@churalliya

Showing posts with label training. Show all posts
Showing posts with label training. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Di mana mekchu

Sila baca tajuk dengan nada di mana joe jambullll... nak tambah jambul kat belakang tajuk tu pun bolehhhh...

Bulan Oktober adalah bulan yang banyak kerja luar.. Berderet-deret pulak datang surat suruh pergi kursus/bengkel/seminar.. SYMP..

Dulu suka sangat bila dapat keluar.. sekarang macam eeeee malasnya nak pegi...
Dulu suka sangat kalau kena bawak kereta kalau keluar... sekarang eeeee malasnya nak drive..
Faktor usia semua tu kannn...

:: Kursus Peralihan MS ISO/IEC 27001:2013 di Mines Waterfront ::

kebetulan semua pink.. harus lah sawan cermin pagi tu.. 

selfie kat dalam kelas dengan piah.. 

Patutnya kursus ni 2 hari.. dapat pegi sehari aje sebab hari ke-2 tu mekchu cuti pegi Kelantan tu..

:: Program Executive Talk PUSPANITA di Putrajaya ::

nasib kena pegi dengan piah.. kalau pegi sorang memang kerassss lah mekchu kat sana.. 

Nak dijadikan cerita, tengah2 mekchu terbongkok2 tolong amekkan gambar datin sekali ada orang tegur dari belakang.. "mekchu!! mekchu!!" Belum sempat toleh dalam hati dah tau ini mesti reader blog ni... 

Sekali besan..... Ya Allah, punya lah lama dah kenal kat alam maya baru hari tu dapat jumpa.. Impian nak jumpa tu memang dah lama cuma tak tahu bila.. Bila dah jumpa, ya ampun, dia punya kepoh memang sama macam dalam instavideo.. hahahaha.. 

Panggil besan sebab memang itu panggilan kami kat fb/ig/blog... kikiki.. 

baru kenal 5 minit dah macam kenal sejak tadika kekdahnya... 

mekchu ingat mekchu dah kurus, rupanya besan ni lagi kurusssssss...

bergambar dengan KSN... 

:: Team Dynamic & Personal Empowerment di Port Dickson :: (*)

Ini paling tak suka nak pegi.. moncong je bila dapat surat kena pegi.. tapi........

tapi..... bila hari last moncong nya sudah tidak kelihatan.. hanya menyegih macam ni.. hahahaha.. 

:: Seremban Urban Trail sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014 :: (*)



Akan ada entry bergambar untuk item yang bertanda (*)... hahahah sebab banyak gambar so eksaited la nak buat entry.. 

Baru2 ni folder CAMERA dalam fon mekchu hilang... uwaaarghhh :( Bala apakah ini?

Mekchu suspek ada budak kecik tu dah terdelete.. Nasib semua gambar dah copy ke laptop.. Gambar2 baru masa pegi check up wawa 2 tahun, team dynamic ngan urban trail ni tak sempat copy.. Punah... Tapi tak pe, mekchu ada banyak sumber lain.. 

Tu aje.. Tata....


by mekchuN (^_^)

Thursday, September 4, 2014

Meneropong bintang di angkasa

Bengkel di Klana Resort, Podiksen baru-baru ni... atau well known as Baitul Hilal.

Kat situ ada tempat khas untuk teropong bintang, planet, bulan.. sangat istimewa... Hanya satu di Malaysia..

Berat hati jugak nak minta ijin papajib nak pergi bengkel.. walau hanya 3 hari 2 malam, tapi beliau kena rancang perjalanan seharian dengan details seminggu lebih awal.. kan dah keje Tampin, balik keje pukul 5.30 petang.. Jadi urusan hantar dan amek abang mi dari sekolah kenalah rancang betul2..

Tahniah papa.. urusan anak2 berjalan lancar.. hujung tahun ni mama banyak training kat luar tau.. so practise make perfect.. LOL

Hari pertama bengkel dah nampak kerut2 di dahi bila penceramah terangkan apa yang patut dan apa yang tak patut buat.. Pedulik la dengan kerja semua tu.. kerja sampai bila pun tak akan habis.. mekchu bukan nak cerita pasal kerja pun kat sini.. Buat masa ni tak minat..

Mekchu nak cerita pasal kejadian selepas waktu bengkel.. satu-satu nya tempat untuk luahkan perasaan...

tengok ni... sunset dari tirai kamar sambil2 layan rindu awak 200% dengan piah.. Subhanallah.. cantiknyaaaaa....

Tak payah turun tepi pantai pun.. selak langsir je.. sangat cantik bukan..

Malam sambung bengkel..

 team operasi di kaplai oleh incik bosh yang pakai baju hijau tu... 

Tiba-tiba dah hari ke-2.. Selamat Pagi Podiksen... 

menikmati teh tarik yang super sedap.. lunch carik teh tarik, dinner pun carik jugak.. 

mekap telur kita jap.. hahaha mekchu ada telur?

di sebalik tabir.. hahaha dan itu lah yang macam korang nampak kat IG mekchu tu.. 

Hari ke-2 pun berlangsung baik-baik aje.. ni selepas bengkel abis untuk hari ke-2..

bersama penceramah dari SIRIM.. 

Ehhh mekchu tak bagi tahu pun bengkel apa kan... Biar lah rahsia.. hahaha...

cubaan menahan planet marikh dari jatuh menimpa bumi.. yang tengah tu nampak sangat serik tak mampu menahan planet dari gugur ke bumi.. hahaha 

ai ai captain... 

Petang tu.. tengah golek2 atas katil (ye la, hari biasa tak dapat nak golek2).. Tiba2 rumet buat perangai

"su nak naik banana boat tak?"
"hahhhh... bila?"
"sekarang... jom..."
"jom"
"jommmmm... saya call budak2 ni... "
"jommmm"

Idea giler betul dia ni... Dengar dia call bilik demi bilik.. setiap perbualan ada ayat ni "jumpa kat bawah dalam masa 5 minit..."

Wahhhh gilerrr ahh semangat... mekchu terus lompat katil dan termenung depan bag.. cisssss baju renang terlupa bawak.. pakai je la apa yang ada...

Ok mengaku.. mekchu tak pernah naik banana boat sepanyang hayat.. hahaha kesian tak? patut menjadi sejarah jugak ni... berani-berani takut..

Dan baru tahu kita boleh tahan banana boat tepi pantai macam tahan bas.. hahaha.. Kalau tidak jauh ke depan sana kena menapak...



lama tengok gambar ni.. pelik kenapa yang kat tengah tu macam padat semacam... hahahaha rupanya ada 7 seat je banana boat ni.. kami ada 8 orang..  tu kak sham kat tengah kena berpaut pada dahan yang kukuh kat depan dia.. 

Adik tu bagi tau tak payah basah pun tak pe.. dan haruslah kami memilih yang tidak basah.. nak keliling pulau sikit aje.. lepas tu balik.. tak nak lama-lama sebab nak rasa naik banana boat aje..

Sudahnya, tak de makna tak basah.. di 'kona baring' nya banana kami. Terus la jatuh dalam laut.. cisssss tau tak kita tak pandai berenang... hahahaha.. Sebenarnya mekchu dah lama tak mandi laut.. tak suka mandi laut sebab leceh nak salin2 baju, tak suka lekit2 air masin semua tu..

Mmmmmm.. tak nak mandi laut yeeee.... tak nak lekit-lekit yeeee.... kim salam!!

mandi di sisi matahari terbenam... lamanya tak bau air laut... 

Malam, sambung bengkel lagi...

kahkahkahkah.. gambar untuk tatapan pembaca blog aje.. penat sangat naik banana boat kot.. 

Malam tu ada lagi aktiviti menanti kat sana... Kami mendaki anak 132 anak tangga untuk ke puncak.. Kat atas tu ada teropong besar. Paling besar kat Malaysia.. Teropong ini lah digunakan untuk melihat anak bulan syawal, nak tengok gerhana bulan, gerhana matahari, kejadian planet yang jarang2 berlaku..

Bangga jugak lah sebab dah sampai sini.. Mula2 ada briefing sikit pasal tempat tu.. hari tu mekchu ingat, tapi bila nak update blog lupa dah segala info.. hahahaha

 teropong ni ada nama khas.. apa ntah.. yang tahu teropong ni super duper hebat.. 

bergambar dengan teropong.. 

sementara nak tunggu masa yang sesuai untuk teropong.. 

Kalau hari hujan dan awan tebal, memang tak boleh nak teropong apa.. tak nampak apa.. malam tu pun sebenarnya tiada kejadian istimewa yang berlaku.. setakat kami dapat teropong bintang aje..

Mekchu dapat tengok bintang berkelip.. kerlipan yang macam percikan bunga api tu.. cantik tau.. mekchu percaya pencipta lagu twinkle little star tu dah pernah tengok bintang berkelip guna teropong.. hahahah... memang gitu lah bintang berkelip. Masa teropong tu siap buat gaya twinkle twinkle little star...

Persoalan..Betul ke bintang ada 5 bucu?

Dan persoalan lagi... bulan ada cahaya ke tidak? Bulan tak de cahaya ok.. Bulan menyerap cahaya daripada mahatari... haaaaa macam2 jugak sempat belajar kat situ.. seronok jugak kan belajar astronomi ni..

serius.. meneropong bintang di langit.. 

Kalau dapat pergi masa gerhana bulan atau matahari atau pergerakan planet2 yang lain memang best..

dapat tengok bintang pun dah rasa best... 

Cantik tau kat sana.. korang kalau nak expose pada anak-anak pasal planet, angkasa, milkyway ni semua, mekchu suggest tempat ni.. selain dapat mandi kolam, mandi laut semua tu, anak2 boleh tahu something new... mana nak dapat hotel ada fasiliti ni..

Hari last...






 churalliya Rabbit terbang ni hanya boleh jumpa kat podiksen. Dia hanya akan muncul selepas tamatnya bengkel.. #limitededition #kerjamekchu

Hahahahaha...

Pitam kalau dibiarkan dia lebih lama di sana..




by mekchuN (^_^)

Thursday, December 19, 2013

Baik nya Janda itu..

Tau la cikta dah kawin.. Dah kurang sorang janda hot kat mesia. Majlis resepsi cikta tak cantik mana laaa (ayat penyedap). Cantik lagi jovian punya.. ehhh dah melalut.. Ni nak cerita pasal mekchu ke Janda Baik (jb) minggu lepas.. Atas urusan rasmi..

Lega banyak jugak bila dah campurkan susu wawa dengan susu kambing formula.. Bila kena gi outstation tak de la runsing sangat.. Tapi yang tak baik nya bila anak dah start campur susu formula ni, kita tahu susu dia akan cukup, maka mama dia dah mula malas mengepam.. Ya, sangat malas dah sekarang ni.. Dah dekat 2 minggu kot tak mengepam.. ishhh not good sangat ni...

Tapi dalam pada malas tu, preparation nak mengepam masa outstation hari tu sangat tip top i tell u.. 2 hari sebelum dah siap wassap budak2 opis nak pinjam coller bag dan ice pax yang mencukupi sepanjang tempoh perjalanan dari seremban ke janda baik..

Kita hanya merancang kannnnn... tiba pada hari kejadian........

pinjam ice pax yana, coller bag faridah..

Dah nak dekat sampai Bangi tiba2 kedua2 tangan di atas kepala sambil.....

"Alamakkkkkk.... cane ni...... pam tinggal dalam kereta.............."
"Alaaaaaaaaa......" sahut penumpang yang lain.....

Kitorang pegi berempat 1 kereta.. tumpang bmw hitam segan2 en.capo. Penumpang adalah mekchu, kak jem dan rapiah.. Opismate yang lain pergi naik kereta opis..

Nak suruh patah balik memang tidak la kan.. sangat melampau nak suruh patah semula.. Nak mencari pam baru kat kedai pulak nanti jadi alasan nak ada baby kecik lagi.. haaaa cane?

Tak pe, kak jem kata dia nak tolong pam.. sorang sebelah.. hahahaha... Ok, anggap masalah selesai buat seketika..

Sampai kat shell tepi jalan MRR2, kak jem memberanikan diri bagi tahu en.capo nak gi toilet.. dia sorang je yang cakap nak pegi toilet, tapi 3-3 turun sama-sama.. kami pun sebenarnya ada hajat yang sama.. Dah macam menjiwai hati yg lain.. cakap dalam hati je dah boleh faham sesama sendiri...

Masa keluar dari kereta lemah gemalai je masing2... tapi sejurus keluar dari toilet masing2 terkinja-kinja macam anak kangaroo akibat "bau nya tajam..." hahaha giler kental bau toilet kat sana.. kalo kantung besar nak je simpan sampai jb sana..

Disebabkan bau yang tajam itu lah maka kami kena layan cendol bakar dulu.. kasi minda lupa terhadap bau tajam tu dulu..

cendol bakar tapai + pulut.. 

1st time makan cendol bakar ni.. Baru ku tahu cendol tu tak dibakar pun.. Cuma nama owner tu adalah en.bakar.. nak kena niiiii....... lama jugak la mekchu tertipu...

Dorang makan yang ada campur durian.. mekchu takut nak makan sebab takut terkentut dalam kereta.. hahaha.. Thanks piah belanja cendol bakar..

Sebelum makan, cuaca elok je cerah.. belum habis makan hujan turun selebat-lebatnya.. terus declare cendol bakar yang basah.. Mana de orang makan cendol time hujan weiiii.....

Sebelum makan tak tahu pulak bawah kerusi ada anak sungai.. apa tak nya, abis basah skirt mekchu di bawa arus hujan.. tahap boleh perah nok.. hahahahaha... kelakarrrr.... ehhhh skirt basah boleh perah pun nak gelak.. memang kelakar sepanjang perjalanan.. yang tak kelakar pun jadi kelakar kalau muka tu dah kelakar kan...

Tu belum cerita teknik masing2 masuk dalam kereta dalam keadaan hujan lebat lagi tu.. hahahahaha.. tak pe, itu lawak kami ber-4..

Memanjang tergelak aje lah sepanjang perjalanan ke sana.. jangan harap nak tido.. nak tahu kenapa asyik tergelak boleh baca entry kak jem ni.. mekchu baca memang tergelak..

Sampai2 je, terus minum petang.. dan menikmati suasana atas puncak janda baik sekejap.. cuaca yang sangat nyamannnnnn di Cherengin Hills....

Fasiliti di Cherengin Hills biasa-biasa la.. ada pool.. makanan sedap.. semua ok ok la kecuali iron zone dia yang sangat tidak mesra pengguna.. mungkin management boleh tambah baik kot.. jangan risau, rapiah dah isi borang komplen :D

repost dari ig @viruspadu.. dia terror edit gambar :)

Tiba di bilik, dah mula susah hati sebab kuih makin bengkak.. geledah 1 bilik carik peties tapi tak jumpa.. ada hikmah kot pam susu tertinggal.. kalo beria mengepam nak simpan kat mana pulak kan.. Yana cerita kawan dia outstation tak de peties kat bilik. Terpaksa simpan susu kat sungai ngkoo.. gile kentang kan.. nasib la ada sungai yg dekat..

Kat Cherengin Hills ni tak de sungai sebab ia atas bukit.. mana de sungai mengalir atas bukit kecuali air terjun.. alahai... best nya kalau dapat mandi air terjun..

Yang budak2 opis pulak cadangkan tumpang simpan susu kat peties dapur kat hotel.. pas tu ada yang menambah 'esok kita breakfast cococrunch campur susu mekchu..' hahahaha itu lawak.. alaaa masa tu terasa memang lawak..

Ok, disebabkan tak de peties maka tak de la rasa bersalah sangat terlupa bawak pam.. mekchu marmet aje kat sinki.. kasi hilang sakit bengkak aje.. keluar jugak tapi tak banyak.. lenguh ketiak Tuhan aje yang tahu.. tak tadah pun sebab kalo tadah dapat tahu berapa oz yg terpaksa dibuang.. nanti hati jadi sedih.. so biar dia mengalir sendiri kat dalam sinki tu..

Itu lah tabiat baru sepanjang kat sana. Mar-merah-met (^_^)

Malam. Diskusi. Mekchu berada di sektor ini. Sektor Operasi dan Rangkaian.

mekchu bila nampak camera.. 

Sebelum tidur. Mar-merah-met lagi.

Geng #ootd sepanjang 3 hari kat jb..


Rumet dengan kak jem.. memang padan sangat lah tu.. Kembali menjadi rumet ketika outstation.. sebenarnya kami ada banyak persamaan secara tak langsung.. Senang dengan dia ni.. Walau pun sekarang dah jadi boss tapi rasanya sama je kot macam 2 tahun lepas..

Siang. Sambung diskusi sampai siap. Sempat balik bilik sekejap untuk Mar-merah-met.. Mekchu bukan apa, memang lah bila marmet tak banyak sangat susu keluar.. mekchu tak nak ia kering aje. orang cakap kalau kita biar macam tu nanti dia akan kering sendiri.. tak nak la cam tu.. nak susukan wawa sampai umur dia 2 tahun..

Petang. Masa berlibur.

dengan piah dan kak jem menikmati pemandangan di atas bukit.. elok cuaca sepanjang kami kat atas tu.. tak hujan langsung..

seronok sangat dapat jumpa sungai bersih macam ni.. tapi tak mandi pun.. takat celup2 kaki aje.. shejuk weiii... 

tak de pulak gambar berlima.. 

bila perempuan bergosip... ehh tak de la, ni tengah tengok instavideo yang kak jem record..



haaaa tengah tengok video ni.. 

Ini mekchu repost balik.. suara jeritan tertinggal di belakang.. tak sync pulak bila repost video.. pas tu suara dah jadi macam suara berhalkum.. hahaha..



pas tu layan budak ni terjun tiruk.. best nyaaaa kalau dapat buat cam tu... 

Mentang-mentang lah dah tahu cara nak letak instavideo kat blog, kemain sikit2 nak letak.. ada yang rekues tutorial, nanti mekchu buatkan ye kalo rajin..

Dah agak2 kecut jari kaki, moh kita jalan2 jb dengan harapan dapat jumpa kedai orang jual durian..



Durian kat jb ni banyak tak gugur lagi.. Dorang pun amek durian dari Bentong.. nasib lah jumpa 1 kedai kat simpang ni.. Kitorang makan 2 bijik aje.. mekchu makan 2 ulas aje.. Durian kampung dia memang sodap.. Tq piah belanja durian.. ehhh piah lagi yang belanja.. dorang ni memang cekap keluarkan duit..

Masa ni mekchu dah start sakit tengkuk.. tak kan makan 2 ulas terus efek sakit tengkuk.. mekchu syak sakit sebab asyik tunduk mar-merah-met.. serius berdenyut-denyut masa ni.. tapi ku malas nak layan sakit tu..

Malam. Sambung diskusi.. time ni dah tak bleh tahan.. sakit yang ubat dia satu aje.. yakni baring. Terus mintak kat boss balik bilik awal. Telan panadol kak jem dan terus baring..

Bangun pagi terus ok.. Dapat baring time orang lain sibuk berdiskusi kan.. gile ngko kalo tak baik...

Hari ke-3.

Sambung diskusi dan amek amanat dari incik bosh.. dia nak sambung kursus kat penang lak seminggu... Adeh mekchu baru 3 hari pun dah tak keruan rindukan wawa.. kalo berturut2 cam tu cane lah gayanya..

mekchu, rapiah, incik bosh dan en.capo.. 

Balik bilik packing baju dan mar-merah-met lagi.. ehh berapa banyak perkataan mar-merah-met cipta sendiri kat sini kan.. Lepas zuhur baru gerak.. itu pun gerak pegi repeat makan durian.. hahaha.. kali ni ada big boss sekali.. 

Kat kedai tepi simpang semalam tu.. 

mekchu makan 2 ulas jugak.. tak berani nak makan banyak.. sakit tengkuk ni masih berbaki..

Jam 3.30 petang baru BETUL-BETUL keluar dari Cherengin Hills.. kenapa lambat sangat? hahahaha yang ini mekchu tak nak cerita.. biarlah rahsia..

Sepanjang perjalanan adalah jem semata..

Sampai je rumah, terkam kecibung wawa dulu.. lepas tu terus check mulut dia nak tengok dah tumbuh gigi ke belum.. Baru 2 malam kot tak jumpa..

Malam tu kan ada AIM.. mekchu tido tengok2 ayam aje.. Sekali papajib upload instavideo ni..


dengan caption "Special dedicated to my lovely wife SURAYA@churalliya"

Aikk papa, baru 3 hari kot mama outstation... dah semacam je rindu nya yaaaa.. ngeeeeee

Tak de la, saje nyakat papajib jib jib.. Terharu bangun pagi tengok video tu.. Touching sangat kot.. Laki mekchu tu bukannya romantik orang dia.. bila dia buat kejutan macam ni, tentu2 lah mak blushing kan...

Ini kira closing la cerita pasal kerja untuk tahun ni.. Dah hujung tahun sangat ni kan... Lepas ni konpem cerita pasal cuti2 semata... Ehhhhh ini entry pasal kerja ke? Laaaaa... ingatkan pasal pergi bercuti tadi..

Ye tak? Ye tak ye jugak kan... dah la, susah pulak nak tamatkan entry ni.. banyak pulak bebel nya..

Ok, bai.

by mekchuN (^_^)

Monday, June 17, 2013

Sesi Hands On for Microsoft Product

Rombongan Cik Kiah pegi KLCC..

Dulu pernah pegi masa Office Microsoft yang ketika tu masih di Tower 2.. Kat Tower 3 baru pes time..

cik kiah pegi naik bas.. bila naik bas je otomatik akan keluar nama cik kiah kan.. sinonim betul mereka.. kenapa tak cik fazura atau cik nora? ohh it's ok..

Benti kat Level 6 kalo tak silap.. amek pas & amek gambar jugak.. mekchu senyum paling manis.. hahaha bukan selalu dapat naik kan.. Lepas tu meneruskan perjalanan naik ke tingkat 26.. Sampai2 je terus ngapppp.... Breakfast kat tempat paling tinggi pagi tu..

nasi lemak versi 4.4.doblas.. hahaha.. 

sempat gossip... kemain panjang muncung..

Lepas tu terus masuk kelas.. sesi hands on ni kejap je..dalam 2 jam lebih je.. tak dapat nak cover semua.. terasa cepat sangat masa berlalu.. kalo benda yg seronok memang terasa sekejap je kan.. cuba kalo masuk miting yang kita tak paham apa... 3-4 kali toleh jam tuduh jam dah rosak..

serius masing2..

1 sesi boleh muat dalam 20 orang.. mekchu memang pastikan 20 orang tu dapat pegi sebab rugi kan kalo tak cukupkan orang.. mekchu pastikan aje.. yang bagi nama bukan aii ye.. ada yang kecik ati la pulak.. gulpppp... sesi ni microsoft yang invite..

Ok sesi hands on pun bermula.. macam katun dorang cakap sebab nak kejar masa.. dah tu kitorang pulak banyak tanya sebab interested kan.. 

aiiii sedang mencuba Windows 8 bersama Office365.. jam tu.. tak de sape2 nak tegur ke? hahahaha..

Ohsemmmmm... selama ni baca aje.. kali ni baru dapat cuba sendiri..

Yang ini sedang mencuba Lync.. dan berangan kalau lah boss nak beli ni kan besttttt...

 

Selain tu kami turut cuba Office 2013, Exchange & Share Point..

Tiba2 masa dah tamat.. aiseyyymennn...

Nasi lemak yang tadi pun tak sempat nak hadam lagi, dah kena makan Nasi Ayam Madam Kwan pulak.. Ingatkan tak de makan, baru nak adjust dengan boss nak makan kat keyellcici sana :)


 masing2 ambil tempat.. semua tempat pun nampak nak try.. 

 sebelum balik kena ada proof of attendance.. 

Setel semua, laju2 pegi carik bas semula.. Kaki ni memang lah menapak ke depan, tapi kepala toleh ke kiri dan kanan.. Ngko bayangkan macam orang yang tengah kawat tabik hormat tu.. sebijik!!

Tak sempat nak singgah mana2 pon.. Katanya GAP KLCC beso dan ada banyak lagi barangnya.. tak macam kat Pavi & midv yang kebanyakkannya dah abis stok.. kan GAP tengah sale lagi.. ehhhh mekchu bagi tau aje.. tak cakap pun nak singgah, walau pun ada niat sebenarnya.. hahahah.. cuma tak luah dengan kata2 aje... apa keje gile nak cakap.... kena pelangkung dengan boss tau laa.. petang tu ada miting..


sementara tungguh cik kiah dan cik mat kiah beratur naik bas.. pun sempat...

Dah, itu aje.. Tata.. (dan balik kerja malam tu dihidangkan dengan berita yang tak best dari bibik)

by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...