Followers

Showing posts with label aidilfitri2016. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri2016. Show all posts

Friday, July 8, 2016

DIARI 1 SYAWAL 1437H AZIM ASHAARY

1.10.1437
6.07.2016

Kerana tidor lambat malam tadi untuk persiapan pagi raya, terjaga tidur dalam jam 6.30am. Masih sempat untuk bersolat subuh.. Dan selesai solat terus membantu sedikit persiapan bagi sarapan pagi ini.. Sunat jika makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri tanda kita sudah tidak berpuasa sesudah 30 hari Ramadhan dilalui dengan penuh kesabaran.

Menu pagi raya kami ialah soto ayam dan nasi minyak lauk ayam kurma. Lemang, ketupat dan rendang iti tak perlu mention kerana sudah menjadi kewajipan setiap kali hari raya menjelma. Kali ini menu kuih agak rare sedikit sebab ada tambahan kek lapis dari Kuching Sarawak.


Untuk solat sunat Aidilfitri, pagi ini aku mengenakan jubah putih yang ada design simple benang emas di kolar dan pelipat lengan. Berkopiah putih, dan pakai minyak attar kasturi putih (dari Madinah) - siap! 



Waktu solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Terengganu ini sudah ditetapkan pada jam 8.30am. Jadi plan kami pagi ini untuk awal ke masjid.. Supaya dapat lah bertakbir mengagungkan kebesaran Allah tanda kemenangan kita semua. Selesai sarapan pagi terus semua bersiap siap untuk ke masjid. Mak lah yang paling semangat pagi ini.. Takut tak ada tempat katanya jadi minta kami pergi awal ke masjid. 8.10am kami bergerak ke masjid jamek kemasek.. Alhamdulillah masih awal dan sempat lah kami masuk antara saf saf yang depan juga dalam masjid.

Tepat jam 8.30am, khatib membacakan perutusan dari Sultan Mizan kepada rakyat Terengganu.. Disusuli dengan solat sunat Aidilfitri. Rakaat pertama 7 takbir dan rakaat kedua 5 takbir. Setiap takbir diselangi dengn tasbih memuji Allah. Begitulah cara solat sunat Aidilfitri dilakukan. Dan selesai solat sunat, akan ada khutbah raya pula. 

Selesai khutbah, ada sedikit jamuan makan diadakan di belakang masjid. Kami tak makan apa pun sebab decide untuk segera ke kubur arwah ayah. Ziarah arwah ayah di pagi raya. Itu rutin kami setiap kali raya tiba semenjak 4 tahun yang lalu ketika ayah pergi meninggalkan kami.. Dalam kita bergembira jangan sesekali kita lupa pada yang telah pergi.. Sampai di kubur arwah ayah, hamparkan sejadah dan bertahlil tingkas.. Sebagai hadiah buat ayah di pagi raya. Banyak perkara nak cerita pada ayah. Tapi aku tahu, ayah dah maklum semua tu. tunggu lah kami di syurga (insya Allah).. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Moga Allah sentiasa pelihara dan melimpahkan rahmat Nya ke atas roh ayah. 



Kena move on. Orang yang hidup kena teruskan kehidupan.. Yang telah pergi biarkan pergi. Kita pun akam menyusul jua nanti. 

Pulang ke teratak bonda.

Dan aku mula salin persalinan baju melayu jakel jenama Aaron Aziz. Untung jadi artis kan, jual baju jenama sendiri semua orang nak beli sebab nama besar. Kalau letak nama azim ashaary mesti tak ada yang nak beli. Haha.. Rezeki masing-masing kan. Warna tema kami tahun ini ialah turquoise - warna pilihan adik bongsu kami, Faiz. Sedar tak sedar dah 9 tahun berlalu sejak kami buat giliran penentuan warna tema hari raya ikut susunan adik beradik. Jadi tahun depan pusing pada Kak tie semula sebagai anak yang sulung untuk tentukan warna tema Aidilfitri 2017 nanti. How time flies.. 




Segak bergaya rasa pakai baju melayu jakel ni. Jahitannya kemas dan cutting okay dengan badan aku. Just nice.. Tahun ini kami 4 beradik boria sebab baju melayu dan kain sampin semua sedondon dan sama warna. Cuma sedih sikit sebab abang shuk tak ada bersama kami kerana komitmen kerja. Jadi ahli keluarga untuk edisi raya kali ini cuma 8 sahaja lah. Tak cukup seorang. Terima kasih lah abang shuk atas segalanya (atas orang faham)





Selesai mengenakan busana baju melayu, mula mencari makanan untuk sessi sarapan bersama keluarga. Yang lagi tadi sebelum solat sunat raya cuma makan acah-acah sahaja. Kali ni baru nak makan betul-betul. Baru nak siap siap makan mok har dan pok mat sekeluarga datang bertandang. Jadi meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai.. Siap biat sessi bergambar beramai ramai lagi. Mok elly dan Tok wan rumah hadapan kami pun datang singgah juga. Semua jiran dekat dekat je ngan rumah mak. Walking distance sahaja. 






Selepas tetamu balik baru kami ada masa untuk sama-sama kami bergambar beramai- ramai dan buat perutusan video khas untuk abang shuk yang tak dapat beraya bersama kami kali ini. Mak dah rasa sedih sebab terkenangkan anak nya yang jauh dinmata tapi dekat di hati. Actually tadi selepas subuh dalam jam 7.30am abang shuk ada telefon setiap dari kami untuk ucap Selamat hari raya.. Jauh tu telefon dari Papua New Guinea. Thanks lah abang shuk atas keprihatinan anda.




Habis sessi bergambar disusuli sessi bermaaf maafan bersalaman dengan mak dan adik beradik. Beri duit raya pada anak anak sedara juga.. Duit raya tahun ni aku pakai mana yang ada jer. Tak sempat nak tukar duit kat bank. Uniknya syawal yang kita sambut kan.. Mengeratkan lagi silaturrahim yang ada dengan ucapan mohon maaf. Bukan senang kan nak dapat berkumpul adik beradik semua sekali.. Kesempatan yang ada macam ini lah perlu digunakan bagi meluahkan apa yang terbuku dan sebagainya.







Setiap kali 1 Syawal tiba, mok wook (mak sedara kami belah arwah ayah) pasti akan buat open house raya di rumah nya di Kerteh. Jadi anak beranak yang ada semua dijemput hadir. Selesai urusan kami semua di teratak bonda, jam 12pm kami bergerak menuju rumah mok wook pula. Lebih kurang 15 minit sahaja perjalanan. 



Sampai di rumah mok wook lagi meriah dengan satay, lontong, tapai dan nasi minyak rendang daging. Semua menu sedap sedap apa lagi kami pun serang lahhh.. Aku paling suka bab satay ayam tu. makan ngan kuah kacang dan nasi himpit memang mengancam habis. Raya kan setahun sekali. Makan lah apa yang nak di makan. Tapi terhad lada hari jni sahaja ya. Tak boleh amal selalu. Makan kena control juga kalau tak sia sia lah weight loss di bulan Ramadhan yang lalu.



Cuma resolusi aku untuk raya kali ini dilarang minum air berkarbonat yang memang terkenal dengan kandungan gula yang tinggi. Cukup minum air masak banyak banyak ataupun tea o/ sirap limau macam tu. harap harap membantuah dalam mengawal kalori intake di musim perayaan ini. Makan tak salah. Tapi kena beringat dan berpada-pada lah. 



Ok dah tanak ceramah pasal kesihatan nanti korang boring pula dan unfriend aku. So mana kita tadi?

Rumah Mok wook.

Peluang untuk berjumpa saudara mara terdekat di rumah mok wook juga lah. Semua akan berkumpul di sini- pok li & mok atun, mok elly & pok bedi, tol wan, moknha & pok mat, cik ngoh dan ayah ngoh, mok zah & pok zi, ain & yunus dan ramai lagi lah yang tak dimention di sini. Kebetulan zul dan adek daa juga sampai sekali di rumah mok wook. Bertambah meriah! Siap kami bergambar dan buat video session juga ucap selamat hari raya Aidilfitri buat semua! Solat zohor berjemaah di sini juga. Dan ini lah part hari raya yang paling aku gemar- dalat bersua muka dengan sanak saudara!





Hampir Jam 3pm.


Aku mohon beransur pulang.. Mungkin boleh ziarah jiran tetangga terdekat pula di sekitar rumah mak. Bila sampai rumah mak ada tetamu yang datang bertandang. Ayoh pa sekeluarga yang datang. Jiran sebelah rumah sahaja. Sembang lah apa yang patut. Dan lepas diorang Balik, keluarga cik ngoh termasuk fahmi, kak ipah, dan pok zi mok zah datang singgah pula setelah beransur dari rumah mok wook. Hidang kan kek lapis pada mereka. Nak makan rendang dan nasik semua dah kenyang. Jadi makan kuih dan kek saja lah. Yang paling penting dapat bertemu muka face to face sahaja. Sampai lah waktu asar, mereka beransur pulang..


Selepas waktu asar mak ajak ziarah rumah ayoh pa.. Jiran sebelah rumah saja. Aku pun ikut lah sama. Makan kuih minum air dan balik dari rumah ayoh pa, aku terus terlentang tidur sebab mengantuk sangat. Malam tadi tido dekat jam 5 am pukul 6.30am dah bangun. So seharian beraya dan layan tetamu. Memang patut lah mengantuk dan badan lesu. Dapat tido sampai jam 7pm.Tak elok amalkan tido lepas asar tapi what to do kan. Plan asal pun nak lari 10 km sebenar nya petang ni. Tapi aku memilih untuk berehat. Berehat kan part of body recovery jugak kan? 


Terjaga tidor dah dekat nak maghrib. So ambil air sembahyang dan terus tuju masjid jamek kemasek. Mak dan Zull (suami adik da) pun ikut sekali. Usai solat terus balik rumah dan tengok adik beradik lain pun baru nak start bangun dari berehat. Ye lah masing masing keletihan kot. 

Lapar.

Ambil nasi minyak sikit. Makan dengan rendang. Sambil makan sambil sembang dengan adik beradik apa menu nak makan malam ni. Hehe. So we decide untuk makan saja lah apa yang ada. Habiskan dulu apa yang ada di atas meja. Sampai waktu isyak, kitorang ke masjid kemasek dan balik dari solat isyak kami bercadang nak ziarah tumah tok wan dan mok ha.

Baru je nak keluar melangkah ke rumah tok wan(rumah opposite our house), mok wook satu family pula sampai nak beraya di kemasek. Tadi tengahari kami dah ke rumah mok wook, malam ni mereka melakukan kunjungan balas pula.

Hidang kan nasi minyak, lemang, ketupat dan rendang pada mereka. Mok wook datang nak cari soto ayam sekali tak ada rezeki sebab kuah soto ayam dah basi..What to do kan.. Makan nasi minyak lauk ayam kurma je lah jawabnya. Pun dah sedap tu.. Alhamdulillah..

Lama juga bersembang dengan keluarga mok wook.. Sampai dekat jam 10.30pm.. Lepas diorang balik aku sambung pula ambil ayam yang dah di perap semalam untuk cucuk buat satay. Sekejap jer cucuk satay ni sebab kerjasama ramai. Aku, kak tie, ami dan adik da yang gigih cucuk satay.. Abang jalee dan faiz buat bara api untuk bakar terus satay ni. Boleh buat sarapan esok. Aku memang penggemar satay.. Jadi buat sendiri boleh la makan sepuasnya.



Mak dah masuk tido awal selepas selesai dia menghabiskan bacaan quran nya. Seketika anak anak sedara main bunga api ketika abang jalee sibuk nak menghidupkan bara api. Meriah lah jugak.. Dan tambah lagi dentuman mercun dari jiran jiran. Ini baru lah raya!



Satay di bakar.

Teringat zaman arwah ayah ada satay ni merupakan menu wajib setiap kali raya menjelma. Kena buat juga tidak dapat tidak. Kali ini kami buat untuk syawal kedua. Sebab hari pertama sibuk beraya dan sibuk menerima kunjungan tetamu. 



Jam 1.23 am.

Semua satay siap dibakar semuanya.. Jadi boleh lah beransur untuk tidur.. Hari ini hari yang penat tapi puas sebab dapat beraya sakan berjumpa sanak saudara tanpa sebarang kecelakaan .. Semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Yang best jugak sebab dapat buat satay malam ni.. Thanks adik beradik ku semua! Aku sayang kalian semua dan selamanya tetap lah begitu.

Semoga esok akan menjanjikan hari yang lebih baik buat kami sekeluarga dan buat kalian semua.

Insya Allah.

Yang menaip,

Azim Ashaary,
Dari kamar ber-aircond tapi nyamuk banyak
2 Syawal 1437H
7/07/2016
3.42 am in the morning

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails