@churalliya

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Info pasal JUBAH ABAYA KIDS yang wawa pakai hari tu

Meh mekchu nak share pasal jubah yang wawa pakai tu.. Segala info dan soalan pasal jubah tu boleh dapat kalau baca sampai habis.. Baca sekerat umpama kena kerat kepala lah kan.. hahahaha...


Kat mana nak beli jubah budak macam tu?
Material jubah dia best tak?
Harga dia macam mana?
Warna apa lagi ada?
Tudung tu sekali ke asing2?

Ok, mekchu tanya mekchu jawab.. hahahaha iols memang pandai membaca hati uols tahu...


Masa ni memang tengah panas terik tau.. pegi kenduri tunang anak buah.. Nak bukak mata pun rasa takut.. itu mata mekchu, belum mata papajib lagik... ehhhh dah lama tak kenakan papajib kat sini.. haiii papa #lambailambai

Tengah panas terik pun relek aje budak kecibung ni bertudung berjubah bagai.. sikit pun tak ngekkk ngekk mintak bukak.. lagi dia suka ada la,...

pandangan belakang.. ewahhh macam paham-paham pulak dia nak kena amek setiap inci penjuru kannnn... padahal mama kat situ main snap aje gambar tak nampak apa kat skrin 

 buat la muka comel.. haa buat la... buat la.. lagi teruk kena gigit lepas ni!!!

Mekcu beli online..

Kalau kat FB boleh klik link ni --> Jubah Abaya Kids atau search Yatie Yusri
Kalau kat IG boleh klik link ni -->  Jubah Abaya Kids atau search @jubah_abaya_kids

Ok, sambung cerita pasal material jubah pulak.

Ada beberapa jenis material boleh pilih. Ada lycra dan moss crepe. Yang pink wawa pakai ni adalah dari jenis lycra.

boleh klik kalau tak nampak.. macam2 kaler ada kannn...

Yang bestnya Abaya jubah kids ni boleh customade.. tak de hal nak sedondon raya nanti..

ukuran kalau nak buat tempahan.. pilih lah kaler mana yang korang suka.. 



comelllll... kan kan kan
next nak beli yang bercorak pulak... eeee gerammmmmmmm

tudung dan inner memang boleh order sekali.. nak mecing kaler boleh, nak color blocking pun boleh.. 

Proses order sekejap aje.. lepas dah pilih kaler nanti yatie akan bagi ilustrasi jubah ngan tudung. Yang penting korang kena pilih kaler jubah dan tudung kaler apa. Dan kaler tudung + cuff


kat sini dah bleh nampak jelas kaler jubah, tudung, inner dan cuff tu mecing ke idok.. kalau tak berkenan boleh nak pilih kaler lain sampai suka

Mekchu pilih sekali terus kenan aje.. hahahaha

Ok, sambung balik cerita pasal budak kecibung tu.. Hari tu sampai ke petang pakai tudung tak tanggal... tanggal kejap dalam kereta.. nak turun je kereta mintak pakaikan balik.. amboiii menjaga aurat sangat ko nak..

Sebelum tu ijinkan mekchu nak enterframe ya.. mana bleh biarkan wawa glamour sorang-sorang



memang jadi perhatian aje dia hari tu.. semorang tengok semorang geram... hahahaha

Mekcu kan, setengah jam pertama lepas pakaikan wawa jubah dia tudung terus asyik pandanggggg aje muka dia.. tak berkelip mata.. nampak lain sangat.. super duper comel dari biasa.. ehhh terpuji anak sendiri pulak..

Belanja video wawa perasan diva turun tangga sambil tengok cermin kat tepi



So, cepat-cepat order yaaa... Tempat yang senang nak berurusan..

Boleh customade
Boleh pilih kaler
Boleh pilih material
Boleh pilih maching kaler
Boleh pilih kaler tudung dan inner

Maklumat untuk tempahan :

WA : 014-3871619


Jangan lupa order tauuuuuuu kat mana-mana senarai kat atas belon tu :)


by mekchuN (^_^)

Friday, November 7, 2014

9 Lakes Garden Restaurant, Senawang

Ini lah tempat sambutan bithday wawa baru-baru ni... Mekchu dah janji nak review kan...



Nine Lake Garden Restaurant Negeri Sembilan telah ditubuhkan dan dibuka sekitar bulan Mei 2014 dan dimiliki oleh 100% Bumiputera, Melayu dan Beragama Islam. Pemilik restaurant ini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam bidang katering.

Nine Lake Garden Restaurant menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Annual Dinner, Wedding Garden, Barbeque Garden dan sebagainya. Restaurant ini juga menyediakan kapasiti sehingga 1000 orang.

Restaurant ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian "Main Hall" dan "Garden Side".

9 Lakes Garden Restaurant provide :
  • Ala Carte
  • Western
  • Chinese Cuisine
  • Corporate Dining
  • Annual Garden Dine
  • Private Events
  • Product Launching
  • Wedding Garden
  • Anniversary Wedding
  • Barbeque Garden
  • Birthday Celebration
  • Family Day

Macam birthday wawa hari tu kami memilih menu Hi-tea sebab nya tengok menu pun dah rasa berat.. dan lagi sesuai kot untuk family kami yang tak kuat makan sangat ni.. 

kami pilih Hi-tea menu 2 full pakej.. siap mintak customize beberapa item jugak :)

Disebabkan pakej minimum 30 orang dan kami hanya lah separuh dari itu, so management bagi kami flat rate untuk semua.. Maksudnya tiada charge separuh harga untuk kanak-kanak..

Semua perbualan adalah melalui wassap aje.. Senang kan.. 

appetizer, dessert & beverages di side table
sandwich, cucur badak, tepung talam, buah dan nescafe tarik... 

main dish di hidang atas meja..
nasi goreng cina, kue teow goreng, ayam goreng sos limau, sotong goreng tepung, sayur campur, asir sirap

Adoii sedapnyaaa... dah la tengah lapar ni.. Makanan memang terlebih cukup.. Siap mintak adik tu tapaw kat dalam polestrin lagi bawak balik rumah... 

Kami guna hanya separuh dari Main Hall... jadi ada banyak lagi ruang lapang kat situ.. Kebetulan masa tu tak de orang lain kat situ.. So 9 Lakes Restaurant tu kami yang punyaaaaaa..... buwahahahahaha... 




Mekchu amek hidangan untuk 15 orang termasuk kanak-kanak.. 
Dan harga per head di kira RM28 untuk menu Hi-tea 2.. 
So total RM420.
Belon kira lain.. hihihi

Ok sangat kot untuk tempat, makanan dan layanan yang super amazing.. 

budak2 lepas makan pun selesa nak bergosip.. tu sebelah luar ruangan untuk garden..

Next time nak buat kat garden pulak lah... 

Tempat privacy, parking senang, makanan sedap, layanan superb, deco cantik....... mmm nak apa lagi??? 

Ooooo nak discount? Ok kalau berminat nak gunakan perkhidmatan 9 Lakes Garden Restaurant ni boleh lah contact mekchu.. Mekchu ada special voucher nak bagi.. Cepat ehhh sebab Expiry date sampai 31/12/2014 ni aje... 

Sila hubungi :

Nine Lakes Garden Restaurant
No. 4198 Desajaya 1, Taman Tasik Jaya
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Contact 9 Lakes Garden Restaurant :
013-399 9928
017-639 0628
017-354 0094

Waktu Operasi :
11.00 pagi - 3.00 petang
6.00 petang - 12.00 t/malam
MONDAY CLOSE

9 Lakes Resraurant in Media Sosial :
Facebook : 9Lakes Garden Restaurant Negeri Sembilan
Instagram : 9lakesgardenrestaurant
E-mel : 9lakesrestaurant@gmail.com
Google Map : 2.719871, 101.999495



by mekchuN (^_^)

Wednesday, June 25, 2014

Tudung cun, material berkualiti dari Princessrack by puterimona

(Sticky entry for 48 hours)

Korang setuju tak kalau mekchu cakap, susah senang nak pakai shawl ni adalah berdasarkan kualiti/material kain yang digunakan? Kalau kain jenis licin dan nipis, maka bangun lah awal setengah jam dari kebiasaan.. Kalau kain jenis berkualiti, tak banyak songeh nak bentuk, sap sap soyyyy je dah siap....

Mekchu pakai tudung belum sampai setahun lagi.. Tapi alhamdulillah, berkat rajin membeli tudung dari pelbagai jenis material telah mengajar mekchu mana yang boleh repeat order dan mana yang cukuplah hanya sekali...

Serius, kalau shawl tu jenis letak je kat kepala dah terus terbentuk memang terus jatuh chentaaaaa.... tak payah susah-susah siap buat memek muka nak bentuk kan tudung, siap tip puhhhh fuhhhhh nak tegakkan muncung tudung... kahkahkah... ini skill sejak azali kan.. kadang tudung tu ok je, tetap nak kena tiup muncung atas tu... Siapa pernah buat? Sila mengaku!!!

Mekchu dah jumpa material shawl paling best... Dari Princessrack by puterimona.. Material tudung memang tak tipu... sagat berkualiti dan senang nak pakai...

Meh mekchu bawak korang tengok serba sikit shawl yang ada di Princessrack

***************
::: Princess Zahra :::

Cutting : Long n Wide Shawl (Plain)
Material : High Quality Heavy Chiffon
Height x Width : approx 1.8M X 28 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM35/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Adleeya :::

Cutting : Half moon Princess
Material : High Quality Glitter Chiffon Crepe
Height x Width : approx 1.5M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM39/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Ella (Denim) :::

Cutting : Wide Shawl
Material : Denim (high Quality, Soft and Heavy Cotton)
Height x Width : approx 2M X 28 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM39/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Mya (Printed) :::

Cutting : Long n Wide Shawl
Material : Satin Crepe Paisley
Height x Width : approx 2M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM35/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Sofea (3 colors) :::

Cutting : Wide Shawl
Material : High Quality Heavy Chiffon
Height x Width : approx 1.8M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM45/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

Sangat mabeles kannnn.... juling-juling bijik mata tengok... 

Mekchu dah ada satu.. type Princess Adleeya.. Dia jenis glitter tapi tak over... 

 yaaa... glitter tu tak over tapi mekchu yang over... hahaha... 

Cutting dia sedang elok labuh tutup dada... suka pasal half moon sebab nampak kemas depan belakang... tak susah nak melilit.. Dapat pulak high quality glitter chiffon crepe lagi lak malatop...

depan kedai mamak pun buleh... tudung cantik punya pasal, terus lah fefelling tantek jugak.. 

Paling suka pasal shawl ni apa tau... bila berjalan, nanti shawl yang belah belakang tu terbuai-buai... mekchu memang saje je toleh kiri lepas tu cepat2 toleh kanan...toleh kanan lepas tu cepat2 toleh kiri...  tebiat kat opis.. hahaha nak shawl tu bergoyang punya pasal... 

Ni zoom dekat kalau nak tengok material dia... 

harus lah orenje....cantik... memang cantik... 

Tak boleh nak cakap cantik macam mana lagik dah.. Korang pegi lah cuba sendiri... Dah nak dekat raya ni.. Kang abis jangan nak mengadu domba dengan mekchu... 

Kalau yang sedang berkira-kira nak tukar imej dari tudung sarung kepada shawl tapi tak tahu nak pilih shawl yang mana... haaaaaaaa ninnnnn diaaaa... Cuba beli dari Princessrack by puterimona ni... Memang tak akan menyesal...

Kalau nak contact sila kan melalui salah satu alternatif di bawah...

E-mel : princessrack79@gmail.com
Wassap/SMS : 011-16366387


Kalau tak de niat nak membeli sekarang, LIKE je dulu page Princessrack by puterimona ... kalau ada yang berkenan, rembat terus... Kalau dah LIKE page tu nanti senang nak dapat update... sambil dalam hati tu berdoa ada tudung baru yang cun-cun masuk sempena raya nanti...

Selamat berseri-seri uols...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, June 11, 2014

FLORAL MASK - purple mask peel-off pertama di Malaysia.. Ohsemmm..

(sticky entry for 48 hours)

Mask kaler pepel? Macam cantik je kalau ada mask kaler pepel kan...

Haaa... ni memang ada la ni.. sebab tu nak cerita kat sini.... pertama kali tengok, "eeee...cantiknya mask ni...."

Bila korang last pakai mask? Itu belum tanya bila last korang pegi facial lagi tu.. Kalau dah lama tak pegi facial tu mekchu faham sangat lah kan sebab malas nak keluar, mahal, tak confident dengan produk yang digunakan... Ehhhh I memang faham U sangat tau...

Sini kejap... cuba pegang hidung kejap... pegang pipi tu sekali... rasa apa? keras? menggerutu? tak gebu? ehhh macam mana mekchu tahu semua ni... hahahaha mekchu kan #ahlinujum... Ooooo kaklong, kalo muka tu penuh dengan blackhead/whitehead memang lah bila pegang rasa keras, rasa berpasir, rasa tak best... silap2 boleh jadi jerawat nanti..

Tak salah kalau dah lama tak pegi facial..... tapi kena lah rajin jaga kulit muka sendiri bila di rumah.. tak susah mana pun.. kata nak cantik...

Cara penjagaan yang standard adalah dengan mencuci, menyegar dan melembab... seminggu sekali pakai lah mask.. bukan susah pon.. siapa kata pakai mask susah meh sini mekchu tolong tepekkan kat muka tu.. amboiii manja nya iaaaa...

Dah banyak kali pakai mask, tapi tak de kesan... kulit masih berkerak? (amboiii kasar perkataan nampak!).. Memang tak semua mask sama.. ada tu bila pakai ngan tak pakai sama aje.. tak de kesan apa pon...

Tak payah susah2 nak cuba atau cari mask yang lain.. mekchu dah jumpa mask yang paling mujarab.. nama dia FLORAL MASK. pakai sekali memang dah nampak kesan.. sumpah tak cari mask lain dah... memang betul nampak kesan tau sebab blackhead/whitehead yang keluar tu perghhhhhhh.... puas hati gile bila tengok..

ini adalah rupa Floral Mask tu.. bau segar sangat.. bau lavendar.. 

 fungsi dan keistimewaan produk


Cara-cara penggunaan Floral Mask :

1. Cuci muka korang dulu (sebaik-baiknya sebelum guna mask ni, korang gunakan tuala yang telah disteam atau air suam untuk buka pori-pori muka.. pastu keringkan.
2. Sapukan mask dimuka kecuali dibahagian mata dan mulut.. tunggu mask tu kering dalam lebih kurang 20 minit
3. Tarik mask yang dah kering tadi bermula dari bawah.. Ingat dari bawah.. BAWAH!
4. Untuk kesan terbaik, selepas menggunakan mask ni cuci muka dengan air suam.. untuk tutup kembali liang pori yang terbuka tadi. Siap!!!!
5. Lepas tu nak pakai toner ke, krim malam ke, pelembab ke pakai lah selepas



tuuuu.. ce tengok blackhead/whitehead yang berjaya dikeluarkan dengan Floral Mask ni.. tidak kah itu satu kegembiraan?

Korang pernah tak picit jerawat? Apa perasaan kalau berjaya keluarkan isi kandungan jerawat tu? puas hati bukan........... haaaa begitu lah dengan blackhead/whitehead ni.. Kalau picit blackhead/whitehead ni tak ke mana pun.. Buat sakit lagi ada lah... expecially kat bahagian hidung.. sendiri picit, bila sakit sikit dah mengalah.. lain la kalau orang lain yang picitkan.. itu pun kalau dah sakit sangat rasa macam nak naik kaki kat muka dia.. hahahaha...

Pengalaman mekchu bila menggunakan Floral Mask peel off yang ohsemmm ini...

pertama kali memakai Floral Mask... bila pakai rasa sejuk aje... 

Ni masa basah lagi.. boleh senyum2, selfie2 lagi... Dalam 20 minit macam tu mask dah kering.. masa tu rasa tegang sangat.. best.. kalau lah kulit boleh setegang tu kan besttttt...

ni part yang paling besttttt.... time nak peel mask dari kulit... masa ni dalam hati memang cakap macam ni "haaa padan muka ko... padan muka ko.. nyahhh ko dari kulit muka aku!!!"

Buat se-slow yang boleh sebab tak nak bagi mask tu koyak.. nanti nak tengok hasil yang melekat kat atas tu.. tapi korang tau aje lah mekchu ni kan jenis kelam kabut.. dah cuba slow pun tetap menggigil tangan lepas tu mask tu berkedut seribu bila dah ditanggalkan... Nampak la hasil blackhead/whitehead yang berjaya dikeluarkan.. tapi bila amek gambar tak nampak apa pun sebab mask tu dah kedut2..

So tak dapat lah nak tunjuk mangsa-mangsa blackhead/whitehead tersebut... Mask kedut tak pe, janji kulit muka tenang.. echewahhhh...

Ini pulak testimoni dari pengguna yang dah cuba menggunakan Floral Mask ni..


Pakai sekitar hidung ajee sbb rasa kotor kerak bahagian tu kan..mula mcm biasalah rasa bersih tak bnyak Whitehead and blackhead tu kan..sekali dah tegang tegang je kan..jadi kita tariklah kan..Ya Allah. .tengok hasil tangkapan kita mlm ni..keluar semua kekotaran Whitehead & blackhead tu..lega tau..rasa fresh je lepas tarik tu..husband pon pakai tapi dia malu kita nak amik gmbar..hehe..yg pasti wajib ada floral mask di simpanan anda!!
→→→→→→→→→→→
Jimat dan berbaloi
Seminggu pakai sekali saja
Bertindak hebat menghilangkan kekotaran blackhead & Whitehead di samping mengurangkn kulit berminyak!
Wangian lavender yang pertama di Malaysia!





picit2 tu semua buang masa.. dah la sakit.. silap haribulan parut pun melekat.. nononono... itu cara lama laa.. guna floral mask je.. baru kelasss gitu.. hehehe..nak guna floral mask ni pun senang.. simple..









Dah malas picit2 hidung dah...Letih.. Penat.. Tenyeh2.. Tp yg kuar.. Sikit aje.. Berparut lagi ada laa.. Buat apalaa susah2 sgt.. Laa ni ada yg senang.. Simple.. Tp result kebabom lagi.. Guna jaa floral mask ni.. Setel masalah masalah.. Whitehead n blackhead kuar camtu ja.. Rm39.90/50ml







Dahhhhhhhhh... jangan nak mengada konon geli-geli tengok gambar blackhead/whitehead tu... Tu yang sebenar tu... Itu lah yang selama ni duduk diam dalam kulit korang.. Nak ternak sampai bila?? Kot mendatangkan hasil ok jugak...

Percayalah, bila dah keluar anasir jahat ni, mesti best je bila pegang kulit muka sendiri.. toinggg toinggg toinggg gitu...

Macam mekchu la... pegang pipi wawa, pegang pipi sendiri.. ehhh sama gebu laaa... hahahaha.. nampak benor penipunya kan.. tak de lah segebu macam pipi wawa, sekurang2nya seronok la dipegang... Mampu la nak berangan buat iklan losyen baby tu.

Kalau teringin nak mencuba mask ohsemmm ni boleh contact mana-mana link kat bawah ni yang korang selesa...


Wassap/SMS : 017-6078595
E-mel : nurinaqaleesya@gmail.com

Harga asal Floral Mask RM39.90 termasuk postage.. Untuk pembaca blog kuning oren ni, akan dapat harga istimewa RM36.00 termasuk postage...

Tak kan nak jadi penternak kot.......


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...