@churalliya

Showing posts with label bokitta. Show all posts
Showing posts with label bokitta. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Review BOKITTA Hijab

Segala jenis tudung yang retis jual mekchu nak torai...

Dah lama haku aim tudung BOKITTA ni.. tiap kali aim bila tanya sold out.. cisss x de rejeki.. kebetulan tengah2 scroll talipon nampak @bokittavoila update design baru.. malatops!!

Pe benda BOKITTA ni??

Tudung neelopa.. haaaaa pantang kan dengar retis jual barang, semua nak beli.. dengan harapan bila pakai akan jadi cantik macam retis.. hahahaha

katun pakai

model pakai

mekchu pakai.. choiiiii tak sama langsung macam neelopa.. hahahaha

Tak jadi macam neelopa tu belakang cerita.. yang penting SELESA...

Sesuai sangat kalau nak pakai untuk keluar berjalan dari pagi sampai malam.. macam mekchu kebetulan nak pegi kelantan baru2 ni.. mekchu kalau pegi travel bawak budak memang cam laa... tak akan pakai shawl punya.. mekchu senang untuk berbawal.. iron.. sarung.. pin.. siappp...

Tapi BOKITTA ni lagik senang uols.. tak payah iron.. tak payah pin.. bila siap dah serupa pakai shawl... naisss tak naiss la kan...

Mula-mula mekchu tak paham macam mana di katakan tak perlu guna pin, tapi pakai serupa shawl pulak kekdahnya.. nak tanya malewwww.. hahahaha... tak pe, kita try je beli.. nak jugak tau apa yang best tu..

Bila belek2 instagram, lagik tak paham pasal V maxi la, chic laa.. ape ke benda tu? rupanya saiz.. hahaha baru lah ku paham....

saiz untuk BOKITTA


Jadi 1st try mekchu cuba saiz Voila, design Jungle Leave. Harga untuk Voila ni RM109, Voila Maxi RM119.. Disebabkan harga yang ehemmmmm jugak, kita cuba selai ni dulu tengok cemana...

 BOKITTA di datangkan bersekali dengan inner... so jangan jakun macam mekchu tau.. mekchu baru tahu bila dapat..

 ini layer luar.. kat dalam siap full lining tau... material chiffon yang sangat best.. kat bawah dagu siap ada getah untuk keselesaan

 kat belah tepi pulak dah siap2 dijahit berlayer2 macam kita pakai shawl tu... 

So, sebenarnya kita main sarung aje... dia dah siap jahitkan tudung tu seumpama shawl.. Seriusly tak payah cermin pun ko dah mampu pakai tudung ni....

Dan point yang agak penting jugak iaitu TAK PAYAH IRON.. hewhewhew.. mekchu suka sangat point ni.. ko lipat lah cemana pun.. keluar dari bag terus sarung aje nok...

Review sikit...

 awning jenis muncung.. konpem nampak runcing punya lah..  

 pandangan sisi.. 

nampak kan layer-layer dia tu... serupa lilit shawl kan.. 

lepas ni memang akan pilih BOKITTA untuk trip dengan family.. exp klau ada budak kecibung tu... 

Mekchu beli dari instagram.. Korang search aje BOKITTA dan follow la mana2 yang korang suka..

Ni bukan entry sponser makanya mekchu tak de la letak mana2 spesific link.. choiii sangat... Mekchu dah jatuh chenta dengan BOKITTA sebab tu mekchu review kat sini..

Sesambil nak abiskan entry review ni, terbeli lagik sekali BOKITTA.. jangan salahkan neelopa ye.. salahkan diri sendiri dulu..

my 2nd BOKITTA.. in majestic.. kali ni nak try cutting Voila Maxi pulak RM119.. 

Puasa jap dari beli tudung online selama 28 hari... Lepas tu baru boleh aktif semula..

Yang benar,
Adik neelopa


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...