Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Sambal Sotong

 Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi kepada semua pengunjung my kitchen hari ini.Apa khabar semua..
Dah beberapa hari ni akak dok tayang kek aje kan?..Takut jemu hari ini kita makan sotong pulak.
Mahal betul harga sotong sekarang ni..Tapi nak buat macam mana kan?Tekak nak makan.mahal tak mahal beli aje...Nasib baik la en suami rajin menghantar akak ke Kuala Sg Baru,Melaka.Dapat jugak la akak rembat sotong,udang,ikan jenahak...cukup la stok utk seminggu..
Minggu ni kena masak lauk pauk yg tak ada di kafetaria wazir.Jemu makan ayam katanya esp nasi ayam..
Jadi semalam mak masak le sambal sotong dan sup ikan jenahak....Sup ikan tak payah post kat sini lah ya..Lauk dah biasa tu.....
Meh tgk resepi simple dari my kitchen.Simple sangat2 dan resepi ni khas utk adik2 yang bergegas balik dari kerja dan terus menyingsing lengan memasak utk keluarga..^_^

Sambal Sotong
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 kg sotong size sederhana
20 tangkai cili kering
3  labu bawang besar-2 biji di potong bulat
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 cawan Minyak


Cara

Bersihkan sotng.
Buang kulit luar yang bewarna hitam
Belah dan kerat dua
Cuci bersih dan toskan airnya
Cili kering di rebus hingga kembang
Kisar cili bersama 1 biji bwg besar dan 3 ulas bawang putih
Panaskan minyak
Tumis cili hingga terbit minyak
Kacau dan masukkan sotong
Biarkan hingga mendidih
Kacau dan kecilkan api.
Masak dalam anggaran 15 min
Masukkan bawang yang di hiris bulat
Tutup api dan sedia utk di hidangkan...


Tuesday, 8 May 2012

Sambal Gesek + Bacang Muda

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu nak mintak maaf lah pada semua pengunjung mykitchen hari ni,sebab puan tanah kedaung malam2 tunjuk sambal..Ingatkan nak letak esok entri ni tapi memandangkan esok akak tak ada kat rumah jadi hanya malam inilah saja akak berkesempatan untuk update entri..
Apa khabar semua?..Hari ni akak makan sambal gesek belacan untuk lunch ..Malam?..malam ai tak makan sebab perut sudah kenyang makan cekodok petang tadi..ngeh ngeh.
Untuk pengetahuan semua sambal gesek ni cukup2 di kenali di nismilan sebagai sambal pembuka selera..Cilinya di gesek2 bersama ikan bilis dan bawang merah.tambah sedikit garam dan perah asam limau..perghhhhh...sedap tau...TAPI akak tak gesek..akak org pemalas..malas nak gesek malas nak tumbuk..(lesung batu tu berat sungguh)..jadi akak blender cili api,cili hidup menggunakan mesin pengisar kering..wallla..siappppp..cepat je tau..gaulkan dengan garam dan perah asam limau...sesiapa melintas kat depan ke kat belakang ke konpem akak buat tak tau..gasak le kalau org nak kata sombong bagai...gegege...
Meh kita tengok resepi

Sambal Gesek + Bacang Muda
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
5 biji cili hidup
8 biji cili api/padi
3 ulas bawang kecil
segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
sedikit garam
sedikit perahan air limau kasturi.

Cara

Bersihkan bacang muda.Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.ketepikan
Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender)
Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan
Masukkan garam
Kisar kasar.Jangan halus sangat nanti tak sedap
Ketepikan cili hidup
Kisar cili padi bersama bacang
Kisar kasar juga
Kemudian semua bahan di satukan bersama.
tambah garam jika perlu..
Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya..


*
sambal gesek ni merupakan lauk fav bangah..setiap kali dia balik ke rumah,,mesti merengek nak sambal gesek..Akak tak berapa rajin nak menumbuk bahan2,.. tu yang semua akak bedal blender je ..
Kalau rajin,seeloknya tumbuklah ya...^___________^

Friday, 24 February 2012

Sambal Jering

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu akak nak minta maaf pada pengunjung2 my kitchen di atas kelembapan akak meng'update' masakan2 terkini di sini..nak kata sibuk sangat tu tidaklah tapi sekarang ni masa lapang tu banyak terisi dgn perkara2 yang  di tuntut...menuntut ilmu tak kira usia kan?..apatah lagi di usia begini......:)
Dah lama berhajat nak buat sambal jering selepas akak di perkenalkan oleh mak sedara akak semasa berkunjung ke Gungzhou thn lepas.Ya mak sedara tu siap bawak bekal siap2..bukan setakat sambal jering ni aje,banyak lagi makanan lain yang di bawanya..Kesudahannya balik aje dari China tu hari terus berat badan ni takmo turun dah..Apa taknya cuaca sejuk di China masa tu..Kerja lain takde Asyik mengunyah je mulut ni..
Anak2 pun dah macam jatuh cinta dgn menu ni..siap Ainul kata..'ainul ingatkan ubi kentang tapi kenapa rasa dia lain macam?' mcam sedap pulak katanya..hehe
Serious !! en suami yang tak makan jering tu pun tertipu..Bila jering tua ni di rebus rasa dia sudah jadi lemak2 gitu..tak caya?..cubalah nanti...cam rasa biji cempedak pun ya jugak...



 Sambal Jering
by
anymz myitchen

Bahan2

1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2)
8 tangkai cili merah*
15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya*
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1/2 kiub pati ikan bilis
1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan
Minyak 
Garam
1 sk Gula

Cara

Jering di rebus hingga empuk
Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar
Toskan jering tadi-ketepikan
Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat dan ketepikan
Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil
Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak
Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula
Masukkan ikan bilis goreng dan jering
kacau hingga sebati
Angkat dan boleh lah di hidangkan.

Dah lama tak makan 
memang terangkat bila di hidangkan menu begini sekali sekala
sedapppppppp

Monday, 6 February 2012

Sambal Kupang

Assalamualaikum semua

Di N9 ni esok masih lagi cuti..Panjang betul cuti kali ni .sejak dari hari Jumaat kereta yang lalu lalang depan rumah ni memang agak sibuk sekali..Seriau tengok bila diorang memandu agak laju..
Tak tau nak cerita apa,sebab macam biasa hujung minggu di isi dgn majlis kawin2,kenduri kendara dan sambutan majlis maulidurRasul yang akak anggap the best among the best lah sambutannya kali ni..meriah sungguh2..tak mampu di ucapkan dengan kata2..biarlah suasana itu kami simpan dan jadikan kenangan yang paling indah dan semoga kita semua sentiasa di perakui sebagai umatnya hingga akhir hayat kita..insyaAllah amiiiiiiin
Akak buat menu sambal kupang ni tenghari tadi bila bangah balik ke rumah sempena cuti panjang ni..
Katanya...'mak nak makan sedap2....dah lama tak makan nasi dengan lauk yang betul2'...
Bayangkan selama ni dia makan apa ya di KL nun....mmmmmm.....anak..anak..macam2....
Sambal kupang memang fav bangah..simple je resepinya....


Sambal Kupang
by
anymz mykitchen

Bahan2

2 kg kupang-cuci bersih-ketepikan
20 tangkai cili kering *
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih *   
sedikit belacan jika suka*
sedikit halia*              
1 kiub pati ikan bilis
2 sk air asam jawa
garam
sedikit gula
minyak secukupnya

Cara

Kukus kupang hingga masak
dah masak ketepikan
Panaskan minyak
Tumis cili kering yang sudah di kisar bersama bawang besar,bawang putih,halia dan sedikit belacan
Tumis hingga terbit minyak dan wangi bau sambal
Masukkan garam,gula,kiub dan juga air asam jawa.
Biarkan mendidih
Masukan kupang dan gaul hingga sebati


sekali sekala makan seafood
garu2 belakang kira...hehe

Wednesday, 28 September 2011

Sos Kuah Tauhu Sumbat

Assalamualaikum semua

Selamat Pagi di ucapkan buat pengunjung2 my kitchen.
Akak sebenarnya pernah post resepi sos ni suatu ketika dulu.Di SINI,SINI dan juga di SINI.
Ingatkan tidak ada yang berminat sebab akak belum nampak lagi sesiapa yang mencuba resepi turun temurun dari keluarga akak ni..
Entah angau apa yang melanda si Izahdaut ni,tetiba menanyakan resepi sos pulak..
Hari tu dah post kan resepi tak reti2 ke nak mencari cik jah oiii..wakaka
Takpe lah, Izah punya pasal tambahan pula hari ni hari Rabu hari akak baik hati akak pun buat la sekali lagi entri ulangan tentang kuah sos tauhu sumbat ni.

Asal usul sos ni menggunakan cuka tetapi memandangkan arwah ayah akak tak boleh makan cuka maka arwah mak akak yakni isteri kesayangan arwah ayah pun terpaksa lah mereka cipta resepi utk memasamkan kuah sos tauhu/rojak nih.Tapi arwah mak akak pesan sebaik2nya gunakan sos tomato kimball sebab sos tomato maggi ada sedikit rasa masam,nanti korang terpaksa menggunakan gula yang banyak pulak..


Sos Kuah Tauhu Sumbat
Resepi:Anymz
by
anymz mykitchen

bahan2

cili kering-rm1
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
1/2 botol tomato sos kimball
gula
garam
2-3 cawan air panas



cara


cili kering di gunting.keluarkan biji,bersihkan dan di rebus
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin
tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya

*
Perhatian penting
cili kering di kisar dengan air panas.kita tidak perlu masak sos ni sebab semua bahan kita guna air panas yakni air yang sudah di masak terlebih dahulu.


s
boleh makan dengan cekodok.
boleh juga makan dengan rojak nenda

Tuesday, 26 July 2011

Sambal Udang

Assalamualaikum semua

Sambal Udang
Resepi
by
anymz mykitchen

Salam sejahtera buat semua teman2 dan pengunjung mykitchen.
Hari ni akak hidangkan sambal udang yang sangat simple buat semua teman2..Macam2 versi resepi sambal yang kita jumpa kan?..Tak kisahlah jenis yang kering ke atau jenis yang berkuah ke, janji sambal..Tapi kalau di rumah akak ni anak2 cukup suka kalau buat sambal yang udangnya di goreng dahulu..Cukup pantang kalau diorang tengok udang sebesar gini maknya letak petai..marah benar diorang..'maaaak,petai ni buat ulam je sedap.'.hantam saja lah kan..kita tukang masak.ya tak?..
Akak simpan resepi ni buat anak2.kalau ada yg pekenan tu sila lah ambik.

Buat anak saudara akak Yana yang dengarnya sudah mula bukukan resepi2 yang ada dalam mykitchen nih..Thank you Yana..Lap you so much lah..Dok Muadzam tu jaga diri elok2 ya..Jangan fall in lap ngan student pulak ya..Pensyarah dgn anak murid cam sama tinggi je kita tengok.muhahaha..
Dah..usah dok melalut...

Bahan-bahan

1/2 kg Udang sederhana besar (cam dlm gambar)-gunting sedikit ekor dan kepala bersihkan
15 tangkai (lebih kurang) cil kering-rendam dgn air panas*
1 buku bawang besar (saiz kecil)*
3 ulas bawang putih)*
Bahan2 bertanda * di kisar halus
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara

Udang setelah di bersihkan di gaul dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng udang sebentar.Jangan sampai garing.Cukup sekadar keluar air udang.Kemudian angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama (agak2 sesuai dgn jumlah udang) tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan garam dan gula
Gaul rata dan kecilkan api.
Renihkan sambal hingga sedikit kering
Bila dah sebati rasa, masukkan udang dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan..


Saturday, 18 June 2011

Sambal Ikan Bilis,Tauhu dan tempe

Assalamualaikum

Waktu entri ini ke udara puan tanah sudah ke rumah orang kenduri..jiran terdekat tuuuu,takkan nak datang makan je tak?..esok2 kalau kita buat kenduri org dtg makan je tau pulak nak marah kan?..kihkih..Hari ni puan tanah rasa sehat jadi dapat le pergi nyibuk2 kan diri.tolong apa2 yang patut..tak pun tunjuk muka je..selebihnya terus kupas bawang diam2..haippp..kupas bawang kerja mokcik2 yang sudah berumur..puan tanah muda lagi jadi haruslah nolong menumis apa yg patut..kan..kan?
Seperti biasa hari sabtu cenggini blog masak2 mesti sunyi lagi kan,tapi tak apalah masuk gak entri hari ni buat rujukan resepi anak2 di masa akan dtg.
Akak suka lauk sambal begini.Anak2 pun suka..kan ke semalam hari berjimat cermat,selain lauk telur tu akak buat le lauk sambal ni jugak..kedua2 lauk habis sekali hadap..malamnya akak goreng mi jek..entri mi di lain kali ya..


Sambal ikan bilis,tauhu dan tempe
by
anymz mykitchen

bahan2

15 tangkai cili kering-cuci dan rebus sebentar
5 ulas cili padi jika suka pedas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
semua bahan di atas di kisar
2 bungkus tempe-di potong ikut suka ketepikan
segenggam ikan bilis-di rendam
2 keping tauhu-di belah 3 dan potong 4
Garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air asam jawa.
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk memasak


cara

Panaskan minyak
Gaul tempe bersama serbuk kunyit dan goreng hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng tauhu hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng ikan bilis hingga garing-angkat dan ketepikan
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali
Tumis bahan2 yang di kisar hingga terbit minyak
Kacau sebentar
Masukkan sedikit garam dan gula
Masukkan air asam jawa
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan bahan2 yang sudah di goreng tadi
Gaul bersama dan angkat.
Sedia untuk di hidangkan dan sesuai di makan dgn nasi panas...




Friday, 25 March 2011

Air Asam Kerisek

Assalamualaikum semua
Setelah kembalinya anak bujang ke rumah dan meneliti akan kerosakan yang ada pada camera dan card reader dan juga memory card maka keputusannya memang menyedihkan..yang confirm ketiga2nya itu mungkin mengalami masalah..mungkin sewaktu ke tioman tempoh hari akak telah melakukan sedikit kesilapan.kamera pulak kamera lama yang agak sensitif..sedih bukan kepalang..kalau nak beli yang baru,sudah semestinya en suami suruh akak buat pilihan..

Hampir2 membuatkan mood akak untuk aktif di blog my kitchen terkubur tetapi memandangkan rasa kasih pada kalian teman main masak2 akak masukan jugak entri yang menggunakan kamera hp dgn menggunakan tangan yang tak berbedung.nampak gayanya untuk entri yang akan datang ini gambar2 nya mmg gambar ala2 aje...
resepi hari ini masih lagi akak menggunakan buku kak hanieliza.jangan sebab mood nak berblog ni menurun mood makan jugak menurun..eh!kalau menurun pun okay gak kan?..boleh lah kuruskan badan..kekeke..(gelak terpaksa)


air asam kerisek
by anymz my kitchen
source
kak hanieliza


air asam makan dgn ikan bakar


Bahan A

1 sudu makan asam jawa
2 biji cili merah
5 biji cili api
1/2 cawan air suam
1 biji tomato( di potong dadu)
1 inci belacan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam

bahan B

2 biji tomato
1 labu bawang besar (di mayang nipis)
3 biji cili hijau (di mayang nipis)
2 biji cili merah (di mayang nipis)
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisek


cara

Gaulkan asam jawa dan air kemudian tapiskan
masukan semua bahan A ke dalam pengisar dan kisar kasar
Limau di belah dan di buangkan biji
Gaulkan bahan yang di kisar bersama bahan B
Hidangkan dengan ikan bakar


ini antara gambar2 akhir yang sempat akak simpan dlm laptop.
kerang rebus dgn sambal kicap.

Thursday, 24 March 2011

Sambal Tempoyak Udang dan Petai

Assalamualaikum semua..
Kembali bersiaran selepas cuti dua hari..tapi masak memasak tetap ada cuma akak tak masuk entri je.cuma gi blog kawan2 dan merasa menjadi silent reader kejap..seronok baca komen kawan2 yang loyar buruk tu..sape yang baca ni,makan cili terasa pedas nya tu nasib lah ya..muahahaa..
Hari ni akak masak ikut buku kak hanieliza..sambal dan sos..byk le jugak resepi sambal yang buat kita terliur..cuma resepi yang ini akak derhaka sikit..sikit je sebab akak tambah sedikit minyak ke dalamnya..dalam lebih kurang 2 sudu besar..sebab mula2 akak ingat kena tumis dulu sambal ni rupanya main lebur je semua..kalau dah ada tempoyak tu korang paham2 je lah bagaimana nikmat nya rasa sambal ni kan.hehe
meh kita share2 resepi sambal dari kak liza...


sambal tempoyak udang dan petai
by anymz my kitchen
source:kak hanieliza

bahan A

500 gram udang sederhana besar
2 papan petai (di ambil isinya)
3 sudu makan tempoyak
2 helai daun kunyit
1 sudu teh gula garam secukup rasa

bahan B (di kisar)

5 biji cili merah
7 biji cili api
5 biji bawang merah


cara

masukan bahan yang di kisar,tempoyak dan daun kunyit ke dalam periuk
masakan sehingga naik wap
masukan petai,udang,gula dan garam
kacau rata dan masakan sehingga pekat
masukan ke dalam pinggan dan hidangkan


Saturday, 12 February 2011

Bilis Dan Keledek Berlada

Assalamualaikum semua.
Lauk akak hari ini gara2 versi nak menghabiskan keledek..alhamdulillah tak membazir..lauk yang begini memang menjadi kesukaan anak2 dan sesuai untuk di bawa untuk berkelah dan boleh simpan stok ini utk bbrp hari..
Akak jumpa resepi ni dulu di majalah saji juga..dah byk tahun dah..cuba lah bagi yang belum ya.




Bilis Dan keledek Berlada

bahan2

1 biji keledek-di hiris halus,di goreng dan di toskan
1 cawan ikan bilis-di goreng dan di toskan
1/4 cawan cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
1 sb gula
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

cara

Panaskan minyak,tumis bawang dan cili kisar sehingga garing,masukan gula dan asam gelugur
Setelah sambal pekat,masukan keledek,ikan bilis dan kacau rata
Angkat dan hidangkan.

Thursday, 16 December 2010

Sambal Udang Berpetai

Hari ni 10 muharram..hari asyura..
Kita di galakkan berpuasa sunat asyura pada hari ni..di galakkan juga,menyapu kepala anak yatim dan meluaskan perbelanjaan keluarga..sepatutnya elok buat bubur asyura hari ni..
Oleh sebab hari ni akak ada aktiviti di surau,akak cuma sempat masak2 untuk anak2 yang di tinggalkan sementara maknya sibuk dgn aktivitinya..
Ini lauk kegemaran mr laling.masak besa2 jek..tapi akak kepilkan jugak resepi supaya mudah untuk anak2 buat rujukan di masa depan nanti..


bahan2

1/2 kg udang segar-di buang kulit jadi vervogel
2 papan petai-di kopek kulit dan belah dua
15 tangkai cili kering*
8 ulas bawag kecil*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan santan

cara

udang di bersihkan dan ketepikan
panaskan minyak
tumis bahan2 yang di kisar hingga terbit minyak atau naik bau
masukan garam
masukan gula
masukan air asam jawa.
bila sudah mendidih masukan udang
biar mendidih sebentar
masukan petai.
kacau rata.bg yg suka petai agak empuk,didihkan lama sikit.bg akak bila dah masukan petai terus tutup api..
sedia untuk di hidangkan.



ini lah menu pelbagai kami untuk hidangan makan tengahari dan senja nanti..
ada yang berpuasa hari ni.makan lah waktu senja nanti ya.

Monday, 27 September 2010

Sambal Tumis Lebur

Di sebabkan aku dah buat kesilapan yang tidak di sengajakan maka terpaksa lah aku menge post n3 ni dulu bagi menghapuskan n3 yang ada gambar puding cikgu hana dari ng jepun tu..kesian hana dia yg penat2 buat puding aku sedap2 je post gambar puding bistarinya tu..ampon ya ..lain kali akan lebih berhati2

okay sebenarnya sambal ni atas permintaan anak saudara aku yg sdg belajar tapi rajin pulak nak memasak ..dia kata sambal aku sedap tapi buat main campak2 je..





Ini nama dia sambal tumis lebur

Di nama kan sambal tumis lebur sebab mengikut cara org2 tua dulu2..kat tempat aku masa kenduri kendara sambal cenggini lah diorang masak.makan dgn pulut kuning.

bahan2

ikan bilis yang sudah di buang kepala sebanyak rm2
bawang besar di hiris bujur
20 tangkai cili kering *
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
semua bahan2 * dikisar bersama
sedikit gula
sedikit garam

cara

panaskan minyak
tumis cili dan terus masukan ikan bilis dan bawang besar
tambah gula dan garam
rasakan dan biarkan ia mendidih di atas api hingga kering atau sehingga cili masak..

amat mudah kan..tapi percaya lah rasanya sungguh enak sekali.

Saturday, 7 August 2010

N3 selepas bercuti

Tajuk pun best...N3 selepas cuti..jadi lauk pauk nya pun masih dlm mood bercuti...hehe
Lamanya tak mengupdate kitchen aku nih.....dah bersawang,habuk pun banyak..bulan posa ni lagi lah aku sibuk...insyaallah cuba gak la try test masukan apa2 yg patut..walau sibuk aku cuba..ok.


breakfast kitorang..roti dgn telur..curahkan lada hitam dgn sos je atasnya..best apa..bulan posa takpat buat chenggini...

masih dlm mood Indon..di sebabkan mr hubby kena berpantang jadi aku tiru la lauk diorang.makan yg kering2 je..salad,tahu goreng dan tempe goreng...lauk tgh hari tadi..dlm bekas tumbuk,ada sambal bawang...sambal ni memang sedap cuba lah buat..

bahan2

5 ulas cili api
3 ulas cili hidup
3 ulas bawang putih
garam
sedikit gula
2 sudu besar lebihan minyak goreng ikan..

cara
semua bahan di tumbuk bersama
gaul sambal yang sudah di tumbuk dgn gula,garam dan lebihan minyak goreng ikan.



sambal bawang ni enak di makan dgn kicap indon cap bango ni..kalau kat mesia ni kicap manis cap kipas udang tu pun jadik



makan salad ni cicah sambal bawang memang marbeles.

Monday, 26 July 2010

sambal bilis dan kentang

malam ini ada majlis bacaan yassin,sempena nisfu syaaban dan malam ini jugak ada majlis tahlil di rumah jiran yang baru kehilangan isteri tercinta semalam....jugak malam ini ada pasar malam di depan rumah aku nih..so... aku suka dan senang hati kerana tengahari boleh masak yang simple2 jerk..



sudah agak lama ainul request hendakan sambaul bilis dan kentang nih..aku pun pelik apa la yang susah sangat aku nak tunaikan permintaan anak bongsu aku tu..hehehe laju tul dia makan lepas balik dari sekolah tadi



bila dah ada sambal mesti nak buat sup atau tumis air..aku buat tumis air sayur untuk en suami sebab hari ini pakcik kurang sehat..pun laju gak pakcik makan tadi..hehe