Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Tauhu Goreng Dengan Sos Rojak Buah

Assalamualaikum semua

Sudah 13 hari kita berpuasa.
Kadang2 buntu kepala nak memikirkan apa juadah yang mahu di hidangkan untuk berbuka nanti.Bersama asam pedas semalam,akak jadikan tauhu simple ni sebagai pelengkap hidangan kami.Rupa2nya akak kehabisan stok sayur2an di dalam peti ais tu.Memang tak teringat langsung sayur2 yang akak beli minggu lepas hanya cukup untuk tiga atau empat hari saja.Nasib baik ada tauhu dan timun.Terus terfikirkan idea ini..Memang menjadi kegemaran en somi kalau tauhu di hidangkan begini..
Selain daripada cara begini teman2 boleh juga rujuk di sini,sini dan sini.



kalau ada kacang hancur sedap betul ni.
Boleh juga di tambah sengkuang dan taugeh



Tapi takpe kat sos ni pun ada kacang gak,cuma tak nampak je.




Akak guna sos rojak buah yang di kirim oleh ada akak kakcik yang berada di Taiping baru2 ini.


Monday, 8 August 2011

Cucur Tauhu

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi pada semua yang berkunjung ke sini.
Berbuka lauk apa semalam ya?
Entri hari ni sebenarnya akak buat dua hari lepas.Memang sedap cucur tauhu dari kak chef hanieliza ni tapi sumber resepi akak ambik dari rumah yatie..memang sedap lah..makan beria2 pulak selepas solat terawih minum dgn kopi o panas..bila bangun sahur amat kekenyangan rasanya..hehe


Cucur Tauhu
by
anymz mykitchen
sumber:Yatie

Bahan-Bahan
  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  • 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencecah)



Cara Membuat

  1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu

Monday, 10 January 2011

Tauhu Sumbat

Maaf terlambat betul akak buka dapur hari ni..maklum hari isnin..sibuk sangat2..macam lah akak ni ramai sgt anak yg bersekolah..
hari ni sesi ulang tayang je lah ya..
Ini lah salah satu menu akak hari ni tauhu sumbat
walau akak tau semua orang dapat buat ni dengan mudah,tapi akak post jugak resepi nya untuk kemudahan di kemudian hari



Tauhu Sumbat

bahan2

5 keping tauhu putih-di goreng dan ketepikan
50 sen tauge-di cuci bersih dan di celur dgn air panas
1 batang timun=di potong bulat dan di hiris mancis
15 tangkai cili kering-di buang biji,di bersihkan dan rebus sehingga kembang dan ketepikan
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil atau 1/4 labu bawang besar
1 cawan tomato sos
2 1/2 cawan air panas
sedikit gula
sedikit garam


cara

tauhu yang sudah di goreng di belah segitiga dan di belah tengah2nya
ambil sedikit timun dan tauge lalu di sumbat di bahagian tengah tauhu yg sudah di belah segi tiga tadi

cara membuat sos

kisar cili kering dengan bawang putih,bawang kecil,sos tomato,gula dan garam dengan sedikit air suam atau panas2 sedikit
keluarkan dari blender bila sudah rata sebati..
rasakan garam,masam dan manisnya..
sedia untuk di hidangkan bersama tauhu sumbat atau sedap juga di makan dengan susur ikan bilis.


sedap di makan bila2 masa
memang menjadi kesukaan akak sejak dulu,kini dan selamanya.




Friday, 29 October 2010

Tauhu Goreng Singapore

tauhu goreng singapore

Hari ni kita gi Singapore makan tauhu goreng pulak ya..sedap ratah2 tauhu cenggini..resepi akak ambik dari rumah Lady yang suka,suka,suka,,..Lady of Leisure...sedap nih..Lady,akak ambik kira halal ya..


Bahan-bahan:

Untuk kuah kacang:
2 cawan kacang tanah
Belacan sebesar ibu jari
1/3 cawan juice asam jawa
1/3 cawan gula Melaka - hancurkan
4-5 biji bawang merah kecik - hiris, goreng dan tumbuk
4 ulas bawang putih - hiris, goreng dan tumbuk
15 biji cili padi - hiris, goreng dan tumbuk
Beberapa sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

5 keping tauhu - sapu sedikit garam and deep fried sampai kuning keemasan
Timun - potong macam mancis
Taugeh - buang ekor dan celur

Cara-cara:-
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak about 10 minutes kemudian buang kulit dan tumbuk(jangan terlalu halus). Masukkan bahan-bahan kuah kacang yang lain dan gaul sebati.
  2. Potong tauhu yang dah digoreng. Letak timun dan taugeh dan hidangkan dengan kuah kacang

Tauhu Goreng Singapore


tapi menu utama akak hari ini ialah ketam masak lomak cili padi..resepi boleh tgk kat SINI ya..dolu2 akak dah pernah post masak lemak nih..


ketam masak lomak

Tuesday, 8 June 2010

Tauhu berkuah sos Rojak


Ha you all pernah tengok kuah rojak chenggini dan yang seangkatan dengannya tak?mcm2 nama dan brand ada.kdg2 saya beli yang jenama SITI tu,yg ini pun okay gak.ini pes time saya guna
jenama yang ini..hari ini member2 lama zaman sek tok kadok jumpa saya kat FB..sembang2 sampai lupo aku nak masak ko...

punggah ice box tgk ada tauhu dan timun.terus saya goreng tauhu,potong timun,taburkan je sos
ni ateh tauhu tu..sedap jugak pe..try la..saya mmg sentiasa simpan stok sos ni dlm ice box.tak pernah putus.



jadi la rupa dia mcm ni
tauhu berkuah sos rojak