Showing posts with label Queens. Show all posts
Showing posts with label Queens. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Bunga-bunga berkembangan di Queen's University

Pemandangan di musim bunga ni amat cantik dan Queen's University mempunyai banyak area yg cantik untuk diabadikan sebagai kenangan terindah mama di Kingston. So seperti biasa la, anak-anak akan menjadi model tetap mama.

Yaya posing atas bench tepi JDUC

Yaya posing atas tangga ke gym

Depan Fleming Hall

Bunga-bunga tulip berkembangan di Benidickson Field

Wanginye bau bunga ni-Tepi Gordon Hall

Saturday, March 15, 2014

Malaysian at Queen's University, Kingston, Ontario

Kat Kingston ni tak ramai Malaysian. Melayu di sini boleh dikira dgn jari. Masa gi bank hari tu, mama tunjuk Pasport Malaysia masa diminta tunjuk ID. Pegawai tu comment, itu 1st time dia tgk pasport dari Malaysia selama dia kerja kat branch tu. Emmm...the next time mama gi bank lagi, lain officer yg attend, beriya dia tanya kenapa pilih Kingston...suka betul bila bagitau dari Malaysia. Bila di tanya apa yg best kalau dia nak pergi melancong. Mama jawab, beautiful beach?!...cantik apa pantai kat Pahang tu...cuma panassss... hitam legam la kulit tu kalu tak pakai sunblock.



Ada FB Group on Malaysian at Queen's University. So if ada nak tanya pasal apa la, boleh la tanya kat sini ekkk..contohnyer...best ke belajar kat sini (Best!), susah ke belajar kat sini (emm...kalu malas baca buku tu, belajar kat mana-mana pun susah dik oiii). For more info click MalaysiansAtQueens

Sunday, February 2, 2014

Bowling with QUMSA Sisters


Semenjak mama kat Queens ni tak pernah sekali pun berpeluang nak join apa-apa event QUMSA (Queen's University Muslim Student Association) ni. So bila mama dpt invitation utk join FroshBowl 2014, mama decided utk pergi la. Boleh bersocial dgn QUMSA Sisters. Mama bawak Adik utk teman. Takut nak balik sorang2 lepas bowling nanti. Bila sampai rupanya 4 org je student pompuan, suka diaorang sebab ada new people. QUMSA Brothers ramai gak la yg join. Meriah betul.

Tuesday, January 28, 2014

Dedaun Berguguran di Musim Luruh


Musim luruh ni mengingatkan mama pada citer Autumn in My Heart. Cantik sungguh dedaun yg bermacam color. yg paling cantik pokok yg daun bertukar jadi merah. Fiery red. Mama masuk fall term kat Queens so masa sampai end of Ogos hari tu, daun masih hijau. Mid Sept daun dah mula bertukar color. Kat Kingston ni tak berapa ketara sgt sebab area town kurang pokok. Tetapi bila mama  ke lab blasting up north, Subhanallah, sgt cantik sepanjang jalan pelbagai warna pokok. Tak sempat nak snap gambar sebab tak bawak camera. Gambar sekitar Queens pun tak sempat nak ambik. Mama teramat busy last term, mama ambik subject yg semua kena mengira. Otak mama ni dah berkarat so tak sempat nak menikmati suasana musim luruh. Insya Allah, kalau diizinkan, next fall mama akan berfotografi byk2 :)

Nasib baik ada satu park kecik kat depan rumah ni ha. Roden Park. So, petang weekend sempatla bawak anak2 ke park ni. Anak2 suka la dpt main lompat2 atas timbunan daun. Tapi mama personally biasa je, sebab musim daun luruh ni macam daun getah luruh je. Mama kan org kg. Rumah pun dlm kebun getah. Musim luruh ni every year blh tgk, lagi tak suka ada la sebab kena menyapu halaman (bila rajin la hehehe). Huhuhu...rindu pulak kat rumah kat Padang Lati tu.

Friday, November 22, 2013

Cantaloupes yg manis


Cantaloupe ni memang manis bergula. 1st time papamama makan buah ni masa kat Pasar Nandaemun kat Seoul in 2009. Kami makan 5 slice seorang. punya la tamak. 1 slice 1000 won. Lepas tu bila balik Malaysia, tak jumpa buah honey dew or rock melon yg mencapai standard manis tu. Bila sampai sini mama perasan ada org jual buah ni kat Farmer's Market depan JDUC di Queens. So mama bagitau papa. then papa pun cuba beli. Masa beli tu macam biasa la papa akan sniffed dulu kat kulit buah tu. Petua org tua-tua kalau bau buah manis mesti isi dalam pun manis. Rupa-rupanya gelagat papa dok cium bau buah tu diperhatikan oleh tuan punya stall. That's a new trick! komen dia. mesti dia heran apsal la org ni dok cium buah-buahan dia. Anyway, papa dapat diskaun 50 cents for that fruits :)