Showing posts with label Spring. Show all posts
Showing posts with label Spring. Show all posts

Saturday, June 20, 2015

Singgah sebentar di kampung first nation Alderville


Singgah jap kat kg ni otw balik ke Kingston dari Roseneath hari tu. Yg trigger singgah ni sebab ternampak inukshuk kat depan kedai souvenir kat kg ni. Dah lama dah dok cari batu susun ni nak bergambar, tapi tak pernah berpeluang nak berhenti dan bergambar. 

Inukshuk ni landmark dari batu batan yang disusun dalam susunan menegak, kadang-kadang menyerupai bentuk manusia. Susunan ni dibuat oleh orang-orang first nation sebagai tanda jalan, atau hunting/ fishing place. Inushuk ni one of canada national symbol dan banyak gak la replica kecik yg dijual sebagai souvenir. 



Wednesday, June 10, 2015

Picnic di Rideau River Provincial Park


Picnic tahun ni 10 keluarga berkumpul ... kebanyakkann dari Ottawa kecuali satu family dari Montreal,  satu dari Cornwall dan dua family dari Kingston termasuklah kami hehehe...Aktiviti biasalah...makan-makan...menyembang...anak-anak swimming kat beach..lepas tu naik boat dan tube di tengah sungai.




Wednesday, June 3, 2015

Kenduri di Kg Mawar aka Roseneath

Weekend hari tu kami jalan-jalan ke Roseneath, Cobourg, rumah Abg Harim dan Kak Suryani.


Kat rumah ni ada kambing dan ayam. Yaya asyik dok kejar kambing, tapi bila kambing tu dekat ngan dia, teredek-kedek lari plak. Ayam kat sini pun jinak, senang je kakak tangkap.




Selain kenduri ada sesi mancing. Papa suka betul dapat ikan Walleye.


Tuesday, May 26, 2015

Anak-anak memancing di Kingston Mills


Weekend hari tu, papa bawak anak-anak memancing di Kingston Mills. Kebetulan Melur datang rumah so kami bawa dia sekali. Tanya Melur pernah ke fishing? This is her fist experience la...and guess what...ikan yang paling besar ni Melur yang dapat hehehe...lucky her :)

Mula-mula tu mama tengok dia beriya tarik joran...ingatkan mata kail terlekat kat rumput-rampai kat dasar sungai...tapi tengok macam berat je...papa datang to the rescue...rupa-rupanya sekor ikan carp. Hebat jugak melawan ikan ni...

Yaya menanggis takut tengok ikan. Tapi lepas papa lepas kan ikan tu...menangis sekali lagi sebab yaya nak touch the fish.

Balik papa belanja minum dan makan donut di Tim Hortons.

Monday, May 25, 2015

Tulips Festival Ottawa 2015


Tulips Festival Ottawa kali ni kami pergi on the last weekend. First day tu ingatkan nak direct ke Dow's Lake tapi punya la ramai orang so papa decide untuk ke Major's Hill. Bunga-bunga tulips kali ni dah tak secantik tahun lepas, mungkin sebab cuaca yang panas kot. Banyak bunga dah kembang semangkuk dan ada yang dah gugur ke tanah tinggal tangkai je...

Maman ...si ibu labah-labah


Dah lama mama teringin nak bawak anak-anak bergambar ngan ibu spider ni tapi setiap kali gi Ottawa asyik tak berkesempatan je. Alhamdulillah...berjaya gak sampai ke sini.

Monday, June 9, 2014

Picnic dan Fishing di Gananoque ON

Weekend...papa dah lama tak memancing...so apa lagi sejak papa dah jumpa geng memancing ni dari malam lagi dok belek fishing rod dia. So, pagi sunday tu mama masuk dapur masak nasi lemak sambal ayam express hehehe...pastu adik buat muffin pisang...jom kita berkelah tepi sungai...

Papa drive all the way ke 1000 Island parkway...lalu jalan tepi sungai St Lawrence..lepas satu spot satu spot papa stop...ada yg sesuai utk picnic je...ada yg sesuai utk fishing je...until sampai la ke satu spot tepi sungai yg ok...

Sampai je papa pasang khemah kelambu...sebab byk sesangat mayfly kat sini...pastu makan nasi lemk ramai- ramai sambil menikmati panorama sungai yg terbentang luas...besrnya sungai ni...lepas makan papa turun ke gigi air start mancing...


Yaya, nina dan adik  dah mula kebosanan ...mama pun cari spot yg ada beach...main air la puas- puas kat situ..part sungai ni berbatu sikit...ada small beach yg air cetek...suka diaorng...kalu bawak swimming suit sure dah berenang dah ni...airnya sejuk sesangat lagi..next time kita datamg lagi...boleh swimming...

Monday, June 2, 2014

Anak-anak ke Toronto

Jumaat pagi mama ada conference di Downtown Toronto...ni 2 nd time mama ke Toronto sejak dok kat Canada ni...dan ini first trip untuk papa dan anak- anak...so papa pun invite Rizal utk teman papa so that kalau sesat masa mama conference tu ada la orang yang boleh tolong carikan jalan..
Kami bertolak pukul 5am ...sampai je ke Toronto...jalan jam la...teringat masa dulu-dulu drive kat KL hehehe...dok Kingston mana ada jam...aman damai jalan tenang je...nasib baik la mama sampai on time :)
Lepas papa hantar mama ...papa bawa anak-anak melawat CN Tower, bergambar kat Ripleys Aquarium then terus ke High Park. Mama bekalkan anak-anak nasi lemak sq,bal udang...seronok diaorang berpicnic di High Park. Kat sini ada mini pet zoo...free je..ada moose, byson, dan lain-lain binatang lagi la..Panda takde...tu kena gi Zoo :P





Lepas dah penat makan dan main...papa bawa anak-anak gi solat di Masjid Jami Toronto. Masjid ni dalam residential area. Lepas rehat dan solat...mama pun dah abis conference...

Niagara Falls... here we come

Dah lama mama papa berangan nak gi Niagara Fall ni...sejak dari kat Malaysia lagi ...sejak tahu mama akan ke Queensu...memang hajat nak jejak kaki ke Niagara. Alhamdulillah ...sampai juga kami ke sini. Anak-anak tak payah cerita la...seminggu sebelum dah siap kemas baju.
Kami sampai di Niagara dari Toronto dekat magrib...nasib baik senang cari hotel. Hotel Empress Inn and Suite by the Fall. Masa nak datang tu risau gak bila baca review hotel ni tapi bila dah sampai...ok la sesangat..org yg review tu agaknya tak pernah dok hotel 3 bintang kot.
Lepas dinner je terus keluar sightseeing. Nak tengok waterfall waktu malam. Subhanallah, cantik sesangat waterfall tu, dengan lampu berwarna- warni dipancarkan ke waterfall. Kebetulan ada bunga api , kami enjoy the show la. Lepas tu papa bawa round Clifton Hill, happening jalan ni...penuh dengan manusia. Macam- macam ada kat sepanjang jalan ni...



Esoknya...pagi-pagi lagi lepas breakfast kami keluar. First destination Skyview ...naik ni nampak keseluruhan Niagar Fall from 300 ft. Papa dah start gayat...tapi Yaya macam takde perasaan je...tengok sana ...tengok sini...
Turun dari situ kami pergi main ghost blaster dan tengok 4D movie. Nina menangis takut hantu hehehe. Then masuk movieland wax museum...sesi bergambar dgn celebrities...tapi wax figure kat sini banyak yang pendek. Nak jimat wax kot.


Dah bosan main game, papa ajak gi shopping baju kat Hard Rock Cafe...sebelum shopping anak-anak cuba pusing wheel of fortune...mana tau menang diskaun 25% ..emmm dapat 10% diskaun je...boleh la...after that pergi Planet Hollywood pula...papa dapat free topi kat sini...thank to Rizal hehehe...penat berjalan anak-anak masuk Hersheys beli kisses then lepak minum kat Starbuck kejap...
Time untuk berposing depan waterfall pulak...jalan kaki ramai- ramai ke tepi sungai...ramainya orang masa weekend ni...kena cepat posing kalau tak kena menyelit tepi orang baru la nampak Niagar Falls tu..


Sebelum Lunch kami sempat singgah diupside down house...anak2 masuk ke dalam ...mama papa lepak kat kedai sourvenir pilih tshirt...then makan buffet kat Curry Queen...sedapnya nasi beriani kambing...anak2 dok ulang tambah tandoori chicken dan nan...alhamdulillah ..kenyang...


Bila semua dah penat berjalan kaki balik bilik. Walaupun hotel yg dok ni takde la berbintang-bintang tapi ok la sebab within walking distance je. Bukan nya nak dok berkurung dlm bilik pun... Malam..keluar lagi nak naik skyview one more time dan nak main golf dinasour...lepas habis main golf dah pukul 12 tengahmalam...tapi mata tak ngantuk pun lagi...kita minum dulu kat Tim Hortons...




The next day ...kami naik Hornblower Niagara Cruise...dapat tengok air terjun dari jarak dekat...suka Yaya dan Nina tengok giant rainbow tepi waterfall tu...satu pengalaman yg menyeronokkan untuk kenangan anak-anak bila dah balik tanahair nanti.




Thursday, May 29, 2014

Sana pink sini pink...apa tu?? Itulah si Cherry Blossoms

Semalam lepas pick up adik kat Lake Ontario Park, kami singgah di Queen's University sekejap sebab mama  teringat pokok cherry tepi Flemming Hall tu mesti tengah kembang sekarang. Bila sampai je Subhanallah...cantik sungguh pokok cherry ni. A very bright pink.




Monday, May 26, 2014

Berkelah di Rideau River Provincial Park

Rideau River Provincial Park ni terletak di Kemptville, Ottawa. Agak jauh juga dari Kingston, hampir 1.5 jam baru sampai. Anak-anak suka betul bila mama cerita nak gi picnic...lagi excited bila mama kata boleh mandi sungai. Diorang ni dari kecil suka swimming. Papa pulak suka bawa gi jeram, so diaorang imagine macam nak gi mandi jeram la kot. Bila sampai je, rupanya sungai yang besar hehehe...takpe anak-anak boleh mandi kat freshwater beach je...

Nampak je beach tu, terus nak tukar baju...mama nak bersocial pun tak sempat. Papa join geng bakar satay. Kami bawak satay daging ala satay kajang gitu dan lauk udang sambal petai. kebetulan jumpa stinkybean ni kat kowloon supermarket, mama masak la boleh makan ramai- ramai. Semua yg datang bawak berbagai jeni makanan.

 Anak-anak bukan makan pun...dok lari sana-sini ngan kekawan. Papa pulak lepas bakar satay, turun ke jetty memancing. Kemana pun papa pergi mesti dia akan jumpa geng memancing. Seronok papa sebab kali ni dia dapat banyak ikan tak macam masa papa gi ice fishing masa winter hari tu. Ikan kat sini banyak betul mungkin sebab catch and release. Khalila pun dah terjangkit hobi memancing ni...habis suntan muka dia dok teman papa mengail.

Yaya buat sand castle dengan Abang Rizal


Kakak dapat ikan!

Gembira betul bila papa dapat ikan

Terima kasih kawan-kawan dari Ottawa yang ajak kami join sekali. Best!


Monday, May 19, 2014

Ottawa Tulip Festival

Sukanyer dapat tgk tulips real life...kat Malaysia nak tgk tulips kat florist je la...kat Tulip Festival ni macam-macam colors bunga tulips...first kami pergi ke Dows Lake...then the next day kami round downtown Ottawa ...naik Major's Hill Park...pergi Parliment..ingat nak naik Peace Tower tapi ticket habis...next time la nampaknya.





Anak-anak seronok betul dapat tengok bunga- bunga tulip ni...yg paling banyak bunga kat Dows Lake...ada lautan tulips lagi...tapi punya la ramai org kat situ...nak bergambar pun kena cepat posing takut ada org lalu lalang kat depan...

Friday, May 16, 2014

Bunga-bunga berkembangan di Queen's University

Pemandangan di musim bunga ni amat cantik dan Queen's University mempunyai banyak area yg cantik untuk diabadikan sebagai kenangan terindah mama di Kingston. So seperti biasa la, anak-anak akan menjadi model tetap mama.

Yaya posing atas bench tepi JDUC

Yaya posing atas tangga ke gym

Depan Fleming Hall

Bunga-bunga tulip berkembangan di Benidickson Field

Wanginye bau bunga ni-Tepi Gordon Hall

Thursday, May 15, 2014

Dandelion, the yellow flower weed

Bulan May, bulan hujan di sini. Most every day hujan turun biasanya petang sampai ke malam. Suhu still dlm range 10C to 20 C so masih sejuk untuk kami yg memang dari kecik dok di negara yg panas. Papa kata cuaca ala-ala kat Cemeron Highland je, tapi mama still insist anak2 pakai light jacket.
Bila hujan dan panas silih berganti, pokok-pokok yg togel masa winter tu dah start berdaun, rumput pun dah hijau dan bunga-bunga kuning dah memenuhi padang. Subhanallah, cantik sungguh bunga kuning ni...walaupun ada yg panggil bunga ni weed. Itulah si kembang Dandelion.

Yaya suka betul kutip yellow flower ni. Nampak je terus gi kutip, pastu selit kat telinga.