Showing posts with label Snow. Show all posts
Showing posts with label Snow. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Salji dah turun :)

Bulan november...kalu ikut calendar masih dlm fall, tapi cik salju ni tak sabar nak turun...awal 1 minggu compared to last year. Anak2 apa lagi bila dah tengok snow memutih terhampar kat yard depan rumah tu mula-la diangkut keluarnyer semua baju sejuk nak gi buat snow man katayer...


Thursday, February 6, 2014

Yaya naik sled ke Daycare

Hari yg snow turun lebat, baby Yaya naik sled gi daycare sebab nak tolak stroller atas jalan yg penuh snow tu punya lah berat. Yaya sendiri pun dah berat. Pagi-pagi biasanya Yaya a bit grumpy. Masam je. Taknak senyum langsung. Papa lah yg selalu kena htr Yaya. If mama yg hantar maunyer jadi ratu airmata taknak masuk kelas. Mama pulak takleh tgk anak nangis terus ambil dukung. Kalau papa, nangis la, papa buat dek je. Biasanya tak sampai 10 langkah, Yaya akan stop dan main dgn kekawan dia mcm takde apa pun. So, rutin setiap pagi, mama akan walk Adik+Nina to school n Papa ke Daycare.

Monday, January 27, 2014

Sinaran Mentari Sejuk


Masa winter ni, bila nak keluar rumah tu, jangan terpedaya dengan sinaran matahari terik cam tu. Cahaya menyilau mata sampai terkenyit-kenyit. Bak kata ore kelate, bechar weh! 

Kena check weather forecast b4 keluar sebab suhu memang sejuk. Snow pun relak je tak cair pun eventhough kena direct sunlight dari pagi sampai ke petang. Today, suhu -12C. Hari ni mama kena pakai 3 lapis dan kena tukar baju lagi sebab baju 1st adik tegur mama pakai baju mengandung ke? aiseh..sensitif betul dgn komen mcm ni...hehehe..tukar baju lain lah bagi nampak ilusi optik kurus skit.

Ok. Back to kenapa matahari terik tetapi suhu -ve, sebabnya masa winter, daylight sekejap je, angle matahari pun low. Itula sebabnya sinaran matahari tak sempat nak modify suhu sekeliling tu. Pernah berborak ngan auntie kedai Asian Food kat Downtown, dia citer masa mula-mula berhijrah ke Canada ni, dia+suami pun tertipu ngan cahaya matahari winter ni. Auntie ni dari Vietnam, pernah tinggal di one of island in Terengganu before menetap di Kingston ni. Diorang keluar tanpa berbaju sejuk sebab ingat panas terik ni mcm kat Malaysia la kan, panasss. Berlari-lari balik ambik baju sebab tak tahan sejuk.

Sejak winter ni, kalau mamapapa nak keluar, kami suka hari yg turun snow sebab suhu maybe dlm range -4C ke -10C je. Tapi kalau sky clear or sunny skit, siap la berlapis baju kena pakai sebab suhu boleh turun sampai -15C hingga -20C. Kalau ada wind lagi la, sesekali kena hembus boleh kena cold shock. Macam iklan ubat gigi kat tv tu, makan ice cream terus ada electrik shock ke otak :P

Sunday, January 26, 2014

Ice Storm di Kingston

Pertama kali tengok snow original disini..maklumla lepas SPM dulu-dulu tak dpt restu nak belajar kat U obersea. Dan disini gak pertama kali dpt merasa ice storm. Fulamak. Gini rupanya ice storm yer. Semua frozen. kaku. Pokok diliputi ice crystal. Sangat cantik. Bukan pokok je, cabel letrik put samer kena iced. Blackout beberapa kali.



Kena kejutan cuaca semua kat rumah ni. Demam selsema dan sakit kepala lagi. Blh migrain sesekali dihembus bayu sejuk -40C. Semua berkurung kat rumah. Nasib baik masa tu cuti sekolah. So dok dlm rumah heater on 24hour. Dok Kuaters U ni ada kebaikan gak masa winter ni. Utilities dah included dlm rent. Nak guna letrik +air byk mana pun suka ati la. Takde la double cam dok rumah biasa.

Bila mama komplain manja (hehehe). Papa reply siapa suruh pilih utk dtg Canada. Emmm..kenapa ek mama pilih nak dtg sini??? Jawapan nyer tungguuuuu....

Saturday, January 25, 2014

Toboggan Day


Hari ni sekolah anak2 anjurkan toboggan day kat bukit depan sekolah. Kebetulan snow turun dgn lebatnya sejak dari pagi lagi. Adik excited nak pergi sebab dah janji dgn bff dia nak main sled sesamer. So semua kena la meredah salji yg tebal ala-ala snowstorm tu. Angin punya la kuat sampai tak leh nak buka mata. Salji melekat kat spek. Bila buka spek masuk mata plak. Papa kena tarik Nina+Yaya atas sled sebab kalau suruh jalan maknya berjam baru 100m kot. Snow tebal tenggelam kasut setiap langkah, pakcik shovel offday agaknya, tak dtg tolak salji or dia tunggu ribut ni reda baru nak dtg kot. 



Anyway, sampai je kat bukit kecik tu dah ramai anak2 + parents dok main sled dgn riang rianyer..kakak+adik pun dah join samer..meriah betul kat sini. Cuma kena hati-hati takut terlanggar sesama sendiri. Parents semua sporting dan mesra. Nasib baik suhu tak sejuk sgt dlm -4C je, tapi angin kuat. Kena berdiri opposite arh angin baru blh buka mata tanpa ada snow bertempek kat muka.



Lepas naik sled beberapa kali Yaya dah start boring. Nak buat snowman pulak. So layan dia main snow. Tapi snow kali ni takleh nak buat snowball, so kureng menjadi skit snowman yaya tu. Kakak join sekaki nak buat fort. Lepas dah penat dan kesejukkan singgah sekolah jap pekena hot choc uncle timmy..sedap betul. 

toboggan is a simple sled which is a traditional form of transport used by the Innu and Cree of northern Canada (more on tobonggan click here )

Saturday, November 30, 2013

Sledding is fun


Seperti yg dijanjikan, semalam papa pergi walmart belikan anak2 sleds. So, hari ni family activity is main sled kat small hill depan rumah. Check suhu sebelum keluar -4C, so anak2 kena pakai double layer full attire. Kakak plak baru teringat tertinggal glove kat dlm locker sek. its ok pakai je double glove dulu. Nak siapkan 6 org ni dah take time hampir 1jam. Kakak tanya mama tak study ke hari ni. Takpe kakak, esok mama cover double. Hari ni nak join anak2 main snow.


Sampai je kat bukit kecik dpn sek adik tu, dah ada 1 family of 3 tgh main, so we all join sekali la. punya la laju sled tu turun bukit. berpusing-pusing. anak2 enjoy. papa pun tumpang sekali, bawa Yaya turun bukit. After awhile, ada family lain dtg. Bila dah ramai, beberapa kali near miss accident hampir berlaku. so memandangkan tangan mama dah kesejukkan sebab kakak dah pinjam glove mama dan Yaya pun menanggis nak susu. Kita tangguh aktiviti ni ke next time.

Wednesday, November 27, 2013

Waking up to find it's snowing


Pagi ni anak2 sgt excited to see snow blanket all over the place. Adik siap keluar rumah in advance sebab nak touch the snow. Mamapapa rasa beryukur sgt sebab dpt peluang bagi anak2 rasa pengalaman ni. Masa nak htr Nina pergi sekolah, she insist on walking on the snow instead of walking on road. Lepas tu bila tgk kekawan dia sliding kat small hill nera her school, siap berangan nak minta papa belikan dia satu sled. Yaya pulak taknak pakai mitten sebab nak pegang snow. A new experience for the whole family :)

Sunday, November 24, 2013

Yaya's 1st snow experience


Snow turun kejap semalam. Masa ni mama takde rumah. So papa bawak anak2 keluar rumah. Punya la excited especially budak kecik yg dlm gambar tu. Maklum la 1st time jumpa snow. Kakak2 dia dah biasa keluar masuk rumah snow kat Malaysia dulu. Kat Genting Highland tak pun atuk diaorng bawak ke Icity yg dekat rumah atuk je. Papa ambik gambar banyak2 so that bila mama balik dari blasting lab blhg tgk. Seronok layan anak2 main snow. Bila snow turun lagi , Nina request papa nak buat snowman.