Betul ke lepas hacked web hotfm, lepas tu laman web kerajaan dan lepas ni blogspot pulak? Dan jawapan nya adalah "YA".. dah dapat kepastian dari sumber-seumber yang dipercayai tadi.. beruntung sebab kenal dengan salah sorang hackers malaysia, en.hakes.. ehem ehem.. tapi bukan en.hakes yang punya kerja taw.. kawan-kawan dia.. ada la kot sikit-sikit.. ehhh?
Semalam, dapat BBM dari
diana si mappiau ni.. berbunyi begini (malas nak cerita, kita main screen grabber sajork.. ala-ala print screen dari phone gitu)
terus cemas.. terus bukak link tu dari BB, tapi tak boleh find la pulak dari BB ni.. dah rasa nak hempas je BB ni (tapi hempas atas tilam laa).. laptop tinggal kat opis pulak.. terus reconfirm balik dgn diana, kot2 dia tersilap address kan..
haaa... rasakan!!!
masuk je opis tadi, terus bukak untuk kepuasan diri.. kalau korang nak check blog korang kot-kot tersenarai jugak sebagai salah satu blog yang akan di hacked, boleh klik kat
http://gengblogger.com/apollo.txt. Itu sumber daripada gengblogger lah.. kat
1Malaysia-db.com ni pun ada..
ya, blog mekchu di situ..
Berita asal yang benar-benar usul tak dapat dikenalpasti.. dari
si diana pun baca dari blogger jugak.. tapi tak kisahlah tu, yang penting kita berjaga-jaga..
So, jangan kalut.. jangan ke laut.. Dah itu kerja hackers kan.. hahaha bleh gitu?.. jahat erkk hackers ni..
Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang, marilah kita backup dulu blogspot kita.. cara-caranya mekchu sediakan ni.. baik kan hati aiii?
TUTORIAL BACKUP BLOGSPOT
1. Pergi ke
Settings, dan klik pada
Export Blog
2. Kendian, pada Export your blog tu, klik pada DOWNLOAD BLOG
3. File tu adalah dalam bentuk XML
4. Lepas save kat local ke external ke (ikut suka), boleh la tengok balik untuk reconfirm
Kebesaran saiz file ikut tahap kepadatan maklumat yang ada kat blog korang.. template, entry dan gambar semua ada kat situ.. so kalauuuu lah...... kalauuuu lah terjadi apa-apa, kita dah selamat di tahap itu...
Satu lagi prevention yang korang boleh buat, tukarlah password blogspot korang sekarang.. itu memang telah tertakluk kat mana-mana dasar keselamatan pon kan.. kita je buat-buat tatau dan buat-buat lupa.. so, jgn begitu okehh..
Opssss lagi satu, jangan ingat address blog korang tak de kat dalam tu korang terselamat erkk.. katanya (katanya lah) kesemua domain blogspot akan di godam.... kalau sayang blogspot korang, pehlisss do something..