Followers

Showing posts with label little india. Show all posts
Showing posts with label little india. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

BAHAGIAN 10 : LITTLE INDIA,JERUK PAK ALI & BERAYA RUMAH MAD NOOR..SAYONARA!!

Ok ni memang betul.kali ni adalah siri terakhir iaitu bahagian Finale untuk Trip Penang rakan rakan saya yang datang dari Kuala Lumpur..punya lah panjang nak habiskan entry ni..ada 10 bahagian semuanya..akhirnya sampai juga ke bahagian terakhir,iaitu selepas kami semua kekenyangan makan nasi Kandar Kampung melayu dan menuju ke Georgetown untuk mencari rempah di Little India Penang.

18 SEPTEMBER 2011


Keadaan Little India yang tak berapa nak sibuk.buat semua kawan kawan yang tak taw Little India ni kat mana ianya berdekatan jugak dengan chulia Street.Chulia Street pun tak taw kat mana?pi 7 Eleven beli Map Penang then cari sendiri..tak pun kalau modal lebih beli GPS dalam RM400 then search Little India konpem jumpa..Selamat mencari ya!


Ganasnya beliau Potong Daging...Ganas tapi seksi.


"Penang's Little India is a colourful place which offers many specialised Indian stores and eating places. Take time to indulge in Indian specialities like spices, Indian music, garlands, trinkets and gold jewelry." 


ehhhhh orang yang duk kat Penang ni pulak lelebih ambik gambar..


Aku dah tak ingat nama kedai kami beli Rempah ni..Kak Zahrah yang rekemen..sakan kak Leez beli Rempah..aku tak concentrate sangat masa diorang beli rempah sebab duk sibuk ambik gambar kat luar..kalau aku ni terer memasak lain cerita lah kan..


Beli Papadom..entah bila nak Goreng ntah..


Dari Little India kami bergerak ke Medan Suri Sg.Nibong..plan asla nak beli Jeruk di Chowrasta..tapi aku nasihatkan jangan beli kat Chowrasta sebab situ semua Cina jual..better beli sama sama melayu kita iaitu di Gerai Jeruk Madu Pak Ali..sedap pun sedap sebab takder kesan batuk dan air perapan jeruk tu siap boleh buat Jus..Insya Allah dijamin Halal dan Toyyiban..


Jeruk madu pak Ali ni kian glemer sekarang..ramai orang sekarang ni kalau mana mana member datang melawat dari negeri luar akan direfer pada sini.elok lah pun..bantu ekonomi orang melayu..tapi serius,Jeruk kat Pak Ali ni memang sedap dan yang paling penting takder lah ko rasa nak terbatuk batuk macam jeruk yang dimakan di Chowrasta.Your life your Choice kan.Pilihan sentiasa di tangan anda.Buatlah keputusan yang bijak..


Kuih telinga keling pun ada..cuq menegham orang penang kata..


Dari Medan Suri kami ke Rumah abang Mohd Noor..ada jemputan untuk makan tengahari yang mana makan tengahari ni merupakan agenda penutup kepada semua aktiviti aktiviti di Penang..Terima kasih abang Mohd Noor dan Kak Maya sebab jemput kami..ada umur kita jumpa lagik..Nice lah boleh kenal ngan ahli keluarga kak Zahrah ni..boleh tambah kenalan..


so ni lah lauk pauk yang kak Maya masak untuk tengahari ni..spesel!


Yang paling istimewa nya ialah this lauk - PARPU TELUR ALA PENANG BERSAMA BATANG MENUNGAI..(betui kaa eja menungai macam tu..??)aku tak biasa makan lauk ni..basically this is kacang dal..istilah parpu tu merujuk kepada kacang dal..resepi parpu telur(pehhhhh siap kasi resepi beb..):

Rebus dal bersama 3 cawan air hingga empuk didalam periuk. Masukkan ubi kentang. Setelah empuk masukkan kunyit. Kemudian masukkan santan. Setelah mengelegak pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biar telur masak. Masukkan tomato dan asingkan. Kemudian masukkan minyak didalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan cili kering, bunga lawang dan kayu manis. Goreng sehingga kuning. Selepas itu masukkan kedalam dal tadi dan gaul. Sedia untuk dihidangkan. 
 -resepi dari mesra.net



Yang ni pun first time aku makan..Cili kering yang dimasinkan,terung kering yang dimasinkan..goreng garing garing dan dimakan bersama parpu telur tadi..mulanya aku rasa pelik..depa kata makan ni sebagai penaik rasa..nampak pelik tapi bila aku makan kinda like the combination of this cili kering masin dan parpu..masukk lah senang kata..Good experience untuk orang yang suka makan macam aku ni..sedap!!


Tak cukup dengan nasik ada agar agar kegemaran mad Noor pulak!


asri,anak bongsu abang mad Noor dan kak Maya..


Abang Mad Noor,Terima kasih banyak banyak sebab jemput makan tengahari..sempat solat zohor berjemaah sama sama lagi di rumah dia..Alhamdulillah.kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi kalau ada umur yang panjang boleh la kita berjumpa lagi..abang mad Noor ni orang politik..so banyak info info dia taw..nice to meet you and your family!!(Norma ada bagi fridge magnet sebagai kenang kenangan..Tq!!)


Dari sg.Nibong kami bergerak pulang ke seberang..masa ni dah dekat pukul 3pm..diorang nak balik ke Kuala Lumpur lagi petang ni..Azuan minta nak singgah rumah aku dulu untuk berehat dan tidor sekejap sebelum memulakan perjalanan..cuaca pulak hujan macam ni lagi lah sedap kalau tidor kan..


Dalam pukul 5.30 pm diorang bergerak dari rumah aku menuju ke Kuala Lumpur..maka tamatlah kisah percutian 3 hari 2 malam mereka di Pulau Mutiara ni..semoga ikatan Ukhuwah yang terbina antar akita semua tak akan terputus begitu saja nanti..ada masa datang lah lagi..aku nak buat BBQ pulak kat depan halaman rumah yang luas tu.kalau korang ada mesti lagi meriah..Kepoada semua Geng Trip Perhentian Island,Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk menjayakan agenda trip kali ini..banyak tempat jugak kita dah kaver kat penang ni..ada banyak lagi places yang menarik tapi masa pulak tak mengizinkan..Mee Udang pun tak sempat nak makan..lain kali ya.Glad that Korang sampai KL dengan selamatnya!

*fuhhhhh.lega.entri Trip Penang kali ni dah selesai..tapi banyak lagi Entri duk que..adehhhh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails