulillah, walaupun takdela flawless giler, tapi much much more better dari dulu. Parut yang dulu-dulu boleh dikatakan semua dah clear, jerawat jarang naik, kulit makin cerah dan lembut.

Berseri ke mak anak dua ni..
Mungkin effect tudung dengan dress tu jugak kut. 
Rasanya kan, bila kita pakai pink kan, keserian tu lebih terserlah rasanya. Hihi

Selepas balik dari kenduri tu, saya singgah Shaklee pulak. Nak ambil beg PERCUMA dari Shaklee untuk National Conference minggu depan. Inilah salah satu yang ditawarkan oleh Shaklee kepada pengedar yang cemerlang. 5 STAR Free Trip!

 

Tak beberapa hari jer lagi ni. Nanti ada grand dinner and nak naik stage ambik award juga. Tapi.... bajunya, saya memang tak prepare langsung. Ingat nak beli je ni dress apa-apa, tapi tiba-tiba teringat mak saya beli banyak jubah waktu pergi Umrah baru ni. Cantik-cantik juga. Ok, settle, pakai jubah je la...

Nanti saya update entry tentang FREE TRIP ni ok :)

Monday, 18 May 2015

Aktiviti Hujung Minggu, D.I.Y Bersama Anak-Anak


Assalamualaikum semua :)

Salam hari Isnin.

Apa aktiviti korang weekend baru ni ye.
Aktiviti mak anak dua ni, macam biasa la, ada je benda nak buat dengan anak-anak.

So, akiviti dengan my daugter kakak Aina Qistina with our little helper Armin Irfan, kitorang buat muffin coklat yang sangat lembut dan gebu. Nanti saya share dekat next entry dengan resipinya sekali k, sebab, actually entry kali ni, saya nak share tentang cerita lain, kisah tentang parenting. By the way, resepi muffin coklat tu kan, senang sangat tau, sangat sesuai buat dengan anak-anak, confirm jadi punya.

Sebelum nak mulakan operasi buat muffin, kita keluar shopping dengan mak tok dulu sat
3 generations, mak tok, mama, and si kecik kakak Aina Qistina

Ok, berbalik kepada cerita utama, korang pernah tak terbaca satu tips dekat blog parenting ni, dah tak ingat blog mana. Tips tu tentang cara mendidik anak-anak tanpa marah-marah, pukul atau menggunakan kekerasan. Oh, i really need this.

Semenjak-dua menjak ni, kadang-kadang tetiba rasa macam jadi Godzilla pulak kat rumah.
Baru dua orang anak pun dah haru-biru. Haha..

Waktu anak-anak kecil lain cabarannya, bila anak-anak dah semakin membesar, lain pulak cabarannya. Kita sebagai ibu bapa ni, kadang-kadang tersasar and hilang sabar jugak.

Saya ni nak nampak je lembut gini, tapi dengan anak-anak tegas. Cuma kadang-kadang tu, rasa bersalah pulak bila asyik marah kakak dengan Irfan. Bila marah tu lupa diri, tapi bila dah cool, tengok balik muka anak-anak, sayu je rasa hati, bergenang-genang rasa mata. Walau macam mana marah sekalipun saya kat anak-anak, saya akan make sure bila dah sama-sama cool, it's time to talk and hug. Biasanya sekejap je dah sama-sama cool. Saya akan explain kenapa saya marah, and tanya anak-anak kenapa buat perangai macam tu, and minta anak minta maaf.

Baru-baru ni, saya terjumpa satu tips dekat blog, tentang macam mana seorang ibu ni, dia guna sticker cute cute untuk rewards anak dia bila anak dia behave. Actually dah lama sebenarnya saya tahu tentang cara ni, tapi entah apasal la tak buat. Bila dah 'nazak' dan rasa makin mencabar tahap kesabaran macam mana nak disiplinkan anak-anak sekarang ni, terjumpa balik tips ni, it triggered me. Wajib buat sekarang.

Tak susah pun nak buatnya, and it looks fun.
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • sticker kecik yang cute cute
  • list of rules dalam bentuk table
Ok, fist step, of course la cari sticker yang cute cute kan. Done, siap dah beli semalam.
Next step, baru prepare list of rules.

By the way, if korang nak cari sticker yang cute cute, anak-anak suka, saya suggest cari dekat Mr D.I.Y. Banyak sangat pilihan yang buat mak budak ni pun tergoda. Harga pun murah sangat, range antara RM 1 hingga RM 3 je.

 Misi mencari sticker cute cute kat sini

 Misi take time sikit sebab rambang mata wehhh!

Ini bukan budak sekolah. Inilah mak anak dua tu.
Gigih pilih stickers, macam pilih baju

 Me with my little cheeky hero Armin Irfan
Misi berakhir dengan jayanya

Sticker dah ready, tinggal lagi nak prepare table je lagi.
Nanti bila dah siap and implement, saya share kat kat sini eh. Stay tune :)

Thanks for reading!

Tuesday, 5 May 2015

Beralih Ke Samsung Galaxy E7...


Ehem ehem...

Diishtiharkan, saya telah bertukar ke handphone baru. Setelah sekian lama bersama Sony, akhirnya terjebak dengan Samsung pulak.

Tak berniat sebenarnya nak tukar handphone baru ni, walaupun my husband dah selalu suruh tukar handphone. My handphone yang sebelum ni banyak sangat problem katanya. Saya pulak, selagi boleh on, guna, selagi tu lah tak tukar. Tiba-tiba. baru ni, handphone tu tak semena-mena padam terus. Adehhhh....

Dahla tengah deal dengan a few customers time tu. By the way, kepada anda yang terbaca entry ni, kalau ada sesape yang ada contact saya, please contact sekali lagi k. Sebab ada data yang tak dapat back up, so saya tak dapat trace balik siapa yang contact saya time handphone saya rosak tu.

Ok, berbalik kepada cerita handphone rosak tu, kitorang pun bawak la pergi kedai. Ada la kut dekat setengah jam, baru boleh on balik. My husband dah beria suruh tukar handphone baru. Siap dah survey nak beli handphone mana. Saya macam biasa la, rasa sayang, ada hati lagi nak guna handphone tu balik. Walaupun condition tak la meyakinkan sangat. Ada harapan anytime jadi balik.

Tapi, tengok my husband dah beria suruh tukar, tukar je la. Lagipun dia nak hadiahkan. Hihihi...

Makanya, dapatla handphone baru sudah.

Tokey kedai tu tanya, u nak handphone yang macam mana?

Seriously, saya tak kisah sangat bab-bab telefon ni, janji bole guna yang basic and paling penting camera cantik. So, dia recommend Samsung Galaxy E7.
My husband yang lebih banyak deal actually, so saya ikut jer la. Bab-bab handphone ni, dia lebih arif..

So, here's some photos yang sempat saya snap lepas rasmikan handphone baru ni.
My comment,
not bad juga, cantik gambar dia. Ni gambar tanpa sebarang edit ni.
Rear camera 13 megapixel and front camera 5 megapixel
Handphone ni walaupun agak besar sikit dari Sony Xperia Ion yang saya guna sebelum ni, tapi ringan.
Lain-lain key-spec, tak arif sangat nak review sini. Belum explore lagi :)





Friday, 3 April 2015

Percutian Percuma Shaklee Di Sri Intan Resort, Port Dickson


Team Building?
Eh eh, suri rumah pun ada Team Building? Bukan sebarang suri rumah ni, suri rumah yang duduk rumah jaga anak-anak sambil buat duit la katakan.

Kalau dulu, time bekerja makan gaji, Team Building pergi sorang diri, itupun area Penang je. Company nak control budget la kan. Tapi kali ni, Team Building bawa anak-anak dan suami sekali. Ke Port Dickson pulak tu. Everything sponsored! Bawa diri je, and of course bawa baju la:)

Terima kasih kepada my Shaklee mentor aka my mami, Master Hadhatina dan Master Kamarul, yang telah menaja sepenuhnya Team Building ni. Seramai 16 buah keluarga kalau tak silap saya, yang menyertai Team Building ni, dan keluarga saya salah satu daripadanya. Tak sangka terpilih sebenarnya, syukur Alhamdulillah.

Team Building ni diadakan di Sri Intan Resort, Port Dickson, tempat yang sangat best dan selesa. Betul-betul sebelah Pantai Telok Kemang, Port Dickson tu, anak-anak saya memang suka sangat. Siap nak ajak pergi every weekend.

Sepanjang dua hari Team Building tu, banyak aktiviti yang telah diadakan untuk semua peserta, indoor and outdoor. Malamnya pula ada BBQ Dinner dan pertandingan karaoke. Jangan tak tau, saya siap duet lagi dengan cik abang masuk petandingan karaoke tu. Bila lagi kan nak lepas gian.

Selain dapat meluangkan masa dengan family, banyak ilmu yang kami dapat sepanjang dua hari di situ. Dapat berkenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan business yang lain, dan dapat juga bertukar-tukar pandangan. Terasa betul auranya, aura yang bersemangat dan positif!

 Pemandangan dari bilik. Irfan dah superexcited bila namapak Pantai Telok Kemang tu

After check in, masuk class tuntut ilmu jap
Kakak and Irfan temankan mama jap ye. Ayah rest kat bilik time ni sebab letih drive jauh

Business Shaklee dan anak-anak memang tak dapat dipisahkan
Anak-anak adalah semangat kami!

Aktiviti bebas waktu petang.
Apa lagi, terjun swimming pool ler...

Sekejap swimming pool, sekejap pantai.
Maklumlah, sebelah-sebelah je. Best sangat tau!

BBQ Dinner & Malam Akustik
Pengacara majlis, Cik Ayu yang comel dan ayu dari team Supermom Office

Ehem ehem..
Mulanya karok sorang je, sekali dah tengah-tengah lagu, cik abang tiba-tiba join sekaki pulak.
Layannnnn.
Ok irfan, kasi can mama and ayah yer :)

Dapat jugak hadiah
Vokal Terbaik pulak tu. Eceh

Day 2
Pagi dimulakan dengan aktiviti telematch.
Keluar peluh sikit sambil eratkan ukhuwah

Anak-anak pun ada game jugak
Cari irfan cari

Yang ni last match
Khas untuk kaum-kaum bapa aje
Kaum-kaum ibu jadi tukang sorak je kat tepi

Rindu pulak rasa bila tengok gambar ni:)

We are SUPERMOM & SUPERDAD!


Best kan group kami..
Syukur sangat dipertemukan dengan group Shaklee ni.
Ukhuwah, ilmu dan segalanya tak ternilai dengan wang ringgit. Thank you Allah :)