Assalamualaikum semua
Sudah lama nak post entri tentang jus ini sebenarnya.
Selama ini akak minum jus roselle yang sudah di proses yang datang dari pelbagai jenama yang di beli atau di hadiahkan oleh saudara mara,adik beradik atau dari rakan taulan..Biasanya jus yang sudah di proses ada perisa sedikit lah..
Akak terima roselle yang sudah di keringkan ini dari seorang rakan siber yang duduk nuuuun jauh setelah dia mengetahui akak mengidap penyakit darah tinggi.Tima kaceh cayangku....
Setelah akak dapat memastikan akan keberkesanannya baru lah akak post entri tentang jus ini..
Kalau bagi rakan taulan di sini nak tau akak mengambil ubatan dari dos yang tinggi ada yg 80 mg,ada yg 10 mg,ada yang 20 mg..kalau tidak di bantu dengan supplement akak rasa kulit,rambut dan kuku akak mesti tidak cantik.
Sekarang ni pun tak adalah cantik mana sangat pun tetapi kalau tidak di bantu dgn supplement serious akak cakap,kulit akak nampak lebih tua dari usia sebenar.
Jus ni anak akak suka minum bila dia batuk.
Bagi pihak akak pulak,akak akan minum bila terasa kepala mula berdenyut2.susah nak dapatkan bunga roselle ni di sini..ada nampak di pasar tani tapi ikut musim.bukannya selalu ada,tu yang berjimat2 je akak guna..hehe..
Boleh pilih.
nak minum yang sejuk atau yang suam
Hari ini akak minum yang berais..cuaca panas terik hari ini
masam.tapi sesuai untuk pesakit darah tinggi
Tak lupa ucapan tahniah dari akak buat HASURIAH TAHIR sempena meraikan follower nya yang sudah mencecah ribu riban.