Showing posts with label talam. Show all posts
Showing posts with label talam. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Talam Roti Lapis Coklat

 Assalamualaikum semua

Nyaris akak tidak dapat bersiaran hari ini gara2 card reader akak buat hal lagi..Ganas sangat bak kata mr hubby..suka letak merata2...kikiki
Alhamdulillah bertemu kita lagi di pagi selasa ni..Cuaca pun nampak cantik je di luar sana.tak macam semalam,asyik mendung je..Tapi seronok lah bagi sesiapa yang berpuasa sunat tu kan?.
Semalam akak buat talam lapis roti ni.Itu pun setelah terpandangkan post ayu di fb..Memang akak dah rancang nak buat sesuatu yg berkaitan dgn roti gara2 roti  yang sudah menemui tarikh luputnya semalam..Asal mulanya akak nak buat kastad cipon dari dapur Nor@SGN67 tapi bila ayu postkan resepi talam yang beliau ambik dari dapur k1 ni terus tanpa berlengah akak bancuh.Suatu kebetulan semua bahan ada dalam rumah..
TerimaKaseh pada k1 atas resepinya dan ayu yang bagi idea ini..


Talam Roti Lapis Coklat
by
anymz mykichen
Resepi:Kak Wan

Bahan2

4 keping roti sandwich-buang tepi,siat kecil + rendam dgn 100 ml air.
50 gm gula pasir-akak guna 80 gm
1/4 st garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 tepung sagu
1 st coklat emulco

Acuan lompang  (10-12 biji)


Cara

1-Masukkan roti ke dalam pengisar.Ketepikan
2-Satukan air,santan,gula dan garam,masak hingga gula larut.Biarkan suam.
Masukkan tepung beras dan tepung sagu.Gaul rata.
3_Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4-Bahagi kepada dua bahagian,satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
5-Tuang warna asal,kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
6-Tanpa mangangkat dari pengukus,tuang adunan coklat ke ataslapisan bawah tadi.
Lap tutp pengukus dan kukus selama 10-15 min dengan api sederhana hingga masak


Wednesday, 19 October 2011

Talam Ubi Keledek 11

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kita bertemu di petang Rabu yang agak indah ini..Agak indah?..Ya tempat akak baru saja reda dari hujan dan sudah tentu cuaca agak lembab dan sejuk di sini..Sepatutnya sejuk2 begini makan lah benda yang panas2 kan?Nak buat macam mana dah dari semalam plan nak buat talam keledek ni.Memang sudah tidak dapat di elakkan lagi..

Keledek akak ni bewarna oren.Pemberian dari adik akak yang berkunjung ke Cameron Highland baru2 ni..Akak tak tau nak buat apa dgn keledek oren.Nak google resepi pun terasa agak malas malah memang malas sangat2 sekarang ni,jadi,akak ambik je lah resepi yang sedia ada dlm dapur akak ni aje.
Pernah post resepi ni kat SINI dulu kali ni akak keluarkan semula.Dah lama juga tak menalam ni kan?..Teringin gak nak buat karipap versi Tun Telani tu tetapi belum ada kesempatan lagi.Lagi pun rasa2nya akak belum pernah lagi post resepi berkaitan karipap dan sebagainya..Takpe lain kali kita buat ya..
Hari ni kita layan dulu talam keledek yang sudah tentu lemak lagi berkrim...
Haiippp...agak2 kalau mek Ampang banyak songeh tu kan,senang sumbat je dgn talam ni kan?..



Talam Ubi Keledek11
by
source:majalah saji



bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - kali ni akak guna keledek oren
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak,
akak letak sedikit pewarna oren

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air

2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.

Saturday, 30 July 2011

Talam Keladi

Assalamualaikum semua

Dan selamat petang buat semua pengunjung2 mykitchen.
Alhamdulillah pertama kali akak dapat bertentang mata dengan Anie Nagoya dari blog Love.Oh Lupa nak bagi tau,minggu ini rumah akak di kunjungi oleh seorang lagi blogger dari bumi Nippon.Kebetulan anie ada kerja di Mesia..sekolah di Jepun sedang bercuti jadi dapatlah anie sekeluarga pulang ke Malaysia.

Seronok berborak dgn anie yang lincah dan becok cam akak..Mula2 risau gak takot tak dpt menyesuaikan diri.maklum lah anie dan akak jarang bertegur sapa baik di blog maupun di fb tapi bila tiba2 anie inbox kata nak jumpa,alhamdulillah kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan dan anie juga berjanji jika dgn izin Allah swt raya nanti beliau akan bertandang bersama dgn ibubapa dan keluarganya sekali..Syukur ke hadrat mu illahi semakin bertambah saudara2 baru semenjak berblogging ni..Jika ada rakan taulan di sini yang ingin dtg masa hari raya nanti,silalah ya...

Talam keladi ni akak buat pagi tadi.
Masa sedang sibuk menalam akak mendapat perkhabaran berita yang tidak enak dari adik ipar akak..Tiba2 keluarganya di timpa berita yang menyedihkan.Nyaris2 akak batalkan pertemuan dgn anie.mujur en somi memahami..Di suruhnya akak sambut tetamu dan hanya en somi saja yang melawat adik ipar..
Akak pun terus menalam bila en somi berkata begitu.
Bila setengah jam dah berlalu akak buka penutup pengukus tengok bahagian atas talam tak masak2 rupa2nya akak terlupa letak tepung beras..aduuuuuuuuuuh..terpaksa keluarkan sedikit masukkan ke dalam blender dan masukan tepung lepas tu tuang semula ke atas bahagian keladi.Akibatnya lihatlah tu..capuk2 bahagian atas tu kan..Apa2 pun tengok anie makan berselera sungguh..
TerimaKasih Yatie..Resepi ni akak ambik dari sana..memang sedap talam keladi dari dapur yatie ni.


Talam Keladi
by
anymz mykitchen


Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi

Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya

  1. .
hah ambik nampak tak capuk2 putih tu?

Tips
> buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih
.

Thursday, 14 July 2011

Talam Sekoteng

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua

Baru malam ni akak dapat bersiaran kembali.
Pagi tadi agak sibuk sedikit dengan anak2 mengadakan hari kantin dan acara majlis penyampaian hadiah di sekolah.
Malam ni kita jamu mata dengan talam sekoteng yang akak ambik resepi dari rumah Yatie.
Asal usul resepi dari Chef Asma tapi hasil sekodeng Yatie dari rumah AlongRoz dan Kak Am dapat lah kita panjang2 kan di sini pula.Akak menggunakan sekoteng hasil hadiah orang Penang yang datang berkunjung ke Telapak akak baru2 ini..menurut beliau sekoteng amat mudah di dapati di Melaka,.Banyak katanya..owhhhh!..Akak belum merayau lagi ke sana.Kalau ada pasti akak beli dan jadi supplier sekoteng pulak lepas ni..muhahaha...

Talam Sekoteng
by
anymz mykitchen
Source:Yatie



LAPISAN BAWAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • (Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)* yatie guna 50gm cha cha, rebus hingga empuk dan toskan
(*)
  • 150g tepung beras
  • 250ml santan pekat
  • 450ml air
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)
  • 150g gula castor
  • 1tsp garam
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
  2. Masukkan sekoteng/cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur)
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit

Thursday, 23 June 2011

Talam Nangka

Assalamualaikum semua

Semalam akak melompang,hari ni akak menalam pulak ya..tapi kali ni kita menalam dalam acuan agar2 pulak..tak suka menalam dalam loyang sebab leceh nak potong2.kalau letak dlm acuan gaya gini senang anak2 nak ngap sorang satu.
Alhamdulillah anak2 suka dengan talam nangka ni..masa tengah mengukus tu wangi betul bau nya,mula2 takut gak nak makan talam nangka ni..mana tau boleh hangin pulak satu badan kan..alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku..
Talam ni dah lama berada di pasaran cuma akak je yang baru nak terkedek2 merasa kenikmatan talam nangka..kalau nak tengok kejadian yang lebih sempurna silalah ke rumah yatie ya..ratu talam kita tu..akak buat biasa2 je.
Hari ni cameraman ada penyakit 'm'.sebab tu gambar tu dok elok diam cenggitu je..terlupa nak terbalikkan talam tu biar org tengok isi nangka nya...hehe


Talam Nangka
by
anymz mykitchen
source:yatiememories



Bahan-bahan la
pisan bawah
  • 1 cawan nangka- di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam



Cara menyediakan lapisan bawah.

  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

Friday, 27 May 2011

Talam Sagu Berlapis

Assalamualaikum
Hari ini terlewat akak bersiaran.
Sibuk di dapur sebab ada projek yang nak di jalankan hujung minggu ini.
Sepatutnya akak masukkan entri ini dua hari lepas..tapi sampai hari ini akak tak tau kenapa hanya gambar yang satu ketul ni aje yg dapat di upload..entah di mana silapnya akak tak tau lah..Gambar yang ini pun ambil masa dekat sejam baru dapat.. hadoii!! ... loteh den.nak ambil gambar sekali lagi kueh nya pulak dah tak ada..internet bermasalah ke?...tak tau lah ek..?

Dah ramai yg buat talam ni.sedap kan?..
Terima kaseh kak wan dan yatie atas resepi talam yang sedap ni..tak sempat akak nak BW..lagi.insyaAllah mlm2 ni kalau ada masa akak jln2 ke rumah u all semua eh..mmmmuuuaaahhhh


Talam Sagu Berlapis
by
anymz mykitchen
Source:YATIE
source:KAK WAN


Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi


Cara

  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Wednesday, 25 May 2011

Talam Terang Bulan

Assalamualaikum

Unik,Cantik dan Sedap...itulah tajuk yang terdapat dalam majalah saji keluaran Ogos 2006.
Akak teringin sangat nak tau bagaimana rasanya kuih talam ni..tgk dlm majalah tu,ala2 kueh bakul yang dihidangkan masa Thn Baru Cina tapi tengok yang kaler hijau tu di buat dari pulut pulak..aaaahhhh!..baik ku cuba..kata akak dlm hati.kebetulan semua bahan2 ada dlm rumah
Hasilnya memang sedaaaaaaaaaap...tapiiiiiiiiiiiiii...adeh lemaknyaaaaaaaa ..lepas makan rasa masa tu jugak nak pusing padang 10 round.
Nampak cam leceh je nak buat pada mulanya,..mula2 kukus pulut lepas tu keluarkan pulut masukan ke dalam acuan yang lebih kecik.akak guna acuan cupcake aluminium foil tu je.ekceli takde lah susah mana sgt pun kalau korang ada banyak masa..dan untuk merasa satu kelainan eloklah di cuba talam ni..tak rugi dan tak menyesal..


Talam terang Bulan
by
anymz mykitchen
Source:majalah saji


bahan A

300 gm beras pulut (rendam 3 jam dan bubuhkan pewarna hijau)
100 ml santan pekat
200 ml air
1 sk garam

bahan B

130 gm gula
40 gm tepung kastad
150 ml santan
200 ml air
2 biji telur
1/4 sk air abu
1/4 sk garam

bahan C

mentega kacang


Cara

Beras pulut yang di rendam di toskan terlebih dahulu.
Kemudian satukan bahan A (beras pulut,air,santan dan garam) dan kukus selama setengah jam.
Cara mengukus terserah kepada anda.Boleh di lapikkan dengan daun pisang ataupun di kukus dalam loyang.setelah pulut tanak,tuangkan ke dalam mangkuk kecil.Tekan agar ia padat.
Lubangkan bahagian tengah untuk di letakkan intinya.

Satukan pula bahan B,kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Kacau sehingga ia naik wap.
Tuangkan ke dalam pulut yang di lubangkan tadi dan letakkan mentega kacang di tengahnya.
Kukus selama 20 minit sehingga masak.
Angkat,biarkan sejuk dan hidangkan.

sepatutnya bahan2 B kena masak hingga naik wap.tapi akak tak buat.tu yang kaler putih tu.
sepatutnya warna perang.agaknya sebab tu lah peanut butter tu cam lidah terjelir je rupanya..

Saturday, 14 May 2011

Talam Mini Kacang

Assalamualaikum semua
Kembali kita bersiaran seperti biasa ya.Dah beberapa hari blogspot di landa tsunami..kecoh kita2 ni kan bila tak dapat bukak blog..dunia jadi sunyi sepi.bukan apa kita semua sudah biasa di hadapkan dgn rutin yang sama setiap pagi atau pun petang.

Kali ini akak buat kueh talam kacang hijau versi derhaka..minta mahap pada yatie puan punya resepi.tak derhaka kaw2 pun..sikit2 je..kali ni akak tak buat kepala santan untuk talam ni..akak guna kacang hijau bahagian bawah tu aje..
guna acuan kueh lompang.
kalau nak yang ada kepala, resepi boleh tengok di sini ya


talam mini kacang
by
anymz mykitchen
source:Yatie


Bahan2

3 cawan santan
cair
1 1/2cawan gula pasir-jika tak suka manis boleh kurangkan jadi 1 cawan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
secubit garam
1 cawan kacang hijau-di rebus hingga empuk (separuh akak mesin separuh halus)
sedikit pewarna hijau

Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau.kacau rata.Tapiskan
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

sedap.

Monday, 9 May 2011

Talam Kacang Merah

Assalamualaikum semua
Sehat?.Ceria2 semuanya?...hah dah soklan akak cenggitu rupa mesti lah akak sedang ceria2 kan..entah apa yang di ceriakan tak tau lah..gitu lah orang kalau umur dah dekat senja ni..suka2 hati je nak ceria,pastu suka2 hati je nak bermuram durja..wakaka...
Akak buat kueh talam ni semalam hasil skodeng rumah nieza yang sekarang ini sedang menunaikan fardhu umrah bersama kaum keluarganya di tanah suci makkah.semoga nieza selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat umrah yang mabrur.insyaAllah..
sila lah menjamu mata dan selera ya..mahap lah ya,bahagian kepala santannya tu ciput je.nanti2 bila korang buat,buatlah dgn cantik dan sempurna ya..akak cuma nak ajak korang share resepi kueh talam yang cukup enak di buat sebagai minum petang atau sebagai hidangan jamuan,buat dalam acuan lompang sebab talam ni agak lembut dan sangat sesuai di kukus menggunakan acuan kueh lompang..

Talam Kacang Merah
by
anymz mykitchen
source:Nieza

Bahan-bahan
Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit] yg ni saya tukar dan saya gunakan kacang merah yg kering tu direndam semalaman kemudian direbus dan diblender halus
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/jagung/tepung kanji
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah



Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Tuesday, 19 April 2011

Talam Sagu

Assalamualaikum semua
Cuaca sejuk kat bumi nismilan hari nih..orang sejuk akak dok makan benda sejuk2..mana lah hakak nak tau nak hujan hari ni kan?...semalam paneh berdentung..tu yang plan buat sagu ni hari ni..
Resepi kueh talam ni akak jumpa dalam buku kompilasi kueh talam selenggaraan noorshawati che Razali dari abad 21.tapi ada yang akak tokok tambah sana sini sinun.

Eh!tapi nape nampak sagu tu ada sebutir2 kaler putih ek?,..tak cukup kembang ke sagunya tu?..walau apa pun talam sagu ni memang sedap..akak tengok en somi tu ambik seketul2 terus ngappp masuk mulot..anak dara bongsu pun kata sedap..susah nak dengar diorang suka kat kueh talam ni..kali ni alhamdulillah dah tinggal suku loyang je tu..


Talam Sagu
by
anymz mykitchen




bahan2 Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


bahan2 Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

Monday, 7 March 2011

Kuih Talam Kacang Hijau lagi??



Assalamualaikum semua
Haha..jgn terperanjat tengok kak anim post resepi yang sama dalam masa yang tak sampai seminggu..ini semua gara2 kes akak tak puas hati sebab akak terlupa nak letak pewarna hijau dalam adunan bawah kuih talam kacang hijau ni tempoh hari..
Dan hari ni di sebabkan akak akan ke rumah ibu mertuaku maka akak ulang buat kueh talam ni dengan hati yang penuh bangga kerana akak menjadi menantu mithali dengan membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah MIL..hahaha..sila jangan menyampah dgn statement ini ya..tapi akak ubah sikit dgn masukan adunan ni ke dalam acuan lompang.buat izahdaut,jgn lupa sapu acuan dgn minyak dulu dan tunggu biar sejuk barulah keluarkan kueh ini dari acuannya..
bila letak dalam acuan lompang macam ni baru lah terliur anak2 akak tengok..


kueh talam kacang hijau
by anymz mykitchen
source YATIE
Bahan Lapisan Bawah:

*3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.


Bahan Lapisan Atas:


*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.

Friday, 4 March 2011

Kuih Talam Kacang Hijau

Assalamualaikum
Hah!!!!..ini lah padahnya bila tak tengok dan tak baca resepi tu betul2..habis tu bila org buat elok cantik ko compare lah dgn ko punya..apesal yatie buat elok je cantik hijau aku punya awat pucat je kaler dia..huhu..rupa2nya akak terlupa letak pewarna hijau..akak dah agak dah...masa dok blend kacang hijau tu hati dok berkata2,eh letak kaler ke tidak ,letak kaler ke tidak.kesudahannya akak terlupa terus..jadi beginilah rupanya talam kacang hijau akak pucat lesi tak bermaya..tapi rasa dia memang sedap..sesuai untuk kita buat sebagai buah tangan untuk majlis2 kenduri kawin ke,doa selamat ke...mekaseh yatie atas resepi yang enak ini..akak suka sebab tak lama lagi cuti sekolah..bila dah cuti tu faham2 je lah kan..banyak lah undangan walimatulurus dan kenduri2 cukur jambul dan tk lupa jugak kenduri doa selamat untuk menunaikan umrah..



kuih talam kacang hijau
by anymz mykitchen
source:YATIE


Bahan Lapisan Bawah:

*3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

Bahan Lapisan Atas:

*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.

lapisan atas ni jadi nipis pulak..hadoi!!..tak kisahlah
janji en somi suka..


Friday, 11 February 2011

Talam Ubi Keledek

Assalamualaikum semua...
Maaf ya akak belum sempat lagi nak balas komen2 dari adik2 dan rakan2 sekelian..
Ada beberapa perkara yang perlu akak harungi semalam..nanti bila ada masa akak story mory ya..terima kasih pada yg mendoakan kesihatan FIL akak..beliau masih lagi menuggu giliran untuk di bedah..
malam ni ada majlis di surau kat tempat akak.kueh ni untuk di jadikan buah tangan ke surau mlm ni..maklum anak2 kalau bab talam ni agak kurang sikit.kita kata lah sedap macam mana pun adalah seketul dua diorang jamah.itu pun mungkin sebab nak ambik hati maknya..hehe
Terjumpa kueh ni kat majalah saji dah lama..baru hari ni berkempatan membuatnya..senang dan sedap kueh ni..harum je masa mengukus tadi..harum bau lemak santan...tapi akak boleh rasa seketul je sebab akak masih dalam proses berpantang...pantang apa??....tungguuuu nanti akak bagi tau...sabau le izah oi......kekekeke


Talam Ubi Keledek
source majalah saji



bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.


letak dlm bekas2 kecil begini mudah untuk di jadi kan sebagai buah tangan



ambik sorang seketul terus ngapppppp...