@churalliya

Showing posts with label najmi. Show all posts
Showing posts with label najmi. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Kelab Renang dan Kejohanan 1st Rising Star Swim Meet 2015

Dah hampir setahun.. Setahun dah tak update blog.. Blog menyepi selama setahun. Ada ke yang kesah selama tempoh itu masaklahnya???

Disebabnya ramai yang bertanya pasal kelas renang abang mi.. Nasib lah korang bertanya.. Kalau tak tanya memang tak de makna semua ni... hahahaha tak akan ku update blog.. Terima kasih ya bertanya..

Maafkan kalau bahasa melantun-lantun.. akibat taip padam, taip padam.. kekok pulak berblogging rasanya..

Abang mi start masuk kelab renang dalam sekitar bulan Februari tahun lepas.. Bukan under personal swimmers yang carik sendiri tu, tapi di bawah kelab renang yang diuruskan oleh pihak sekolah abang mi. Nama kelab nya ialah Seahorse Swimmers Academy (SAA).

Latihan setiap Sabtu jam 3 hingga 4 petang, bertempat di Pusat Akuatik, Paroi. Selalu nya memang drag sampai ke pukul 5 petang sebab abang mi rendam kat kolam sebelah pulak.. aiyoooo petang Sabtu memang susah nak buat taik mata dah..

Bermula dengan zero.. abang mi memang tiada basic swimming.. semua belajar dari coach dia kat kolam. Coach ajar step by step.. Bermula dari teknik apungkan badan sampai lah dah boleh berenang ke tengah sana..  Dari penuh pelampung kat badan sampai lah boleh relek2 pegi ke tengah..

Kedalaman kolam yang dorang training ni 2.4 meter.. kalau campak mekchu sana memang terus ke dasar lah jawabnya.. blupp bluppp blupppp gelembung air je yang timbul.. hahahaha.. Bila teknik kita betul, betul lah pegi nya.. teknik memang penting tau.. tak boleh main taraaaa aje berenang janji bergerak tu.. penattttt kalau mcm tu..

warming up.. opss ni zaman abang mi kurus lagi ya.. harap maklum..

sesi pemakaian pelampung :)


main sepak-sepak air.. mekchu dulu2 ada masuk kelas renang masa kat U dulu.. tapi kelas sampai step ni aje.. lepas tu malas... hahahaha

Tak leceh ke nak hantar anak kelas renang time weekend? Honestly banyak kali jugak lah skip sebab macam2 hal kan hujung minggu macam tu..
kenangan abang mi swimming masa awal-awal dulu.. nampak bontot je timbul.. hahahaha


awal-awal semua tunggu sampai habis kelas.. lepas-lepas tu drop aje.. sejam lepas tu baru datang jemput.. 

hari demi hari baju renang lama pun dah tak muat..

Barang yang perlu di bawa semasa kelas renang adalah baju renang, goggle, board dan kaki itik.. pelampung semua tu kelab yang akan sediakan. Kalau dah pandai apung kan diri, tak perlu dah pelampung tu.. 

Sehingga lah bulan Disember hari tu papajib bagi tau dapat WA dari coach (tiba-tiba dah disember kan.. nampak sangat nak short cut) Kata najmi terpilih untuk masuk pertandingan berenang?? Mekchu masa tu...........

"apa pa?"
"pertandingan berenang?"
"bila pa?"
"kat mana pa?"
"siapa lagi masuk?"
"hadiah dia apa pa?"
Hahahahahahaha
Serius berdebar sebenarnya.. di samping teruja sangat nak tengok abang tembam lumba renang kat kolam... jauh dalam hati risau jugak kalau abang mi tukar fikiran tak nak terjun kolam..

Semasa hari pertandingan 1st Rising Star Swim Meet - 27 Disember 2015

Backstroke 25 meter kategori lelaki umur 7 – 9 tahun tekau...

ni gambar sebelum pertandingan bermula.. 

tunjuk skit gambar penyokong abang tembam...

amanat dari coach halim sebelum pertandingan

Ni video semasa pertandingan... tak sure lah boleh play atau tak.. Kalau tak boleh play sini, boleh tgk kat Instagram mekchu ya.. Search @churalliya


Ramai yang bertanya menang tak? Dapat nombor berapa?

ni haaa... dapat nombor 4..

10-15 meter yang awal memang leading.. lagi 10 meter nak abis member dah pancit uols.. tak de stamina.. perut dah gendut katanya...

Mama dan papa tak kisah pun.. lagi seronok adalah.. abang dah buat yang terbaik mengikut kemampuan abang.. yang penting abang berani mencuba dan mama papa bangga sangat......


"Selama ini kelab-kelab renang di negeri ini tidak mempunyai platform untuk mengetengahkan bakat-bakat muda mereka.

Perenang-perenang berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kelab tetapi tidak berpeluang untuk menguji kemahiran mereka.

Mereka juga tidak berpeluang untuk menyertai kojohanan besar kerana perlu mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Namun, pada kejohanan ini, kami tidak meletakkan syarat dan ia terbuka kepada semua perenang yang bernaung di bawah kelab masing-masing" ~ Pengetua SAA, Salwana Ali, 47.

"Kejohanan seperti ini tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tetapi memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam kalangan perenang.

Ia adalah satu peringkat yang sangat penting untuk melahirkan perenang-perenang hebat.

Menerusi kejohanan ini, mereka berpeluang untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan yang lebih besar pada masa hadapan" ~ Ketua Jurulatih SAA, Abdul Halim Mokhtar, 52

Ok kat sini mekchu nak share contact number kelab renang abang mi.. Sesiapa area berdekatan (Seremban) boleh lah contact terus nombor ni..

Seahorse Swimmers Academy (SAA) 
WANA : 016-2398039



by mekchuN (^_^)

Thursday, January 15, 2015

Dunia Baru 2015

Bagi mekchu, tahun 2015 merupakan tahun serba baru...

Walau benda ni nampak lama, tapi sebenarnya ianya baru bagi ibu muda ni.. hahahaktuihhhh

Baru bagi mekchu..

Tahun ni kena tukar spec ray ban aviator.. hahahaha... kena panampor kang.. orang tengah serius ni.. 
Tahun ni tukar seksyen buat security selepas 5 tahun bergelumang dengan operasi.. 

Baru bagi abang mi...

Tahun ni abang tembam dah start 'sekolah betul'.. Dah masuk derjah 1.. Dah tak boleh play-play.. 

Baru jugak untuk budak kecibung sorang ni..

Ada 2 anak.. tapi tak pernah langsung jejak ke taska.. Tahun ni pertama kali  wawa pegi taska...
Hari pertama hantar, siap bawak 1 tupperware susu bagi kat teacher.. kahkahkah.. haa gelak la.. Gelak!!

Dan pastinya kesemua tu adalah pengalaman yang baru.. Walau penat, kita kena enjoy je dengan live kita.. Sakit hati pun kena enjoy jugak.. Tidak lebih dari itu.. Enjoyyyy mekchu.. Enjoyyyyy...

Dan semoga ada yang baru-baru lagi lepas ni.. Seronok nya dapat benda baru.. Suka.. Suka (lah sangat)

Dan semoga Tahun 2015 ni terus sukses untuk mekchu dan sukses jugak kawan-kawan yang lain ya...

#muahciked



by mekchuN (^_^)

Wednesday, December 3, 2014

Serangan HFMD

Serius sebelum ni tak pernah nak ambil tahu pasal virus HFMD ni.. yang mekchu tahu dia serang bahagian tangan kaki dan mulut.. hahaha

Malam sabtu ngam2 start cuti sekolah abang mi mengadu macam nak demam.. biasa lah, bila suruh mandi cakap "mi ni macam nak demam lah mama..."

Mekchu malas nak layan aje bila dia mengadu mcm tu sebab itu dialog biasa kalau malas nak pegi sekolah.. Sehingga lah pada hari Ahad tu..

Tiba-tiba nampak banyak bintik merah kat lutut dia.. petang tu nampak dah tumbuh kat tangan dan kaki.. Aiiiyokkkk anak aku ni macam dah kena penyakit kaki mulut je ni..

So 1st time google simptom2 HFMD.. gugel sama2 dengan abang mi.. tunjuk gambar2 semua kat dia..

Dan memang sah laaa... terus bawak pegi klinik..

tangan, kaki dan mulut abang mi.. so scary maaaa... 

Part tangan ngan kaki tu x de apa.. tak gatal pun dia kata.. tapi tang mulut tu yang kesian tu.. mengamuk tak dapat makan minum.. kesian nya tengok.. Perut lapar, tapi tak bleh makan.. sakit kan.. kita yang kena ulser seketul ni pun sakit macam nak sepak orang... ini kan pulak penuh 1 mulut..

"tengok perut mi dah leper....." ~ terus meraung

Klinik bagi ubat sapu.. memang tak berjaya lah kan nak sapu kat ulser budak.. Kawan2 fb cadang belikan ubat spray ni..

boleh beli kat farmasi.. memang bagus sbb spray.. abang mi senang lah jugak nak jaga.. bagi aje ubat ni kat dia, nanti dia spray sendiri kat mana yang sakit sblm makan.. boleh la jugak makan sikit2.. 

Selang 2 hari lepas tu benda yang mekchu risaukan terjadi.. Wawa berjangkit... uwaargghhhh sedihnyaaaaa....

 wawa baru balik dari hospital.. tak nak pegi klinik sebab ubat dia ala-ala aje.. tu ubat dari Colombia.. 

 luluh hati mama tengok wawa lembik tak larat, tak nak makan, tak nak minum.. 

 banyak kemain ulser dalam mulut wawa.. tu yang dapat selak.. yang kat belah dalam banyak lagi.. 

kena tengok tmpt ulser.. so nanti senang nak spray kat situ.. kat lelangit pun banyak tapi tak boleh nak spray sebab dia melalak ya ampun punya kuat...

Sedikit fakta HFMD.. ini dari pengalaman mekchu sendiri..

  • Penyakit ni adalah disebabkan virus.. So tiada antibiotik untuk virus.. Kalau bakteria je ada antibiotik. Kalau mintak antibiotik kat doktor memang tak akan dapat..
  • Tempoh jangkitan amat sekejap.. dalam tempoh 2 hari akan boleh nampak kesan samada kat tangan/kaki/mulut
  • Penyakit ni akan sembuh dalam tempoh 3-6 hari bergantung pada tahap jangkitan virus
  • Bintik2 di tangan dan kaki tiada side efek.. bermaksud tidak gatal.. Kemungkinan ada beberapa bintik yang seakan-akan chicken pox sebab ada air di dalam.. 


Ini pulak sedikit tips kalau anak kena HFMD (ini pun kawan2 yang banyak bagi tips)

  • Kena pastikan anak tidak dehydrated.. kena pastikan anak2 minum walau pun sedikit.. dan monitor pampers anak supaya tidak kering/anak kencing.. Kalau pampers basah tu maksud ok lah tu
  • Kena bagi makan/minum jugak.. lagi kerap makan/minum lagi cepat anak2 boleh recover. Ini part paling susah kot.. 
  • Kalau ada adik beradik yang kena jangkitan, kalau boleh asingkan segala2 nya dari mereka.. Asing bermaksud kena tinggal asing2 kot.. Mekchu dah cuba asingkan dorang tapi tetap berjangkit..
  • Bagi anak2 minum susu/air guna syringe.. nak habiskan 4oz susu mengambil masa selama 1 jam.. masa tu memang habis tenaga melawan tenaga dia.. nak buat macam makan kan, kena jugak.. memang kena jugak bagi minum.. 
Sabtu lepas memang stress sangat jaga wawa.. nampak dia lemah sangat.. bila dia lemah otomatik omak ehh pun lemah.. asyik merengek aje.. ikut kan rasa hati nak je warded kan dia.. 

Sehingga lah papajib wassap bagi tau dia menang hadiah lumayan... 

terus kembali bersemangat.. hilang stress hari tu.. tahniah papa.. 

dan hari ni Alhamdulillah, anak-anak dah kembali sihat.. dah kembali melasak macam biasa.. 

Biar lah mereka nak melasak macam mana pun janji mereka sihat.. HFMD sila pergi jauh2 dan jangan datang lagi.. syohhh syohhhh... 


by mekchuN (^_^)

Wednesday, November 26, 2014

Konvo Pra Bestari 2014

Ini entry wajib bagi emak nya blogger dan anaknya di pra sekolah..

Sebelum up entry ni, ulang-ulang dok baca entry mula2 abang mi masuk sekolah awal tahun dulu.. Kelakar ada, nak menangis pun ada.. Sukar kot nak percaya abang mi mampu lalui semua ni.. sebab dia bukan macam anak korang.. dia ni lain sikit.. ehh lain banyak..

Hari konvo tanpa kehadiran papajib.. Dia pegi Cambodia atas urusan ehem ehem.. Tak pe lah, kebetulan nak jadi hari yang sama.. Mama kan ada..

fitting baju konvo.. kemain ensem macam nak carik keje

Bila baju dah ensem, kasut pun dia rekues nak ensem jugak.. kasut sekolah yg dia pakai tu sikit lagi nak roboh.. nak kasut kilat macam orang kawin katanya... Mana nak carik kasut kilat saiz kecik.. adoiii suruh pakai kasut adidas dia tak nak.. Terpaksa la mama ngko meredah seremban pegi carik kasut kilat...

carik punya carik jumpa kasut ni kat Bata.. bagus jugak kedai Bata ni.. mekchu pujuk suruh abang mi amek kaler biru tu.. bleh bawak jalan jugak.. tapi dia tak nak.. tetap nak kasut kilat macam pegi keje kat sebelah tu.. ye lah anak, mama turutkan.. hari dia kan.. kang beli ikut taste kita langsung tak nak pakai lagi parah.. 

Saiz kecik tak de.. beli jugak lah walau besar.. risau takut cicir masa berjalan.. hahaha..

Dihari kejadian...

Sebenarnya dari awal lagi dah dapat membayangkan betapa stress nya kalau bawak anak2 keluar tanpa papajib... Mula nak tinggalkan wawa dengan nenek labu.. Tapi macam tak syok pulak.. Pujuk nenek labu ikut sekali.. Nasib dia nak ikut..

Ni pagi hari konvo tu.. nak lagi thrill wawa demam pulak... Wawa kan, time papajib pegi obersi je mesti dia demam.. Dulu masa papajib pegi Beijing tu paling trauma, siap masuk ward lagik..

Bila dah demam, meragam aje lah dia.. Tak nak letak langsung.. berkepit je ngan mekchu.. Adik, please laaa.. mama nak amek gambar abang banyak2 nak letak dlm blog tau..

Pagi tu mintak tlg effa, mama daniel tlg amek kan gambar banyak2.. lepas tu wassap.. nasib lah ada effa..

Sebelum blazer abang mi tanggal..

Sebelum mata wawa bengkak menangis..

Sebelum shawl mama terjuntai... Ni aje lah yang dapat.. #doubleNAJ

Tapi memang betul, shawl mekchu memang terjuntai di akhir majlis.. Tak percaya tunggu...

 thanks mama daniel untuk gambar ni..

kasut tu.. kasut tu.. kemain kilat kennnnn... beli sama dengan daniel (^_^)

dengan classmate abang mi.. 

Mekchu ada beli CD gambar dari photographer sekolah.. dan mekchu ada jugak mintak tlg photographer terbaek opis untuk tlg amek kan gambar.. nampak tak betapa pentingnya gambar dalam hidup mekchu? Dah roger macam2 sumber yang lain.. hahaha

 tengah beratur tunggu VIP

Lepas je dorang beratur mekchu masuk dalam dewan dah.. Tak tahu apa jadi kat luar tu.. Mekchu kalau boleh nak ikut je bontot abang mi ke mana dia pegi.. Tapi wawa ada kat dalam dewan dengan nenek labu.. Tak mustahil bila2 aje dia akan menjerit tu..

ni awal2 lagi.. boleh terima lagi layan katun kat tab.. boleh layan lagi selfie jilir lidah sama2.. 

Lepas tu bagi susu.. Terus muntah.. Masam ya ampun... Start dari tu dia meragam on off... Bertambah meragam bila tak dapat belon... Nangis2 nak belon kat situ.. Suka betul dengan belon sejak dapat pegang banyak2 masa birthday dia hari tu..

majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran dari pelajar.. bagi mekchu mereka ni sangat hebat.. umur 6 tahun dah baca al-Quran..

dan majlis perasmian daripada Pengarah JHEAINS

Lepas perasmian, bermula lah acara persembahan dari pelajar ikut kelas.. Ada 3 kelas. Pra-Omega, Pra-Alfa dan Pra-Beta..

:: Persembahan dari Pra-Omega ::



:: Persembahan dari Pra-Alfa ::




:: Persembahan dari Pra-Beta ::



Sempat sepak budak sebelah sebab salah step.. hahaha

Issshhh geram lak haku tengok budak-budak ni... comel sangat masing-masing tahu!!!

Persembahan majoriti nya menyanyikan lagu nasyid.. Dah sekolah agama kan, memang tak boleh la nak menari, bergelek, berjoget semua tu..

 sementara wawa kat bawah pentas... tu heboh nak belon.. 

Menangis bukan boleh cover budak sorang ni.. sekuat2 hati dia meraung kat dalam tu.. habis lah ada suara wawa kat dalam henfon memasing.. hahaha


Bila dah habis memujuk dan menahan wawa dari ingatkan belon, terpaksa la jugak tebalkan muka pegi amek belon kat depan tu.. Maaf kan saya cikgu.. 

sementara anak2 kat atas pentas, mak pak kat bawah macam biasa keluar gajet masing2 nak rekod video anak.. walau pun dah bg tau sekolah ada buatkan copy video, tetap nak amek gambar/video sendiri jugak.. mekchu lah salah sorang tu... sampai teleng2 kepala.. 

Lepas dah nyayi2, baru lah acara penyampaian sijil..

abang mi tengah beratur.. 

Sementara abang mi naik pentas, wawa dah meragam hebat kat bawah tu.. Dan sementara nak tunggu turn abang mi nak naik pentas, wawa dah selamat tido kat pangku mekchu..

abang mi naik pentas versi camera henfon mekchu.. hebat tak? dalam pada anak meragam kat bawah, sempat jugak mama ngko amek gambar... ni mekchu tengah bersila kat bawah pentas sambil dodoikan wawa atas riba.. 

kalau gambar cantik ni harus lah dari cameraman... 

ada pun sekeping gambar kenangan dengan cikgu ros.. 

Banyak jugak anugerah/hadiah yang ada.. budak2 ulang alik naik pentas.. anugerah 8A, puasa penuh, hafazan 8 surah, tamat iqra dan ada lagi beberapa tapi mekchu tak ingat dah.. yang nyata najmi naik sekali aje untuk tamat pra-sekolah.. Tak pe ehh abang, pada mama abang dah cukup bagus dah..

Naik pentas tu acara kemuncak la tu.. Lepas tu terus makan..

Masa ni dah dekat pukul 12 tengah hari.. Mekchu call photograper opis bagi tau tak payah datang sebab wawa tido dan najmi pun dah tanggal jubah ngan blazer dia..

Tapi beliau dah otw pun nak amek gambar.. So memang bagi tau dia suruh candid aje laa.. faham sangat dengan perangai anak-anak yang dah kepenatan masa tu..

 dan setibanya beliau di tempat kejadian... nampak keadaan shawl mekchu ketika ini? dah terjuntai dek melayan wawa yang super meragam

 wajah keriangan orang yang di rai... 

 wawa yang bengkak mata menangis.. sekejap sangat ngko tido dik.. mama nak makan pun tak sempat.. 

 cubaan bergambar dengan anak-anak.. lantak la shawl nak terjuntai pun.. 

 tak puas hati kita cuba lagi kat belah luar.. hahahaha.. ini selepas mekchu edit.. gambar asal putih melepak akibat cameraman panic dengar jeritan wawa.. hahaha... 

 abang mi yang dah janji dengan papa nak amek gambar senyum.. 

muka graduan yang kelaparan makan apa ntah masa ni.. 

Ya, begitu lah perjalanan hari konvo pra sekolah abang mi.. Mama dah kenang kenang kan di blog kesayangan ni.. Nanti dah darjah 1 tak de dah konvo2 ni lagi.. Tunggu lah abang masuk U nanti baru nak berkonvo semula.. InsyaAllah kalau Tuhan panjangkan umur mama, papa, kita sekeluarga, nanti kita bergambar elok2 ok satu family ok..

abang mi from zero to hero.. hero di hati mama lah.. 

Mama sentiasa bersedia untuk menambah kenangan persekolahan bersama abang tahun depan.. Mama percaya abang penuh dengan kejutan..

Jaga-jaga mama..



by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...