Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Cucur Isi Ketam

Assalamualaikum semua

Singgah di sini sebentar semata2 utk update N3 hari ini.Masih di menu ulangan.Akak buat cucur isi ketam sebagai menu iftar untuk hari ini.Pernah buat dulu di SINI..eh!cam pantun pulak dah bunyi nya..kekeke
Minta maaf pada teman2 yang berkunjung ke mykitchen.Akak masih belum berkesempatan utk BW ke dapur teman2..InsyAllah akan di lakukan dalam sedikit masa lagi..semua yg hadir ke sini telah akak take not..Bukan tak ingat..cuma masa belum mengizinkan.Ni kueh raya satu apa pun belum buat lagi..huhu
Okay lah kita layan dulu resepi cucur isi ketam dgn gambar yang tidak berapa pekenan di mata..tapi gasak..terimalah seadanya dulu ya..:D


 Cucur Isi Ketam
by
Sumber:majalah RASA



Bahan-bahan

50 gm isi ketam-di potong dadu
10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
360 gm tepung gandum
1 labu bawang besar*
1/2 biji cili benggala hijau*
2 biji telur
2 sudu makan ikan bilis*
2 sb mix vege-ini akak tambah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
Gaul hingga adunan menjadi rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik
Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.

Akak guna fry pan jadi tidak perlu guna minyak yg banyak.



Cuba lah 
memang sedap

Monday, 19 September 2011

Sup Ketam

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali akak bersiaran setelah sekian lama akak bercuti.
Bukan di sengaja kan ya..memang tidak sengaja lantaran akak kesuntukan masa dan sememangnya bukan setakat cuti berblogging akak juga cuti masak2..

Banyak sangat peristiwa yang berlaku terus badan jadi rasa tidak tentu arah.Hampir2 juga akak memasukkan diri akak ke hospital semasa seminggu berhari raya tapi akak minta en suami meringankan sedikit beban akak agar tidak mempelawa mana2 tetamu yang memerlukan akak masak2 atau menyibukkan diri di dapur.
Anak2 juga faham dan tahun ini memang tiada kunjungan berduyun2 dari kalangan sahabat anak2.Alhamdulillah tetamu semuanya faham.Termasuklah rakan alam maya akak yang berjiran sebelah kampung dengan akak iaitu Naz.Terimakaseih Naz atas kunjungan Naz dengan baby Hanie dan juga suami.Maaf tiada hidangan istimewa.Memang segala urat saraf akak jem tu hari.Akak hargai sangat2 kunjungan Naz suami isteri dan juga pemberian beras nasi dagang tu.
TerimaKaseh Naz.Nanti jangan serik2 singgah lagi ya..

Akak mulakan entri hari ni dengan hidangan sup ketam yang di anggap pelik oleh anak2 di rumah hari ini.Bila dah makan semua kata 'sedapnya maaaaaak'..tak tau lah sedap tu maknanya sup ni betul2 sedap ataupun sedap sebab dah lama sangat tak makan hasil air tangan maknya ini..kekeke
Hidangan sup ketam ni akak buat sebab hujung minggu masa cuti panjang hari 1 Malaysia hari tu akak berjalan sampai ke Taiping sebab memenuhi undangan kenduri kendara saudara mara yang tinggal di Taiping dan juga di Tapah.Banyak sangat makan makanan berlemak hari ni kita makan sup2 aje lah..
Resepinya simple amat tapi akak tepekkan jugak di sini buat rujukan anak2 di masa akan datang.



Sup Ketam
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz mykitchen

Bahan2

4 ekor ketam-di bersihkan di belah dua-ketepikan
1 labu bawang besar-di hiris
3 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris memanjang
1 batang serai-di titik
1 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
Air secukupnya
daun bawang/daun sup-di hiris
bawang goreng untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis

Cara

Panaskan periuk atau corning ware
Masukkan minyak
Setelah minyak panas masukkan bawang2 dan halia
Goreng hingga wangi dan masukkan serai
Kacau sebentar
Masukkan air secukupnya,agak2 boleh menenggelamkan ketam
Masukkan garam dan kiub
Bila sudah elok mendidih masukkan ketam
Didihkan sebentar dan tutup api
Bila hendak di hidangkan jangan lupa taburkan daun bawang dan sup dan juga bawang goreng.



Thursday, 11 August 2011

Cucur Isi Ketam

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera.Dah sarapan..? (apa punya soklan daaaaaa)
Meh kita tengok satu lagi resepi cucur.Kali ni cucur kita di tambah dengan isi ketam yang panjang2 tu bersama dengan jejari kentang.Juga di sertakan sekali dengan cili benggala.Jangan risau tak pedas langsung.Rasa dia bagaimana????
Hah! Kena lah buat sendiri......wakakaka


Cucur Isi Ketam
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah Rasa

Bahan-bahan

50 gm isi ketam-di potong dadu
10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
360 gm tepung gandum
1 labu bawang besar*
1/2 biji cili benggala hijau*
2 biji telur
2 sudu makan ikan bilis*
2 sb mix vege-ini akak tambah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
Gaul hingga adunan menjadi rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik
Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.

Akak guna fry pan jadi tidak perlu guna minyak yg banyak.


manisnya isi ketam itu

Monday, 10 January 2011

Sambal Ketam

Bersiaran akak entri terakhir utk mlm ni..lambat sikit..penat rasanya hari ni,itu pun untung dapat masak..
Sambal ketam ni akak masak tengahari tadi gara2 terliur pergi rumah hana tu hari..nampak cam best je.
biasanya bila akak masak ketam,samada akak buat masak lemak cili api atau masak sweet sour tapi kali ni akak berani kan diri tukar versi pulak...
Akak buat sambal versi sambal kering.
Alhamdulillah..anak2 dan en suami suka sangat2..berselera diorang makan..habis licin.senang akak basuh piyok terus.maceh hana atas idea sambal menyambal........
meh tengok resepi.
spt biasa akak akan cuba masak sehabis simple untuk memudahkan anak2...



Sambal Ketam

bahan2

4 ekor ketam sederhana besar-di bersihkan buang duri yg tajam2,dibuang kulit keras dan di kerat dua.ketepikan

15 biji cili kering*-di rebus hgga kembang dulu.bersihkan dan tos.kemudian baru di kisar.
1/4 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
bahan bertanda *-di kisar
1 kiub ikan bilis
1 butir telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam jika perlu-
sedikit gula
2 cawan minyak

cara

ketam yang sudah di bersihkan,di gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
panaskan minyak
goreng ketam hingga separuh masak.jgn sampai garing
angkat dan ketepikan
Dengan minyak yg sama tumis bahan2 yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan kiub dan gaul rata
masukan ketam dan pecahkan telur ke dalamnya dan kacau lagi
gaul rata dan sedia untuk di hidangkan


jika suka berkuah,boleh letak 1/2 cawan air asam jawa dan tambah sedikit garam jika perlu.

Friday, 28 May 2010

sweet sour ketam

hari ini anak2 ada yang minta sweet sour ketam dan ada jugak yang minta masak lemak.memandangkan baru lepas makan masak lemak ketam,jadi hari ni kita ikut selera amir.


bahan2

3 ekor ketam
1 senduk cili kering kisar
2 labu bawang besar di potong bulat2
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
2 cawan air
serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sb gula
1 butir telur
daun bawang utk hiasan
minyak utk meggoreng

cara

ketam di bersihkan dan di lumur dgn sebuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng setengah masak.
ketepikan.
kurangkan lebihan minyak goreng hingga tinggal anggaran 1 cawan
tumis bawang putih hingga naik bau
masukan cili kering kisar.
tumis hingga naik bau
masukan kedua2 sos
masukan air
masukan gula
rasakan garam,jika kurang tambah sedikit garam
telur di kocak2
bila sudah mendidih,masukan telur,bawang besar
akhir sekali masukan ketam
gaul sebati
sedia untuk di hidangkan

*sedap di makan bersama roti

Thursday, 8 April 2010

menu hari ini

ketam masak lemak cili api dgn nenas
Hari ni sy puas hati betul..pegi pasar tani.apa yg sy nak masak semua ada..alhamdulillah..nenas dah dua hari sy beli.berdoa la moga ada ketam kat market..dah lama teragak sebenonya.hehe sib baik ada.pic nenas tu yg tak brape nk nampak.


bahan2

ketam 4ekor
cili api 8 ulas je.(jgn byk2.tersedak nnt naya je.tak pat hisap2 manis ketam nih)
serai.1 batang
santan beli dah siap.rm3 je
bwg merah  2 ulas di hiris
nenas.guna separuh je suka hati nk cincang atau nk hiris


nenas dikecutkan dulu dgn serai yg di titik,cili api yg di tumbuk halus dan bwg hiris
stgh orang suka kecutkan dgn ketam skali tp sy suka masukn santan dan ketam sekali.biar keluar manis ketam tu.jgn lupa buh garam.kalo kurang masam buh asam keping ya.

*masakan org2 negori yg tulen sebenarnya jarang2 yg guna bawang..keutamaan dlm masakan adalah terletak pd asam,garam,santan dan cili apinya