Showing posts with label Sledding. Show all posts
Showing posts with label Sledding. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Toboggan Day


Hari ni sekolah anak2 anjurkan toboggan day kat bukit depan sekolah. Kebetulan snow turun dgn lebatnya sejak dari pagi lagi. Adik excited nak pergi sebab dah janji dgn bff dia nak main sled sesamer. So semua kena la meredah salji yg tebal ala-ala snowstorm tu. Angin punya la kuat sampai tak leh nak buka mata. Salji melekat kat spek. Bila buka spek masuk mata plak. Papa kena tarik Nina+Yaya atas sled sebab kalau suruh jalan maknya berjam baru 100m kot. Snow tebal tenggelam kasut setiap langkah, pakcik shovel offday agaknya, tak dtg tolak salji or dia tunggu ribut ni reda baru nak dtg kot. 



Anyway, sampai je kat bukit kecik tu dah ramai anak2 + parents dok main sled dgn riang rianyer..kakak+adik pun dah join samer..meriah betul kat sini. Cuma kena hati-hati takut terlanggar sesama sendiri. Parents semua sporting dan mesra. Nasib baik suhu tak sejuk sgt dlm -4C je, tapi angin kuat. Kena berdiri opposite arh angin baru blh buka mata tanpa ada snow bertempek kat muka.



Lepas naik sled beberapa kali Yaya dah start boring. Nak buat snowman pulak. So layan dia main snow. Tapi snow kali ni takleh nak buat snowball, so kureng menjadi skit snowman yaya tu. Kakak join sekaki nak buat fort. Lepas dah penat dan kesejukkan singgah sekolah jap pekena hot choc uncle timmy..sedap betul. 

toboggan is a simple sled which is a traditional form of transport used by the Innu and Cree of northern Canada (more on tobonggan click here )

Saturday, November 30, 2013

Sledding is fun


Seperti yg dijanjikan, semalam papa pergi walmart belikan anak2 sleds. So, hari ni family activity is main sled kat small hill depan rumah. Check suhu sebelum keluar -4C, so anak2 kena pakai double layer full attire. Kakak plak baru teringat tertinggal glove kat dlm locker sek. its ok pakai je double glove dulu. Nak siapkan 6 org ni dah take time hampir 1jam. Kakak tanya mama tak study ke hari ni. Takpe kakak, esok mama cover double. Hari ni nak join anak2 main snow.


Sampai je kat bukit kecik dpn sek adik tu, dah ada 1 family of 3 tgh main, so we all join sekali la. punya la laju sled tu turun bukit. berpusing-pusing. anak2 enjoy. papa pun tumpang sekali, bawa Yaya turun bukit. After awhile, ada family lain dtg. Bila dah ramai, beberapa kali near miss accident hampir berlaku. so memandangkan tangan mama dah kesejukkan sebab kakak dah pinjam glove mama dan Yaya pun menanggis nak susu. Kita tangguh aktiviti ni ke next time.