Showing posts with label Quebec. Show all posts
Showing posts with label Quebec. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Day 1 : Montebello & Rieviera Du Loup

Hari pertama...semangat berkobar-kobar nak pergi mlancong ke Canada Timur. Perjalanan bermula dari Ottawa, Ontario menuju ke Riviera du Loup, Quebec. Papa jangka akan sampai selepas 6 jam drive tapi hahaha...macam biasa banyak tempat tersinggah on the way tu like Montebello.























Thursday, August 13, 2015

Summer Road trip: Ontario - Quebec - New Brunswick - Nova Scotia - Prince Edward Island

Summer road trip yang ni dah lama di rancang tetapi baru beraya di laksanakan. Setahun gak la berjimat cermat untuk kos perjalanan melalui 4 province di Canada ni , maklumla kami datang sini dengan elaun belajar je. Tetapi sebab alang-alang daah sampai ke canada ni kami ambil peluang untuk berjalan-jalan kenal negara orang.

Perjalanan di mulakan di Ottawa selepas ambil kereta sewa dari Enterprise. Kenapa kami guna kereta sewa sedangkan ada kereta sendiri? sebabnya enterprise ni ada di semua destination yg kami nak pergi dan sekiranya ada teradi apa-apa di perjalanan kami boleh dapatkan kereta ganti terus dan tak perlu pikir kos tambahan untuk ke bengkel kereta. Satu lagi sebab adalah untuk keselesaan perjalanan sebab kereta sewa kat sini semuanya kereta baru, kereta kami tahun 2007 huhuhu.

Destinasi hari pertama Riviera du Loup di Quebec. Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap di Fairmont de Montebello, hotel dari kayu log yang terbesar di dunia. Biasanya kalau kita tengok rumah dari susunan kayu log pun dah ter impress kan, n boleh tengok sebesar-besar hotel yang dibina dari susunan kayu log dan dihias dengan langkap yang cantik.

kakak dan adik depan Hotel Fairmont de Montebello, Quebec


Ombak besar di atas darat, Halifax Waterfront, Nova Scotia 



Nina takut Smaug! Windsor Park, Montreal, Quebec


Monday, February 9, 2015

Singgah sebentar di Trois-Rivieres

Kami singgah sekejap di rumah Kak Azidah kat Trois Rivieres masa on the way to Quebec City from Ottawa tu. Bila dah masuk Trois rivieres tu anak-anak terjenguk-jenguk keluar tingkap cari mana sungai yang tiga tu...entah la...kat mana lokasi sungai tu...yang pasti bandar ni memang besar kalau nak di compare kan dengan Kingston hehehe...

Sampai kat rumah Kak Azidah kami dijamu dengan nasi kerabu ayam percik dan ikan goreng tepung. Sedap sungguh dapat makan rice to wednesday ni. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan kami :)


Wednesday, February 4, 2015

Air Terjun Beku di Parc de la Chute-Montmorency

Air terjun Parc de la Chute-Montmorency ni antara a must visit place untuk sesiapa yang datang visit Quebec City. Mula-mula tu ingatkan air terjun ni kat dalam hutan simpan or jauh dari bandar. Rupa-rupanya air terjun ni 10 minit je dari Old Quebec dan terletak di tengah-tengah residential area dan boleh nampak dari highway Sainte-Anne Autoroute.



Air terjun Montmorency ni 30 meter lebih tinggi dari Niagara Falls. Ada 2 lokasi untuk ke air terjun ni, direct ke Manoir Montmorency atau naik kereta kabel dari stesen keretapi di tepi autoroute Ste-Anne. Papa direct ke atas bukit, untuk masuk ke area manor kena bayar sebanyak $7.50CAD. Lepas parking, papa belikan tiket untuk naik kereta kabel. Tiket ni untuk unlimited ride dari atas bukit ke stesen kat bawah bukit. 


Dari dalam kereta kabel boleh lihat dengan jelas air terjun Montmorency yang beku, ada sebahagian kecil je yang masih mengalir laju masuk ke tasik beku kat kaki bukit terus ke dalam Sungai St Lawrence yang juga beku. 

Kat tepi tasik beku tu ingat nak berjalan cross ke water fall tapi bila tanya staff kat cafe tu, dia cakap boleh jalan atas tasik tapi atas risk sendiri la...bila tengok takde orang pun yang berjalan kat atas tasik tu terus cancel lah...lagipun jauh jugak la nak sampai ke kaki waterfall tu...so kami sekadar bergambar kat tepi tasik je la berlatar belakang kan waterfall.

Lepas dah bosan minum hot coklat dan makan coklat (gemukla hehehe) kat cafe, anak-anak ajak naik jambatan yang merentasi air terjun. 



Papa tarik yaya dan nina dalam sleigh sepanjang walkway dari manor ke bridge. Gayat jugak la bila atas jambatan tu tapi satu pengalaman baru dapat tengok air terjun yang tinggi dan besar beku. Walaupun sejuk anak-anak enjoy trip ni. Asal jumpa air mata air yang frozen je terus perasan jadi Elsa :P.








more about this waterfall click here

A visit to Old Quebec, Quebec City

Winter kali ni papa bawa mama dan anak-anak berjalan-jalan ke Quebec City. Trip ni dah dirancang dari tahun lepas tapi asyik kena postponed je. Kami bertolak dari Ottawa, singgah Trois-Rivieres kejap dan continue ke Old Quebec di Quebec City.



Masa sampai tu hari dah gelap, dari jauh nampak skyline Quebec City yang meriah dengan lampu. First komen mama kat papa "besar gak bandar ni ye". Di Old Quebec tu kami menginap di Hotel L'Intendant yang terletak di kaki bukit. Hotel ni agak berpatutan dan sangat selesa untuk kami 6 orang. Pagi-pagi dapat makan breakfast crepe dan croisant bersama homemade jam and maple syrap. Kyra suka betul makan crepe tu. Mama kena start masak crepe untuk anak-anak lepas ni hehehe. 



Sebab kami sampai masa musim sejuk...sesungguhnya memang sejuk sesangat di Quebec City ni. First day kami ronda-ronda dalam real feel -30C. Papa round sekali semua area yang nak visit dulu lepas tu baru cari parking. Parking 30 minute je untuk jalan-jalan sekitar area tu dan bergambar lepas tu semua lari masuk kereta panaskan badan. 









Lepas tu papa drive ke next spot, parking 30 minute lagi untuk sightseeing and berposing. Punya la sejuk sampai jari mama numb nak tekan camera kat handphone papa sebab camera nikon tetiba rosak masa kat sana. Ada satu time tu handphone papa tetiba shutdown sendiri...agaknya camera pun tak tahan sejuk hehehe... Alhamdulillah, banyak jugak la tempat yang sempat kami visit pada hari pertama tu, 




Bila hari dah start gelap, kami dinner di restoran L'épicerie Quatre-Bourgeois, makanan middle eastern. Ok la rasanya dan big portion ...makan share 2 orang sepinggan. Lepas makan kami bertolak balik ke hotel sebab anak-anak memang tak tahan sejuk. Bila masuk ke bilik yang warm, riang gembira pulak anak-anak tengok tv dalam french. Walaupun tak faham diaorang layan je asalkan cartoon.





Hari kedua kurang sikit sejuk tapi still -20++C...ambik ubat siapa yang nak datang ke sini masa winter ni. Lepas breakfast kami check out dan sambung semula lawatan ke old quebec yang tak sempat habis semalam. Sambil tu singah jap kat kedai beli fridge magnet untuk kenangan. Adik berkenan pulak kat sweater dan nina as usual dia nak beli gift untuk teacher kelas dia.




Kami singgah jap kat tepi Fairmont Chateau de la Frontenanc tu untuk bergambar. Anak-anak ternampak pulak sleigh ride kat tepi chateau tu, nak cuba naik. Tingginya gayat mama tengok. Anyway, apa saja yang anak-anak request papa akan tunaikan so lepas bayar $10CAD per ride untuk 4 orang, papa tarikla sleigh tu naik ke atas bukit dengan anak-anak. 

Lepas dah puas jalan-jalan kami singgah dinner di Epicerie Boucherie Assalam. Makanan middle eastern juga, cuma agak murah dan portion pun kurang compared dengan restoran semalam. Masa makan tu adik komen kesian kekawan arab dia...mama tanya kenapa? Tak sedapnye makanan diaorang... huhuhu

Nota: Tips untuk sesiapa nak visit Quebec City masa winter kena prepare full winter gear ala-ala macam nak gi ski ye...kalau boleh bawak facemask sekali takpun tutup muka dengan scartf sebab memang tak tahan sejuknya...ditambah pulak dengan belaian angin yang bertiup dari puncak bukit. Mengigil.

more info about Quebec City click here