Monday, September 19, 2016

Camping di Pasir Putih Resort, Kalumpang

Trip ke Kalumpang kali ini untuk bercamping dengan geng xmrsm kuantan papa. mama tak buat preparation sangat just perap ayam untuk bbq jer, yang lain tu papa yang siapkan sebab camping gear dia tahu apa yang perlu bawa.

Dalam pukul 2pm kami sampai di Pasir Putih Resort. Resort kali ni jauh sikit dari Nahara resort yang kitaorang pergi last month. Jalan pun masuk ikut kebun getah dan kebun buah-buahan orang kampung. Sampai je terus papa pasang khemah. Papa bawak dua khemah satu Wood biru dan satu Coleman kuning. Yang coleman tu boleh isi lapan dewasa yang biru tu kecik sikit 4 dewasa.



Yaya dan Nina dah tak sabar nak mandi sungai. Sungai kat resort ni agak lain sikit tapi rasanya lebih mesra kanak -kanak kecil. sungai dibahagikan ikut kolam-kolam kecl yang dibuat emapngan batu-batu sungai. Air pun tak dalam dalam dari paras betis sehingga pinggang nina je...untuk yang dewasa ada spot yang dalam tapi mama tak bagi anak-anak main kat situ tanpa pengawasan orang dewasa. Kakak dan adik of course la kena jaga adik-adik mandi.



Bapa-bapa mula ber barbeque ayam, salmon, sesej kat camping site. Kawan papa sewa dua canopy site untuk lepak-lepak dan family dia ...so situ la kami masak, makan dan hang out lepas dah penat mandi sungai.

The next day anak-anak sambung mandi sungai lagi sampai la tengahari . Then balik. kesimpulannya, memang best camping kat sini sebab sungai cantik, facilities tandas dan shower room bagus dan bersih. Kawasan luas boleh anak-anak lari dan main wagon sampai tengah malam sebab fully lit dengan lampu-lampu yang dipasang di pokok. Yang penting anak-anak happy then mama pun happy. Papa of course la happy sebab boleh rekindle friendship dengan kekawan lama kan. Borak sampai tak tidur semalaman.

Monday, August 8, 2016

A visit to Langkawi after more than 1 decade


Lama betul mama tak pergi Langkawi, last time pergi situ masa kakak dan adik kecik lagi, nina pun belum lahir lagi. Bila sampai sana rupanya dah banyak berubah tapi panasnya tetap sama :)


Monday, July 25, 2016

Mandi Sungai in Kalumpang





Pertama kali ke Kalumpang dan pertama kali mandi sungai di sini...memang bersih dan jernih . Airnya hijau tapi jernih nampak pasir di dasar sungai. Ada part sungai ni dalam dan ada part yang cetek so kita kena pandai la pilih spot ikut ketinggian anak tu. Tapi di Nahara Resort ni sungai yang melalui kawasan nahara ada di pasang tali merentangi sungai so that anak-anak boleh berpegang di tali semasa mandi atau melintasi sungai ke seberang. 

Yaya sampai menangis tak nak balik nak mandi lagi. Tapi bila masuk kereta terus tidur, penat sangat mandi sungai kot hehehe...Kami akan datang lagi ...soon.


Costume contest

Malam tu ada  pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak dan dewasa. Anak-anak masuk kategori kanak-kanak.


Kakak punya costume recycle yang costume halloween last year je...kakak make up dan lukis sendiri muka dia.


Adik taknak guna costume halloween so last minute papa gi beli baju belang hitam putih, suspender belt dan yang paling huru-hara masa nak cari face paint...kal KL ni tak tau kedai mana yang jual...mama search internet pun tak jumpa so terpaksa la DIY je guna losyen baby + water color... Ini budak semua mam dia kena buatkan dari makeup sampai siap. Penat layan!


Nina...happy girl...baju handbok tu dari collection kedai Lili Lila Little Bazaar. Makeup dan hair Aunty Afin dia yang buatkan. 


Yaya ni charactyer dia sama macam adik...demanding dan asyik ada je yang tak kena. Costume Yaya ni recycle costume Nina masa Hari Keluarga JMG dulu. Mama beli Refanes (brand Indonesia untuk costume baju dongeng bertudung)

Ini semua anak-anak sedara yang mempunyai ibubapa yang sangat sporting ...semua enjoy malam tu...

Yang dewasa nanti mama upload gambar kemudian...XOXO


Monday, July 11, 2016

Rumah Api Pantai Senok


Tak pernah tahu pun kat Pantai Senok ni ada rumah api tapi selepas mama tengok video drone mengenai Keindahan Kelantan then mama terasa nak melawat rumah Api ni.