@churalliya

Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Abadikan gambar kesayangan sebagai fridge magnet

Hari tu ingat lagi tak dah tayang 6 keping gambar yang telah dijadikan sebagai photo magnet.. Sekarang nak tayang pulak  photo magnet tersebut apabila dilekatkan bersama magnet2 kesayangan yang lain..

 6 keping gambar semasa baru diterima hasil pembelian dari MikADeal.. lekat kat mana yang boleh melekat sebab excited terlebih..

 dan apabila dilekatkan bersama kawan2 nya yang lain.. ya, disitulah tempatnya..

pandangan keseluruhan peties mekchu setakat penghujung tahun 2011 :)

Bahagian atas dah padat betul.. dan dah mula menampal di bahagian bawah.. serta bahagian tepi juga..

Sekarang, dapur adalah tempat yang paling digemari mekchu..

Jangan lupa rajin2 jenguk MilkADeal.. mana tau ada lagi promo photo magnet ni.. siapa yang untung? kooorangggg jugak..

Monday, October 24, 2011

Progress deko bilik anak

"Apa crita dengan deko bilik anak ko? Dah siap ke?"
"Kenapa dengan bilik anak aku?"
"Kan janji hari tu kata nak share.."
"oOoooooOooo bulat.. ada ehh?"

Sebelum dikatakan tidak menepati janji, cepat2 gi amek camera dan snappo bilik anak yang tak seberapa itu..

Sebelum raya hari tu dah cat bilik.. Biru tu awan, hijau tu rumput.. usah di tanya kenapa jalan raya tu tinggi sangat.. hahaha itu kena tanya papa-jit.. dia yang lukis ikut sedap..


Pas tu baru-baru ni dapat bbm dari papa-jit..


"Papa ingat nak buat macam ni la kat bilik najmi nanti"
"................"~ berfikir

Macam pernah ku lihat jalan raya tinggi itu, sebijik macam bilik mi-cah.. dan train tu juga teramatlah ku kenal, sebijik macam sticker yang beli online yang tak tertampal lagi tuuu... gilerr ahh.. sehati sejiwa sangat.. entah siapa lah orang tu kann... konpem dia seorang yang gojes jugak :)

Selepas bertafakur beberapa kektika... tiba-tiba terus sedar diri..

Cisssss.. itu bilik anak ngkolah  mekchu.. papa-jit senyap2 gi tampal.. hahahahaha tipah tertipuuuu... dia suka taw permainkan perasaan dari jauh..


Pernah tengok ketapi jalan atas jalan raya? tak pernah kannnnn.....

Gi kedai DIY baru2 ni dan terus berkenan dengan munge-munge tu.. nak tampal kat rumput :)

Jadi lah mi-cah oii.. setakat itu je dulu deko bilik anak.. katil, lemari, tv semua belum beli pun lagi.. akan menyusul selepas dapat bonus (kot) atau tunggu bila betul-betul muktamad nak tinggal kat rumah ni nanti..

Monday, August 29, 2011

Menjahit langsir sendiri

Tanjat boboi.. tak pernah-pernah nak menjahit langsir sendiri.. sekali tahun ni cipta sejarah.. itu semua akibat day curtain yang koyak lepas sumbat dalam washing machine hari tu.. siap spin okehh...

Pas tu lambat pegi carik ganti.. lagi 2 minggu nak raya baru hegeh-hegeh pegi beli dan jawapan dia memang kena jahit sendiri la.. semua kedai dah tak nak amek tempahan.. terus roger akak mekchu dan dia sudi dalam terpaksa nak jahitkan.. hahaha... sebaik jahit lurus je..

Siap separuh jalan sebab masih confius dengan ketinggian railling bilik tu.. dah 3 kali ukur pun masih ragu-ragu.. so akak mekchu tampalkan tape putih atas tu dengan jahitkan belah tepi.. belah bawah mekchu setelkan sendiri..

menggunting belah bawah ikut ketinggian yang ideal. kalau panjang2 meleret sapu lantai tak cantik jugak.. elok kalau dapat yang ngam-ngam je ketinggian dia..

mesin jahit pelbagai guna.. nak kena beli jugak lah mesin jahit ni satu.. senang nak amek tempahan jahit langsir tahun depan :)

korang tau, langsirnya ada 4 keping je untuk master bedroom.. tapi lambat gile mekchu menjait.. terkial-kial nak dapatkan step.. dengan benang bawah tak lekat la.. jahit terbalik la.. adoiiyai... bila dah lama skit, dah naik sheikh pulak..

tunjuk ajarku sifoo.. oyye, kami di rumah nenek labu dan sedang menjahit langsir rumah seremban :)

ubat ketika dah rasa sakit kat pinggang..

nasib baik lah sikit aje.. itu pun akak mekchu dah setelkan belah atas dan tepi.. part mekchu bawah tu aje..

Bila ukur balik yang dah siap tu, tak de satu pun yang sama panjang.. semua senget sebelah..

Pengajaran untuk diri sendiri dan harap tak akan lupa sampai bila-bila.. "Kalau tak nak pakai langsir yang senget sebelah, lenkali jangan mesin day curtain ye dik oiii..."


Wednesday, July 6, 2011

Terkoyak hatinya ibarat langsir yang rabak

Hati mana yang tak terkoyak bila tgk langsir kesayangan rabak.. pendek kata dah wajib buang tong sampah.. apa pun tak boleh.. apa pon tak boleh..

Kengkonon nak sambut raya kan.. nak la basuh langsir yang dah tergantung sejak 3 tahun tak pernah basuh-basuh tu.. dah naik berhabuk dah.. mekchu dengan habuk adalah musuh ketat.. dengan rambut atas lantai jugak.. ohhhhh, elergi okeh kalo ternampak rambut atas lantai.. mesti nak kutip.. itu belum campur kutip barang menan anak lagi.. nenek nenek si bongkok tiga... ohh tidak!!

ok, sambung..

Nak cabut langsir pun kena aga gaya.. se-perlahan yang boleh supaya habuk tidak beterbangan.. sebelum tu of kos lah kena tutup kipas.. sendiri angkat tangga, sendiri cabut, sendiri campak dalam washing machine.. kira semua sendiri (nak bg tau pap-jit terdampar tgk tibi sebab seharian subuh2 dah keluar pegi 'menebas')

Angkat langsir dari mesin basuh terus jadi pelik sbb day curtain (kaler putih) bila tarik bunyik 'kraaakkk' (koyak).. tarik lagi, makin 'kraaaaaaakkk' pulak dia.. ini tak boleh jadi.. hancur... memang sah dah hancur..

Menjerit kat situ jugak tapi tiada siapa yang ambil tahu (sedih wok masa ni...)

fasa pertama nak basuh langsir kat tingkap master bed ni dulu..


 haaaa... gitu lah rupe dia.. dah jadi macam angel hair pasta.. hahaha..

see.. see.. now u can see tibi through the curtain..


ok, sebenarnya begitu lah rupa day curtain sebelum ke'rabak'kan.. itu single window yang masih terselamat.. nabis baik tak sumbat semua sekali.. kalo tak, semua rabak...

bukti mekchu yang kesedihan.. ini mi-cah yang snap.. manakala papa-jit masih terdampar di sebelah..

"papa, tgk la langsir mama ni.. habis koyak dah ni"
"dah tu dah koyak nak buat mcm mana lagi"
sungguh tidak pandai memujuk..

"esok bawak mama pegi Fiona"
"nak buat apa?"
tak paham-paham.. satu seremban tau fiona itu adalah kedai langsir

"nak beli langsir baru laaaa"
"mmmmmm"
dengan hati membengkak terus cari plastik sampah dan campak kan langsir tu.. humban kan saja...

Tak pasal-pasal raya ni akan ada day curtain yang baru.. day curtain je.. night curtain masih elok.. lari lagi bajet.. kalo tau, tak de la sakan shopping kat sogo hari tu.. ecehhh...

Uols, len kali tak yah la buat2 rajin pegi basuh langsir.. exp day curtain.. mmg jenis pakai buang agaknya..

Ada jugak kawan2 kat FB bg tau, len kali kena tya dulu day curtain tu boleh basuh atau tak.. dan kalau langsir yang terdedah banyak dgn cahaya matahari pun senang menjadi rabak..

Sharing tandanya caring *wink

Friday, February 18, 2011

Koleksi Fridge Magnet Mekchu

Kali ni saje nak tayang koleksi fridge magnet (FM) yang ada kat rumah kami.. ini mmg betul fridge rumah kami.. yang penuh pintu atas dan bawah hari tu fridge rumah akak.. mekchu belum tahap sampai mcm tu lagi... teringin sangat nak wat entry pasal FM sejak baca kisah FM shaza dulu...

Ok, ini adalah 'peti es' kitowang.. harapkan besoo jek.. isi kat dalam kosong..

Setakat hari ni, pintu sebelah atas je yg hampir penuh.. tp kalo susun elok2 masih ada ruang lagi tu...

Ntah berapa kali susun pun tatau.. kekonon nak susun ikut bentuk...
Yang kurus tinggi belah kiri atas, yang bentuk boolat kat belah kiri bawah..
jangan terperanjat.. KLCC nye pun ado, eye of malaysia ngan KL Tower pun ado.. hehehe..

Yang bentuk empat segi semua sebelah kanan.. konon2 nak nmpk kemas.. sudahnya serabut jugak..

Antara yang menjadi kegemaran mekchu...
jenis orang2 mcm nih... so cute.. pasangan korea tu akak mekchu bagi.. pasangan iban tu kitowang beli sendiri kat sarawak..

yang jenis tulisan nama tempat macam ni pun suka jugak.. dari jauh dah nmpk kan..


percaya tak, setiap magnet ada value tersendiri.. setiap satu tu tak mungkin sama dengan yang lain dan ada kenangan masing-masing kan.. magnet yang dapat sebagai souviner dari family atau kawan2 tak sama dengan value magnet yang kita beli sendiri..

setuju tak?

dan magnet kesayangan mekchu adalah yang ini...
huhuhu... sayang sebab mahal woooo...

sekarang magnet jenis yang senang pecah orang dah tak berapa minat... yg diperbuat dari seramik tu.. kalo sekali anak usik, jatuh berkecai atas lantai.. pas tu mesti magnet yg lekat pakai gam UHU kat belakang tu tertanggal.. pas tu sudahnya simpan FM tu kat dalam pasu2 yang ada kat dapur tu... ohhh kesiann...

kalo nak beli, elakkan dari jenis seramik.. sebaliknya pilih jenis leper yang tak nmpk magnet kat belakang tu.. itu konpem tahan lasak dan tahan lama..

tapi kalo dah cantik dan nmpk lain drpd lain, mekchu beli jugak.. hehehe...

Sebuah keluarga girrafe sebagai penyeri.. pun beli kat Sarawak.. ini kalo micah mintak, rela bagi dia main henfon taw...

dan FM yang paling terkini masa pegi Aquaria hari tu..

kalo pegi mana2 benda lain tak dapat beli tak makan hati sangat.. tapi kalo tak beli FM rasa bersalah dengan diri sendiri.. ramai kan blogger yang wat Giveaway prezenkan FM.. sukaaa... tapi asyik tak sempat nak join..

masih dalam proses utk penuhkan ruang2 kosong yang ada.. mekchu sayang kesemua FM yang ada.. kalau korang nak bagi prezen dipersilakan, tapi kalo nak mintak no no kennot... hahaha...

korang ada rasa tak tiba-tiba nak wat entry pasal FM korang pulak?.. mesti lagi menarik.. silap2 dah rupa macam kedai jual magnet... jom la share...

Wednesday, January 26, 2011

Choo Choo Train Wall Sticker

tgh cuti-cuti hari keputeraan hari tu, sambil-sambil blog hopping dan masuk kat belog ceera the green mummy tuh... tgk dia mendeco rumah dia.. simple je but mak soke.....


laju je masuk website jundeco (www.jundeco.com.my) dan melayari dgn penuh perasaan sbb wall sticker dia cantik2 sgt... berangan dan terus berangan... kebetulan kitowang mmg nak deco bilik najmi.. bila tgk design choo choo train dia, alamak rugi nye kalo tak beli sbb sannnnnnntik sangat...

terus add to chart, klik check out dan ikut je steps dia smpai lah payment suksessssss.... lepas tu baru teringat nak tya kat bro.john takut2 dia tak suka pulak... hahaha.. dah membeli baru teringat.. tp mengikut firasat mekchu, dia mesti suka demi anak bujang dia tu...

dah beli, terus komen kat belog ceera... dia lah punca segalanya... hahahaha...


bayar hari jumaat, hari senin tu terusss tiba di pangkuan.... dgn packaging yang sangat kemas..

harga choo choo train ni RM39.. campur ngan postage RM5, total RM44.. bila rasa kertas dia, dah tau mmg kualiti.


antara beberapa sebab mekchu beli wall sticker choo choo train ni secara online :
1. kedai dia jauh seh ngan rumah... jadi, beli online adalah yang terbaek
2. jatuh hati habis dgn design kat jundeco tu..
3. kat seremban tak byk pilihan utk wall sticker macam tu.. kalau ada pun kualiti tak berapa elok
4. mmg nak carik choo choo train, tp susah nak jumpa
5. mekchu baru dapat claim mengajar... opsssss....

kesian kan tnggal kat kawasan luar bandar ni.. tp jgn buat muka sedih kat sini.. kan masih ada cara...

kitowang dah tampal kat bilik najmi... cantik tak??

eh, salah... salah.. yang ini.. cantik kan...
hahahaha.. sudah laaa... boleh pulak salah salah...  nnti bila kitowang dah tampal betul-betul, mekchu kasik tayang kat sini okeh...

Monday, January 10, 2011

Inilah inovasi yang dinanti

Satu orang, satu inovasi.. rasanya dah dapat idea terrbaek untuk cadangkan inovasi tahun ni..

Mekchu panggil ni sebagai inovasi drill dinding (IDD).. hahaha...

Dapat tau inovasi tu masa proses pertukaran tv kotak kepada tv leper berminggu-minggu yang lepas.. memandangkan rumah pun tak berapa nak lapang, so kitowang plan lekat kan kat dinding aje..

Dalam hati tu sbnarnya dah risau, habislah rumah berhabuk.. kan ke kena drill.. itu konpem berhabuk.. dah prepare fizikal mental utk capai mop semua..

sekali terkejut dan ini lah kejutan gembira namanya..


uncle Regza sedang mendrill.. terus dapat nama Regza.. sib baik bukan uncle BoMba..

korang nampak surat khabar yang dijadikan penapis habuk tu? memang cukup inovasi tanpa sebarang kos..

senang je, amek paper lama, lipatkan jadi bentuk 3 segi.. pas tu amek plaster & tampal betul2 bawah tmpt nak buat lobang tu.. bleh alih2 kat lobang seterusnya.. tak jadi masalah..

nak tau apa yg kitowang buat selama ni kalo buat kerja2 drill ni? sorang mendrill kat atas, sorang lagi kat bawah tadah pakai vakum smbil tutup mata.. hahahaha.. punya lah nak pastikan rumah tak berhabuk kan..

dan inovasi tu telah dipraktik kan baru-baru ni..


hahaha... over la pulak siap ber'kupiah'... rasa mcm nak soh bro.john drill satu rumah..

akhirnya.......... sabtu lepas kotak terakhir kitowang masa pindah 2 tahun yang lepas siap di kosongkan.. lega...

ni saje nak tayang kenangan bersama tibi kotak.. jangka hayat yg sgt panjang.. dari rumah bujang, membawa ke rumah kuarters dan seterusnya rumah seremban ni.. sekarang tibi ni ada kat rumah labu pulak..


perhatikan gambar anak beranak yg pakai baju fefel tu.. dia dah duduk kat situ hampir setahun..


dan tara... kesian kan baru nak merasa.. semorang dah tertahun pakai tibi leper kan.. kitowang baru nak merasa :( 40" cukup?

setelah adanya inovasi drill dinding (IDD) tu, sudah tiba masanya gmbar anak beranak yang tadi tu di lekatkan pada dinding..

suka bila rumah dah semakin berseri ni.. walau pun balik seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali, tak pun sebulan sekali.... tapi mekchu sayangggg sangat ngan rumah ni...

korang boleh cuba tips ni.. eh, tips ke? memang puas hati tau.. apsal la dari dulu tak jumpa dgn uncle Regza tu..


ok boss, untuk tahun ni saya cadangkan inovasi drill dinding (IDD).. ok tak? hahaha..

Tuesday, December 14, 2010

Dapur yang sangat english style

Ini lah akibatnya kalau terrrrlalu suka kan english style.. kalau betul2 barang english style tu kan ke mahal.. kadang2 tak logik nye harga pun iye jugak.. janji ada bunga2 rose tu sudah..

ini baru part dapur okeh.. tak nak curik2 amek gmbr bahagian lain sbb takut ada yang pengsan.. opss lupa lak.. ini adalah rumah akak mekchu.. jangan tertipu.. rumah kitowang tak mcm ni.. lapang dan kosong serupa padang futsal.. haha..



segala perkakasan yang bewarna putih, akan bertukar menjadi bunga2 rose.. tak de satu pun yang ditinggalkan bewarna putih asli..


tak semua barang di dapur boleh digunakan.. mekchu kalau datang sana, mmg kena tya cawan ni bleh guna tak? mangkuk ni perhiasan ke boleh pakai? sila dapatkan penjelasan dan keterangan daripada tuan rumah sebelum menggunakan mana-mana barang untuk keselamatan..



ini pulak set pinggan mangkuk.. yg itu mmg konpem boleh pakai.. tapi yg senduk tu tak pasti untuk perhiasan atau memang utk mengacau rendang di dapur..


haa.. kan dah kata.. pantang ada benda yg bewarna putih akan bertukar menjadi bunga-bunga termasuk lah suis lampu.. sila jgn pengsan dulu... ada lagi benda nak tunjuk..

ini adalah peti ais (kena bg tau sebab takut ada yg konpius.. hahaha).. bukan setakat bahagian atas dan bawah pintu tu aje yg penuh ngan magnet, tapi sebelah tepi kiri dan kanan tu pun dah hampir penuh..

semua magnet di beli hasil dari percutian dorang.. maklum la, dorang ni kaki bejalan.. sib baik tour gi europe baru2 ni cancel sebab ribut salji kat sana.. so, next week dorang di korea aje.. feeling winter sonat
a..

dah tak de ruang kosong.. hahaha.. itu lah akak mekchu.. dia mmg suka sgt kalau decorate rumah ni.. tak yah hire designer, semua pakai gerak hati sendiri aje.. pedulik apa org nak kata, rumah sendiri, sendiri suka sudah!!!

gaya harus ada.. ini tak boleh layan kan selalu.. bakal mengundang bahaya..


najmi & abg ameer dia..

sebenarnya tujuan kitowang ke rumah akak mekchu ni nak main PS2.. bleh plak ter reveal dapur dia.. ampun kan saya penunggu gua.. mintak2 dia serta anak-anak dia tak baca entry ni.. fuuhhh kiri.. fuuhhh kanan...


Wednesday, June 30, 2010

Wall clock tu dah dpt...


mmg kak zareen ada bg tau dah pos wall clock.. sibuk sgt wat keje smpai terlupa psl tu.. tetiba ada 3 miss call dr org skynet.. ingat tak ada wat entry pasal wall clock yg cantik2 tu?

hari lak hujan.. lobi opis full dan lori x dpt parking.. ada ke patut adik skynet soh mekchu turun amek parcel.. terus la kena sound kan..

"tak kan dtg sorang je.."
"2 org kak.. lagi sorang ni baru smpai dr india mggu lepas.. x pndai ckp melayu"
"laa.. yg ngko bwk org hindia wat pe dik oii.. akak byr servis mahal tau"
"sori kak.. x de parking ni.."

sib baik ko ckp baik2 ngan ahkak ko nih..

maka turun lah mekchu kat lobi smbil tolak troli.. smbil membayangkan brg tu amat besar dan berat.. kemain bwk troli, brg angkat sebelah tangan pun lepas.. hahaha... sori ye salmi..

tak terus gelojoh bukak... smbung blk wat keje..hangin ngan adik td tak ilang lagi.. patut pun mcm ada sesuatu yg mendebarkan hati mekchu sepanjang ptg td... penat lah pikir apa dia.. rupanya parcel tak bukak lagi.. laaa..

taraaaaa... tantek kan....

**GREENERY FLOWERS**

SIZE 36 X 36cm Price: RM140.00


tetonggeng-tonggeng mekchu nak cantumkan gmbr.. siap refer ngan gmbr asal lagi.. sib baik mekchu tak de romet

nmpk gaya dah kena start deco rumah ni.. wall clock dah ada.. mekchu pilih design ni sbb ada serpihan kaler vivid lime tu.. nnti nak wat wall deco yg ada vivid lime jugak.. tapi bila ntah nak mula.. ujung mggu bro.john mesti ada hal.. kalo tak org kawin, main golf.. kalo tak pun outstation.. grrrrr....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...