@churalliya

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Nuffnang tak tipu kita kan

Haaaa.. sekali berlambak kempen yang tengah running kat blog..



Ini error ke apa ehhh?

Korang punya serupa tak?

So....... tak boleh malas-malas lagi la ni?



by mekchuN (^_^)

Friday, January 18, 2013

View komen di blog mekchu

Kalau perasan entry baru-baru ni mekchu guna komen nuffnangX.. maksudnya sesiapa yang nak tinggalkan komen akan nampak nuffnangX conversation macam ni..


Suka ke idok cara macam tu? Ke lebih suka cara yang lama ni?


Kalau tanya mekchu, honestly suka cara lama sebab :

1. Boleh tahu berapa banyak komen yang kawan-kawan dah tinggalkan. Kalau guna nuffnangX conversation tu komen akan sentiasa nampak 0..

guna cara biasa boleh nampak komen ada 3.. 

2. Suka cara lama sebab senang nak masuk blog kawan-kawan yang dah tinggalkan komen.. terus klik pada nama korang je dan tinggggggg! blog korang akan terpapar.. kalo nuffnangX conversation tu, bila klik pada nama korang dia akan ke profile korang di nuffnangX. Kalo korang dah register nuffnangX akan nampaklah, kalau blom register maka nan hado apa-apa..

nampak gitu aje bagi yang belum register nuffnangX

Tapi ada baiknya kalau guna komen nuffnangX tu iaitu boleh terus reply daripada komen kawan-kawan.. tapi bila mekchu reply, tak de pon yang reply balik.. makanya mekchu ubah lah semula pada cara lama..

Dan kalau yang dah komen tapi tak nampak, itu bukan bermakna mekchu tak publish.. mekchu baca setiap satu.. itu semua konflik antara cara lama dan cara baru.. ahhh susah pulak nak eksplen kat sini..

NuffnangX ni best sebenarnya.. cuma tak best kalau guna untuk komen kat blog tu aje.. yang lain2 mmg superb.. Itu bisa diatur..

Korang nanti install lah nuffnangX kat smart phone masing-masing.. lepas register follow blog mekchu. Nanti boleh terus baca blog kuning oren sambil baring-baring :) find churalliya.blogspot.com dan follow.. ngeee..



Ok, sekali lagi nak tanya.... korang suka tinggalkan komen cara lama atau cara nuffnangX conversation tu?

  by mekchuN (^_^)

Tuesday, January 3, 2012

Top 10 Entry sepanjang saya berblogging

Saje-saje untuk kenangan sendiri :)

  May 2009 - Dis 2011 ~ sempat captured sebelum masuk 2012

1. Arwah Wawa meninggal pada usia 3 bulan di Taska

2. Mari kenali mekchu : Bab 4 : Suamiku

3. Lagenda Budak Setan 2

4. Dugaan kami di malam raya

5. Update kisah arwah wawa

6. Mari Kenali Mekchu : Bab 10 - Produk Penjagaan Mukaku

7. Kami kehilangan kereta di malam raya

8. Contest @Mekchu

9. Blog Mekchu dalam segmen Pena Siber : InTrend Ogos 2011

10. Mi-cah didokong oleh Perdana Menteri

Banyak kisah suka duka dalam blog ni.. cukup buatkan mekchu tersenyum simpul sendiri bila baca balik semua entry.. dalam hati ehhh pandai jugak aku ni menulis.. hahahhaha #pitammmmm

Terima kasih semua.. korang semua adalah backbone mekchu selama ni untuk terus menulis.. menulis ke? bukan menaip?

*sambil menaip sambil ragu-ragu sebenarnya.. bagaimana, kenapa dan mengapa entry Suamiku boleh berada di kedudukan ke-2. Mungkinkah dia lebih popular dalam diam? ohh tidak..

Korang, buatlah jugak review Top 10 entry ni.. pas tu ce cuba baca balik.. mesti senyum-senyum..

Wednesday, December 7, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Buffered (BE) Earning daripada Nuffnang

Ok, tips ini amat berguna untuk diri sendiri dan untak kawan-kawan juga.. Bila terbaca sesuatu yang bagus, mesti lah rasa nak share kan..

Copy daripada ceeramoon adik kesayangan kak jemm. ehhh betul ke kesayangan? Hai ceera :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

 - Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager


Kat blog mekchu ni ada 3 iklan.. SATU : semestinya nuffnang. DUA : kotak2 yang bersusun kat atas tu daripada ChurpChurp (adik beradik kepada nuffnang jugak). dan KETIGA : iklan banner daripada blogger. Yang KETIGA tu tak boleh nak buang pulak. Sebab itu salah satu sumber pendapatan jugak tu :)

Jadi, sila lah check semula blog korang. Kat mana korang tepekkan Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle nuffnang tu.. harap2 dah sesuai tempatnya.. dan jangan lupa edit survey jugak. Kalau nak baca kesimpulan sila baca kat entry ceera ni http://c33ram00n.blogspot.com/2011/12/tips-cara-dapatkan-buffered-earning.html

Senyum :)

Wednesday, November 16, 2011

Cast Your Votes

Saje nak share dengan kawan-kawan...


Tau kan Nuffnang ada buat Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Senarai finalist dah keluar dan korang dah boleh mula vote SEKARANG sehingga sebelum jam 11.59pm, 27 November 2011.

Ini adalah awards untuk blogger seluruh Asia Pacific. Dan of kos lah yang jadi final itu bukan calang-calang blogger.. memang mereka yang sangat femes de ames dan talentent..

Ada 12 kategori..
3 blogger pujaan mekchu Beautifulnara, Hanis Zalikha dan Xia Xue telah tercalon.. dah vote untuk dorang pun.. yang lain-lain tu sumpah tak pernah baca pun.. Asia-Pacific katanyaaaaaa...

Mekchu dah letakkan Voting Poll kat side bar blog.. Korang nak vote dari situ pun boleh..


Ehhh lupa, boleh vote setiap 2 jam tau.. Vote sampai lebam sebelum 27 November 2011..

Tata...

Thursday, October 27, 2011

Teatime with Chatime

Bila baca kawan2 blogger buat gathering, teringin sangat nak join.. walau pun tahu nanti kalau jumpa malu-malu nak berborak dan membelek bekberi yang lebih.. tak kira lah kan.. nak merasa gathering, sekali pun jadik la...

Sama jugak, teringin nak join event Nuffnang (bukan event yg besar2 tu (tidak layak), cukup setakat event minum petang bersama)

Tapi apa kan daya, jarak yang menjadi penghalang... bila part macam ni terasa sungguh tak best tinggal kat seremban.. banyaknya yang tertinggal..

Tapi part pegi keje 10 minit pun dah sampai, itu memang best..

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Kalau korang free, sila lah register di Nuffnang untuk Teatime with Chatime..



Best kan sambil minum-minum, sambil chit-chat.. alahai, sejak ada anak dan sejak pindah seremban ni dah lama tak dapat peluang gitu..

Bila cakap pasal event NN dan ulang alik seremban-kl ni, terus teringat kat kak jem.. hai kak jem, apa khabar? (ngengades nak tanya kabar kat sini kan) Sekarang, dia memang layak digelar puan badang :)

Tuesday, September 27, 2011

Berduyunnnn tibaaa

Dah lama merajuk..

Bila nampak BE yang berduyunnnn tibaaaa (efek sengau Juliana Banos), terus ada sinyummmmm di perut...
ehhhh?
Terima kasih ye kekandaku Nuffnang... saya sangat sayangkan anda..

Bukan macam orang tu, dapat call dari NN untuk satu event masyuk tapi belagak cakap tak nak terima..  Bila dah racun dia semalam, baru dia nak gi termenung dalam bilik air sambil memikirkan peluang keemasan itu.. hahaha.. kamoo ada bakat.. orang lain penat ok kerah idea buat entry sebab nak jadi pilihan NN.. kamoo dah siap dapat offer macam tu.. perlu difikir-fikirkan.. tp kalau mekchu pon, akan termenung kat bilik air sebelah kamoo.. hahahaha cakap pandai lah... tp masalahnya mekchu tak de bakat :'(

InsyaAllah, mekchu akan sentiasa bagi semangat pada kawan-kawan untuk perkara yang baik-baik sahaja..

Friday, August 12, 2011

Tentang Follower dan Hits..

Belog kuning oren kesayangan mekchu yang bucuk masham ni dah ada seramai 421 follower.. tak sangka sangat dah banyak itu angkanya... ada jugak yang sudi nak memfolo me.. terharu#1 di situ..

siapalah mekchu kan kalo nak dibandingkan dengan follower uols yang 2-3-4 kali ganda banyaknya... terharu#2..

Dan dah lama sebenarya tak tengok hits analytics kat nuffnang dan terus terharu#3... kali ni campur dengan genangan air mata sikit-sikit..

statistik minggu lepas...

Alhamdulillah, secara puratanya setiap follower itu memang follow belog ini dan tambah tolak darab bahagi dengan silent reader di luar sana... terharu#4.

Terima kasih sangat pada korang yang tak jemu-jemu masuk http://churalliya.blogspot.com ini.. walau pun kebanyakan entry personal, korang tetap ada di situ.. u'r my shoulder to cry on la bebbeh... hahahaha tiba2 teringat ayat feberet zaman sekolah..

Dan masih tidak berputus asa menulis walaupun dah lama tak dapat Buffered Earning (tujuan sebenar-benar entry yang sebenar).. masih terus menconteng dengan keyboard.. oh mr.Nuffnang, pehlis give me ur shoulder.. i wanna cry on it.. tsk.. tsk.

Monday, July 11, 2011

Berita baik kepada pembaca BLOG yang tiada BLOG

Ini kat blog kuning oren mekchu.. Dah start dapat grapevine campaign dari nuffnang.. tapi nak copy link lagu mana taktau....

Bertindih pulak link dia tu dengan link yang mekchu buat.. bila alihkan iklan tu kat belah atas, pun sama jugak.. bertindih dengan profile mekchu pulak.. bila dapat iklan grapevine ni, dia akan jadi memanjang ke bawah. bukan ke ruang iklan tu dia akan extend sendiri? sepatutnya tak de lah bertindih.. ada sape2 nak tolong jawabkan tak?


Iklan Samsung Corby II.. lepas tu iklan Toyota Vios pulak.. tapi frust tak boleh nak share sebab tak boleh nak copy link tu dan tak boleh nak enter e-mel jugak..

Kalau nak belajar pasal grapevine ni boleh baca kat sini..

Sekarang ni perasan banyak kan iklan grapevine tu kat Skyscraper (side bar) korang.. Ok, ini tertakluk jika korang adalah pelanggan nuffnang.. kalau tak register nuffnang, memang sampai bila pun tak akan muncul iklan tu.. jangan risau, bila nampak je ada grapevine kat situ, laju-laju mekchu dah tolong share kan..

Tak paham apa itu grapevine? Tak paham nak buat macam mana untuk dapatkan iklan grapevine tu..

Kalau dah ada Skysraper (side bar) so, korang tak payah nak buat apa-apa lagi.. dah betul lah tu.. tunggu je sehinggalah muncul grapevine (macam gambar kat bawah ni) kat side bar tu.. rajin-rajin la toleh kat tepi tu kot-kot ada..


Ok, bila dah nampak gambar macam tu, ada beberapa langkah yang korang kena buat..

1. Nampak kan ada 4 icon tu? Ok, klik kat mana-mana 4 icon/platform untuk share campaign..

Sama ada nak share melalui twitter, facebook, messanger atau e-mel.. pilih lah ikut citarasa masing-masing..

2. Atau korang nak share selain dari 4 platform tadi, korang boleh klik SHARE dan copy paste link yang diberikan. Link tu unik taw, so jangan hilangkan..


3. Masukkan e-mel korang dan klik GO.. korang akan dapat emel cara-cara nak redeem earning daripada link yang korang akan share kan nanti..
 

Sila layari www.churpchurp.com/grapevine untuk maklumat lanjut.

Grapevine ni tak sama dengan iklan/campaign yang lain.. Berita baik kepada pembaca blog yang tidak mempunyai blog.. gituuu..

"Yes, it’s that easy! What’s more, sharing of the URLs is NOT limited to Nuffnangers only. Even your blog readers who are not registered with Nuffnang can also share campaigns on the Grapevine and be rewarded for doing so! See why we named it the Grapevine? Now EVERYBODY can be a social media influencer, and talk about that cool ad running on your blog! :D "


Ok, hasil yang memang tak seberapa dengan grapevine ni..

sape nak bagi.. ye tak?

TQ mr.nuffnang.. wo aii nii..

Monday, July 4, 2011

Kindly Attention Mr.Nuffnang

My dear,


I need new buffered earning..
I need new campaigns..
I need grapevine advert..
I need more churp-churp campaigns assignment..

metered earning mekchu selepas cash out hujung tahun lepas.. dah makin menyepi..


social sharing mekchu dalam churp-churp.. ada banyak dan tak dapek la acik nak paste semua..


kalau ada akaun twitter, boleh dapat schedule tweets kat churp-churp :)


I need you like a hug needs a kiss....
I need you like the ocean needs the tide...
I need you like love needs two people....
I need you like a girl needs a boy....
I need you like a soul needs a body....
I need you like numbers need an equation.....
I need you more than anything!!!


pergghh.. penat memerah otak bagi ayat2 power untuk mengembalikan kepercayaan mr.nuffnang kita :)

eh.. korang tau tak kak jem kita terpilih featured blogger for july 2011? emmm itu laaaa.. bukak nuffnang asyik tenung Earning aje.. mana tak nyeee.. hahahaha... kalau nak baca (mmg korang wajib baca ok) pegi kat home, scroll bawah sikit.. kat Flavour of the Month :)



jemah, budak-budak opis kim salam dengan ucapan bila nak buat makan-makan.. hahaha.. piranha sangat dorang tu kan..

Thursday, May 5, 2011

Maka tiada lagi sebarang BE

Ohhh, dia dah metered......

Sekarang tiada lagi buffered...


Oh kekandaku nuffnang.. seandainya kanda mengasihi adinda, tolong lah beri lagi 7 atau 8 BE sebagai tanda kasih sayang kita... awwuuuuuu...

Betul ouls, lepas mekchu buat surat terbuka untuk kekanda nuffnang dulu, tak lama lepas tu dapat sekali  5 BE uols... kalo tak caya tengok sini..

Tatau la kali ni menjadi ke tak.. takut tektik tu dah basi :( tak pe la, kata berblog untuk suka-suka kan.. cheersss..

Monday, April 11, 2011

Lepas Nuffnang, Churp2.. lepas tu Nom2.. lepas tu apa pulak?

Alamak, dari banyak-banyak kempen sebelum ni, boleh tinggal 3 je?

Tak nampak kan jumlah wang terkumpul setakat ni? tak kan dapat 20 hengget pun nak tayang ye dak?

Kalau ada dapat kempen dari churp-churp ni, rajin-rajin lah share.. kalo tak rajin, cane nak masuk duit.. walau pun sikit, tapi masih D.U.I.T..

Macam mana nak join churp-churp? sila klik sini.. kalau tak paham, klik sini pun boleh..

Mekchu nak tanya, antara kesihatan dan pekerjaan, korang pilih yang mana? sape pilih kesihatan, klik sini..

Nak cuba tak game baru kat facebook?  'Pop It Or Drop It'.. kalau berani challenge markah mekchu la wei...

Haa... ada lagi, korang dah jawab survey Nom-Nom? main cafe world pandai la pulak nak nom nom nom.. tapi bila nak jawab survey nom-nom, pemalas... hahahaha... ce jawab survey tu.. walau pun soalan dia agak banyak dan menimbun, tapi jangan risau sebab soalan semuanya senang..

Nom Nom Media's Social Media Minds ni adalah survey mengenai diri kita sendiri dan bagaimana social networking mempengaruhi diri kita.. jadi, tak perlu tiru orang sebelah atau google untuk mencari jawapan.. mana la tau berdasarkan survey tu blog korang akan dipilih untuk kempen-kempen yang besar pulak lepas ni.. dengar kempen besar, terus jadi rajin tu....

lagi satu, kalau korang antara 1000 yang awal dan menjawab dengan lengkap, akan dapat RM1.. soalan bukannya macam kena wat karangan pon, dapat duit lak tu..

sape ada 'barang baek' nak share pasal churp2 ke, nom2 ke... bleh la komen kat sini.. sila... sila..

Monday, March 7, 2011

Letter Box FULL

Dah penuh betul.. smpai tak boleh nak padat kan lagi.. memang padat maksimum.. apa yang posmen boleh buat, tinggal kan kat atas tembok pagar..

Sudahnya, habis basah.... byk jugak magazine yg terpaksa di korbankan sbb dah basah lencun..

gini lah keadaan bila dah lama tak balik rumah seremban.. dah boleh lambung2 macam buat cabuah bertuah.. rasanya last balik sebelum najmi sakit hari tu.. lepas tu tiap2  w/end sibuk nak bersukan pulak.. kalo dah subscribe macam2 magazine, seminggu pun dah boleh penuh letter box tu..

haaa... hambek...... 
Dalam banyak2 tu, mekchu nye Anjung Seri je.. yg lain2 papa-jit yg punyaaaa.. autocar lah, golf la, newsweek laa... 

tapi apa yang penting, cheque HSBC mekchu selamat dari kebasahan.... 
Sebenarnya nak bg tau mekchu dah bank-in cheque nuffnang.. itu ajeee..... *wink

Saturday, December 18, 2010

Kenapa dengan kotak nuffnang tu?

Korang pernah berhadapan tak dgn masalah ni?


tumpang copy paste ehh belog korang tanpa izin.. nak buat bahan bukti.. untung2 mr.nuffy kita baca kan.. ada byk lagi yg mekchu perasan masa wat blogwalking tadi.. tp malas pulak nak carik balik.. jgn kecik hati pulak ehh kalau belog korang tak de kat sini.. hahaha..

rasa mcm tak puas lah sbb tak tau tu iklan apa..

Itu adalah salah satu iklan nuffnang (tetap nak bg tau).. tapi kenapa iklan nya tak keluar? dah try reload semua tapi cenggitu jugak..

mungkin iklan tu tak keluar di sebabkan saiz yang lain dari yg biasa? atau mekchu tak update mana2 player?
rasanya notebook ni dah habis updated dah ni.. atau mekchu sorang je yg dpt mcm ni?

pernah sekali tu iklan nuffnang mekchu hilang sbb mekchu update windows.. hahaha.. rasa-rasa logik tak alasan tu? so, kena masuk kan code html tu lagi sekali.. betul... korang pernah tak jadi mcm tu?

tolong ye kawan-kawan.. jom share kalau korang dapat problem yg sama mcm ni jugak.. bukan apa, ni nak membantu duit nuffnang korang jugak ni.. cehhhh (dan-dan alasan standard itu digunakan)

Tuesday, November 23, 2010

Tektik yang menjadi

Memula nak ucap terima kasih pada mr.nuffnang..

Ingat tak entry surat terbuka untuk kekanda mr.nuffnang yg menyatakan perasaan sedih dan kiciwa akibat dah lama tak dpt buffered earning tu?

menjadi... iya nya menjadi.....


dapat sekali 5 ngko.. terharu tak? sila terharu sbb ini paksaan.....

korang cuba lah.. kalo menjadi jgn lupa belanja okehh....

Wednesday, November 10, 2010

Surat Terbuka utk kekanda Mr.Nuffnang

Kepada kekanda ku, Mr.nuffnang yang jauh di kota metropolitan Kuala Lumpur... moga sihat hendaknya..

Surat terbuka untuk chenta hati ku mempunyai satu tujuan utama.. satu je.. tak banyak pun..

ketahuilah bahawa adinda amat ketandusan buffered earning sejak sepurnama yang lalu.. adinda sertakan gmbr sebagai bukti yang jelas lagi bersuluh menerangkan maksud yang tersirat..


saje copy sekali header biru tu, bukti tak de buffered earning ngko.....

Apa lah kiranya jika kekanda menabur budi memberikan adinda buffered earning walau secangkir dua untuk membuatkan adinda terus tersenyum dan tersenyum...

Jasa kekanda amat adinda harapkan demi masa depan kita bersama... bertemu kita di lembaran yang akan datang..

FULL STOP

hahahaharinitakhujan... sengal!!! surat chenta ni sbnarnya versi chepid, dikarang utk anak2 otromen dia.. mmg saje je tiru.. hihihi.. (pid, souviner shokubutsu jgn lupa ok)

last sekali BE mekchu 15 Sept hari tu.. dah lama kan..
kesian tak dpt yg baru.. kalo time byk tu meriah uols.. bila ketandusan mcm ni, kena lah buat surat menyatakan hasrat.. ada yg kata kena wat surat chenta adinda kekanda.. harap2 menjadi..

kadang2 tips mcm nih menjadi.. mari kita lihat siapa yg tersenyum...

Wednesday, October 27, 2010

Innit by nuffnang

Discover life. read awesome blog.

Pernah dgr atau guna gengblogger? sekarang dah tak bleh masuk dah kan.. kalo bleh pun, dah mcm marajuk tak tentu pasal.. kejap ok, kejap tak..


Kalau sape yg tau apa benefit guna gengblogger, dia pasti terkenyam nak guna Innit by nuffnang nih.. serius tak tipu..

Tujuan yang satu.. satu Malaysia!! tak lain dan tak bukan, nak mencari kawan2 baru di alam maya nih.. dan juga tak ketinggalan nak baca cerita2 menarik yang di post oleh kawan2 blogger yang lain..

Maka, facilities baru yang ada kat nuffnang ni bleh la di pakai bermula sekarang.. tp jgn la sekarang.. kot iye pun habiskan lah baca dulu.. korang ni rakus tau...

Semua dah ada akaun nuffnang kan? kalo dah ada, itu senang nak cerita.. kalo belum, sila la register dulu kat sini..


Langkah 1 :

Bila dah bukak akaun nuffnang korang, mesti nmpk benda kuning ni kat belah2 bawah tu.. ha, klik la kat situ.. kalo tak de bleh klik terus ke url dia http://www.innit.nuffnang.com



Langkah 2 :

Pas tu klik sign in dan masukkan e-mel & password nuffnang korang..



Langkah 3 :

Dah bleh masuk? ok, skang cemana nak post entry korang kat innit ni supaya blogger lain pun bleh nmpk dan klik dan baca dan seterusnya up kan hits korang.. kannnn...

Klik kat add new post utk masukkan entry yang korang nak.. nak masuk kan entry2 lepas pun buleh.. yg baru2 pun buleh.. tak kisah..



Langkah 4 :

Kena la isi sikit maklumat sebelum bleh submit..
1 : Title - Masukkan tajuk entry korang
2 : URL - Masukkan url entry korang.. entry tau, bukan address blog korang ye..
3 : Description - Masukkan serba sikit intro pasal entry korang tu
4 : Category : Ada byk kategori kat situ.. bleh pilih.. contoh : food, humour, event, gossip, travel, etc
5 : Blog Entry Language : If in english, select english dan kalo dlm bahasa, pilih la Malay
6 : Tags : Ni sama mcm korang letak tag kat entry korang.. contoh : family, sports, holoday, etc
7 : Type in the letters as shown below : ini mcm biasa, atas tujuan keselamatan
8 : Submit : Setel semua, baru lah klik submit



Langkah 5 :

Tadaa.. tu dia entry HK Disneyland mekchu dah sedia untuk dipilih oleh pembaca.. hihihi..

see... baru je kejap publish entry kat innit tu, dah ada kawan baru :)


begitu lah menarik nya dunia blogging.. kepada kawan2 mekchu yg belum ada blog tu, jom lah join.. makin lama, makin terkenyam.. hahahaha.. ayat tu kena ingat smpai bila2..

ada banyak lagik function lain dalam innit nih.. tapi tak sempat nak review semua.. soon okeh.. insyaAllah...
kalau kawan2 lain ada nak tegur step mekchu ni salah ke, ada yg tertnggal ke sila lah komen..

sharing is caring.. aii laff yuu olls.. Selamat mencuba...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...