Aku agak konpius sebenarnya.
Adakah batal puasa kita kalau buat rawatan pergigian?? Semalam aku buat rawatan gigi. ada gigi berlubang. nak kena buat Root Canal Treatment. actually sepatutnya buat sebelum bulan Puasa tapi Dr. Bhar tak available time tu. so masa buat semalam memang ada darah keluar dan kena suntik bius..yang aku ingat aku tak telan apa pun. Setahu aku tak batal selagai tak telan apa apa . Bila baca dari sumber Persatuan Doktor Gigi macam kat bawah, ok sahih tak batal.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti
Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh
persatuan dr gigi Malaysia kepada semua doktor gigi di Malaysia dan
juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung
di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah
rawatan yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi (tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur