Assalamualaikum semua
Adakah ini first entri akak di bulan May?..argghhhh..gasak..sibuk? tak jugak tapi mungkin sebab rasa lemau yg terlampau.Adakah atas faktor usia?.oh tidak ai belum tua lagi tau..belum setengah abad lagi..masih ada masa lagi ni..hehe
Nasi Kabsa ni akak buat minggu lepas..Gambarnya dah lama akak postkan ke FB,baru sekarang akak berkesempatan nak letak resepi di 'mykitchen'..TerimaKaseh pada adik yg berwajah 'awet muda' yang telah mengirimkan rempah nasi kabsa..Alhamdulillah syukur kepadaNYA sebab dlm ramai2 kawan teringat juga beliau pd akak utk mengirimkan rempah ni..Kalau tidak entah bila lah akak dpt merasa nasi kabsa..hehe
Resepi akak salin aje dari rumah Nor@SGN67.TerimaKaseh atas perkongsian resepi ni..Akak main kopipes je ni Nor..takpe ya..
Nasi Kabsa
by
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.
1 biji tomato ~ hiris 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Yang ini akak tambah sendiri
senang je nak buat ni.
Pilih aje sayuran yg puan2 suka.
Gaulkan bersama mayonis,gula dan sedikit garam..