Ok nak sambung lagi Trip ke Miri hari ke dua.
9 NOVEMBER 2013
Subuh awal kat sini. pukul 6 pagi dah cerah. plan nya lepas solat subuh nak beriadah dan lari. konon nak lari 10 km. tapi 5 km jer dapat. takpe lah. janji dapat mileage jugak. Kami ke Taman Bulatan Miri. First time datang sini. Taman di tengah bulatan bandar Miri.
it always good to see other peoples running!!
dapat lah 5 km jer mileage. cukup lah tu.
jom cari sarapan pagi pulak
My friend decide nak bawak makan pagi kat area kampung melayu. lalu di jambatan piasau. kalau tak silap dulu one way. sekarang dah two way. if i'm not mistaken lah. katanya ada buaya ya. haha
Bihun Goreng sedap
Di restoran ni terkenal dengan mee jawa. aku order lah mee jawa. tapi kuahnya ada tulang daging lembu. hmmm. tak minat. so memang makan tak habis. kongsi bihun jer lah ngan my friend. dia pun tak minat mee jawa. sedap jer kalau anda penggemar daging lembu.
sayap ayam goreng. wallah!!
Kucing kat miri high standard sangat. tak makan ikan, makan ayam je.
Depan this restoran ada golf course.
Oleh kerana trip ni tak dirancang, so main redah jer lah apa yang ada depan mata. nampak signboard Lambir National Park, terus jer kitorang masuk ke sini. tak pernah sampai lagi. Boleh la mengisi masa lapang daripada duk lepak tengok tv atau di shopping mall. boleh gak keluarkan peluh.
so this is peler kambing??
ada jambatan gantung juga
Dalam ni ada waterfall. namanya Latak waterfall. agak sedih la tengok waterfall nya. ni je ke ada di Miri? heheheee. takpe. janji ada kan. boleh mandi juga kalau nak. actually dah siap siap bawak baju persalinan in case nak mandi. tapi tengok waterfall macam ni terus mood turn off. huhu
taknak mandi. tapi bergambar itu wajib.
Ada satu lagi waterfall kat sini. Nibong waterfall. tapi perlu mendaki sikit. naik tangga yang mencanak. oleh kerana dah pernah gi naik Gunung Kinabalu, so setakat trekking macam ni takder masalah lah. Bukan berlagak. takde faedah pun nak berlagak. just bagitahu keadaan nya. easy jer trekking kat sini. tak perlu kan guide.
at Nibong Waterfall. pun sedih juga. hihi
Di Nibong Waterfall, jumpa dua mamat omputess ni. traveler dari amsterdam. buat tour Asia katanya. lepas ni akan ke Kuala Lumpur dan Penang. so ada lah modal nak bersembang. tapi slang yang baju kuning tu sangat lah british. but still boleh difahami. nice to meet both of you!
sebelum jam 12 tengahari kitorang sempat setelkan jungle trekking di sini. now its time to go home. actually dari bandar miri quite jauh jugak nak ke Lambir National Park ni. around 40 minit drive. mmmm. something happened. takpe lah, tak perlu diceritakan di sini. apa yang dah berlaku tetap berlaku. pandang ke hadapan dan yakin lah perancangan Allah itu paling terbaik untuk diri kita, Aku sentiasa percaya itu.
Sampai di Bandar Miri singgah solat zuhur dan jamak asar skali di Masjid Taqwa Miri. Cnatik masjid ni. lantai berkilat kilat. mandi dan segarkan badan. kalau ikut cuaca memang sedap tido lah.memang sempat take a nap pun dalam 15 minit kat sini. lepas terjaga terus rasa lapar.
untuk lunch Restoran Warung Puteri we go
i got a feedback from the facebook one of my friend suh makan ikan tahai di Miri. aku wonder what is ikan tahai. so belek dalam menu ada menu nasi goreng ikan tahai di sini. so order lah nasi goreng ikan tahai. actually ikan tahai ni macam ikan tamban. adik beradik ikan bilis cuma lebih besar. sedap jugak. rangup. Teringat aritu gi Kuching makan nasi goreng buah dabai. macam macam lah kan.
The killer menu here - Ayam bakar berempah warung puteri. tempting!!
singgah beli ikan terubuk masin. mahal. kalau beli kat kuching lagi murah. agaknya yang kat sini pun ambik di Kuching tu yang mahal. beli dalam 3 ekor jer. ambik buat syarat datang sarawak.
Kek lapis di Miri. Habibi shop. Pun lebih mahal kek lapis di sini dari di Kuching. satu RM20. kalau di Kuching cuma RM10 satu batang kek tu. takpe. beli lah jugak 3.
Then kami terus ke Everly Hotel. Tempat berlansungnya Triathlon . Abang Shah dan abang bear pun ada skali. Abang Shah join this Triathlon. memang best lah tengok. this is my dream for next year. nak join triathlon. kena kemaskan skill berenang. have to start from now. banyak nya lah mender nak buat tahun depan. nak travel macam biasa, nak ambik lesen dive, nak buat ultra marathon, nak buat dualthlon, dan nak buat triathlon. ambitious tak?nothing is impossible!
Ombak sangat kuat pada masa triathlon ni di adakan. so organizer cancelkan swimming. just berbasikal dan berlari sahaja. jadi dualthlon la pulak. takpe. yang penting semua dapat habiskan. memang lah so tempting tengok orang masuk triathlon ni. kena ada proper training baru leh join. Insya Allah next year!! Tahniah kepada Abang Shah dan semua peserta Triathlon yang berjaya menghabiskan acara.
Alang-alang dah ada di sini kami swimming dulu. swimming suh abang bear ajar skill baru. dulu 2 tahun lepas pun abang bear yang ajar aku buat breast stroke kat swimming pool area rumahnya. now nak belajar buat free style pulak. jenuh nak sampai kalau duk buat breast stroke.
Baru jer masuk dalam swimming pool tak sampai sepuluh minit, jari aku injured. terlanggar kayu tepi dinding dalam swimming pool. pecah kuku dan berdarah kat dalam. pelajaran terpaksa dihentikan. so we called it off. terus naik ke atas untuk rawatan susulan. abang shah kan doktor. tapi dia tengok ni pun dia seram. so how? heheee
Balik bilik, mandi dan bersihkan luka di jari. pedih memang la pedih. tapi yang penting berjaya keluarkan serpihan kayu bawah kuku. kang takut ada infection pulaak.. rest rest sekejap sebelum check out untuk bertolak pulang.. Flight jam 7.15pm nanti..by 6.30pm kena ada di airport dah.
Dari Everly Hotel singgah sebentar di Pantai Tanjung Lobang
hello Miri. Its me again.
Allah
jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;
dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah
ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan
tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada
pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
(Ar-Ra'd 13:2)
Ombak kuat menggila
just me myself and i
Kids play by the beach
watching the sunset. but the cloud is too thick.. this is the best shot for today
Here's come the best part. since this trip is unplanned, i dont expect to see all of this familiar faces in Miri. Turns out all of my friends in Miri (or most of them) showed up. Abang Bear dan Abang Shah tetiba dari Kota Kinabalu pun ada di Miri. Wan Hidayat lama tak jumpa kebetulan balik dari offshore. Farid bersama isteri dan anak pun tiba tiba nak ke Pantai Tanjung Lobang petang ni. Nikli pun memang duk ada kerja di sini tak balik ke Penang. what a great coincidence! Terima Kasih Allah atas pertemuan ini. Kami makan makan dan minum minum kejap di tepi medan selera.
Makan dan minum lite lite
Dalam jam 6.15pm Nikli hantar aku ke Airport. Thanks Bro! ngam ngam jer sampai terus masuk ke pintu pelepasan. dah siap check in awal awal lagi. Maka berakhirlah trip singkat aku 2 hari 1 malam di Miri. Dalam flight sempat merasa makan mee goreng mamak air asia, menu baru depa on board. ok jugak lah taste nya. quite delicious. Bila sampai di KL aku drive balik ke kemasek, Kemaman sorang sorang. esok nya kerja. memang lah quite penat. but this is how i live my life. aku rasa macam takk best kalau tak buat something yang memenatkan badan. takpe i will try to manage and balance my lifestyle. tak nak lah memudaratkan diri sendiri later. badan nak pakai lama kan.
So tu jer lah yang aku dapat kongsikan buat masa sekarang.
Stay healthy and stay positive my friends!
Till my fingers meet the keyboard again.
Bye.
(For now)