Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Sunday, 23 September 2012

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan...Doakan Kami...


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Apa khabar kepada semua pengunjung2 my kitchen..
Akak harap semuanya berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu hendaknya...
InsyaAllah apabila post ini berada di alam maya,akak sudah pun bertolak ke Kelana Jaya untuk melaporkan diri dan bergerak ke Madinah seterusnya ke Mekah bagi tujuan menjalani rukun Islam yang kelima..
Alhamdulillah akak dan suami bersama2 dua orang sepupu akak terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada musim 1433H thn ini..
Dan apabila post ini ke udara maka terjawaplah sudah apa penyebabnya yang membuatkan 'my kitchen' agak sunyi pada tahun ini..

Di sini juga akak ingin meminta ampun dan maaf kepada semua pengunjung2 'my kitchen' tak kiralah samada bagi follower atau pun silent reader,minta maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai ada salah dan silap akak selama akak berblogging di my kitchen.
InsyaAllah taala akak akan cuba dan cuba membalas komen rakan2 yg telah meninggalkan jejak di sini.Bila??? Hanya Allah jua yang lebih mengetahuinya....^__^



Doakan kami ^_____^



Tuesday, 3 January 2012

Ronda2 di Guangzhou,China

Assalamualaikum semua

Yuhuuuuu..ada yang rindu akak ke tu?..
Terlebih dahulu ribuan terimakaseh akak ucapkan pada pengunjung2 baru mykitchen dan terus menjadi sahabat baru akak walaupun sudah seminggu lebih akak tak update mykitchen..
Kelmarin dulu2 tu akak cuma bagi tau di sini yang akak akan bercuti tapi tidak di beritahu ke arah mana percutian akak tu kan?..mana2 sahabat yang menjadi teman fb akak tu sudah maklum yang akak bercuti ke Guangzhou,China..Akak tak pernah termimpi untuk ke sana.sebab akak rasa tak perlu utk ke negara China jika sekadar untuk melancong sebab pada pandangan akak kalau nak keluar negeri pun akak akan ke negara yang mudah untuk mendapatkan makanan halal...tapi bila adik akak mempelawa dan kos penginapan akak semua di tanggung olehnya,ia umpama org mengantuk di sorongkan bantal jawapnya..Akak ni cuma seorang aje kakaknya..katanya apa salahnya jika dia nak berbelanja utk kakak yg sorang je ni kan.mak ayah pun dah tak ada.rezeki yg lebih dia nak kongsi dgn akak..bertuahnya badan akak kan..kenapa suami tak ikut?nanti2 di episod akan dtg akak story ya.
TerimaKaseh tidak terhingga pada adik dan adik ipar akak tu..Akak cuma bawak duit utk shopping aje..
Setelah keizinan suami akak perolehi,maka pada 28hb dis 2011 tu hari jam 5.30 pagi kami pun bertolak ke Guangzhou,China..Cuaca pada masa tu hanya 15'.sejuknya umpama kita pasang aircond pada suhu yang terendah sekali lah..Bagi yang tidak biasa mungkin akan terasa sejuk sangat lah..Sebenarnya rombongan yang ke sana agak ramai juga..lebih kurang 23 orang..Kami dah booking tiket flight tambang murah air asia ni agak lama juga..mujur jugalah akak sehat menjelang hendak ke sana..begitu juga adik akak dan suami dan juga anak sulong mereka..
Okaylah nanti akak cerita lagi suasana di sana dan cara dan kedai mana yang patut di kunjungi kalau nak murah..sesiapa yg berminat utk kesana dgn tujuan utk berniaga tu nanti akak storykan di blog'my story'akak tu ya.
Buat masa ni akak perlu rehat yang panjang dan insyaAllah BW akan akak lakukan bila keadaan kesihatan akak sudah mengizinkan..maklumlah kat sana winter.sejuk.keluar awal2 pagi balik jauh2 malam..jadi kutu embun pun ada..sampai aje mesia terus selsema dan batuk2...dah tuo dah den ni hah....


 pagi2 buta akak dah keluar dgn anak buah akak aiman alya.ronda2 di kawasan sekitar hotel.
Kedai bunga ni ni pagi2 dah bukak.harum je bau bunga segar di sini..

 tempat yg akak berdiri ni dan di belakang akak tu penuh dgn kedai kain langsir.boleh tempah terus dan ambil masa kita nak balik

 kedai ni penuh dgn cadar,tempat tissue,sarung kusyen.dan mcm2 lagi 

 pilih menu apa..akak makan minm tak kira sarapan ke semua bedal nasi je

 buat mi masa tu juga..terus di rebus sebentar dan pilih lah nak makan mi sup ke mi goreng ke

 alhamdulillah berpeluang menziarah maqam sahabat dan bapa saudara kepada RasulAllah saw

saujana mata memandang.penuh dgn fabrics kain pelbagai corak dan rupa.
nak yg silk,cotton..pilih saja
besar betul bagunan di sini.tak larat nak jalan

siapa kata kita tak jumpa toilet bersih di negara China..mahal lah sikit hotel ni kalau dtg dgn tujuan utk berniaga.
Tapi bagi kami yang sambil menyelam minum air ni,kira hotel tempat kami menginap ni antara yang terbaik lah.Rm140 satu malam..janji selesa..

Saturday, 19 November 2011

Cucur kelapa Cicah Gulai Lemak

Assalamualaikum semua

Kira kalau nak buat wordless saturday..tak sampai hati. pulak.
Apa2 pun jamah je lah cucur kelapa dgn gulai lemak semalam ni ya..Panaskan semula masak lemak tu hingga keluar minyak.bancuh tpg jadikan cekodok dan tambah isi kelapa muda di dalamnya..Makan masa sarapan pekena dgn kopi 0 panas kaw2 punya..
Akak tinggalkan menu ni utk santapan sahabat2 dan kalian yang berkunjung ke mykitchen pada hari ini andai ada..
Akak akan sibuk dirumah jiran dan rumah akak di jadikan sebagai tempat untuk pihak sebelah lelaki datang menumpang tidur sementara upacara langsungnya akan di adakan pada hari Ahad ini nanti.Sibuk lah sikit dalam menyediakan juadah bagi tetamu2 yang di raikan..
Semoga semua tetamu akan berpuashati dgn layanan yang tidak seberapa dari pihak akak.maklum akak kekurangan kakitangan..Cuma wazir saja di rumah.En somi membantu pihak jiran dalam menguruskan laukpauk dan sebagainya..

Doakan kesihatan akak baik2 saja ya.Jangan tumbang sudah lah..

Sila jamu mata ya..

Monday, 3 October 2011

TerimaKaseh pada yang mendoakan...

Assalamualaikum semua

Tak tahu bagaimana nak mula kan cerita ya.
Akak tinggalkan dulu teka teki kek bday tu ya.Kita bagi laluan pada entri yang kawan2 dok tunggu2 (ada ke yang menunggu tu).

Kisah bagaimana akak boleh melandingkan diri di katil hospital selama 3 hari 2 malam.cewah macam pakej percutian ke pulau peranginan pulak kan?.

Asal mulanya pada hari Ahad 25/9/11 minggu lepas akak di serang sakit bahagian belakang kepala.sakit yang amat tinggi sampai akak terasa nak muntah.sakit ya, bukan pening.sakit yang menyebabkan telinga kiri akak rasa kebas.
Memandangkan akak ni jenis yang ehem..ehem..boleh tahan sakit, akak cuba jugak lah bertahan.memikirkan ini mungkin tekanan sebab cuaca dan sebagainya..

Hari isnin akak masih lagi cuba bertahan..sakitnya pulak bukan dalam keadaan berterusan.sekejap elok,sekejap sakit di selang selikan dengan pening kepala sekali sekala.Sehinggalah tiba hari Rabu pagi bila akak duduk2 tiba2 akak terasa2 bahagian pipi kiri akak tertarik ke telinga menandakan yang mulut akak sudah mulai herot.
Tapi bila akak tepuk2 pipi,masih lagi terasa sakitnya dan bila akak lihat cermin, muka masih lagi seperti biasa.
Mungkin ini hanya perasaan sehinggalah telefon akak tiba2 berdering..sepupu akak menelefon bertanya khabar..Aduuuuuuh!..sepupu akak dok pok pek pok pek memarahi akak kerana suka betangguh bila tiba bab2 berkenaan hospital.
Sebaik saja di marahi sepupu, akak pun terus menelefon en suami yang berada di Muar ketika itu.Pakcik tu sedang menghadiri mesyuarat dan tidak dapat balik dengan segera.kalau balik pun mungkin akan memakan masa tapi Allah tu maha kaya,abang sulung akak entah angin ribut apa yang melanda tiba2 muncul depan pintu rumah akak menyerahkan dirinya untuk menghantar akak ke hospital.
Akak memang pernah mempunyai rekod di hospital swasta KPJ,seremban sebelum ini, maka mudah lah akak berurusan di sana.Sampai aje di hospital adik perempuan akak sudah sedia menunggu (alangkah bertuahnya badan,ramai gak yang sayang).
Akak terus mendaftarkan diri dengan Dr pakar saraf (Dr akak sebelum ini)..periksa bp dan sebagainya dan sah2 lah bp akak naik mendadak..salah satu sebabnya klinik DR berada di tingkat 1,akak naik guna tangga tak guna lif.
Sambil menunggu Dr, sakit kepala yang tadi reda tiba2 menyerang semula.pada kiraan akak bila bp naik 180/100 tak ada lah tinggi sangat sebab bp2 akak sebelum2 ini pernah lebih tinggi dari itu..tapi ya lah bila rekod kita sebelum ini tak pernah nya elok Dr pun terpaksa menahan akak sebab risiko akak untuk di serang strok sekali lagi tu lebih tinggi,Dr cuma nak pantau sebab mudah kalau akak tinggal di dalam ward.dah dok dalam ward tu kena lah buat ct scan,EEg dan sebagainya untuk menyelidik punca kenapa kepala akak sakit..
Akhirnya bila keputusan berada di dalam tangan Dr rupa2nya kesan strok lama di bahagian kanan kepala akak masih lagi berfungsi maknanya akak masih lagi berada dalam kawalan dan pemantauan baik dari segi makanan mau pun ubat2 an..lecehnya akak rasa.badan sihat tapi sebenarnya sakit.rasa sakit tapi sebenarnya sihat..susah nak tafsirkan dengan kata-kata.



macam tiap2 tahun pulak dah kena jenguk ke sini
Akak ada rekod juga di hospital seremban nun..



Ya,Itu nama Dr akak.

hah!saksikanlah tangan dobot akak tu ya..
Ini lah benda yang paling akak tak suka.bila benda alah ni ada kat tangan,nak ke bilik kecik tu susah betul di rasakan..rasa cam jarum je berada dalam tangan pada hal cuma wayar halus je yang dok di situ..
Ada sesetengah ubat2an di cucuk menerusi wayar halus tu.senang kerja sekarang ni kan?



Tuesday, 13 September 2011

Ada Yang Rinduuuuuu?????..

Assalamualaikum semua

Sepuluh jari akak susun mohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada kata2 dan bicara akak selama ini yang telah membuatkan teman dan saudara mara juga silent reader yang bertandang ke mykitchen ini dan telah membuatkan kalian semua berkecil hati.maklum kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari membuat salah dan silap yang sedar dan juga tidak sedar.

Rasanya belum terlambat lagi akak pohon kemaafan dari kalian semua sebab kita masih lagi berada dalam bulan syawal,bulan kemenangan.

Ada yang rindu ke tu?...

Yang pasti akak memang teramat2 rindu pada teman2 semua dan terimakaseh tidak terhingga akak ucapkan di atas kesudian teman2 menghulurkan ucapan takziah di atas pemergian arwah abang akak baik di mykitchen,mahupun di fb juga menerusi hp.Ada juga yang menalipon bertanya khabar dan berita.
Terharu sungguh2 akak di buatnya..Tika akak menaip ni pun airmata terasa bergenang mengenangkan akan keikhlasan teman2 semua.Kita tidak saling mengenal hanya dua tiga orang saja yang akak pernah berjumpa namun ikatan menerusi alam maya ini terasa hampir benar dengan teman2 semua.
Sekali lagi TerimaKaseh buat semua.


gambar ehsan dr google

Terasa sepi dunia ini bila kita kehilangan adik beradik yang rapat dengan kita.Akak pernah kehilangan kedua ibubapa tapi bila kehilangan seorang abang baru2 ni sukar untuk akak ungkapkan dengan kata2.Hanya yang pernah merasa saja tahu erti rindu kehilangan orang yang tersayang.

Di susuli juga rindu pada anak yang seorang ini yang mana Amir telah melanjutkan pelajarannya di UTHM,di Bt Pahat Johor dalam bidang mekanikal engineering setelah menamatkan matrikulasi di Tangkak,Johor.
Semoga Amir berjaya mencapai cita2 dan di permudahkan segala urusan.



ikhsan dari google


InsyaAllah akan akak susuli BW ke dapur teman2 semua dalam sedikit masa lagi.
Akak masih lagi di landa kesibukan yang melampau.Setelah lima hari kita menyambut syawal,bapa saudara en suami pula meninggal dunia di susuli dengan bapa saudara akak semalam.Namun kami redha di atas pemergian mereka.

Hujung minggu ini pula insyaAllah akak akan ke Taiping,Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara jauh yang bersusah payah mengundang kami sekeluarga.Tiada niat lain kami ke sana melainkan menyambung kembali ikatan silaturahim yang sudah semakin jauh.Sehari selepasnya akak perlu bergegas pula ke Tapah untuk meraikan anak sepupu akak yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di Mesir..InsyaAllah semoga perjalanan kami berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan.Doakan kami ya..

Sunday, 4 September 2011

Selamat Jalan Abang...

Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria
17.7.1962-26.8.2011

(Gambar di atas di ambil bersama dua orang adik perempuan akak)

Abang......
Pemergian mu di tangisi.
Kehilangan mu di rindui.....


Tepat jam 2.52 pagi tanggal 26 ramadhan yang lalu hp ku berdering.Ku lihat nama adik aku (dlm gambar sebelah kanan) yang muncul..Dalam hati aku sudah berdetik,ini mesti berita buruk dan yang lebih buruknya ini mesti bukan orang lain.pasti adik beradik kami..
Aku mulakan bacaan bismilah sebelum menekan punat hijau tanda aku menjawap panggilan.
"kaklang dah bangun?" kata adik..
"sudah"..jawap ku pula
"kaklang duduk elok2 ya"(aku pasti benar dia begitu gusar utk menyampaikan berita buruk itu padaku.)
"dah duduk dah"..jawap ku pula
"ada berita tak baik lah kaklang"....terus spontan aku menjawap..."abang ya"...
"ya kaklang abang dah tak ada".......

Aku matikan talian dan bertafakkur sebentar.Aku termenung.Termenung panjang.sangat panjang....Tiada tangisan.Hanya kaki yang mengigil dan tangan yang terketar2 menandakan aku cuba sebaik mungkin menjaga bp aku dan jantung yang sudah mula berdegup kencang..Aku ambil wuduk bagi menenangkan fikiran dan perlahan aku kejutkan suami aku dari tidur lantas terus memaklumkan berita buruk itu...

Abang memang panggilan kami adik2 kepadanya.Beliau merupakan anak dan juga abang yang kedua dalam keluarga kami.Kami enam beradik yang terdiri dari dua anak lelaki dan empat anak perempuan dan aku merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga kami.
Setelah pemergian mak dan ayah aku mengambil alih tugas mak dan abang mengambil alih tugas ayah..Beliau seorang yang sangat2 penyayang dan begitu kasih terhadap adik2 perempuannya.Semua orang mengetahui bagaimana tegasnya beliau menjaga aku masa zaman anak dara.Keluar masuk ku dari rumah hinggalah bagaimana aku berpakaian semua habis di pantaunya.Beliau pernah menjadi abang yang paling aku benci semasa zaman persekolahanku.Aku tidak pernah bebas bergaul seperti gadis2 lain..Abang umpama mata dan telinga mak.Segala pergerakan aku akan di report.Ah!..sukar nak aku ungkapkan bagaimana seriousnya abang menjaga aku.macam lah adik nya ini cantik sangat..

Namun segalanya menjadi longgar apabila aku di pinang orang dan abang sendiri melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.Kami saling merindui selepas itu.Kami sering berutus surat dan bertukar gambar.walau aku sudah punya anak satu , poskad atau surat pasti sampai ke rumah aku setiap bulan.

Tahun demi tahun berlalu...atas faktor sibuk dan jarak tempat tinggal kami jarang bertemu.
Sesekali abang akan menelefon bertanya khabar.Beliau memang seorang abang yang perihatin.
Seorang yang berjiwa sentimental dan suka mengenang kenangan silam sewaktu zaman kanak2 setiap kali kami bertemu..
Yang membuatkan kami lebih terasa akan kehilangan abang ialah beliau seorang yang sangat2 suka mengusik,mengutuk dan mentertawakan kami.
Bang,hingga ke hari ini kami menangisi pemergian mu..Kami rindu.Rindu segala2 yang ada pada abang.Kini tiada lagi wajah yang menyerupai arwah ayah yang dapat kami tatap bagi mngubat rindu.Abang hampir menyerupai 90% wajah arwah ayah.suaranya juga hampir serupa.
Semuanya sudah menjadi kenangan....
Abang meninggal di sebabkan serangan jantung.Berumur 49 tahun dan meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.Tiga daripadanya masih menuntut di Australia.Kebetulan semasa abang menghembuskan nafas yang terakhir anak2nya semua berada di Malaysia..Suatu kebetulan yang amat2 kami syukuri.
Setelah pemergian abang hubungan kami lima beradik yang masih tinggal bertambah2 erat dan rapat..Selalu arwah abang ungkapkan..Antara kita ni siapalah yang pergi dulu kan?...Keluarga kita semua meninggal muda dan selalu pergi di bulan puasa.Tak sangka kata2 yang hanya sekadar kata2 menjadi suatu kebetulan yang nyata.

Kini hilanglah pakar rujuk kami baik urusan dunia maupun urusan ugama..Tiada lagi tempat untuk kami bertanya soalan2 yang berkaitan dengan ugama.

Pergi lah bang..kami redha.semoga abang tenang di sana.Akan kami abadikan semua kenangan dan simpan kemas dalam jauh di sudut hati kami..Seperti yang selalu aku katakan abang sentiasa ada di hati kami..Doa kami yang baik2 sentiasa ada untuk abang di sana..Akan kami pastikan selain doa untuk roh mak dan ayah nama abang juga akan sentiasa tersemat di bibir kami.

Al-Fatihah

p/s

kesihatan abang akak yang sulong juga agak membimbangkan kesan dari penyakit tiroid.



Monday, 18 July 2011

Mohon Doa dari kalian



Assalamualaikum semua..Hari ni akak nak berkongsi cerita dan mengharapkan doa dari kawan2 semua akan kesejahteraan kesihatan adik akak yang di atas.Ceria kan orangnya..?

Ini gambar yang terbaru.

Di lahirkan pada 31 ogos 1967 dan berumur 44 tahun sekarang ni..Dia adalah pesakit barah payudara dan sedang dalam proses penyembuhan..mempunyai enam orang anak.Yang sulong baru 16 tahun manakala yang bongsu sudah berumur 7 tahun.Beliau di isytiharkan mengidap barah ni kira-kira lima tahun yang lalu dan sudah pun menjalani pembedahan.
InsyaALLAH hari ni dia akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengumumkan yang dia bebas 100% dari kuman tersebut..
Harap kawan2 akak di sini dan juga bagi sesiapa yang membuka blog akak ni mendoakan kesihatannya ya...


*oh ya! Dia lah penyumbang BM akak tu..senang akak den nak buek roti utk den katanya...hahaha..(sompek ko nak buek lawak lai)..



Thursday, 14 July 2011

Bicara kosong di Pagi Khamis

Assalamualaikum

Sayur Campur
by
anymz mykitchen

Tak tau lah samada lauk ni pernah di postkan atau tidak.Dok tersimpan lama sgt dlm draft tak berdelete..Kalau pernah akak minta maaf lah ya..Dah puas cari kat ruangan yang sudah di publish tapi tak ada pun lauk sayur ni..
Yang benarnya akak nak cuba resizekan balik pic.nak bagi besor punya.tapi tengok cam sama je kan?..Akak tetap mengatakan akak perlu lensa yang baru untuk gambar2 masakan akak..

Tunggu belanjawan bulan Okt nanti kata en somi..Eh!belanjawan negara ada kena mengena ke dengan belanjawan rumahtangga..Adaaaaaaaa...katanya ,..sambil tuuuuuuuuu...muncungnya menunjukkan ke arah Zamir dan Farah yang insyaAllah akan melanjutkan pelajaran mereka ke tingkat yang lebih tinggi pada bulan September ini nanti..Zamir sudah selesai peringkat matrikulasi manakala Farah sudah selesai peringkat Diploma..

Seorang ibu di sini sentiasa berdoa untuk kejayaan anak2nya..


*eh!takde resepi????jawapnya takde untuk pagi ni sebab itu masak sayur campur kalau siapa tak tau masak sayur kita pok montot dia saploh kali..hehe

Tuesday, 5 July 2011

Roti Donut

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu akak nak minta maaf banyak2 pada yang empunya resepi..
Resepi asal adalah donut tapi telah akak rotikan secara tidak sengaja.Harap2 tuan punya resepi jangan marah ya..Ini juga dapat menunjukkan yang resepi ini bukan saja sesuai untuk donut tetapi sesuai jugak untuk roti..
Terima kaseh pada yang empunya resepi kerana resepi ini telah menjadi pelbagai guna..

Ada kisah di sebalik kejadian ini sebenarnya

Kisah bermula pada jam 2 petang tadi.Sebaik saja selesai solat zuhor akak pun mula mengadun adunan donut yang akak ambik resepinya dari rumah IzahDaut.Semua kerja bibik melayu yang buat..Konon2 nak buat donut sebagai buah tangan ke rumah makcu akak.ada majlis bacaan yasin sempena birthday makcu yang ke berapa entah..Letak je semua bahan akak pun start enjin kereta terus anta Ainul ke kelas tambahan di sekolah.Lepas tu akak pun terus bersiap2 untuk ke rumah makcu..
Hampir jam 6 petang akak pun balik.Sebaik sampai di rumah,Ainul yang sudah balik dari sekolah pun bertanya.'mak nak buat apa dgn doh yg dalam BM tu?'....Allah....mak dah terlupa..akak tengok doh tu dah melimpah ruah.meleleh2..habis lantai BM tu di penuhi dgn doh yang amat2 lembik..Doh tu jadi lembik pun ada cerita di sebaliknya..Adeh ... panjang pulak story mlm ni..takpe lah ya..korang baca je lah ya..tak nak baca korang gi lah baca suratkhabar ke,tengok lah berita kat TV tu ke ya?..huhu

Doh tu jadi lembik sebab masa menyukat tu akak dah terlupa berapa cawan akak letak tepung..Izah tulis 5 cawan..tapi masa menyukat tu akak dok kira2..Eh! dah berapa cawan ek?..jadinya mungkin akak dah terletak 4 cawan tapi akak ingat 5 cawan..Pastu akak tambah lagi tepung ke dalam adunan doh donut ni tapi malangnya adunan masih lagi lembik..entah silap mana pulak yang akak terlupa tak tau lah..Akhirnya akak kata kat anak2 mak buat roti je lah ya..Ainul tanya balik 'Boleh ke mak'..mak nya menjawap..'Hantam saja lah'..kita yang buat dia..
Maka malam ini tadi kami pun beramai2 makan roti donut yang di cicah dengan milo,nescafe dan kopi o kaw..buatan Ainul..erkkkkkkkk...alhamdulillah konyang..

Terlupa pulak nak bg tau..akak akhirnya ke rumah makcu dgn tangan kosong sebab akak sudah terlupa yang doh donut tengah menguli masa akak melangkahkan kaki ke rumah makcu.

Sekian story orang yang asyik2 terlupa je hari ini.teringat kata ustaz..Lupa itu suatu anugerah jugak.bukan kita sengajakan..mungkin ada hikmah si sebaliknya..

Akak tak letak resepi di sini sebab takot yang empunya resepi salah faham..takot gak ni wey..satgi org saman akak jutaan rupiah mana nak cari?..
Tunjuk gambar je lah ya..esok2 bila keadaan dah reda akak mendonut semula..Kena buat cepat sebelum bulan ramadhan tiba..huhu


Roti Donut


Resepi boleh lihat di SINI ya..


sedap nih..
.

Saturday, 25 June 2011

Tak ada resepi hari ini...

Assalamualaikum semua

Hari ni akak sibuk sikit..ini pun singgah sebentar kat sini.Hari ni takde resepi sebab masakan hari ni semua orang tau buat..kalau tak tau jugak bagi tau ya..boleh akak katok pale lutut siapa yg bertanya tu...wakakaka

Pagi tadi jenguk2 sekejap kat wall fb sambil balas komen kwn2 yang masih dok mengusik bangah anak bujang akak yang no dua tu..dia masih di Guangzhou,China..Harap2 di permudahkan segala urusannya di sana..insyaAllah..

Ada sesiapa hilang idea nak buat minum petang?
Ni buah sukun yang akak goreng lewat petang semalam.Bagi sesiapa yang tak tahan tu jangan makan sebab buah sukun ni berangin..kalah keledek.memang kuat betul anginnya tau..Akak makan pun agak2 je..cicah dgn kicap cili padi memang terbaik..best..kunyah garing2 sambil nonton maharaja lawak akhir mlm tadi..sambil minum kopi o panas.hehe



Sukun goreng
sangat sesuai untuk minum petang




Nasi Lemak
Buat ni pagi tadi..Senang nak tinggalkan anak2 dgn perut kekenyangan.
Jap lagi akak dan en somi nak menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Esok giliran rumah pengantin lelaki pulak.
Jadi kalau akak tak muncul esok tau lah di mana akak berada ya..
TaTa.


Tuesday, 14 June 2011

Buat Hal Lagi dan Tahniah pada Ummi/HomeSweetHome

Assalamualaikum semua

Bukan niat untuk mendiamkan diri,bukan tak ada entri yang hendak di paparkan,tapi sudah nasib badan,sudah dua kali menda alah ni buat hal..
Hari tu dia rosak...puas ke hulu ke hilir menanya kawan2 ,takut camera ke yang buat hal,memory card ke yang jam atau pun card reader itu sendiri yang rosak..
Akhirnya dapat jawapan sah card reader yang rosak.sampaikan akak ni tebal talipon(tebal muka ke???) gi sms Nor@secubitgaram minta pendapat cik abang nor tu.

Kali ni card reader ni buat hal jugak lagi..apa yang dia dah buat????...kali ni laaaaagi teruk..

DIA SUDAH HILANG!!!!

Adeh sakit jiwo den..kojap jadi macam ni,kojap jadi macam tu...
Hari ni sehari suntuk akak mencari.
Akak talipon anak bujang sulung tu,menanyakan hal ini, tau dia jawap apa?...

agaknya ada toyol yang ambik kot.Dah tuan dia suh curi card reader jadi dia ambik lah card reader mak tu..

Isshhh...ko ni long,...yang bukan2 aje...okay dah sah lah tak jumpa jadi esok harus lah akak ke kedai membeli kad reader yang ketiga untuk tahun ini....kesian akak kan?..kan?...
Bagi sesiapa yang tak tahu apa kegunan kad reader ni boleh google ya..Akak dah meroyan dah ni...huhuhu

Pinjam gambar pakcik google.

Sebelum tu harap2 akak belum terlambat untuk mengucapkan Tahniah buat sahabat nuuuuuuuuuun jauh di Kuantan atas kecemerlangan,kegemilangan dan terbilangan atas kejayaannya dalam dunia blog masak2 nih,iaitu UMMIZAIHADI...pemilik blog Home sweet Home.Tahniah ummi...toce2 sebab bagi munga biru ni ya,eh ada kaler purple jugak lah kan?..kuikuikui...




InsyaAllah harap2 esok akak dapat kembali bersiaran seperti biasa..
TaTa


Saturday, 11 June 2011

Percutian/Perkhemahan yang terhebat dari dapur mykitchen

Assalamualaikum..

Rasa2nya akak nak update entri hari ini di blog my story akak,tapi..takpelah tak ramai kawan2 yg tahu akan kewujudan blog cerita2 akak tu, cuma nanti2 di blog mystory akak akan berstory panjang lebar tentang kisah hari ini..
Apa-apa pun terima kasih pada En suami kerana telah memberi akak pengalaman yang amat berharga menjelang umur akak nak mencecah setengah abd ni kan..Alhamdulillah kami semua selamat dan tetap bergembira di percutian yang amat bernilai dan akan akak kenang sehingga ke akhir hayat akak..Buat 'TEMAN' yang bersama2 berkongsi percutian ini..inilah kenangan abadi kita, buat sepanjang hayat dan semoga kita kekal bersama sebagai sahabat di dunia ini dan di akhirat nanti..insyaALLAH....
Okay..hanya gambar2 yang akan bersuara ya..buat ijahdaut..nanti kalo nak camping ke.picnic ke..sound2 lah kat akak ya..Adventure hari ni wooooooo....kihkihkih

Hari ini dalam sejarah perkhemahan di pantai Port Dickson


Baked beans !..
breakfast feveret En somi..terlambat akak hidangkan pagi tadi..
hampir nak merajuk pakcik tu .hehe

Nasi Goreng in the making


TU DIAAAAAAAA
khemah masak2 kami di landai badai

khemah yang ini tercampak masuk ke rumah orang
tuan punya khemah ini sudah lari menyelamatkan diri ke bilik hotel


khemah tempat kami menyimpan periuk,roti dan barang makanan turut sujud menyembah bumi

khemah anak2 bujang
kesiannnnnnn


yang ini cantik sikit lah dari yg lain


Habis semua sujud waktu subuh tadi

Akak story sikit supaya korang tidak tertanya2 ya.Akak bertolak ke PD lewat petang semalam untuk bercamping bersama adik dan kawan2 yg lain.Ada lebih kurang 7 family kesemuanya..
Memang meriah sangat..disamping itu kami juga turut menyewa bilik di sebuah hotel berdekatan untuk memudahkan kami bersolat dan mandi manda air bersih..
Lebih kurang sejam sebelum suboh pagi tadi tanda2 angin kuat dan hujan akan turun telah kelihatan..apa lagi kami bergegas kelam kabut bersiap menyelamatkan diri dan memindahkan anak2 kecil ke bilik hotel.....khemah2 kami tinggalkan begitu saja..
Aduh..nanti2 le akak update ya..itupun kalau korang nak baca story mory akak ya..
Ini akak nak buat laundry dulu...banyak kerja ni....


Tuesday, 7 June 2011

Suka Dan duka

Assalamualaikum semua

Suka bila adik2 balik duduk berkumpul dan anak2 buah berlari berkeliaran sekeliling rumah.
Yang lelaki main bola,main skuter.Yang perempuan main masak2,petik daun2 sekeliling rumah yang sudah semak samun.

macam hari raya.main bunga api.,lebihan raya tu hari.entah mana diorang jumpa tak tau lah.
nasib baik takde kejadian yang tidak di ingini berlaku.akak takot.. bunga api tu sudah tamat tempoh

mereka saudara sepupu yang sangat rapat.

TAPI

Kejadian duka tetapi tetap terjadi,tak boleh terlebih excited sebenarnya

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


apa tu kak nim?
apa tu?.

hah!jangan tak tau. Itu lah apam yogurt yang sepatutnya menjadi mekar sejambak atau kembang setaman,namun gara2 si pembuatnya terlupa letak tepung, terjadilah apam tu yogurt karamel.siapa punya kerja tu ya??...


Monday, 6 June 2011

Rezeki lagi......??

Assalamualaikum

Akak dapat rezeki lagi..kalau bukan duit pun tapi kalau benda tu dapat menyenangkan kita boleh juga di panggil rezeki jugak kan?
Ingat kan?? entri sebelum ni akak ada bagi tau yang adik nak balik tidur baring di rumah akak,dia bawak balik kesemua kenam2 anak2nya bersama dua org pembantu + pembantu yang tak bertuan balik ke rumah akak.Agak sibuk jugak lah keadaan akak hujung minggu tu hari.Penat yang melelahkan tapi gembira bukan kepalang.Bukan selalu dapat gader2 dgn adik yang sorang ni.walau dia tinggal yag paling hampir dgn akak tapi dek kesibukan dia sebagai seorang ahli perniagaan kami jarang2 dapat gader adik beradik bersama anak2nya.
Bila akak kata dia bawak balik pembantu yg tidak bertuan,maknanya sekali lagi akak dapat pembantu rumah free.
Huh!pembantu yang ini pulak memang Islam,rajin solat dan rajin mengaji tetapi banyak cekadak.Takmo masak dan takmo jaga baby.Akak namakan pembantu ni sebagai minah lah ya.majikan lamanya telah menghantar minah ke rumah adik akak untuk di brainwash.Dan adik akak pulak tak larat nak buat apa terus di hantar ke rumah dan lepaskan tanggungjawap itu ke bahu akak pula..
Adeh!...kita ni bukannya pandai nak brainwash orang tapi akak faham maksud adik..Dia tau akan kebiasaan akak yang berkemas dan menghias rumah sebelum masuk bulan ramadhan...dan hari ini bermulalah episod baru minah tinggal di rumah akak sehingga di beritahu kelak bila dia akan bertuankan tuan yang baru...
Dan hari ini akak kena buat kerahan tenaga dan mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya.Merantau jauh2 dari negeri sendiri sepatutnya dia sedar akan amanah dan tanggungjawap yang di serahkan..sukar untuk mencari rezeki sesukar kedua ibubapanya melepas seorang gadis merantau nun jauh ke negeri orang.Sepatutnya dia mengharagi kesemua itu..

Tugas pertama akak suruh dia lap tingkap dan cermin.kerja mudah je.
TAPI
.......................................................



Pagi2 dia dah buat muka palat depan akak..nyampah betul aku ngadap muka masam sebaik masuk dapur..macam lah kita hingin sangat dia tinggal dengan kita.



kalau dia baby cenggini ada jugaklah boleh di ampunkan..
eeeeeeeeeeee...gerrrrrrrram
Suruh adik ambik balik dan hantar dia balik ke negerinya.

Wednesday, 1 June 2011

Toy Baru


Assalamualaikum semua

Semalam akak dah janji kan nak tunjuk toy baru akak dan akak amat memerlukan bimbingan dari kawan2 semua untuk mengetahui bagaimana BM jenis ini beroperasi..

akak tak pernah gunakan breadmaker sebelum ini tapi akak sudah biasa melihatnya..Yang akak punya ni tidak ada setting doh..cuma tertulis start/stop je dan gambar roti/ayam.

Alhamdulillah,akak ke rumah adik yang tinggal di Seremban dua hari lepas.Kat rumah dia tu akak dok kecoh2 sikit, tentang hajat akak yang nak beli breadmaker kenwood..

Tetiba si adik bersuara..eh!kita adolah oven BM ni..

eh!yo ko?tak ponah nampak ko guna pun?..

memanglah tak guno kalau boli roti tu bukan ko lai sonang..

wah!..sonang boto hidup ko yo dik..dah lah guna dua org pembantu..akak tak suarakan ayat tu.takut pulak tiba2 adik menukar fikiran..

Terus je akak angkut oven ni masuk dalam kereta sebelum dia berubah fikiran dan seterusnya bila sampai aje rumah terus akak godek2 resepi dan decide buat roti resepi CMG dulu..dgn hajat hati kejap lagi nak keluarkan nak cuba buat bun jugak ala2 roti naik gitu tapi kesudahannya..akak tunggu punya tunggu,oven tu dok senyap sunyi je..tapi bila akak ke dapur semula beberapa minit kemudian tiba2 akak tengok lampu oven menyala dan mengeluarkan bau yang sungguh harum.macam bau kedai roti sebelah klinik Dr Chuah kat Tampin tu je..

Jadi soklan akak kat sini,sape tau macam mana nak guna BM oven jenis ini..
Akak tengah bengang betul ni..tadi masa naz datang,akak tanya gak dia kalau2 dia tau..aduh jawapan naz sama macam nieza jugak..tekan setting doh..payahnya tulisan doh pun tak ada kat situ..


Sunday, 29 May 2011

BBq at Port Dickson

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..Akak dah balik..hehe..
Seronok betul menghabiskan hari minggu di pantai Port Dickson..
Tempat yang akak pilih untuk berkhemah dan berkelah ni tempat yang sungguh cantik sekali pemandangannya..kalau ada sesiapa yang ingin membawa keluarga berkelah dan berkhemah di Port Dickson,akak syorkan pergilah ke Pantai Politeknik di PD..

Kami panggil pantai ni dengan nama pantai Poli sebab utamanya ialah pantai ini terletak di hadapan Politeknik Port Dickson..kedudukan nya betul2 di belakang Hotel KAYNS.tapi sayang sekali akak tak ambik gambar banyak sebab leka bersembang dan bergelak ketawa di sini..
Anak2 cuma sempat snap gambar masa mula2 sampai dan masa sedang mengipas ayam..selebihnya bila dah masuk dalam laut semua sudah terlupa untuk snap2 gambar tapi percaya lah tempat ni memang strategik sekali..cuma akak nasihatkan kalau mau ke pantai Poli ni jgn lupa bawa air kosong banyak2 sebab tempat ni tak ada toilet..kalau sesiapa mau berkelah ke sini dan tak tau tempat boleh lah email akak ya..


Akak yang mula2 sampai.so akak cop port sini.kat pokok besar ni..redup yang amat.


bersihkan pantai dia.sebab kedudukannya betul2 di belakang hotel jadi pantai ni agak terpelihara.memang bersih


Tengok tu.akak tak tipu..putihkan ?



tengah usha2 siapa nak naik pencil boat ni dulu.


lagi satu pic untuk membuktikan kat you all yang akak bercakap benar

sambil anak2 mandi manda..ayah bakar ayam dulu.

Ayam yang sudah hampir siap dan boleh di makan..
Resepi perapan untuk bbq nanti akak bagi ya.
Sekian Terima Kaseh
Selamat Bercuti semua..



Wednesday, 25 May 2011

Gempa Bumi


Assalamualaikum semua

Sudah selalu buat tak pernah pulak jadi macam ni.mana silapnya tak tau lah.Puas sudah di kaji selidik..entah2 bekas acuan tu dah di godek dgn span besi oleh maid yang datang tu hari..oh tidak!!!..kalau dia sental guna menda alah tu sudah confirm acuan ni calar balar dan sudah tidak menjadi non stick lagi..mmmm..nak salahkan orang ke atau memang aku yang silap teknik..?

Rasa2nya nak salahkan orang lah.Tak pernah pulak jadi cenggini sebelum ni.Bukannya sekali dua buat.dah banyak kali dah.....

Buruk betul rupa kejadiannya tu kan?..macam di landa garuda je.
Geram sakit hati semua bersatu..mati kutu akak di buatnya..konon2 dah masak nak hadiahkan pada seseorang

Hah!!!,...akak tau siapa yang terkekek2 gelak atau senyum2 simpul.....

Oh ya..Resepinya di SINI


sekian lah hiburan pd malam khamis
terima kaseh kerana sudi singgah dan senyum.

Tuesday, 24 May 2011

Oreo Cheese Cake Lagi-HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan jugak akak membuat oreo cheese cake untuk Ainul bawa ke sekolah..Hari ini harijadi Ainul yang ke 15 tahun di kongsi bersama abangnya yang sulong Mohd Azfar yang menyambut harijadi nya yang ke 26 tahun pada hari ini..Ainul mintak akak buat oreo cheese cake buat sahabat baiknya Nysa yang akan menyambut harijadinya pada hari esok 25 hb..seronok ada kawan baik yang boleh di kongsi hari bahagianya bersama2 kan?
Akak dah beberapa kali buat cheese cake..Boleh rujuk di SINI.cuma kali ini akak buat dalam acuan cup cake untuk memudahkan Ainul bawa ke sekolah dan berkongsi bersama sahabatnya itu..

Oreo Cheese Cake
by
anymz mykitchen
source:buku Pn NorAini Zakaria


bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.
masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,
Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.



lain kali kena penuhkan





Mohd Azfar dan NurAinul Hanis semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mereka.Semoga panjang umur,di murahkan rezeki dan di tetapkan iman..semoga kalian menjadi anak2 yang bertaqwa dan memperolehi kebahagiaan di dunia ini dan jugak di akhirat nanti.amiiin