@churalliya

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Baby wawa kena massage

Ini sebenarnya sesi untuk melengkapkan pakej Post-Natal Physio Class yang mekchu ambil dulu tu. Anak dah 3 bulan pun tak setel-setel lagi.. Sesi class pertama dan kedua ada kat entry ini..

Sesi kelas ke tiga tak de entry dan tiba-tiba entry untuk kelas yang ke-4 terus...

4th class ni lebih kepada baby massage + sambung mummy nye excersice untuk pengempisan perut.. tapi nak kejar masa punya pasal, so let go je excersice untuk mummy tu.. buat baby massage aje..

 haiwan2 comel sentiasa bersama walau di mana.. baby wawa semakin pelik

sampai je baby wawa tido.. lena betol dia tido kat mama yang tak berapa nak empuk ni..

ce tengok.. putih kemain budak kecik tu..

Agak susah jugak nak dapatkan masa papa-jib.. kena lah bawak dia sekali kasik tahu cara-cara baby massage.. Dah 3 kali kelas mekchu gi sorang-sorang.. yang last ni memang nak suruh dia join jugak!

baby wawa yang dah dibugil kan.. kikiki.. budak rambut lebat tunggu masa nak kena urut.. 

Kalau siapa pernah pegi physio department, Hospital Columbia Asia Seremban (new building) dia akan perasan bahawa semua staff kat department tu adalah berbangsa singh..

 miss nampreet, physiotherapist mekchu dari 1st class dulu.. orangnya comel je..

Najwa memang tak suka betul kalau orang usik muka dia.. terutama kalo kita usik hidung dia.. punya lah dia mengamuk dan cuba nak tepis dengan tangan yang tak seberapa nak panjang tu.. hihi

Mekchu ditunjukkan cara-cara yang betul untuk urut baby.. ada 6 bahagian kesemuanya (muka, dada, perut, tangan, kaki dan belakang). Memang selalu tengok kat tv, tapi kali ni depan mata.. kira lebih teruja lah gitu..

Kita digalakkan untuk mengurut dengan gunakan baby oil..

bila tiba nak urut tempat lain, dia dah mula tersengih.. 

Lebih kurang 15 minit, setel semua.. Toleh tepi tengok-tengok papa-jib dah menghilangkan diri.. Derrrrr... kita penat-penat lah set appoinment supaya dia dapat belajar sama-sama..

dan ini lah rupa najwa lepas kena urut.. rambut ko dik macam lepas mandi.. 

Mekchu tak urut guna baby oil pun sebab tak suka dia berminyak-minyak.. mekchu gunakan lotion aje.. selain wangi, tangan kita pun boleh jadi lembut.. paling terbaik kalau guna bedtime lotion tu.. pergghhh harummm sangat.. rasa nak cium sampai hilang bau..

Ni ada step by step cara-cara urutan baby yang betul.. selama ni kita main belasah aje kan..

bermula dengan bahagian muka.. 

kendian dada..

lepas tu tangan..

diikuti dengan kaki.. 

dan perut.. part buat I LOVE YOU tu yang paling mekchu ingat :) sangat bagus untuk penghadaman..

dan last sekali bahagian belakang.. 

Sebelum ni amek masa 5 minit untuk siapkan permaisuri yang bertakhta dihati.. ewahh lebih2 pulak.. sekarang dah tahu cara nak urut, paling busuk pun 10 minit baru baby wawa boleh siap cantik dan wangi..

Sentuhan sempurna mencipta kasih sayang selamanya ~ ayat reka sendiri



by mekchuN (^_^)

Thursday, December 27, 2012

My Post Natal Physio Class

Tak pernah amek tahu pun pasal ada kelas physio lepas bersalin ni. Semua berlaku masa dalam wad selepas bersalin #habibinajwa 2 bulan lepas.. Pyhsiotherapist datang melawat dan berikan info pasal post natal class..

nampak menarik bukan.... RM100 untuk 4 kali kelas + 1 baby massage..

Makanya lepas habis pantang hari tu bermula lah sesi kelas pertama dan kelas kedua.. Pengalaman baru yang sangat best.. Kelas ketiga, keempat dan baby massage belum lagi..

Bila baca class, ingatkan kelas yang ramai-ramai tu.. sekali one-to-one session.. ohh itu sudah bagus.. 

Ini kelas pertama.. dup dap, dup dap lagi sebab tak tahu suasana yang macam mana.. 

 kasi timbang dulu.. tiba2 jadi ringan ~ 50kg.. biar betul penimbang ni.. nak jaga hati ke apa?

motip nak kena amek gambar dengan bola? sebab bola ni comel tapi berat..

ni fasa keboringan menunggu 'cikgu'. kebetulan ramai la pulak pesakit nak buat physio hari tu.. 

1st class buat kat dalam gym sebab kat wad physio tu full house.. best jugak sebab ada cermin dan tilam yang besarrrrr....

katil di mana excersice post natal physio akan dilakukan..

Cikgu yang ajar tu perempuan singh yang comel.. sebab dia comel lah mekchu nak pegi kelas ni.. Kelas pertama excersice yang ringan-ringan aje.. tak bleh push terus..

 guna bebola besar ni.. naik kat punggung dan perut.. 8, 8 lagi..

pas tu kemut dan kepit bantal ni.. pun 8, 8 lagi.. 

Dapat snap gambar ni sebab 'cikgu' keluar pegi jenguk patient dia yang lain..

Ada beberapa excersice yang lain.. semua memang fokus pada perut semata-mata.. aiii loike :) Sesi kelas ni ada la dalam 30 - 45 minit macam tu.. 

lepas habis excersise, terus kena tuam perut dan belakang dengan hot packs..

'Cikgu' suruh amalkan kat rumah.. kalo teringat memang buat.. tapi dalam seminit dua je gitu... 

Dan ini pulak 2nd class.. 

Appoinment petang. Tapi dari pagi dah keluar atas sebab ada misi nak carik talipon hari tu.. So, bila petang tetex dah makin bengkak. Memang bawak pam ngan ice packs siap-siap yang menjadi best friend lepas bersalin ni.. 

 mintak excuse sekejap untuk mengepam.. kikiki.. kalo tidak, memang lah tak selesa nak buat excercise.. 

ehhh sama pulak kaler baju dan seluar.. kaler je yang sama.. 

2nd class, exsercise yang agak berat sikit berbanding yang pertama dulu.. buktinya, balik tu terus rasa sakit-sakit kat perut.. 

Kalo nak perut kempis, kena lah rajin kan.. nak tiba2 kempis memang mustahil laaa... ini pun luaran je nampak kurus, tapi hakikatnya masih 'bertilamkan air'.. 

Kalau tak kempis jugak, tak pe lah kan... at least I tried.. #ayatpenyedaphati..

Tuesday, December 11, 2012

2 hari lepas pantang

Dah start pegang stereng keta.. Gayat gile pada 5 minit pertama.. terasa macam bawak kapal terbang.. hahaha.. 

pinjam keta laki je nok.. keta baru mak tak keluar lagi :)

Kendian terus ke kompleks kraf untuk cuci mata.. dalam pada cuci mata, terbeli sepasang cotton batik untuk bawak pergi kerja pada hari Khamis.. 

Sebenarnya carik brooch sebesar dada atau rantai berlayer-layer tu.. tapi tak de yang jual.. agak frust jugak kali kali ni sebab tak banyak yang menarik..

Shopping laju2 sebab takut budak2 opis turun.. pameran kraf ni kat bawah opis aje.. ahkak malew nak jumpa dorang lagi sebab badan masih flabby disana dan disini.. 

Kendian, gi melawat atok jah kat hospital. Atok jah sakit (bapa mertua)... dah seminggu lebih dia kat hospital seremban. Kesian dgn dia.. Badan makin kurus.. doa kan atok jah ye.. 

Kendian, singgah kedai baby untuk shopping barang baby lagi.. ye la, wet tissue tak kan nak beli online jugak kot.. melampau.. hahaha.. 

Ringkasan nya macam ni (malas nak taip dah)

wet tissue lupa nak beli.. hahahaha.. 

Kendian balik rumah seremban sebab nak pam susu.. terus simpan susu kat sana aje sebab dah tentu peties sana kosong lopong. Lagi pun peties rumah nenek labu penuh dengan lauk pauk.. Itu pun nasib dapat ruangan kat pintu peties.. tsk tsk..

Kendian siap-siap pergi berurut penutup.. kira urut lepas habis pantang.. best.. Berurut, bertungku dan bertangas.. mula2 ingatkan apa la bertangas tu.. rupanya dok dalam wap panas tu..

macam momok.. takut tak?

Serius panas.. tak suka kot bertangas gaya ini.. patut 20 minit.. mekchu 5 minit dah surrender.. suka yang dok dalam bilik tu lagi..

Leganya dah selesai berurut dan berpantang.. masa yang ditunggu-tunggu.. yeyyy... 


Wednesday, December 5, 2012

Minum air ibu kunyit

Kali ni tak boleh terlepas.. Tak ingat guna skill apa masa pantangkan mi-cah dulu sampaikan boleh terlepas dari kena minum air ibu kunyit ni.. 

Tak mo bebel banyak.. tengok ibu kunyit ni pun dah ngeri.. 

ingatkan kecik.. sekali tengok mengucap sendiri.. nenek labu lah tu yang belikan.. 

Sebenarnya ada 3 ketul.. 1 ketul dah selamat dijadikan air..

tak de la banyak mana, tapi 3 teguk jugak lah kena telan.. nasib campur dengan madu lebah.. ada rasa manis sikit.. 

Kena hadap selama 3 hari berturut bila dah penghujung pantang.. cun-cun habis minum pada hari ke-44..

Rasa dia? ya ampunnnn.. sekali teguk, sekali weeekkkkkkk, 2 kali teguk air suam.. hahaha.. tapi rasa dia tidak lah seteruk pati ikan haruan.. eeee-yakssss...

Kebaikan dia adalah untuk mengembalikan seri pada wajah, kecutkan rahim dan lancarkan peredaran darah.. tak tahu lah sejauh mana ia berkesan pada mekchu.. 

Dah habis minum tadi.. lega sangat. Siap kena puji dengan nenek labu lagi.. hahahaha.. 

Monday, December 3, 2012

Amek mood

Kalau zaman belajar dulu kan siapa cakap tak de mood atau hilang mood je mesti kena balas macam ni "pegi lah kg.pandan.. carik pak cik mahmood.." (ayah salah sorang member kitorang yg sgt sporting) kahkahkah.. ok, itu lawak lama.. tiba-tiba teringat..

Amek mood sebab ESOK hari terakhir berpantang.. Bila dah nak hujung2 ni baru lah terasa macam cepat sangat masa berlalu atau dalam maksud lain nya tak lama lagi nak masuk keje, perut masih beragar-agar lagi... oh dermmmm...

Ok, lupakan pasal perut beragar-agar tu.. kalau pikir nanti stresssssss... Jom tengok gambar #habibinajwa nak?

 sedang dokong papa-jit.. ehhh? hahahaha.. 

yang comel dan yang gergasi.. kahkahkah..

 Dan ini adalah hasil siang malam shopping online sejak 2 minggu lepas.. tak sia-sia kan?

semua guna address opis.. dapat sekali harung Jumaat lepas sebab papa-jit lama outstation.. 

Yang penting sekarang dah boleh mula buat stok EBM.. sekarang baru ada 4 plastik, 4 botol :)




Friday, November 30, 2012

Yang pejam dan yang celik

Tak tau nak update apa.. kalau tak update, serba tak kena pulak rasanya...

Oleh yang demikian, saksi kan laaaaaah....

yang pejam... #habibinajwa @D35

dan yang celik... #habibinajwa @D36

Yang mana pilihan uols? Tapi mama dia tetap nak interprame tu.... kenapa?

Nak bagi tahu uols ni, lagi 4 hari iols habis pantang... yabedabedu....


Wednesday, November 28, 2012

Perbandingan mereka

Dah alang-alang pakai baju yang sama.. Jenuh malam tadi nak amek gambar najwa yang sama posisi macam abg-mi.. tak dapat jugak.. mungkin tak sama sebab tak de bear-bear tu kat tepi kot..

Pakai kan najwa baju biru.. kahkahkah.. tapi muka gegirl dia masih terserlah disitu..

Baru perasan dulu mi-cah rambut dia tak lebat macam wawa.. dan mi-cah tak seputih wawa..

Mi-cah ~ muka ikut mekchu dan badan ikut papa-jit; dan
Wawa ~ muka ikut papa-jit dan badan ikut mekchu

Itu yang kami dapat simpulkan setakat ini :D

Monday, November 26, 2012

Najwa Check-up 1 bulan

Kalau ikutkan tarikh memang lah ngam-ngam satu bulan (22 oct - 22 nov). Tapi kalau kira hari dah masuk hari ke-32.. Orang dalam pantang harus lah ingat hari ke berapa kannn..

 #habibinajwa dah siap nak gi hospital.. ada yang kata ini style berkemban.. kikiki.. 

Kalau bedung pun kejap je tangan mesti keluar.. baik keluarkan tangan dia siap-siap...

ini fav position najwa bila tidur.. 

dengan paed doc.yee pek ai.. doc pesan jangan masukkan gambar dia.. ok :)

Berat dah sebulan adalah 4.2kilo.. ok la tu kan.. ukur lilit kepala, panjang semua ntah berapa.. malas pulak nak check dalam buku.. tau berat je cukup lah.. 

Sempat jugak timbang berat mekchu dan mi-cah.. mekchu dah 53kilo dan mi-cah 18 kilo.. yeyyyy... 

saje x nak diri tegak supaya tak nampak perut.. hahahaha.. 

Kali ni sekali kan check-up mummy & baby.. sonang kojo.. Lepas setel najwa, gi depan bilik doc Intan pulak.. ohhh rindu pulak suasana ramai2 membawa perut kat sana.. 

Sementara tunggu turn.. macam biasa, kalau tak sejam menunggu tak sah!

kenapa dgn abg long mi-cah? ooo dia protes sebab papa-jit asyik dokong najwa je.. 

dan untuk tidak membuatkan abg terus protes, kena lah keje kuat sikit.. 

Scan perut dan doc kata masih ada darah nifas yang belum habis keluar lagi.. Masa scan tu kan biasalah soalan mi-cah "kenapa mama cek perut? mama ada baby lagi ke?" Soalan tu keluar mungkin disebabkan dia tengok perut mama dia yang masih besar ini.. Terus rasa down dan doc Intan yang tolong jawabkan.. hahaha.. ehhh mekchu buat pap smear sekali.. seminggu nanti baru dapat result..

Sebenarnya merindui perut muncit ku.. sekarang pun masih muncit jugak, tapi muncit-muncit lembik.. kah kah kah..


Sunday, November 18, 2012

Girang adalah suka

Malam kelmarin.. suka lah sangat sebab dapat keluar rumah walau pun hanya ke klinik..

Bila post gambar ni kat fb, kawan2 semua cakap mekchu dah selim.. dorang bukan nak tanya sakit apa pegi klinik malam2 buta.. notty sangat tawu.. mekchu sakit mata.. dah 2 minggu mata ni merah tak nak elok.. dah titik air susu pun ngak bisa baik..

Susu ibu memang mujarab pada mata anak2.. tetapi tidak pada mata sendiri.. mata suami? ehh belum cuba lagi.. hahahaha...

kurus kerrrr?

Pada pandangan mata kasar ye la nampak kurus.. hakikatnya aiiii masih berattttttt.

Berat terakhir sebelum beranak 63kg. Lepas beranak 57kg. Lepas 2 minggu pantang 53.5kg.. owhhh masih terlalu banyak nak diturunkan.. Lepas tu takut nak timbang lagi..

Terus bangun dan ketatkan bengkung.....

Friday, November 16, 2012

Pengalaman Berurut 3 hari berturut

Dah macam pantun 2 kerat pulak...

Hari ke-8, 9 dan 10 baru dapat berurut.. Sepatutnya hari ke-5. Tapi disebabkan Hari Raya Haji kan.. dah tu sabtu dengan ahad akak urut tu ada hal pulak.. So, hari ke-8 pun tak pe la.. janji urut aii kasi selim balik..

Memang dah biasa dengan akak urut ni.. kami panggil dia kak nora.. sejak mekchu keguguran 2 kali tahun 2007 lepas.. bersalin kan mi-cah pun urut dengan akak nora jugak.. kalau rajin lepas kering period pun datang urut dengan kak nora jugak..

Bukan mekchu je yang kena urut.. baby najwa pun sama..

Hari pertama (hari ke-8 berpantang), kak nora datang mandikan baby najwa dulu.. sebelum mandi tu dia belek baby, bersihkan pusat, ehem ehem dan segala-galanya.. lepas tu mandi dengan air sejuk hokehhhh... kesian sgt najwa.. mula2 je dia menangis.. lepas tu elok je dia senyap..

 tu dia najwa kena mandi dengan air sejuk... 

Lepas selesai mandi, ada sesi mengurut baby pulak.. Ya, baby pun perlu diurut sebab dia kan lama duduk bergulung dalam perut mummy.. So, kena lah bagi massage sikit.. kasi lancar peredaran darah dan paling penting kasi otot dia kuat2 belaka..

urut tapak kaki, 

urut belakang.. 

urut perut..

urut betis.. ishh semua2 lah yang diurutnya...

Dan yang paling penting tuam perut dan belakang baby.. hari pertama je guna daun sireh dengan lilin.. hari berikutnya terus guna bunjut lada hitam yang dipanaskan pada seterika..

Lepas selesai mengurut baby (urut biasa-biasa je tawu, bukan beria tekan kuat-kuat macam urut orang bersalin), sesi senaman pulak.. owhhhh ini memang tak sanggup nak tengok sebenarnya.. Ini pun amek gambar sambil tutup mata je ni..

 tuh dia.. buat 3 kali macam tu.. memang berderup-derap bunyi tulang baby.. 

lepas tu 'samersop berpusing' ni.. hari 1st mekchu tak sanggup tengok.. hari ke-2 ni baru ada kekuatan nak tengok.. itu pun sbb nak amek gambar masuk belog.. Ini untuk mengelakkan baby dari lemah semangat.. 

Harap-harap kuat lah semangat anak haku tu.. 

Proses yang sama jugak untuk 3 hari berturut. Mekchu tak sampai hati sebenarnya nak tengok najwa kena mandi dengan air sejuk.. sebelum kak nora sampai, mekchu pegi tuang air panas kat dalam kolam dengan harapan dia amek air kolam tu buat mandi.. sekali dia pegi tadah air paip daaa.. Dah la air rumah nenek labu ni adalah air perigi.. memang sejuk, tak tipu..

Ya, air perigi yang dah disambungkan pada pam.. Jadi kami tidak tercemar dengan air klorin dan tak perlukan penapis.. Beruntung sebab bukan semua dapat merasa mandi dengan air perigi sekarang ni..

dan di hari ke-3.. abang long datang memberikan semangat.. 

Setel je part najwa, tiba lah part mekchu pulak.. Hari pertama urut memang sakit yang hamat!! Satu yang mekchu suka kak nora ialah bab tangan dia.. pergghhh dia kalo mengurut memang superb.. tangan dia macam ada kuasa.. tau je kat mana yang kita sakit.. kalo kita mengadoi sakit, lagi dia belek part yang sakit tu sampai la urat tu lembut.. Oleh itu kalau sakit, baik ngko diam kan aje..

Ok, mekchu urut satu badan termasuk lah urut tetek untuk lancarkan aliran susu... terpaling suka bila urut belakang badan dan kepala.. hilang segala stress.. best sangat-sangat.. Lepas berurut terus bertungku (guna batu) kat perut dan belakang badan serta sengkak 3 kali.. Sengkak ni penting untuk naik kan semula peranakan.. Kalau terus sengkak tanpa bertungku dulu, alamat pecah lah perut ngko.. Sengkak yang pertama sakit macam nak mammmmm... keluar jugak lah air mata ni.. lepas tu terus terasa darah mengalir.. masuk toilet tengok berketul-ketul ngko...

Lepas siap urut, tungku dan sengkak, kak nora pakaikan bengkung dan sanggulkan rambut.. haruslah selim bila dah berbengkung..

Gambar mekchu berurut nan hado.. kalo ada pun sensored.. tak lepas untuk tontonan.. kikiki..

Dan kerja2 tungku (mekchu guna tungku moden bentuk bantal tu aje) dan bengkung diteruskan hingga lah ke hari ini.. malam je kadang2 malas nak pakai..

Ohh ye, mengenai kak nora urut tu. Kalau ada kawan2 yang minta contact number dia, mekchu tak boleh bagi buat masa ni atas kehendak tuan empunya badan..



Dan ini mekchu 10 hari dalam pantang... Ramai yang kata mekchu senang nak kurus semula.. Isshh tak de la senang sangat kali ni.. tak macam kali pertama dulu.. 'Belon air' itu masih ada..

Nenek labu masak sedap-sedap... achaner nak kurus niiiii... komengaaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...