Followers

Showing posts with label meeting. Show all posts
Showing posts with label meeting. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

REPORT OF THE DAY : THE BUSIEST DAY EVER !!

Hari ni memang sangat sibuk.

Meeting tak sesudah.dari pagi sampai lah ke petang meeting memanjang.bukan aku tak suka meeting.tapi kadang bila banyak sangat meeting akan buang masa untuk aku buat kerja lain.kerja hakiki banyak lagi aku perlu setelkan.but still, kerja tetap kerja.suka atau tak you have to suck it up.


Pagi ni aku organize satu meeting EMC.environmental committee meeting.tu yang banyak kerja sket kalau jadi seksiteri ni.Minute meeting nak kena buat lepas meeting abes.


Kuih pulak tak berapa sedap.alu tak suka sangat kuih lompang ni.just so so.ada pulut panggang juga..meeting kalau boleh order nasi lemak kan best.tapi bajet satu kepala dua ringgit jer so faham faham jer lah.Kuih dua bijik jer.jadi lah.Rezeki dari Allah juga kan.


Lepas lunch ingat dah boleh nak sambung kerja.tapi ada Root Cause analysis meeting pulak.nak find out root cause NCR yang SIRIM raise masa audit Surveilance bulan November yang lalu.Thanks pada kawan kawan  yang memberikan support dan join serta untuk facilitate our job.


Yang petang ni meeting tergempar.tetiba jer initiate so tak ada proper plan.mana sempat aku nak order kuih..untuk menghargai diorang aku order McD delivery kat TESCO sebelah Opis.dapat makan nugget ngan fries pun jadi lah.oh ya sekarang Proseprity burger kat Mekdi is back!!promosi sikit.hehe.dapatkan proesperity anda hari ini ya!!



Dari segi kos memang tak bagus lah sebab beli sikit macam ni nearly RM60 !better belikan kuih.tapi sekali sekala takpaa lah.yang penting kerja aku siap..Thanks pada pengurus mekdi TESCO sebab tolong buat delivery ke opis aku since Rider tak available.Thanks again!


Time balik kerja Alhamdulillah aku balik jer on time.malas la sekarang ni nak stay up kat opis lama lama.Sekuriti pun siap nak suruh tulis nama bagai kalau nak stay sampai malam.so baik balik dan buat urusan sendiri jer.sempat lah berlari 5 KM petang tadik..preparation untuk Malakoff Run 18 Disember nanti..


Masa dinner tadi aku join LJ dan Zai dinner kat Padang Brown.saja nak menyibuk dinner ngan diorang.hehehe.harap kalian tak kisah ya.


Makan sup bismi..sup rempah yang sedap!


Makan pasembur juga


Yang best air kelapa sirap dan aiskrim ni.Best juga dapat dinner macam ni.terus aku lupa pasal hal pejabat.Kerja kalau pikir pun bukan akan selesai.everyday kerja memang takkan pernah habis.one step at a time lah kan.masa dinner tadi pun duk sembang pasal hal kerja jugak..tapi lebih kepada gossip lah pulak.hehe..Anyway nice to have dinner with you guys!nanti boleh hangout lagik.Insya Allah.

Serius mengantuk.Dah la penat ni.Sekian dulu laporan hari khamis saya.

Nite.Assalamualaikum.

*Esok aku akan bercuti dari 9-11 Disember untuk ke Pulau Langkawi.Nak tengok LIMA 2011!bestnya esok cuti!! jangan jeles ya!

Thursday, November 10, 2011

SIRIM SURVEILLANCE AUDIT ISO 14001 : 2004

Baru balik dari bercuti Hari raya Aidiladha.

Hari ni dah ken masuk Opis sebab dari 8-10 November berlansungnya satu SIRIM Surveillance Audit untuk ISO 14001 : 2004 Environmental Management System di stesen.As Orang Kuat untuk this sistem nak tak nak have to go through this audit with the sirim Auditor sepanjang 3 hari ni.Biasanya cuma dua hari but ince auditor kali ini hanya seorang tu yang lajak sampai 3 hari. 


Macam biasalah bila audit bilik mesyuarat akan berselerak dengan Fail sebab semua documentation akan di audit..mana boleh jawab aku jawab.tak boleh jawab yang bahagian orang lain punya aku call diorang suh jawab soalan auditor.so far so good lah..everybody give kerjasama yang baik.cuma bila buat betul betul lepas raya haji ni susah sikit lah nak dapat auditee sebab masing masing busy beraya dan bercuti lagi makan daging di kampung halaman masing masing.


Audit meliputi dokumen dan juga site Audit.bawak lah Auditor wanita ni jalan jalan pusing stesen untuk lihat keberkesanan Sistem Pengurusan Alam sekitar di stesen tempat aku bekerja.Tak banyak isu sangat pun..Stesen aku ni bersih..cuma scheduled waste stor dia ada komen sikit sebab kelihatan terlalu dhaif.Hopefully management will do something about this later on.


Perbincangan diteruskan lagi..jangan main main auditor ni strict punya.tak kasi can lansung..mana yang salah akan ditegur secara direct.Terima kasih la puan eliza Othman sebab banyak juga beri tunjuk ajar.aku tahu dalam auditing,auditor tak sepatutnya ajar auditee how to do this and that.semua tu atas budi bicara masing masing lah.


Bab bab audit ni aku suka sebab Kuih pagi dan petang akan ada..Time Lunch pun boleh bawak auditor makan kat mana mana restoran sebab ada Budget di allocate kan for this purpose..banyak mana sangat kan boleh makan..untuk pagi dan petang biasanya ada kuih muih.


antara kuih yang disediakan.


This auditor memang dah familliar dengan sistem pengurusan alam sekitar di TNB..sebab hampir semua stesen dalam Malaysia ni dia dah pergi..lebih kurang sama jer excellent nya.hheehe..anyway Puan Eliza ni sempoi..boleh bawak bergurau dan boleh dibawak bersembang.


Tadi dah diadakan majlis penutup untuk Audit ISO 14001 :2004.Overall our stesen still mencapai tahap EMS yang masih bagus.cuma ada satu NCR dikeluarkan..nanti kami attend that NCR sesegera mungkin..Insya Allah.

 
GM memberikan sumbangan cenderamata kepada auditor.Audit bagi aku bagus sebenarnya.at least bila ada audit baru kerja akan berjalan.kalau tak ada audit memang banyak lah kerja orang tak akan buat..Depend pada masing masing lah..Insya Allah tahun depan jumpa lagi ya Puan Eliza untuk recertification audit pulak.

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)

Thursday, February 10, 2011

SEMALAM & HARI INI : SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA

Just a quick recap.

Minggu ni minggu yang agak busy juga..7 & 8 Hb Februari baru baru ni ada workshop di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas..semalam kat Opis ada meeting penting jugak..tapi i'm not feeling well..meeting sambil fikiran melayang layang..selesema dan a bit demam.tapi apa apa perkara berbangkit boleh la jawab jugak..Penat weh..dah la tak larat.

1
Malam tadi dari Opis aku straight pergi ke Klinik..hidung memang dah berair tak berhenti..sakit kepala tak usah cakap lah.berdenyut denyut..rasa macam nak pitam nasib baik boleh drive kereta lagi.time tak berapa sehat ni lah duk rasa kan best kalau ada teman hidup.Insya Allah one day nanti.

2
Dah jumpa doktor dapat lah MC sehari untuk hari ni.tapi takder maknanya.aku ada management Review conference pulak hari ni di Sunway Hotel Seberang Jaya..so malam tadi tidur awal..konon konon nak bangun awal siapkan presentation untuk hari ni,sekali terlajak sampai pukul 7 daa..ish ish ish..subuh gajah la jawabnya.

3

Bangun tidur pagi tadi feeling much better..walaupun hidung masih berair tapi kepala dah tak pening..memang lah tak selesa tapi i have to do what i have to do..kalau aku tak attend meeting ni tak dapat input pula dari management.untuk kebaikan bersama aku gagahkan diri jugak lah..meeting start jam 9 pagi.

4a

Management Review conference ni biasa di adakan quarterly..since my boss left aku yang tanggung tugas dia..meeting banyak gila nak kena attend..samapi aku dah tak larat nak attend.dulu duk bising sangat takder meeting nak pi..sekarang sampai tak terhandle..Tengok tentatif Presentation aku besok rupanya..hoyeaahh..sempat lagi lah touch up presentation sedia ada kasi lagi umpphhh..

5

Tapi tang makan yang paling best bila ada meeting.nak nak kalau buat kat Hotel.masa untuk membedal cukup cukup.lupakan soal nak jaga makan seketika.speaking of which,aku rasa dah lama gilerr tak jogging..kesibukan tugas membataskan segalanya..time is never enough..what should i do??

6
Ada pasta dan kentang..western sangat!!

7 8

Makan buffet rugi kalau makan nasik nanti cepat kenyang..actually seleksi makanan kat Sunway Hotel ni biasa je..takder apa yang special pun..tapi sedap lah jugak..still tak boleh celen ngan Hotel Hilton kat PJ ngan Hotel Concorde di Shah Alam..kat Hotel Sunway ni takder lah Udang kaa Tiram kaa Kambing Golek..but it all was enough.cukup lah ni.nak macam mana lagi kan.

9

This meeting akan bersambung lagi esok..sekarang tengah duk meeting lagi tapi sementara orang lain duk buat presentation sempat lagi aku update Blog.Gila kan.haha.Janji tak kacau orang dan fokus pada slideshow sendiri dah la..

Ok nak buat buat beri perhatian kejap dalam meeting.

Bai.

*Hidung duk bersok sek sok sek lagi..tak selesa nya!!doakan aku cepat sembuh.Sakit tu Kifarah atas dosa lalu..Aku Redha dengan takdir Tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails