Sempena cuti Deepavali aku balik ke kampung halaman seketika..Lebuhraya Pantai Timur amatlah lengang..siap boleh baring atas jalan..aku masih ingat last month masa balik cuti Raya haji..jammed bukan main lagi LPT..8 jam baru sampai KL..Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan kali ini..Ramai orang dah bercuti awal sebab Deepavali berselang seli dengan cuti awal Muharram.
Sampai Kemaman aku terus cari satar..lama tak merasa makan satar..tapi tempat satar aku beli ni tak berapa sedap..pedas gila sebab cili padinya seketul seketul diorang letak..lepas ni tak mau beli dah kat makcik ni.
Keropok lekor pun aku beli kat tenmpat yang sama..tak berapa menjadi jugak..aku beli sebab macan kesian kat makcik tepi jalan tu taker orang nak singgah..now i know why takder orang menyinggah kat makcik tu..memang tak berapa sedap.selesai beli keropok lekor terus aku ke pejabat agama ada urisan nak diselesaikan then terus balik ke rumah..
Sampai Rumah adik da dan Zul ada..lama tak jumpa diorang..lama tak jumpa Shifa dan Solehah..Alhamdulillah dapat bertemu jugak walaupun seketika cuma sebab diorang dah siap siap nak balik ke Terengganu.
Kak Ija pun ada..anak murid dia siap datang rumah sebab nak makan tengahari
Selamat jalan shifa dan solehah!!nanti kita jumpa lagi ya
Dah sampai Kemasek, Ganu kita kena lah makan ikan singgang..lauk faveret mak dulu kini dan selamanya..makan Ikan Singgang, Ikan Goreng ngan Budu memang perghhh..takleh lawan lah lauk lain.lauk macam ni jer pun boleh buat aku bertambah nasik dua tiga kali..bila balik kampung susah sikit nak pantang makan. sebab bukan selalu pun balik. Penat mak masak..tak baik tak makan.
Sempat lah bawak mak ke Kemaman bayar Cukai pintu..then terus ke Hospital kemaman sebab nak ubah tarikh temujanji mak ke tarikh lain..Masuk Hospital Kemaman banyak kenangan menjelma..dulu duk bawak ayah buat hemodialisis kat sini..tak apa lah..kenangan lalu untuk dikenang semoga menjadi kenangan manis buat kami semua.Mak sekarang pun duk ken abuat check up selalu..sebab dalam buah pinggang mak ada Cys..aku pun tak tahu camana kondisi sebenar tapi sekarang doktor duk pantau lah..ya Allah kau panjang kan lah umur ibu ku..dan sejahtera kan lah kesihatan ibuku..Ameen.
Dari Hospital ke Pantai selamat kejap cari barang barang dapur..then beli buah sikit di Pasar Kemaman..Mahal buah kat Kemaman ni..kalau kat Chow Kit lagi murah..beli buah macam ni memang teringat sangat pada arwah ayah..arwah ayah memang suka makan buah..Al-Fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh arwah ayah.
Time makan malam aku rasa nak buat nasi Goreng..lama dah aku tak masuk dapur sebenarnya..sekali sekala goreng nasik..masa ni kat Rumah abang jalee dan keluarganya ada..Kak Ina pun ada baru sampai dari Dungun. Meriah la jugak dengan kerenah anak anak sedara yang makin membesar..
Mak duk buat Cekodok Pisang..Mimi yang goreng..sedap cekodok tapi aku takut nak makan banyak..Minyak banyak tu..kena serap ngan tisu bebetul baru berani nak makan..sambil makan sambil lah sembang sembang terutamanya hal mendirikan masjid..banyak perkara nak kena setelkan.
Abdul Qayyum yang comel!!
kak Ina ada buat majlis naik rumah pada 16 November nanti..Maaf kak Ina saya tak dapat nak hadirkan diri..Penang Bridge International Marathon hujung minggu ni..so tak ke mana lah..just tunggu kak tie dan kawan kawan datang bertandang ke rumah..malam ni tidur lewat juga..bersembang dan akhirnya sama sama tidur di ruang tamu bersama mak dan mimi..