Followers

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

MY OWN FAMILY

This is my WISH.
 
Insya Allah..
 
(feeling hopeful)


*22 February 2014 - Majlis Akad Nikah Johana & Ashraff (wife's cousin) at Alor Setar, Kedah

Wednesday, November 13, 2013

FOOD REVIEW : RESTORAN MAKANG SEKAK SEKAK NOK KUALA TERENGGANU

Its a New Day.


Syukur Alhamdulillah pada Tuhan yang masih memberikan kita kesempatan untuk bernafas dan terus hidup di atas muka buminya. Dari Kuala Terengganu (11 November 2013) ke tempat kerja aku lebih kurang 1 jam setengah. so jam 6am dah bertolak. kira nya waktu sampai ngam ngam sahaja. sempat lah tukar baju di Petronas Dungun. kira cincai saja mana yang sempat. Lelaki senang. Tukar baju jer da siap.


Lepas da abis kerjaa. macam biasa lah. aku terus ke Dungun dulu ambik Kak Ina, Nurul dan Najihah untuk sama sama ke Kuala Terengganu Specialist. Abang Shuk masih di tahan di sana. so sampai di KT we decide untuk beli A&W di pantai batu burok. as part of the birthday celebrations. Nurul bukan main sibuk nak bergambar sana sini. kalah dah pok zim nya ni.


Kononnya nak buat suprise lah beli A&W. sekali bila sampai KTS diorang dah ada plan nak makan steamboat di Restoran Makang Sekak sekak nok. so what to do. tak makan dulu lah A&W ni..kami lah pulak yang tersuprise. nasib baik diorang tak bergerak lagi. so keluar dulu dengan diorang..nasib baik nurse bagi permission untuk abang Shuk keluar makan-makan. sporting abes. maybe sebab tak berapa serius so takde hal sangat nurse nak lepas abang shuk keluar. so lets makan the best buffet in town!(kata mereka)


First time nak try makan di Restoran ni.


The first impression not quite welcoming. macam tak berapa nak jaga kualiti jer aku tengok. bayar satu kepala dalam RM23 sorang. Buffet style. patut diorang kena improve kan lagi the way they susunatur makanan. ni macam ala ala cincai jer.


ambik barang barang untuk steamboat dan BBQ


 Orang sakit makan aiskrim


Nuyul dan mokna. Najihah pun ada skali


Pok zim dan cikja


Konsep Buffet steamboat dan BBQ ni dah banyak kalau belah belah KL sana. kat sini macam tak banyak restoran yang ada macam ni. so mungkin persaingan kurang thats why diorang ambik mudah pada sesetengah perkara. Takpe lah. bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. itu yang lagi penting.


Birthday boy celebration


Overall just ok lah this restaurant. maybe kami datang dah lewat so semua makanan yang ada pun banyak dah habis. sepatutnya untuk buffet style makanan adalah tidak dibenarkan untuk habis. ada lah a few issue lagi tapi dah tegur pada tokey kedai tu. hopefully they will try to solve the issues. Bukan nak kondem tapi nak membetulkan. Dari restooran ni terus kami ke Kuala Terengganu Specialist semula.


sampai KTS makan Coney Dog A&W pula


Mak dah tak larat dan mengantuk. terus berbaring atas toto. tidur sebelah cucu. Najihah ni dah semakin besar. dah pandai buat mimik muka. tak lama lagi mesti nakal jugak macam kakak dia. hehe..


Dekat jam 11pm jugak baru aku dan kak ina bergerak dari KTS untuk pulang ke rumah. kalau aku sorang boleh jer nak tido terus kat sini tapi sebab datang skali dengan kak ina so have to go back jugak lah. dengan baby kecik tu. mana boleh baby stay di Wad malam malam. Maka berakhirlah satu hari lagi yang bermakna bersama keluarga. 

Jumpa lagi esok!

*Hidup kita ni macam ni lah. adakala kita akan berada di atas. adakala kita akan berada di bawah. walau apa sekalipun kena tabah dan sabar mengharungi hari agar kita tidak rebah dan tesungkur di tengah jalan, jangan mudah mengalah. yakin dan percaya Allah akan sentiasa ada untuk kita.

Thursday, September 27, 2012

BALIK KAMPUNG UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H!!

16 Ogos 2012

Malam tadi lepas shopping di jalan Tar, terus balik ke rumah Kak Tie..nak tido tapi better pergi join qiyammulail di Masjid Pandan Indah..dalam pukul 4.30am diorang start qiyammulail..ramainya orang duk tidor dalam masjid..Alhamdulillah ramai yang memanfaatkan malam terakhir Ramadhan daam misi mencari lailatul Qada


Kuliyyah lepas subuh


Bersahur di Kedai mamak


Dari masjid Al-Azim pandan Indah aku drop by ke Rumah Kak Leez untuk ambik kek Moist Chocolate nya..dah dua tahun aku tempah setiap kali raya..regular customer ya.tapi harga tetap lah naik sebab barang makin mahal sekarang..takper janji kek kak leez tetap sedap sepanjang zaman..sembang lama jugak ngan kak leez tentang macam macam hal..dunia blogger dan juga hal hal personal..jujur aku katakan aku senang ngan Kak Leez. sebab aku tahu dia bukan orang yang fake.She just jujur dengan dirinya sendiri and that's what make aku senang berkawan ngan dia. Thanks kak Leez for the cake!!tahun depan aku order lagi ya.


Dari Rumah Kak Leez aku ke Rumah Mok elly untuk ambik hamper raya..setiap tahun Pok Shabery pasti akan beri hamper pada ahli keluarga yang dah berkahwin..sampai sekarang aku masih tak entitle untuk dapat hamper ni..Tahun depan kalau ada rezeki Insya Allah dapat lah hamper ni satu.hehe


Nak balik beraya seminggu macam nak balik kampung sebulan..dalam perjalanan pulang abang shuk telefon mintak tolong beli durian kalau ada terjumpa..dia kata mak nak makan..so sebagai anak yang baik aku beli lah durian dan sepanjang jalan sampai ke kampung memang kereta aku bau durian lah..takper,,demi menggembirakan hati ahli keluarga..sampai kemaman ngan ngam time solat isyak dan solat tarawikh so aku berhenti solat tarawikh di masjid Sultan Ahamd Chukai Kemaman dulu sebelum meneruskan perjalan sampai ke rumah di kemasek.


Alangkah indah dan bahagia dapat sampai di rumah..anak saudara duk main buai di laman depan..abang shuk, abang jalee, ami dan faiz sedang sibuk membaiki lampu lip lap untuk hari rayua yang bakal menjelang lagi 3 hari..suasana yang aku rindui..i miss my family!


Sampai rumah salin baju then bersalam ngan mak, terus mak siap siap kan makanan apa yang ada..makanan berbuka puasa tadi..aku tak berbuka puasa secara betul lagi so memang lapar..


Mak ada masak Sayur kacang panjang masak lemak..makan pulak ngan sambal belacan dan ikan Goreng..tak ada tandingan lah ngan lauk yang aku biasa makan di Penang.hehehe.masakan ibu jugak yang paling terbaik dalam dunia..


Kek yang aku beli ngan Kak Leez ada dua bijk..sebijik bagi pada Tok wan dan sebijik lagi buat sambut besday kak Ina yang telah berlalu pada 13 Ogos..selamat ulangtahun kelahiran kak Ina..semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezek..ameen!


Bukak durian beberapa bijik..mahal durian aku beli ni..20 kg dalam rm180..tak apa lah sekali sekala beli untuk ahli keluarga sebab durian tak ada dah belah sini..aku beli kat Highway so sebab tu lah mahal..D27 rasanya jenis ni.


Adam Syahmi yang gila durian


Kerepek yang dibeli di JALAN TAR semalam.


Kuih raya ni ramai yang beri kat aku sebelum balik kampung..kepada yang beri tu terima kasih dan semoga  kalian semua di murahkan rezeki ya!!terima kasih banyak banyak.selamat hari raya maaf zahir dan batin..


Ketam Nipah 30 ekor aku beli di Penang khas untuk keluarga di kampung


bermain dengan Adam


Adam dan Nurul Nadeah Salwani


Seronok main ngan budak kecil..bila agaknya aku nak ada anak sendiri ni..insya Allah kalau di izinkan Nya..Terima kasih ya Allah sebab beri kesempatan lagi untuk aku bersama sama ahli keluarga sebelum menyambut hari raya aidilfitri tahun ini..Walaupun arwah ayah telah tiada, semoga Engkau memberi ketabahan dan kesabaran pada kami untuk melalui Aidilfitri kali ini dengan tenang..Ameen.

Tuesday, September 25, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN TASIK INDAH SHAH ALAM

Hari ini sudah mula kembali bekerja.

Hujung minggu yang baru saja berlalu berakhir dengan tragedi kemalangan. Siapa yang sangka, hanya Allah yang mengetahui..Apa yang berlaku mudah-mudahan memberi pengajaran kepada semua..sudah tertulis takdirnya begitu..Moga-moga Allah akan terus melindungi kami sekeluarga dari bala bencana..


Petang semalam setelah abang Shuk selesai dengan urusannya, Kami bergerak ke Shah Alam. kenapa ya kena pergi shah alam? susah jugak aku nak terangkan sebenarnya. Tujuannya sebab wife abang shuk ada di Shah Alam, dan hari ni diorang akan pulang ke Temerloh. Kereta Abang Shuk dah masuk workshop di Mentakab..so nanti aku akan balik ke Penang, Abang Shuk dan wifenya serta mak akan pulang ke Temerloh.Abaikan jer kalau korang tak paham sebab ni just for my record.hehe..My point here is we going to Shah Alam.


Kami menuju ke Restoran Tasik Indah Shah Alam


Restoran Tasik Indah
Address: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5510-8388


Plannya memang nak makan-makan dulu di sini sebelum berpisah..Kitorang sampai dekat pukul 5pm, which is ngam-ngam dengan waktu operasi this restaurant.Buka pada jam 5pm..Ni kali kedua aku menjejakkan kaki di Restoran ni..First time dulu masa zaman belajar di Uitm Shah Alam..6 years ago..This Restaurant under Aman Syukur Sdn. Bhd..so jangan korang risau sebab ni Restoran milik orang melayu. Bukan restoran Seafood China punya.


Kami berempat sahaja yang ada kali ini..Kak Tie, aku, Abang Shuk dan mak..Mak sekarang macam ni lah. Alhamdulillah sihat sejahtera..Duk follow up appointment dia dengan doktor di Kuantan Medical Center..Bila anak anak ada di sisi nampak sihat dan bertenaga lah mak..sebab tu nak kena selalu balik jenguk mak di kampung..setelah arwah ayah dah tiada ni..


China Tea dan Kacang sementara menunggu makanan siap di masak


Topik perbincangan basically pasal hal ehwal keluarga..bincang pasal tragedi kemalangan semalam dan juga bincang pasal hal masa arwah ayah ada..seakan baru semalam ayah pergi meninggalkan kami..sekarang dah nak masuk bulan Oktober..5 bulan berlalu sekelip mata sahaja..Alhamdulillah Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan yang muncul dengan sabar dan tabah.


pemandangan taman tasik shah alam


waktu dah dekat jam 6pm..


Meal pembuka selera : SHARK FIN SOUP WITH CRAB MEAT..sedap soup ni..memang sesuai sangat jadi appertizer..


Makan shark fin soup dengan cili jeruk.yummeh!


semangkuk kecil nasi putih


Broccoli with mushroom and scallop


Ikan Jenahak stim limau yang mantap!!


Ketam Telur Masin. yang ni sedap..boleh celen Pak Ya!


Sotong Goreng tepung cicah sos hijau


Main Meal of the day : Lobster Masak Pedas..


Mari menjamu selera..Bismillah..


Lobster yang tewas


Kenyang sangat makan macam ni 4 orang..Macam terlebih order pun ya. tapi memang puas hati lah meratah ketam telur masin dan Lobster tu..Jenahak Stim Limau tu pun memang sedap..masa dah habis makan Tokey kedai bagi complementary Aiskrim Cokelat yang sedap!!thanks!!


Another episod makan makan with my family


Jom kita balik..Thanks abang Shuk for the treat..maklum lah baru gaji kan.hehe..apa apa pun moga abang di murahkan rezeki..lepas ni giliran saya pulak belanja makan ya..Pilih la mana restoran yang best best nanti kita bawak mak lagi.


Dari Restoran Tasik Indah kami menuju ke Crystal Height


Berjumpa dulu dengan Mak Mertua dan Kak Feeza..Adam Syahmi pun ada skali..singgah solat sebentar..sebelum aku memulakan perjalanan pulang ke Penang..Terima kasih kalian sudi jemput datang rumah..lama tak jumpa ngan Adam..makin galak dan lincah.


Adam bagi kiss goodbye kat Pok Jim


Dari Crystal Height ni kami berpisah..Mereka akan pulang ke Temerloh malam ni juga dan aku akan pulang ke Penang..Alhamdulillah hujung minggu ni dapat berjumpa mak lagi dan adik beradik yang lain..semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga..Ada masa aku story kisah melawat Taman rekreasi dan Zoo Kemaman. Janagn men men Kemaman pun ada Zoo ok..hehe

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails