Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Ikan Bilis pun Sodap

 Assalamualaikum semua

Hari ni akak masak lauk paling simple and yet so delicious..delicious lah sgt..Ya lah kalau ikut tekak akak ni memang sedaplah sangat.Ini lah lauk yang selalu akak masak utk bersahur..Kira hari ni akak bagi resepi utk bersahur in advance lah kan?..kihkih..Yang benarnya sekarang ni kan musim panas.Nak masak lauk2 berlemak bagai ni agak kurang laku..Bila buat lauk begini macam tak cukup pulak tadi..
Resepi dia simple je..semua orang boleh buat...

Ikan Bilis Goreng Berpetai
by
anymz mykitchen

Bahan2

Segenggam atau lebih ikan bilis yang elok kualiti-cuci bersih
1 papan petai-kopek dan ambil isinya
1 labu bawang besar holland-hiris bulat
8 tangkai cili padi-hiris
1 tangkai cili merah-hiris
1 biji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng



Cara

Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat ikan bilis dan toskan minyak
Ambil lebihan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali anggaran 2 sudu besar
Tumis bawang besar hingga layu..sebentar saja
Masukkan petai diikuti dengan cili padi dan cili besar
Gaulkan ikan bilis bersama2 dengan petai dan bahan2 lain
Angkat
Letak dalam pinggan dan perah asam limau sebelum di hidangkan.

Saturday, 23 July 2011

Lawar/Kerabu Timun bersama Kerang.

Assalamualaikum semua

Salam petang Sabtu buat pengunjung2 mykitchen..
Tak kira lah jauh ke dekat,dalam negara ke atau luar negara..Kita semua bertemu di sini kan?
Alhamdulillah dapat juga akak mengupdate entri hari ni..
Mulanya dah mula rasa suam2 kuku je..sedap je berlingkar depan TV cuti2 begini kan?..tapi bila lapar perut minta di isi .kena juga lah kita ke dapur..
Hari ni tekak Melayu betul.Tekak kampung..dalam seminggu ni jemu dah menatap lauk ayam je.
Akak buat lawar (panggilan org N.Sembilan) atau mungkin di luar sana kita boleh panggil kerabu.Sedap sangat layan tekak dgn kerabu timun ni masa lunch tadi.Dengan sengaja nya akak gigit2 cili padi bersama kerang..aduuuuuuuh....sedapnyaaaaaaaaaaaaaa..
Meh kita tengok resepi..

Lawar/Kerabu Timun
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

2 biji timun-buang kulit ketepikan
1/2 kg kerang-rebus,buang kulit dan ketepikan
1 labu bawang besar-saiz kecil-di hiris
6 ulas cili padi-di hiris
1/2 batang cili hidup-di hiris
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar ikan bilis tumbuk
garam secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis
1 cawan santan pekat


Cara

Timun yang di buang kulit di potong bulat macam kita buat laksa Johor.
Masukkan santan ke dalam mangkuk
Masukkan juga kerang,ikan bilis, cili padi,cili hidup.lada hitam,bawang besar dan timun.
Semua bahan di gaul bersama hingga sebati
Masukkan garam
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis.
sedia untuk di hidangkan.

Friday, 20 August 2010

kerabu peria

mintak ampon lah ya adik2 dan anak2 semua...di sebabkan akak korang ni masih bawah perhatian Dr akibat penyakit darah tinggi yang terlampau maka akak laki bini di nasihatkan berpantang makan..maka atas sebab itu lah maka kerabu peria ini tercipta..hehe
Tapi serious kerabu sedap banget.tak pahit kalo masak cara chenggini


bahan2

3 biji peria-di hiris halus2
1 biji tomato-di hiris halus
1 labu bwg besar-di hiris halus
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar udang kering- di tumbuk
daun ketumbar-di hiris halus
1 batang serai- di hiris halus
cili api -ikut suka nak pedas buh le bebanyak-di hiris halus jugak
sedikit gula dan garam
air perahan limau nipis

cara

semua bahan di gaul rata



Saturday, 3 July 2010

kerabu ikan bilis


Resepi ni saya C&P je dari rumah SINI...
layan..memang sedap makan dgn nasi panas2..terbuka selera...



BAHAN-BAHAN


100g Ikan Bilis(kecil)
1Btg Serai(dikopek kulit luar)
4Helai Daun Limau Purut(dicincang halus)
5Biji Cili Kecil(dipotong-potong)
1Biji Cili Besar(dipotong nipis)
1Labu Bawang Besar(dipotong nipis)
1/2Biji Tomato
1Sudu Air Perahan Limau Nipis
3Sudu(k) Gula
1/3Sudu Garam
Sedikit Kicap Sotong(jika mahu)

CARA MENYEDIAKAN

1. Goreng ikan bilis.
2. Masukkan bahan-bahan itu tadi.
3. Gaulkan dan ramaskan bahan-bahan tersebut sehingga larut Gula dan Garam.
4. Hidangkan.

Saturday, 29 May 2010

kerabu kerang+taugeh

ermmmmm.....dah lama tul saya tak buat kerabu ni,di sebabkan kerang ari tu saya simpan baik2 dlm ice box so dapatlah di gunakan lagi.saya belajar buat kerabu ni masa saya dok alor star dulu.
sedap giler kata bebudak skang nih...cubalah

bahan2
1 kilo kerang.-rebus kopek isi ketepikan
30 sen tauge-siram dgn air panas.ketepikan
1 labu bawang besar-potong bulat
1 biji kelapa parut-goreng kering hingga keperang2an-ketepikan
4 biji cili hidup
1 inci belacan-bakar
1 biji limau nipis.jika suka cili api hiris
garam

cara

tumbuk atau kisar kering cili hidup bersama belacan
gaul semua bahan2 spt kerang,kelapa,bawang besar dn taugeh
tambah sedikit garam dan perah asam limau.
jika ingin pedas tambah cili api yang diris kasar

Thursday, 29 April 2010

kerabu peria

kerabu peria


sebelum ni ada kawan di fb bercerita kisah dia buat kerabu peria..saya tnya sedap ke?tak pahit ke?setelah dia menerangkan serba sedikit saya pun terus mencuba.tadi ke pasar tani,mulalah bershopping sakan utk seminggu punya stok..ice box pun dah mula kosong tuh.




bahan2 kerabu peria.

3 biji peria
11/2 labu bwg besar(sbb saya suka bwg)
1 labu tomato-size besar
saya tambah 1 btg serai
6 tangkai cili api
1 tangkai cili besar
semua bahan di atas di hiris halus
sedikit garam
2 ulas limau kasturi
1 sudu besar udang kering di tumbuk
semua bahan ini di gaul mesra bersama sedikit gula.

cuba la memang sedap.