Aktiviti pagi ini : Join ASICS Running Clinic di Penang Botanical Garden. Preparation sebelum Penang Bridge International Marathon 2012. Kalau korang nak tahu PBIM 2012 ialah PBIM terakhir di jambatan Penang sedia ada. Lepas ni Aktiviti Marathon akan dibuat di Jambatan Kedua yang dah hampir nak siap.
This is my first time datang Penang Botanical Garden!
Register dulu for the first 200 dapat freebies dari ASICS.
Group ntah mana ni..tapi meriah sangat. Rasanya semua Chinese.
Warming up dulu sebelum memulakan larian
Trainer beri penerangan sebelum memulakan larian!
berlari 7 km pace 6.30 minuter per KM
Sambil berlari banyak jugak aku dapat info dari trainer. Actually this running clinic khas untuk newbie dan jugak orang yang baru nak buat First Full Marathon.. Tapi tak salah nak timba ilmu pengetahuan..aku tanya macam macam soalan nak kena training macam mana, nak kena rest camana sebelum FM, pace yang macam mana sesuai..FYI untuk Penang Bridge International Marathon aku dah sign up Full Marathon..Hope i can do it well.
Selesai berlari dalam jam 9.30am. Ramai yang duk keliling trainer for today tanya macam-macam. aku malas nak bersesak sesak sebab dah tanya sambil berlari tadi..and aku rasa konpem semua Chinese jer dikesan. tak ada orang melayu pun yang join sekali. Ye lah bulan puasa sapa nak berlari. aku jer kot yang terlebih rajin. Apa apa pun yang penting dapat ilmu dan teknik teknik baru dari Running Clinic ni.
*Hari ni memang just rest je lah sampai waktu berbuka..Malas nak pergi ke mana mana..Berbuka tadi makan macam macam sampai tak abis..carry forward masa bersahur lah jawabnya. Lain kali tak nak beli banyak banyak dah..membazir.Nafsu semua tu..