Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, June 27, 2016

Pantai Blue Lagoon, Teluk Kemang

Masa mula-mula sampai ke pantai Blue Lagoon ni mama sungguh keciwa sebab kenangan mama dulu-dulu pantai ni cantik sesangat. Tapi tinggal kenangan la. Air pun dah tak biru. Di tambah dengan longkang besar masuk direct ke laut di tepi pantai tu. Sunnguh tak berpandangan jauh orang yang design longkang tu, macamana la orang nak mandi-manda kalu longkang sebesar tu memuntahkan air kotor direct kat tepi pantai. frust frust frust

Anak-anak main jugak la sekejap lepas tu ajak balik. Sebelum balik ingat nak cuci kaki kat tandas yang dibina pun di tepi pantai tu, Tandas kunci la. Air pun takde. Facilities dah cukup tapi takde sumber air.

Sekejap jer kat tepi pantai ni then kami balik. Next pantai papa kata kena gi pulau kat Terengganu la baru puas hati.


Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan

Kali ni anak-anak ikut mama ke Avillion Admiral Cove. Mama kena hadir meeting kat sini , so papa kena hantar mama. Anak-anak pulak takde orang nak jaga kat rumah tu so semua sekali angkut.

Lama tak datang ke PD ni banyak yang dah berubah. Pantai yang cantik dulu dah kurang cantik sekarang, anyway Avillion ni hotel nya cantik la untuk kelas nya. Takleh nak komen dengan hotel 5 bintang. tu lain kategori.

Bilik di hotel ni luas dan selesa untuk satu family. Ada katil King dan day bed. Lepas tu mama minta baby cot. Cukup untuk semua orang tido dengan selesa tanpa perlu ada yang guna sleeping bag. Mama ni ke mana pun pergi mesti bawak spare sleeping bag , mana tau ada keperluan nak pakai kan. Cuma kekurangan bilik takde wi fi. Kabel internet takleh masuk lap top slim mama so dalam bilik takleh ber facebook. Kat lobby ada wi fi tapi slow yang amat. Landscape kat luar hotel ni jadi menarik sebab ada marina. So bolehla nak berposing tepi kapal-kapal layar yang banyak berlabuh depan hotel ni. Pantai private kat tepi hotel ni tak secantik yang di imagine kan sebab kotor sesangat. tak terjaga dan penuh sampah. Nak celup kaki kat dalam air pun geli.



Anak-anak masa mama gi meeting diaorang buat aktiviti sendiri. Mama meeting sampai tengah malam kesian diaorang tapi nak buat camne kan. Nina dan Yaya petang jer ajak gi swimming pool. Nasib baik papa rajin layan. Ni bila papa dah start kerja nanti takde la kot ngikut mama gi outstation lagi.