Showing posts with label TESTIMONI SET KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI SET KEHAMILAN. Show all posts

Monday, 9 July 2018

Atasi Keletihan Dan Kekal Bertenaga Semasa Hamil


Assalamualaikum

Apa khabar :)

Baru-baru ni, ada customer yang berkongsi dengan saya tentang masalah beliau yang terlalu teruk alahannya dan letih-letih sepanjang hamil. Masalah beliau ni bukan sekadar sewaktu trimester pertama, malah berlarutan hingga trimester kedua.

Pengalaman dan dugaan ketika hamil ni, setiap ibu pasti merasainya dan ianya berbeza-beza.

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nur Illiani Mat Yusof, yang menceritakan pengalaman beliau ketika hamil anak beliau yang ketiga yang mana ianya berbeza ketika beliau hamil anak pertama dan kedua. Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana.

Tiada Alahan Dan Cergas Bertenaga Ketika Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Pengalaman mengamalkan set hamil Shaklee memberi satu pengalaman indah lebih-lebih lagi pada kehamilan ke tiga dan usia pun dah memasuki 30-an. Apa yang saya gembira sangat-sangat, saya tidak mempunyai sebarang alahan dan saya hamil juga tidak disedari oleh rakan sekerja kerana tiada sebarang tanda saya sedang hamil pun. Sentiasa cergas, tidak pernah ambil cuti sakit dan kerja berjalan seperti biasa.


Kenapa saya konsisten mengamalkan setiap vitamin Shaklee ini? Selain saya telah merasai kesan yang sangat-sangat positif terhadap diri saya sejak mengamalkan supplement secara konsisten dari penghujung tahun 2012, saya tahu badan saya memerlukan setiap nutrisi yang ada dalam supplement yang saya amalkan ini lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan awam.

Jadi saya perlu memastikan diri saya sentiasa cergas, sentiasa sihat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk suami dan anak-anak yang memerlukan saya sentiasa ada dengan mereka dalam apa jua keadaan.

 


Semasa kehamilan anak ke 2, saya disahkan mengidap kencing manis semasa hamil tetapi alhamdulillah, hamil anak yang ke 3 ini, saya bebas dari terkena kencing manis semasa hamil. Jika dulu hb saya sangat-sangat low dan pernah bacaan sehingga 8.6 dan terpaksa berulang alik berjumpa doktor pakar diklinik, tetapi syukur sangat-sangat kali ini bacaan hb saya sangat-sangat baik.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana supaya menjaga kesihatan kita bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang masa dan secara konsisten dan berdisiplin bagi memastikan seisi keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan lebih sihat.


Betul Ke Set Kehamilan Shaklee Ni Bagus ?

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh klik
>> Vitamin Untuk Ibu Hamil

Bagaimana Nak Dapatkan Set Kehamilan Shaklee ?

Walaupun tidak nampak, sebenarnya ada banyak perkara yang sedang berlaku di dalam perut anda! Amat penting bagi ibu mengandung untuk tahu apa yang badan anda perlu. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling kerana setiap kehamilan ada unik dan berbeza.

Jangan terlalu push diri sendiri hingga abaikan rasa letih.
Tak best kan kalau asyik letih dan melepek je.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday, 2 August 2017

7 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil


Rata-rata ibu hamil kerap dan cepat letih ketika hamil. Ada ibu yg pada waktu pagi sangat cergas, tapi apabila waktu petang terasa letih sangat. Keletihan ini memang sinonim kepada ibu hamil.

Pada awal kehamilan, ibu hamil sering letih disebabkan oleh perubahan hormon dan simptom muntah-muntah yang dialaminya.

Apabila perut semakin besar, ibu pula akan lebih sukar mendapat tidur yang cukup kerana kurang selesa atau selalu terjaga untuk ke tandas. Perubahan tubuh badan ini menjadi punca yang menyebabkan seseorang wanita sentiasa letih dan mengantuk, terutamanya di siang hari.

7 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil

Bagaimana cara mengatasi letih, rasa mengantuk, dan kembali cergas supaya dapat menjalankan tugas seharian?


1. Buat Senaman Ringan 

Walaupun kita berasa letih, senaman ringan seperti 30 minit berjalan amat membantu untuk mengembalikan tenaga kita yang hilang. Ketika di pejabat, amalkan senaman regangan dan hirup udara segar melalui tingkap.

2. Rehat Yang Berkualiti 

Kelesuan ketika mengandung juga dapat dicegah dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda tidur lebih awal dan dapatkan ‘power nap’ pada waktu tengahari jika sempat. Elakkan minum air sebelum tidur supaya anda tidak perlu ke tandas tengah malam.

Lupakan sementara segala kerisauan anda dan pergilah berurut. Dapatkan urutan khas untuk ibu mengandung. Anda juga boleh mandi di dalam rendaman air suam dengan beberapa titis minyak aromaterapi yang menenangkan sebelum masuk tidur.

3. Pilih Makanan Sihat 

Ibu mengandung perlu prihatin tentang jumlah makanan yang diambil. Lebihkan tenaga dengan mengambil protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protein adalah sumber tenaga baik untuk kita dan tumbesaran si bayi. Lebihkan pengambilan ayam, ikan dan tauhu.

Walaupun karbohidrat sering mendapat reputasi yang buruk, ia merupakan sumber tenaga yang penting dalam pemakanan seharian kita. Gantikan nasi dan pasta dengan karbohidrat sihat seperti bijirin penuh dan roti mil. Makanan bergoreng dan marjerin juga perlu digantikan dengan dengan minyak sihat semulajadi seperti avokado dan mentega kacang.

4. Minum Banyak Air 

Mengandung atau tidak, antara punca utama keletihan ialah kekurangan air dalam badan. Lebihkan pengambilan air kosong.

Boleh juga minum jus buah atau teh tanpa kafein untuk kelainan. Buah dan sayur seperti tomato dan timun juga dapat menambah kandungan air dalam badan.

5. Jangan Makan Untuk 2 Orang

Mengandung bukanlah alasan untuk anda makan dua kali ganda. Kononnya untuk dua orang.

Sebaliknya, alternatif yang terbaik untuk anda dan si bayi ialah makan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Cara ini dapat membendung keletihan badan dan mengembalikan tenaga. Lebihkan makan kudapan sihat seperti yogurt dan kekacang. Elakkan makanan ringan dan snek berkalori tinggi.

6. Semak Semula Jadual Harian 

Badan anda tidak akan sekuat sebelum mengandung. apabila sudah hamil, badan kita sudah sedikit terbatas untuk melakukan tugasan harian. Jangan letakkan semua beban di bahu anda. Dapatkan bantuan untuk tugasan-tugasan di rumah dan untuk urusan anak-anak buat sementara waktu. Utamakan kesihatan anda dan bayi. Nanti sudah sakit susah pula jadinya.

7. Ambil vitamin atau supplement

Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.

Testimoni : Ibu Hamil Cergas Bertenaga

Tak dinafikan, pengambilan vitamin atau supplement adalah sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Selain penting untuk tumbesaran bayi yang sihat, pengambilan supplement juga membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas bertenaga.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Fitriyatul, seorang ibu yang mempunyai 2 anak, bagaimana pengambilan supplement telah membantu beliau untuk kekal bertenaga sepanjang tempoh kehamilan beliau yang kedua berbanding kehamilan pertama beliau.


"Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain.

Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil full set Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.

Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.

Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90 kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.

Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan full set Set Berpantang Shaklee pula. Inilah Shaklee Effect saya."

Betul Ke Set Kehamilan Shaklee Ni Bagus ?

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh klik
>> Vitamin Untuk Ibu Hamil

Bagaimana Nak Dapatkan Set Kehamilan Shaklee ?

Walaupun tidak nampak, sebenarnya ada banyak perkara yang sedang berlaku di dalam perut anda! Amat penting bagi ibu mengandung untuk tahu apa yang badan anda perlu. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling kerana setiap kehamilan ada unik dan berbeza.

Jangan terlalu push diri sendiri hingga abaikan rasa letih.
Tak best kan kalau asyik letih dan melepek je.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Tuesday, 18 July 2017

Risiko Anemia Pada Ibu Hamil Dan Cara Mengatasinya


Lesu, letih, tidak bertenaga, semput, pening, rasa berdebar, kulit pucat, dan tidak boleh berfikir dengan jelas, merupakan di antara simptom-simptom seseorang itu menghidap anemia atau kurang hemoglobin.

Selalunya, mereka yang mengalami simptom-simptom ini tidak begitu mengendahkannya dan hanya mengandaikan tidak mendapat rehat yang cukup. Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi golongan yang lebih kerap dikaitkan adalah ibu-ibu mengandung.

Masalah anemia ni semakin kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil hari ini, jadi amat penting supaya perhatian ditumpukan kepada penjagaan pranatal yang sewajarnya.


Risiko Anemia Yang Tidak Dirawat

Anemia yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil dan selepas melahirkan anak boleh mengakibatkan masalah seperti:
  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • kekurangan berat badan
  • kemurungan selepas bersalin
  • kerencatan perkembangan dalam seseorang kanak-kanak
  • kerencatan semasa dilahirkan
  • peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
Namun apa yang lebih malang, penyakit ini jika tidak dicegah serta dirawat boleh menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang.

Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana, jangan ambil ringan masalah ni. Bertindak segera atau dapatkan bantuan serta-merta jika menghadapi simptom anemia.

Tiada Lagi Masalah Anemia Atau HB Rendah Semasa Hamil Dan Selepas Bersalin

Kisah yang saya kongsikan selanjutnya ni adalah pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Fatimah Azzahra, sorang ibu kepada 3 orang anak. Bagaimana beliau berhadapan dengan masalah anemia yang teruk semasa hamil dan selepas bersalin anak beliau yang pertama dan kedua. Pelbagai ikhtiar telah beliau cuba namun tak berhasil sehingga hampir-hampir terpaksa buat transfusi darah.

Namun, semasa hamil anak yang ketiga, Alhamdulillah, beliau tidak lagi mengalami masalah anemia.

Semoga perkongsian kisah beliau ni dapat memberi manfaat dan juga mungkin penyelesaian untuk ibu-ibu yang juga mempunyai masalah yang sama.


"Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.  

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah. 

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.  

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik. 

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya. 

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee."


Betul Ke Set Ibu Hamil Shaklee Bagus?

Memang ramai sangat ibu-ibu yang amalkan vitamin Shaklee semasa hamil. Dan yang bagusnya lagi, set ini boleh juga disambung ambil sampai lepas bersalin sewaktu ibu berpantang.

Untuk info lanjut dan testimoni pengguna klik sini
>> Vitamin Untuk Ibu Hamil

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 23 December 2016

6 Sebab Ibu Mengandung Tak Boleh Abaikan Makan Vitamin


Ada ibu hamil yang keliru kenapa ada bermacam pil vitamin yang perlu dimakan sepanjang waktu mengandung.
Kalau tak ambil, boleh ke?
Apa akan jadi kalau tak ambil?

Memang ramai ibu hamil yang agak keliru tentang hal ini, dan ramai yang ambil ringan tentang kepentingan vitamin ni.

Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan ni, sangat penting untuk ibu yang hamil, malah untuk bayi di dalam kandungan.

Ibu hamil tidak seharusnya ambil lewa atau malas amalkan vitamin ni.


6 Sebab Kenapa Vitamin Ibu Hamil Penting

Ini antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan.

1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

2. Kelahiran bayi pramatang

3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan

4. Beri kekuatan kepada ibu hamil

5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung

6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.


Senarai Vitamin Yang Tak Boleh Diabaikan Sepanjang Mengandung

Antara suplemen penting yang mesti dimakan oleh ibu hamil ialah

1. Zat besi (iron)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. DOs yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.


2. Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.


3. Asid folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari.


4. Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari.


5. Vitamin C

Vitamin C penting untuk immune system badan.


6. Multivitamin

Selain daripada itu, ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan, untuk melengkapi keperluan nutrisi badan dan memastikan ibu kekal cergas bertenaga.

Dalam masa yang sama, wanita hamil mesti juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Ini kerana sepanjang hami, bakal ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Set Ibu Hamil Shaklee

Vitalea (multivitamin with iron)
B Complex (asid folik)
Vitamin C
Ostematrix (kalsium)
Omega Guard (Omega-3)
ESP (Protein)

Semoga bermanfaat ya.

Thanks for reading.

Jika berminat dengan Set Ibu Hamil Shaklee atau ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya ya, Cik Jatt 013-4894037.

Klik sini untuk info lanjut >> Vitamin Ibu Hamil (Set Ibu Hamil Shaklee)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 25 August 2016

Cara Elak Berat Badan Naik Mendadak Semasa Mengandung


Pertama sekali, apabila hamil, ibu perlu menerima hakikat bahawa bentuk badan akan berubah dan berat badan akan bertambah. Ia adalah sesuatu yang normal, takde apa yang perlu dirisaukan.

Cuma, kalau berat badan naik secara mendadak dan berlebihan ketika hamil, yang itu ibu perlu ambil perhatian. 

Berapa berat badan normal ibu mengandung?

Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu apakah berat normal ibu mengandung. Naik berapa banyak yang dianggap normal?

Secara umumnya, boleh refer jadual ni untuk tahu anggaran kasar berat badan normal ibu mengandung:



Kenapa perlu elakkan berat badan naik mendadak dan berlebihan

Ibu yang hamil perlukan penjagaan pemakanan yang seimbang supaya berat badan tidak naik mendadak kerana ia akan meningkatkan risiko dan komplikasi yang serius seperti:
  • kencing manis ketika hamil
  • darah tinggi 
Keadaan ini tidak boleh dipandang remeh sebab ia akan membahayakan ibu dan juga bayi dalam kandungan. So, jangan ambil mudah ya.

Selain risiko komplikasi ni, berat badan yang naik berlebihan ketika hamil juga akan menyebabkan ibu lebih sukar untuk kembali kurus dan langsing selepas bersalin nanti.

3 punca utama berat badan naik mendadak semasa mengandung

1. Mengidam

Normal bagi ibu mengandung yang mengidam. Bila dah datang mood mengidam, semua benda nak makan tak kira ianya berkhasiat ataupun tidak. Bila dah mengidam, selera makin bertambah dan makan berlebihan dari yang sepatutnya.

2. Makan untuk dua orang

Bila dah hamil, biasanya kita makan terlalu banyak sebab kita percaya yang kita kena makan untuk dua orang sedangkan bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Tetapi si ibu sebaliknya makan 3000-4000 kalori sehari dan itu yang menyebabkan berat badan naik mendadak.

3. Makanan dan minuman manis

Ada dikalangan ibu hamil gemar makan makanan yang manis dan mengambil minuman yang manis. Apabila gula berlebihan, ia akan menyebabkan berat badan naik secara mendadak dan menyebabkan kegemukan yang terlampau.

Cara terbaik untuk elak berat badan naik mendadak semasa mengandung

1. Jaga pemakanan

Makan dengan sederhana. Elakkan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tak salah kalau nak ambil sekali-sekala dalam jumlah yang kecil. Dan ingat, tak perlu makan untuk dua orang. 


2. Senaman

Senaman waktu tengah mengandung, boleh ke? Boleh. Tak payah la yang berat-berat sampai pergi gym tu. Senaman ringan je. Ataupun, aktifkan diri pun dah cukup bagus, contoh macam buat kerja-kerja rumah mop lantai ke, cuci bilik air ke. Tapi hati-hati juga yer.


3. Vitamin

Selain jaga pemakanan, pengambilan vitamin yang perlu untuk ibu hamil pun sangat penting, untuk ibu dan juga perkembangan bayi yang sihat.

Rahsia ibu anak dua yang kekal cantik semasa hamil dan kembali kurus selepas bersalin dengan cepat, malah lebih kurus dari sebelum mengandung!



BERAT SENANG TURUN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum . Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.

Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama

Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil set berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.

Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah.

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.

 Nak cantik dan maintain semasa hamil >> KLIK SINI

Nak cantik dan kurus selepas bersalin >> KLIK SINI

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 

Tuesday, 2 August 2016

Sembelit Dan Cramp Semasa Hamil, Luka Bersalin Lambat Sembuh? Ini Penyelesaiannya


Dalam banyak-banyak masalah untuk ibu hamil, dua masalah ni antara yang nighmare la:
  • sembelit
  • kaki cramp ataupun orang utara cakap, tarik mengkarung
Memang sampai menangis-nangis tahan sakit.

Nak-nak, masalah sembelit tu pulak bersambung sampai lepas bersalin. Lagi horror.
Dari sembelit ni, ramai juga yang terus kena buasir. Bayangkan dengan masalah sembelit/buasir satu hal, pastu luka jahitan bersalin pula belum baik lagi. Allah, dugaan yang sangat berat untuk ibu hamil.

Sebenarnya, semua masalah ni ada jalan penyelesaiannya.

Jom baca perkongsian Dr Najihah Abdul Mutalib, seorang ibu kepada 6 orang anak. Dr Najihah sendiri pernah mengalami semua masalah ngeri yang saya ceritakan tadi sepanjang kehamilan beliau, dari anak pertama hingga anak ke-4 beliau. Tetapi, semasa beliau hamil anak yang ke-5 dan ke-6, Alhamdulillah, tiada lagi masalah-masalah seperti sebelumnya.


Tiada lagi pengalaman ngeri sembelit dan cramp semasa hamil serta luka bersalin lambat sembuh

Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
 
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 1 August 2016

Bahaya Ke Chicken Pox Ketika Hamil? Apa Patut Anda Lakukan


Chicken pox atau cacar air adalah jangkitan virus yang dipanggil varicella. Selepas dijangkiti, pesakit selalunya akan mengalami ruam yang kemerahan berbentuk seperti jerawat dan timbul seakan-akan gelembung air.

Sebelum itu pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit seluruh badan. Kajian menunjukkan 95% wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan ini. Tetapi bagaimana pula jika virus ini berjangkit kepada ibu hamil?

Risiko Chicken Pox Kepada Ibu Hamil

Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama, tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan. Masalah-masalahnya termasuklah kecacatan semasa lahir seperti parut, masalah mata dan anggota badan yang pendek. Masalah saraf pula bermaksud bayi anda mungkin mengalami masalah dalam sistem pembuangan dan mungkin agak lewat dalam perkembangannya.


Risiko cacar air membahayakan bayi anda berubah bergantung kepada masa anda dijangkiti virus tersebut:
  • Sebelum minggu ke-13, risikonya sangat rendah, dengan hanya setengah peratus bayi menerima kesan sampingannya.
  • Di antara minggu ke-13 dan ke-20, risikonya meningkat sedikit hingga kurang sedikit daripada satu peratus bayi yang terjejas.
  • Di antara minggu ke-20 dan ke-36 kehamilan, bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas. Sebaliknya, dia mungkin akan mendapat kayap dalam beberapa tahun pertamanya.
  • Selepas minggu ke-36, risikonya meningkat sekali lagi. Jika anda dijangkiti pada masa ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti, tetapi simptom-simptomnya mungkin tidak muncul kerana pelalian dalam badan anda telah disalurkan kepadanya.
  • Jika anda mendapat cacar air tujuh hari sebelum atau selepas melahirkan, bayi anda berada dalam risiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada anda untuk meningkatkan sistem imunnya.
Perkongsian pengalaman seorang ibu yang dijangkiti chicken pox ketika hamil 14 minggu

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Najihah Razali, bagaimana beliau mengharungi saat-saat getir ketika dijangkiti chicken pox sewaktu kandungan beliau 14 minggu.

Assalammualaikum,

Saya nak kongsikan pengalaman saya pertama kali jatuh cinta dengan vitamin Shaklee

Semasa mengandung anak pertama, saya memang tak makan apa-apa vitamin pun. Akibatnya, kerap kejang betis, hb rendah, cepat letih dan tak bertenaga semasa melahirkan.

Dah masuk anak kedua pun, tak fikir lagi nak ambil apa-apa vitamin. Sehinggalah pada 14 minggu kandungan saya disahkan kena 'chicken pox'

Allahu...sakitnya kena chicken pox ni. Demam pulak tinggi sampai terpaksa ditahan wad selama 10 hari. Tapi sakitnya chicken pox ni, saya lagi risaukan baby dalam kandungan sebab ada terbaca pengalaman ibu mengandung yang kena chicken pox yang bayinya berisiko down syndrome ataupun risiko keguguran.

Emosi memang tak stabil sangat masa tu, kerap sangat menangis di katil wad. Alhamdulillah suami ada sebagai penguat semangat. Dari situ saya kuatkan semangat, nak beri yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Usaha supaya baby dalam kandungan sihat.

Saya mula amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, BComplex, Vita C, ESP, Ostematrix dan Omega Guard.

Kalau dulu saya tak pernah konsisten dan macam nak termuntah makan vitamin atau pil ape pun, kali ni saya tekad nak beri yang terbaik untuk baby saya.

Alhamdulillah selepas baik dari chicken pox, saya buat 3d4d scan untuk tahu keadaan baby saya.

Dengan izin Allah, baby saya dalam keadaan yang sihat dan Alhamdulillah sepanjang kandungan kedua ini, tiada lagi masalah kejang kaki, tiada masalah hb rendah dan saya lebih bertenaga sepanjang kehamilan dan juga semasa proses melahirkan.

Alhamdulillah, saya memang dah jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang betul-betul meningkatkan tahap kesihatan saya.

Anda tidak perlu kena chicken pox baru nak ambil Set Hamil Shaklee, kalau mahukan kesihatan yang baik untuk ibu dan baby, Set Hamil Shaklee ni memang terbaik. InsyaAllah


Walapun masalah chicken pox ketika hamil ini nampak remeh tetapi ia perlu ditangani serius kerana melibatkan ibu dan bayi di dalam kandungan. Mungkin tidak banyak kes yang kita tahu mengenai ibu-ibu yang mengalami chicken pox ketika hamil, tetapi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebenarnya badan ibu hamil sangat mudah dijangkiti dengan penyakit memandangkan antibodi ibu perlu dikongsi bersama anak. Oleh itu, ibu perlu mengambil langkah bagi meningkatkan aras antibodi di dalam badan, dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan pengambilan vitamin yang sesuai.

Semoga perkongsian saya ini memberi info yang bermanfaat tentang chicken pox untuk bu-ibu yang sedang hamil.
Jika perlukan info lanjut mengenai vitamin yang perlu untuk ibu hamil, boleh contact saya k.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 21 July 2016

HB Rendah Ketika Hamil Kembali Normal, Luka Bersalin Pun Cepat Sembuh


Assalamualaikum

Seronoknya baca pengalaman ibu-ibu hamil yang ambil Shaklee ni. Biasanya, bila dah ambil dari hamil, sure terus sambung berpantang dengan Shaklee sekali.

Jom kita ikuti pengalaman Puan Siti Aishah, seorang ibu muda yang pada mulanya mengalami masalah HB rendah ketika hamil, selalu sakit-sakit badan..
bagaimana beliau mula-mula kenal Shaklee, dan bagaimana akhirnya beliau jatuh cinta dengan Shaklee :)



Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar.
Hihiii..

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…


Klik sini untuk info Set Ibu Hamil Shaklee

Klik sini untuk info Set Berpantang Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit