Followers

Showing posts with label chow kit. Show all posts
Showing posts with label chow kit. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

HUJUNG MINGGU YANG BARU SAHAJA BERMULA..

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Aku baru sampai KL jam 6am..saja naik bas dari Penang pukul 2am malam tadi..masuk dalam bas terus tertidor sedar sedar dah sampai Puduraya..dari Pudu Sentral aku jalan kaki ke Masjid Jamek solat subuh dulu..Then beli sarapan pagi tepi masjid jamek dan naik teksi ke Hospital Kuala Lumpur.Target aku pagi ni nak sarapan pagi sama sama ngan ayah dan mak.



Sampai kat wad ayah dekat pukul 7am..aku tak bagitau pun diorang aku nak datang.since ayah duk wad yaang sorang sorang so aku tak kisah sangat nak datang bila bila masa pun.memang kalau ikut peraturan tak boleh tapi pandai pandai lah korang nak hidup.kalau nak ikut semua peraturan ciptaan manusia ni macam macam tak boleh..aku beli nasik lemak kerang dan sotong.ada lah beli kuih sikit..terus siap siap sarapan pagi sama sama..Lepas sarapan aku tidur sekejap.hehe.mengantuk..hari ni ayah akan buat hemodialisis so dalam jam 6 petang baru siap.Terjaga dari tidur Kak Ija dah sampai bawak nasik goreng..so makan lah dulu sikit nasi Goreng yang kak Ija goreng tu..sedap lah kak!


sementara ayah tengah buat hemodialisis aku keluar kejap ke The Curve Damansara..thanks a lot to Izman dan Bach sebab fetch me kat HKL untuk collect racekit sama sama.Racekit untuk Half Marathon Brooks pagi esok..nasib baik orang tak ramai..tapi agak sedih tengok kualiti vest untuk run..sangat nipis..yang penang bridge tahun lepas lagi tebal..takpaa lah.syukur dengan apa yang ada..Aku Jumpa jugak buat kali pertamanya ngan Zarul, Gengkakilari members..kitorang lepak minum kat Foodcourt IPC sambil sembang.ehh bukan minum saja siap makan nasik ayam kononnya carbo load.tapi seriyes nasik ayam simple kat Foodcourt IPC tu sangat sedap!after that Bach dan Izman hantar aku semula ke HKL.Thanks guys!


Sampai kat HKLpetang tu ajk Kak Ija dan mak jenjalan kat Chow Kit..Jalan kaki sahaja..weekend kali ni aku malas nak drive.bukan apa,penat..naik bas lagi rileks.save duit pun ya..tak larat lah kalau tiap minggu nak drive.lagipun sekadar dua hari naik bas sajalah..


Hospital Kuala Lumpur..'Rumah' baru kami..


Aku belum cerita lagi pasal mak jatuh kat tengh jalan minggu lepas..masa tu mak ke Pasar Chow Kit sorang sorang sebab nak belikan buah dan telur ayam kampung untuk ayah.masa nak melintas jalan mak berlari lari anak tapi terpijak jubah dan tersembam atas jalan raya..anak panah kuning tu aku tunjuk lebih kurang tempat mak jatuh..betul betul tengah jalan and nobody cares..Alhamdulillah takder kereta yang laju masa tu..Pipi mak bengkak,Lutut bengkak dan bibir berdarah..seriously sangat risau masa dengar Kak Tie beritahu..terus aku call mak dan warning dia lain kali jangan duk berani nak ke Pasar Chow Kit tu sorang sorang..dah la kawasan tu agak bahaya..lepas ni tunggu kami anak anak ada baru bawak dia..


fobia nak melintas jalan.hehehee


Ayah duk pesan suruh beli buah mangga.ayah memang macam ni lah dari dulu, buah buahan ni sangat lah dia gemar.aku tak lah menurun sifat dia yang suka makan bua..bab bab makan buah ni aku kurang sikit..makan gitu gitu jer.kalau ada,makan.kalau tak ada tak rasa nak cari pun..lagipun buah kat Chow Kit ni murah murah.Murah sebab banyak saingan.


just beli buah mangga sahaja.Buah lain mak tak beli.


tengok ulam ulaman ni semua macam sedap..pehhhhh..


ni aku ngan mak kat Gerai ABC Malinja.gerai ABC yang ayah suka..sejak duk kat HKL ni ABC ni dah macam minuman wajib.tak lah dia minum banyak..sekadar nak rasa jer tapi kena ada lah.Kak Tie lah yang selalu beli kat ayah..tapi hari ni dia duk pi main Paintball kat Putrajaya tu yang tak dapat jalan sama sama ngan kitorang.Beli dua bungkus ABC..boleh lah kitorang makan skali nanti..Hujan turun masa ni..nasib baik tak lebat dan lepas hujan berhenti baru kitorang gerak ke HKL semula.jalan kaki saja.nak naik teksi mak tak nak.dia nak exercise katanya.


Sampai kat wad ayah di HKL tengok ada makanan banyak..rupanya Mak Pah dan anak dia baru jer balik dari lawat ayah.kami terlewat sikit kalau tak boleh jumpa..tetamu datang bawak nasi padang dari Restoran Sari Ratu..so terus la kitorang siap siap makanan dan makan sama sama..Murah rezeki duk kat HKL ni.makanan tak pernah putus..Syukur Alhamdulillah.


Es teller..paduan isi kelapa,avocado,nangka dan bijik sagu.sedap!!


Lepas makan just sembang sembang ngan mak..sambil tunggu kak Tie sampai..lewat pulak dia sampai di HKL hari ni..duk beraktiviti sakan sangat di Putrajaya..Ayah harini nampak sangat keletihan.bisalah..lepas Hemodialisis memang macam tu.Ayah akan penat dan pening pening kepala sikit..Hopefully ayah boleh tidur lah malam ni..tekanan darah ayah dah stabil buat masa sekarang..Alhamdulillah..


Tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya kak tie sampai HKL..dia makan dulu apa makanan yang ada then kami beransur untuk pulang..esok pagi nak berlari 21KM ni di stadium bukit Jalil starting pinnya so memang memerlukan rehat..masa ni dah dekat jam 10pm..so goodbye mama dan papa..esok pulak kami datang ya!!


Dari HKL tak singgah mana mana dah straight away balik rumah kak tie jer..kak tie pun join Half Marathon Brooks esok..Racekitnya aku dah toong ambikkan tadi di The Curve..tengah tengah malam macam ni boleh pulak aku lapar lagik.mintak kak Ija buat kan kueytiow Tomyam.hehee..thanks kakak!love you lah!agaknya tu carbo load terakhir before nak berlari esok pagi..Nervous jugak tapi just do it lah!insya Allah i can do it..

*ok now aku nak tidor..wish me luck untuk Brooks Half Marathon(21KM) esok pagi!nak kena bangun pukul 4 pagi sebab flag off jam 5.30am..jangan tak terjaga sudah..Goodnight!assalamualaikum.

Monday, January 30, 2012

TERJUMPA USTAZ AZHAR IDRUS DI PASAR CHOW KIT!!

Kan best kalau tiap tiap hari adalah hari Ahad.

Ahad maksudnya bercuti  je lah kerjanya.tak perlu nak masuk Opis macam hari ni..Monday blues sangat..Alhamdulillah selamat sampai malam tadi ke Penang dari Kuala Lumpur..actually hujung minggu yang baru saja berlalu aku spend di KL lagi memandangkan Ayah masih berada di Wad Nefrologi di HKL..dan kebetulan tarikh 28 January 2012 aku dah book untuk buat White Water Rafting di Kuala Kubu Selangor.

Seriously sangat teruja lepas dapat buat white water Rafting di KKB!!memang lagi best dari Sungai Kiulu Kota Kinabalu yang aku dah try ber water rafting kat sana pada May 2011..Berbaloi lah harga RM165 untuk seorang sekali lunch di KKB..Ada kesempatan nanti aku share kan dengan korang pasal White Water Rafting di KKB..Banyak gambar gambar mebarik untuk dikongsi..sakit sakit badan pulak hari ni sebab dua tiga kali jugak aku terjatuh dalam air..More details dalam entri kemudiannya ya.


Nak cerita pasal pagi semalam.

Aku macam biasa lah, bermalam kat wad ayah jer teman mak..Faiz pun ada sekali tidor satu malam di wad ayah sebelum dia balik ke Nilai Semula..Pagi pagi lagi kami dah bangun dan solat subuh..lepas solat subuh duk baca kitab Hikam dengan Mak dapat dua tiga topik then Ayah suruh pi cari sarapan pagi di Pasar Chow Kit..Kali ni aku tak bawak kereta turun KL..so aku,mak dan Faiz menapak je lah dari HKL menuju ke Chow kit..exercise di pagi hari..


Sampai di Chow kit ternampak sekumpulan manusia..


Rupanya kumpulan USTAZ AZHAR IDRUS..ok ni kali pertama aku nampak Ustaz Azhar Idrus secara Live..Biasa dengar ceramah agama dia sahaj di You Tube ataupun vcd ceramahnya..Kebetulan duk bersembang dengan mak pasal Ustza Azhar, tetiba masa mak beli kuih aku ngan Faiz perasan Ustaz Azhar duk tengah ambik gambar peniaga di pasar Chow Kit ni..Panjang umur dia..


Ustaz Azhar sekarang ni memang menjadi sebutan ramai kerana cara dia beri ceramah yang tak terlalu serius, ada jer lawak diselitkan tapi tetap memberi penekanan dalam menyuruh umat islam mengikut syariat islam yang sebenarnya.Aku mula mula tahu pasal Ustaz Azhar pun sebab dengar CD dalam kereta Abang Shuk..sejak daripada aku dengar tu yang aku terus berminat untuk dengar ceramah ceramah dia..selalu tengok kat Youtube..masa di Pasar Chow Kit ni Sham Kamikaze pun ada..Alhamdulillah aku tengok ramai jugak artis yang dah nak berubah dan ikut kembali pada ajaran islam yang sebenarnya..Hidayah itu milik Allah.


Konpem tak lepaskan peluang untuk ambik gambar ngan Ustaz Azhar..kalau nak tahu Biodata Ustaz Azhar boleh rujuk link ni. Suka tengok kamera yang dia pakai tu..UAI memang suka ambik gambar dan gambar gambar dia ada di studio digital Mukmin. Malam tadi dia ada ceramah di Masjid Sultan Salehuddin Shah Alam..elok lah tu, bertanding antara ceramah agama dan Anugerah Juara Lagu..Alhamdulillah aku dengar ramai yang pergi ceramah tu..Pilihlah jalan yang mampu membawa anda semua ke syurga..Alhamdulillah walaupun aku tak berpeluang lagi untuk hadir ceramah ustaz Azhar secara live dapat jumpa macam ni pun dah cukup baik..selamat maju jaya Ustaz!semoga Allah terus mmeberkati usaha anda dalam menarik minat orang ramai terutamanya golongan muda untuk lebih mencintai agama Allah dan para RasulNya.


Lepas dah beli makanna dan apa yang patut di Pasar Chow kit jalan kaki balik menuju ke Hospital..Nak naik teksi tapi mak kata berjalan sahaja lah.aku ok kalau berjalan cuma kesian kat mak..memang la tak jauh Hospital ngan Chow Kit tapi berpeluh jugak lah..Sampai Hospital makan apa yang patut and then aku keluar pi plaza Low Yat sekejap sebab abang zalee mintak tolong aku belikan hard Disk 500GB..Harga Hard Disk sekarang quite mahal since Thailand Banjir so supply kurang..tu yang harga naik.500GB pun harga RM245..Biasa RM190 je..


Balik dari Plaza Low Yat Kak Tie dah ada di Wad ayah..so duduk sembang sembang sementara aku menunggu waktu untuk pulang ke Penang..Masa nak balik ayah kata nak turun ambik angin kat bawah..ye lah, bila dah sebulan asyik terperap kat bilik mana nak tahan..aku faham perasaan ayah..tapi nak buat macam mana..prosedur di wad pesakit yang ada tak boleh keluar..


Mak dan ayah, dont worry minggu depan kita akan jumpa lagi..Hujung minggu depan saya turun KL lagi sebab ada cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam..so boleh la spend masa di KL bersama kalian..Penang ngan KL pun bukan jauh mana sangat..4 jam perjalanan..Jaga diri ya Mak dan Ayah.saya sayangkan kalian berdua..Semoga dapat lah ayah cepat keluar dari wad..Insya Allah.

*Dari HKL aku terus ke Puduraya dan ambik bas untuk ke Penang..Alhamdulillah sampai awal jam 12 tengah malam tadi dah sampai Penang.so sempat lah berehat sebelum ke tempat kerja..

"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (Surah al-Isra': 23-24)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails