@churalliya

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Susu Ibu untuk #habibinajwa

Belum pernah buat enrty pasal Expressing Breast Milk (EBM) kat sini.. Walhal itu adalah salah satu topik yang menjadi tumpuan bagi kaum-kaum ibu yang menyusukan anak.. Selain tambah ilmu, boleh tambah semangat jugak..

Mekchu ni bukan apa, sejak terbaca komen kat fb yang kata tak baik tayang gambar EBM ni terus rasa macam down.. macam ehh ehh apa hal ni derrrrr... semua pun nak jadi isu kan..

So, pernah tayang gambar kat instagram aje.. dan kali ni nak memorikan entry EBM kat blog pulak..

Bila susu dah penuh dalam peties, nenek labu pun bising lah sebab dia nak simpan lauk dah tak muat.. Itu pun nasib dapat sewa ruangan pintu.. Bila dah penuh, terus transfer EBM ke peties rumah seremban yang dah tentu2 kosong tu..

transfer guna bag longchamp pelesu ni aje.. letak bersama 3 kampit cooler packs ice kat dalam tu.. 

Drive terus ke rumah seremban. Jangan ngegades nak singgah mana2 sebab EBM ni kan sensitive.. masa transfer ni waktu pagi.. jadi tak de la EBM tu sempat nak cair..

Dan ini stok terkini yang ada kat rumah seremban tu..

rasanya tak de la banyak mana pon.. tapi tetap bersyukur sebab kali ni dapat buat stok.. 

Kat atas tu stok bulan Januari.. biasa la, entry berjanggut dok kat deraf je.. Kat bawah ni stok terkini selepas punggah EBM kali ke-2 dari rumah nenek labu ke rumah Seremban..


Masa najmi dulu memang fully BF, tapi stok tak banyak macam ni.. Bila EBM tu dah keras boleh tunggang terbalik kan susu tu macam gambar kat bawah.. Jimat ruang sangat kan....

Mekchu suka simpan EBM guna plastic storage dari Autumnz ni.. sebab pastik dia tebal dan double lock.. selain tu dia bersaiz 7oz.. So sesuai lah dengan kuantiti simpanan 4oz untuk baby wawa.. Ya, wawa tak padan kecik.. Sekali minum 4oz terus...

beli  plastic storage ni thru online. Beli sekali banyak sebab dapat murah.. dah guna 3 kotak dan ada lagi 3 kotak :D 

Carik kat kedai baby tak jumpa yang 7oz.. Semua saiz besar.. So dah jumpa jual online terus borong banyak-banyak.. Satu kotak tu ada dalam 50 keping.. 

ini lah pump station yang menjadi kegemaran mekchu.. 

Dah masuk anak 2 baru ada kesedaran nak beli rack ni semua.. nampak lebih organize.. kalo tak dulu letak semua botol kat dalam bakul yang buat tapak hamper tu aje (^_^)

Masih menggunakan avent manual ni sebab ianya ringkas walau pun banyak parts.. Dah 4 tahun pun masih elok..

bukan susu bewarna kuning.. tapi faktor botol PES memang nampak kuning cenggitu.. 

Alhamdulillah, susu banyak cuma malas nak pam. Selagi baju tak basah selagi tu lah malas nak pam.. Ehh bagus tau kalau kita rajin amalkan konsep 'mengosongkan' breast ni.. sebab kalo dah kosong, baru boleh supply lagi banyak.. dan banyak.. kan.....

Kepada yang bertanya, mekchu tak ambil apa2 suppliment.. Cuma malam2 minum susu anmum untuk BF tu aje.. Baby wawa kuat jugak menyusu.. elok2 dapat simpan 2 botol, satu dah kena paw kat dia..

Asyik dok mengepam sampai abang mi pun terikut nak mengepam..

"Mama ni asyik pamm.. pammm.. pammmmmmm... nanti mi panggil mama mama-pammmm baru tau.."
HAHAHAHA

dah lama dia nak cuba mengepam tapi asyik tak dapat.. sekali dapat peluang, bersungguh betul dia.. siap gigit baju.. hahaha ehhh mama ada buat macam tu ke?

Ini info bagus untuk ibu2 menyusu.. Cara penyimpanan susu ibu.. mekchu pun masih refer sampai sekarang..

very good illustration.. baru lah senang nak ingat kan.. 

Next nak cerita pasal proses pumping kat opis pulak..

Tak sabar nak tunggu baby wawa besar.. nak rasmikan baby bullet.. ngeeee :)


by mekchuN (^_^)

Wednesday, September 19, 2012

Update : Kat mana nak tengok cerita Adam dan Hawa secara online

Ini khas kepada pelanggan yang tak de Astro Mustika HD.. macam mekchu hewhewhew... bukan kedekut, tapi berjimat.. hahahaha..

Memang satu kerugian kalau tak layan cerita yang tengah hot skang Adam dan Hawa. Sebab nanti kalau orang bercerita pasal AdamMukhriz dan AinHawani, korang tak tau punca.. hihihihi..

Cerita memang romentik + sedey gitu.. kalo tengok mesti terus nak apply jadi cikgu tadika :)

Macam mekchu memang tak suka membaca.. novel Laskar Pelangi yang papa-jit belikan memang bertanda dari Bab 1 sampai lah sekarang.. dah 3 tahun kot.. jadi, lupa kan lah kalo nak membaca novel ni.. macam tengok berita jugak la.. suka orang bacakan berita kat tv tu dari selak surat khabar selai demi selai.. tak kuasa mak..

Kat youtube ada episode 1 sampai 4 aje.. lepas tu ringankan mulut bertanya kat twitter @ain_azahar sebab orang dalam pantang konpem rajin melayan kan..

Kalau korang nak tengok cerita Adam dan Hawa lakonan hero pojaan malaya Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tu, korang boleh like fan page Aisya Sofea kat facebook.. Nanti setiap kali ada episode baru, dia akan publish kat situ..

Atau boleh tengok terus kat http://www.dailymotion.com/. Search AdamdanHawa..

kes terserempak dengan Am masa tengah shooting kat KLIA awal tahun lalu.. 

"Bolehkah rasa cinta menghilangkan rasa benci?"

Mekchu dah senyum, dah gelak, dah menangis..

Update dari kawan-kawan :
http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode
http://www.onlinedrama.net/
http://www.ceritamaster.com
http://mymedia.my

Selamat menonton dan selamat berangan :)


Friday, September 14, 2012

Peringatan - Cara Penyimpanan Susu Ibu

Hari tu dah baca, tapi lupa..

Bila teringat semula, terus carik balik dan terus buat entry.. nanti senang nak refer balik, di samping untuk rujukan kawan-kawan yang lain jugak..


Bila dah illustrate macam ni, baru lah senang nak ingat.. maklumlah, dah 4 tahun berlalu kan.. semua pun dah lupa...

Tuesday, August 14, 2012

Dah berjaya share gmbr instagram ke wall fb sendiri

Yeyyyy... berpeluh ahkak godek setting instagram ngan account kat tab (free) tuu.. Tab (free) tu dapat lebih kurang Mei lepas.. maknanya dah lebih 3 bulan.. dari awal lagi memang bila share je gmbr dari instagram, dia akan pegi kat wall fb papa-jit..

Ok fine, walau pun dia yg dapatkan tab tu, tapi dia kan dah 'beli' tab tu dari mekchu.. tu sebab macam malas nak bersungguh sangat..

Tapi agak pelik kot lelaki beckham tu layan instagram.. hahahaha.. 

instagram kat wall papa-jit dah ada 10 gambar.. semua tu gambar testing sebenarnya.. bukan nya dia yang share, semua tu binik dia punya kerja.. 

Memang malas nak check setting.. sebabnya tab tu time keje papa-jit angkut gi opis.. bila balik je keje budak k-pop tu pulak konker main game sampai abis batteri.. ate nya, bila la ahkak nak godek? (alasan)

Bila dah bersungguh tu ada jugak tengok setting.. abis lah semua akaun papa-jit kat dalam tab tu mekchu hapuskan.. hahaha.. ala, kalo tak bg tau kat sini, konpem dia pun tatau pon.. ngeeeee... Tapi masih macam tu jugak..

Mekchu biasa lah, dah cuba 2-3 kali tak menjadi terus tanya kat status fb.. ehh kira belum putus asa apa.. cuma nak jalan pintas.. hahaha... kat fb tu konpem akan dapat penyelesaian.. dan memang betul.. Illa yg tlg kasik setel problem ni.. ehh, sbnarnya husband dia.. alo lo lo.. sporting sangat tau..

dan tadaaaaaa... dah ada album 'instagram' kat wall sendiri.. baru share 1 gmbr dulu.. baru lah betul.. #makloike :)

Rupanya kena uninstall instagram tu dulu, pas tu tukar balik sharing setting dia.. haishhhhh awat lah tak terpikir.. ni asyik menggodek benda lain..

Cuba lah dari dulu ngko bersungguh, tak de la makan bulan baru nak setel..

Ehh jom follow mekchu.. kalau nak follow dari web, guna link ni  http://statigr.am/churalliya Kalau nak follow dari instagram pulak, follow mekchu @churalliya (^_^)


Heboh nak betulkan sharing setting dan suruh follow ni bukan apa, lepas ni update kat sana aje, dah tak yah update blog lagi.. hehehehe.. boleh?

Friday, June 29, 2012

Jom ambil tahu pasal Darah Tali Pusat

Atau dalam bahasa omputih dipanggil Stem Cells..

Kat Malaysia ni hanya ada 3 je tempat penyimpanan Darah Tali Pusat ni iaitu Stemlife,Cyrocord dan Cellsafe.. Masa awal-awal pengenalan Stem Cells ni lebih kurang tahun 2008 (masa pegnen mi-cah), bukan main mahal lagi.. ada dekat 7-8K rasanya.. Sekarang, siap ada ada pakej yang boleh dipilih-pilih lagi.. lepas tu dapat stroller free.. hihihi.. Pakej yang paling mahal dlm 5K (jerrr) #TDDMKA

Tahu kan penyakit sekarang ni dah advanced?

Darah Tali Pusat diambil daripada tali pusat dan plasenta selepas kelahiran seorang bayi. Dahulunya, darah tali pusat biasanya dibuang bersama plasenta dan tali pusat. Darah tali pusat amat kaya dengan sel stem, sel-sel badan yang boleh berkembang menjadi pelbagai jenis sel dalam badan (seperti sel darah, sel sistem pertahanan badan, sel jantung, sel saraf, tulang dan sel otot)

Percentage ahli keluarga yang boleh gunakan Darah Tali Pusat tu macam dalam gambar ni..

 
Fikir-fikir jugak sama ada nak amek ke tak sebab nak tunggu mengandung bukan selalu kan.. Dah habis study kat website, mekchu cuba tanya kawan2 yang ada pengalaman mengenai Darah Tali Pusat ni kat fb.. Kalau testimoni dari kawan yang kita kenal lagi best kan..

Antara jawapan yang sempat mekchu letak kat sini untuk rujukan sendiri dan kawan2 jugak.. sebab kat fb kalo dah banyak2 macam susah pulak nak carik dengan kadar yang pantas...

 
 
 
 
 
 
ya betul, apa2 pun pilihan di tangan anda.. 

Esok last day promotion kata sales dari CellSafe.. katanya promotion lah kan.. sekali sampai tahun depan pun tetap ada promotion.. hahahaha.. 

Dan kami hanya ada 24 jam lagi untuk membuat pilihan..

Sekarang sangat rajin study pasal benda2 macam ni untuk masa depan anak.. study barang2 baby online laaaagi lah rajin.. 

Harap dapat share info yang tidak lapuk dek hujan ni pada kawan2 yang lain..  yg tak mengandung pun kena amek tahu sikit2.. sok-sok sonang :)


Friday, February 10, 2012

TREND LETAK ANAK PATUNG Di BUMPER KERETA

Copy paste daripada seorang rakan di facebook.. Sememangnya setiap kali ternampak memang akan tertanya-tanya.. JANGAN mudah terikut kalau tak tahu sebabnya.. 



Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA -
credit:MBakhri Ir

Thursday, December 16, 2010

Sale 50%.. sape tak pegi mmg rugi sgt!

haa.. sape2 yg ada saman polis yang tak setel lagi tu baik pegi setelkan cepat wok... skang ada 50%.. korang tak yah pikir nak wat dialog & muka yang paling kesian ngan abang polis tu dah..

mcm mekchu tadi datang dgn vougue-vougue smbil mengendong beg luis vuitton & spek mata CD di atas kepala pun dapat 50% tau.. hahahaha.. sbnarnya nak bg tau walau korang datang dalam keadaan apa sekali pun masih akan dapat diskaun 50%.. hahaha..


kena saman tak pakai selt belt mggu lepas.. sebenarnya baru je renew lesen.. dlm hati siap cakap, "aku ni tiap2 tahun renew lesen.. tak pernah pon org mintak.." jauh di sudut hati merancang supaya thn dpn malas nak renew lagik dah...

sekali ku sangka panas hingga ke petang.. mmg petang tu mekchu kena tahan ngan tok polis.. dia mintak lesen (sib baik dah renew) & keluarkan surat saman.. masih terkenang2 rupa tok polis yg tahan tu smbil kibar-kibarkan bendera kecik kaler merah.. hahahaha.. kalau ingat mmg nak tegelak.. excited gile muka dia bila nampak mangsa di depan.. mekchu mmg dah tak bleh wat apa dah.. tadah je laa...


apa2, kena oren kan dulu.. mana tau ada pulak yg tolong check saman lain.. hehe..

cpt2 gi bayar sementara stok masih ada.. kadar sebenar saman tak pakai selt belt adalah RM80.. tapi disebabkan ada sale skang, jadik bayar RM40 aje..

dan ini info yang baru di baca seminit yang lalu di laman web PDRM, terus share ngan korang..

  • Saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang diselesaikan dalam tempoh 16 - 30 hari akan diberi insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberi sebarang insentif dan seterusnya akan disenarai hitam
kalau nak semak saman, bleh klik kat MyEG Services ni.. atau kat RILEK E-Services (kena register dulu)..

tunggu apa lagi.. cepat2 pegi setel saman korang tau.. ooooo.. kalau sale 50% kat kedai henbeg laju je korang pegi kan.. ini untuk masa depan jugak.. kalau dah di black-list sape yg susah.. cakap.. cakap...

Tuesday, September 7, 2010

Tunaikanlah Bayaran Fidyah Anda

Zakat Fitrah mmg ramai yg tak tinggal untuk tunaikan (insyaAllah) tapi Fidyah ni... mesti ramai yg tak tahu dan tak pernah tahu.. sama mcm mekchu dulu la, sgt jahil psl fidyah ni.. ingatkan tak perlu bayar..

bezanya zakat fitrah adalah wajib untuk kesemua umat Islam dan fidyah ni hanya dikenakan kepada mereka yg tertentu sahaja.. tapi adakah korang dlm golongan itu??

bulan puasa ni tak de pun info yg baik2 nak share ngan korang kan.. apa tah lagi resepi masakan mahu pun kuih raya... hahahaha..


Pengertian Fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda yang wajib dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.


Hukum Fidyah

Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan


Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah

Dibahagikan kepada 2 keadaan iaitu


a) Wajib membayar fidyah sahaja
  • Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali
  • Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggalkan dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan

b) Wajib qada' puasa dan fidyah
  • Perempuan hamil dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikehendaki membayar fidyah dan juga mengqada'kan puasa yang ditinggalkan
  • Ibu yang menyusukan anak dengan syarat ibu yang berasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya mengqada'kan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah
  • Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan
Kadar Fidyah
Kadar pengiraan fidyah puasa adalah mengikut Mazhab Syafi'i iaitu satu cupak beras atau nilai 1/4 daripada zakat fitrah semasa bagi satu hari puasa yang ditinggalkan, dan fidyah puasa ini digandakan sekiranya puasa yang tertinggal tidak diqada' hingga masuk Ramadhan yang baru.

Contoh :
Pada tahun 2009, kadar fitrah RM6.50 (berdasarkan nilai gantang beras atau bersamaan 2.751 kilogram)

1 gantang = 4 cupak
Nilai 1 gantang = Rm6.50 (berdasarkan zakat fitrah 2009)
Kadar fidyah 1 hari = RM6.50/4 = RM1.63 x hari

Nota : 1 cupak beras bersamaan 688 gram

Pengiraan Bayaran Fidyah
Contoh :
  • Jika seorang wanita meninggalkan puasa selama 5 hari disebabkan keuzuran pada tahun 2008 dan mengqada'kannya selepas Ramadhan 2010
  • Bilangan hari yang ditinggalkan x Bilangan tahun ditinggalkan x Kadar Fidyah
  • 5 hari x 2 tahun x RM1.63 = RM16.30
Pengagihan Fidyah
Segala pembayaran fidyah adalah dalam bentuk wang. Pembayaran fidyah boleh dibuat di semua kaunter zakat diseluruh negeri.



Hari ni mekchu dah gi bayar fidyah atas sebab kelewatan mengganti puasa untuk tahun 2009..

ramai yang salah faham... kalau kita tak sempat nak ganti puasa, baki puasa tu tak perlu digandakan.. bak kata ustaz tadi tu "tiada istilah ganda puasa.. kita nak dgr buleh, tapi jgn percaya"

so, kalau tak sempat ganti 5 hari, maka lepas habis Ramadhan gantilah 5 hari jugak.. tak yah pandai2 nak ganda jadik 10 okehh... sekali lagi, hanya kadar fidyah yang digandakan..

study pasal fidyah

tak semestinya bayar kat pusat zakat.. nak carik sendiri fakir miskin & berikan beras pun buleh.. tapi adakah kita pasti dia benar2 miskin?? sbb tu 3 tahun kebelakangan ni mekchu bayar je kat pusat zakat (alamak, kantoi 3 tahun tak habis ganti..)

contoh lagi : jumlah hari yang tak sempat ganti 2009 : 4 hari...
4 x RM1.63 = RM6.50.. tapi kalo nak bayar lebih pun tak salah kan..

clear kot explaination berjela tu.. harap lepas ni kalo ada yg x sempat ganti puasa tu, jgn lupa bayar fidyah & puasa tetap kena ganti ok.. semoga segala rezeki kita halal & diredhai.. amin..

sekian, ustazah tak bertauliah mekchu memberikan info yang tak seberapa ni..

Friday, September 3, 2010

Pokok beracunoriza

Alamak... pokok nih... pokok nih...

mcm ada je kat umah tu.. kalo tak salah ni kategori pokok keladi.. pokok keladi mmg senang yang amat nak jaga.. sbb tu ramai yg pilih untuk jadikan pokok ni sbg hiasan.. termasuk lah mekchu.. nak yang senang senang aje kan..

tapi bila baca e-mel yg telah di fwrdkan oleh bro.john (nmpk sgt kan keprihatinan seorang bapa kepada anak yg nakal lagi lasak yg suka memasukkan segala benda dlm mulut), terus rasa nak share ngan uols..

kalo rumah akak mekchu, tak mustahil ada pokok nih.. sbb rumah dia terrrlalu byk pokok.. see see..

cehhh.. nak tunjuk gmbr pokok ke nak tunjuk gmbr mekchu yg slim secara mendadak lepas pantang?? hahaha...


segala mcm jenis pokok berdaun ada kat umah akak mekchu ni.. nursery tu dah jadik tmpt kerja dia no.2.. hahaha.. gmbr raya tahun 2008.. najmi 2 bulan lebih.. slim tak aii??

ok ok dah sebelum terkeluar tajuk.. meh baca.. lepas baca harap dpt bersama-sama ini lebih prihatin.. untuk anak-anak dan org yang tersayang...


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan email ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang


cop.. kenapa nama pokok tu mcm panggilan hangit je?? betul ke tak info nih??

pokok beracunoriza??? beracun + noriza?? sama gak mcm nak bg nama beracunormah=beracun + normah...

errmm.. kalo info ni tipu, maka tipu lak mekchu pada korang.. tapi tak salah kan kalo kita lebih kan sikit sifat berjaga-jaga tu??

Thursday, June 10, 2010

Eden Orang Nogori

Perasan tak ada apa2 perubahan kat blog mekchu yang tak berapa nak indah ni?? taraa... dah ada kotak bendera negeri sembilan kat atas tu.. fuuyooo...

Disebabkan semangat kenegerian yg sgt kuat, sue pun tolong promote kan allaboutnegerisembilan ni..

blog ni diwujudkan atas hasil usaha murni sir capo grande sendiri.. tiada paksaan dan tiada bayaran.. (melainkan iklan nuffnang)..

blog ni baru je dilahirkan, so ada byk lagi kekurangan.. kalo ada sebarang idea,pendapat, komen, cadangan boleh tulis kat blog tu..

nak tau psl bahasa nogori? klik lah allaboutnegerisembilan
nak tau psl tmpt makan menarik di n9? klik lah allaboutnegerisembilan
nak tau psl resepi masakan n9? klik lah allaboutnegerisembilan
nak tau psl tmpt2 menarik di n9? klik lah allaboutnegerisembilan

korang jgn cari pasal sudah yee.. sbb semua info tu belum dipublish lagi.. owner blog tu masih dlm usaha mengumpulkan & mengesahkan maklumat.. cabaran jugak kalo wat blog mcm ni kan.. kalo tersalah info, silap2 kena saman..

jadi, kalau lah ada anak jati n9 yg tgh membaca dan nak letak jugak bendera n9 yg sgt gorjes itu, bleh ikut step ni yg mekchu kopi pes dari sir capo grande yg sgt rajin itu..

Login ke dashboard blogger.com anda

design page  element

2. Pergi ke Design –> Page Elements
add a gadget

3. Klik ‘Add a gadget’ –> pilih HTML/Java Script
html

4. Copy paste kod di bawah (warna merah tu boleh edit sendiri ye ikut kesesuaian)

position: fixed; top: 0px; left: 2px;">
title='all about negeri sembilan' target=’_blank’>https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh579paxRZtlNvVaOVgqaDcF9Oy1QHpUp1hBEIKFZ1sLNr15azXILp02cQr1SbKCHgQcQz7upy6itzo-nNtWOE1TLSOsMRrkHW5jlJkRtwxVHkIXlrGH0XbdIUKcqZLN6dQ2uCA_-GM2X_E/s320/lugu.jpg"
height="190" />

5. Klik ‘Save’ dan ‘Save’ lagi sekali.
code

6. Preview / refresh blog anda. Tadaaa, berhasil bukan.

harap-harap lepas ni blog makin malatop!!


Wednesday, April 7, 2010

General Information About Clicking on Nuffnang Ads‏

Info yang ingin dikongsi bersama bloggers semua... Sharing Is Caring....



Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Tuesday, November 10, 2009

Dari PICC ke KLCC

Nak hujung tahun ni, mcm2 la yg kena siap kan errkkk.. mcm2 seminar, conference, training pun kena attend jugak.. errmmm.. mmg mcm tu erk kat mana2 pun?

secara jujur dan ikhlas nya, sue mmg suka sgtssss kalo tercalon utk pegi seminar, conference, training, workshop, (apa lagi erkk??) yg dibuat kat luar.. sejak pindah state ni, paling jauh pun pegi ke daerah je la.. offer gi at least Putrajaya tu pun datang 2 - 3 bulan sekali.. kalo peluang nak attend kursus kat 'luar negeri' amatlah tipis harapan nya... dan lagi terkilan nya nak naik flight atas urusan kerja bila blk state nih.. huhuhu.. sape yg soh carik penyakit mintak pindah..

kali ni alhamdulillah, dpt pegi MyGOSSCON Conference kat PICC dan Microsoft Conference kat KLCC.. berkembang la otak dpt tgk dunia luar sesekali...


perasmian MyGOSSCON oleh Y.B Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

kesimpulan nya (tetiba dah smpai kesimpulan je.. nmpk sgt malas...) MyGOSSCON is all about Open Source Software yang sedang hebat diperkatakan dari corong2 radio hinggalah ke meja-meja makan.. ramai speaker yang telah dijemput utk bersama share xperience sepanjang menggunakan OSS termasuklah dari India, USA & Sudan.. dan sgt byk booth yg dibuka yg rata2nya berkaitan dgn sistem/aplikasi yg dibangunkan menggunakan OSS..

Menurut kajian, currently Malaysia berada pada kedudukan nombor 12 daripada seluruh negara yang telah menggunakan OSS.. dan agak mengejutkan jiran kita Thailand berada pada kedudukan ke-9 tau..

bersediakah kita untuk transform mnggunakan OSS?

haiwan peliharaan dari booth SUSE Linux

3 keping gmbr je yg ada, so letak je la semua.. x de motif pon..


diikuti pulak dgn conference invitation daripada Microsoft mengenai Windows 7.. tau tak nih yg Microsoft dah nak launch Windows 7? no more XP.. no more Vista lepas nih.. melalui kajian dan jaminan daripada Microsoft bahawa segala-galanya lebih baik daripada yang lepas.. biasa lah.. "sales talk'.. so, kalo nak tau keberkesanannya, jom lah kita sama-sama godek menggodek gunakan Windows 7 nih..

Fyi, WIndows 7 will be launch on this coming 24 November 2009 at KLCC Convention Center.. boss, tooooolong lah bagi saya pergi lagik....


had a lunch at level 29, Tower 2.. lepas tu had a 'wiwi' jugak kat level 29.. tmpt pembuangan tertinggi setakat ni.. hahahaha..


blk tu jenjalan SEKEJAPPPP kat klcc.. sekejap je sbb kena masuk opis blk.. dah 8 thn mak tak ke sana.. cuci mata sajork.. beli menan najmi je sebagai bukti ke sana..


gumbira nya hati ku dpt DVD Windows 7.. ultimate hokey.. tp lom install lagik..
yg biru tu sekadar realease candidate je.. expired march 2010.. dpt masa org Microsoft bg talk psl licensing baru2 nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...