terasa kedua-dua nama tu sgt comel.. kedua-dua nama tu bukan merujuk kepada sesiapa.. tetapi kedua-duanya ada lah sejenis barang yg menjadi kontroversi sejak Piala Dunia 2010 berlangsung..
eceh, mekchu pun baru tau bila dgr radio.. apa lagi kalo bukan hangekfm.. bila teringat, baru tya kat bro.john.. tp mekchu pun silap, tya masa tgh game.. mmg la jawapan sepatah dua je..
buah durian gugur kat sebelah telinga pun dia tak heran, ini kan pulak nak kena jwb soklan2 mekchu yg kadang2 merapu.. ishh... teringat lak skang ni musim durian.. ber'lebuk-lebuk' bunyi durian gugur kat kebun sebelah tu.. shedap nyee kalo dpt yg kaler kuning keemasan tuu...
ok, kembali kpd kedudukan asal.. teringat (ishh.. teringat lagi.. bila nak abis menaip kalo cam ni) mekchu teringat ada baca blog sorang member ni (sori, tak ingat) dia ckp nama jabulani ni asal daripada KEJAR BULA INI.. hahaha.. mmg kreatif..
dah dah.. itu semua tipu.. kat bawah ni baru lah fakta sebenar..
Jabulani ialah nama utk bola yg digunakan utk game Piala Dunia ni.. nama ni berasal dari perkataan Zulu yg bermaksud meraikan tetapi hanya segelintir penjaga gol saja yg bersedia menyambut kehadiran bola ini. Penjaga gol Amerika Syarikat, Marcus Hahnemann antara pemain terbaru mengkritik bola ciptaan Adidas ini apabila menggelarnya "mimpi ngeri", sehingga peminat setia di Afrika Selatan memberi jolokan 'joke-ball-lani' untuk bola berkenaan.
Penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon berkata Jabulani sukar dijangka - pada tahap terbaiknya. Julio Cesar dari Brazil menyamakannya dengan bola dibeli dari pasar raya, manakala keseluruhan skuad Denmark tidak berpuas hati dengan bola berkenaan.
Tidak cukup dengan isu itu, isu Jabulani turut menimbulkan ketegangan antara jurulatih Brazil, Dunga dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jerome Valcke. Valcke mengandaikan Brazil kini bersedia menggunakan bola terbabit sebagai alasan sekiranya beraksi hambar di Piala Dunia kali ini. -AP
meh kita baca kisah vuvuzela pulak..
korang perasan kalo tgk game tu kan, mcm ada bunyi lebah tgh buat sarang.. atau pun mcm bunyi langau tgh cari makanan atau pun mcm nyamuk pun ada.. pendek kata bunyi tu mmg menyakitkan hati.. suara pengulas haram x dgr.. bunyik langau tu jugak yg kuat.. dari mana dtgnya bunyi tu? mekchu cedok maklumat dari sini..
nama benda tu ialah vuvuzela.. vuvuzela ini adalah instrumen (alat bunyi-bunyian) yang diperbuat daripada plastik yang berukuran lebih kurang 1 meter panjang. Biasanya ia ditiup oleh peminat-peminat Afrika Selatan terutama yang melibatkan pasukan negara mereka.
Vuvuzela memang memberikan impak yang besar kepada World Cup kali ni. Sebelum perlawanan bermula pun sudah banyak kontroversi pasal benda tu. Pertama kali menonton siaran langsung perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan, bingit telinga. Ingatkan lebah nak buat sarang di rumah. Tak selesa langsung dengar ulasan permainan. Gangguan yang merimaskan!
Mungkin sebab gangguan tu juga, Jawatankuasa Pengurusan World Cup 2010 yang dipengerusikan oleh Danny Jordaan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan larangan ke atas penggunaan (peniupan) vuvuzela semasa perlawanan sebab bunyi bingit daripada instrumen tu boleh mengganggu pemain dan juga penonton lain (sumber). Alasan jawatankuasa tu, bunyi bingit vuvuzela mungkin akan mengganggu pengumuman penting yang hendak disampaikan.
Kira logik juga alasan tu kan? Mana tahu ada pengumuman kecemasan atau malapetaka. Susah orang nak dengar.. Siapa nanti yang akan susah?
inilah vuvuzela tu.. kalo dah 1 stadium meniup benda ni, mmg lah smpai kat malaysia bleh dgr..