Monday, August 8, 2016

A visit to Langkawi after more than 1 decade


Lama betul mama tak pergi Langkawi, last time pergi situ masa kakak dan adik kecik lagi, nina pun belum lahir lagi. Bila sampai sana rupanya dah banyak berubah tapi panasnya tetap sama :)


Monday, July 25, 2016

Mandi Sungai in Kalumpang





Pertama kali ke Kalumpang dan pertama kali mandi sungai di sini...memang bersih dan jernih . Airnya hijau tapi jernih nampak pasir di dasar sungai. Ada part sungai ni dalam dan ada part yang cetek so kita kena pandai la pilih spot ikut ketinggian anak tu. Tapi di Nahara Resort ni sungai yang melalui kawasan nahara ada di pasang tali merentangi sungai so that anak-anak boleh berpegang di tali semasa mandi atau melintasi sungai ke seberang. 

Yaya sampai menangis tak nak balik nak mandi lagi. Tapi bila masuk kereta terus tidur, penat sangat mandi sungai kot hehehe...Kami akan datang lagi ...soon.


Costume contest

Malam tu ada  pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak dan dewasa. Anak-anak masuk kategori kanak-kanak.


Kakak punya costume recycle yang costume halloween last year je...kakak make up dan lukis sendiri muka dia.


Adik taknak guna costume halloween so last minute papa gi beli baju belang hitam putih, suspender belt dan yang paling huru-hara masa nak cari face paint...kal KL ni tak tau kedai mana yang jual...mama search internet pun tak jumpa so terpaksa la DIY je guna losyen baby + water color... Ini budak semua mam dia kena buatkan dari makeup sampai siap. Penat layan!


Nina...happy girl...baju handbok tu dari collection kedai Lili Lila Little Bazaar. Makeup dan hair Aunty Afin dia yang buatkan. 


Yaya ni charactyer dia sama macam adik...demanding dan asyik ada je yang tak kena. Costume Yaya ni recycle costume Nina masa Hari Keluarga JMG dulu. Mama beli Refanes (brand Indonesia untuk costume baju dongeng bertudung)

Ini semua anak-anak sedara yang mempunyai ibubapa yang sangat sporting ...semua enjoy malam tu...

Yang dewasa nanti mama upload gambar kemudian...XOXO


Monday, July 11, 2016

Rumah Api Pantai Senok


Tak pernah tahu pun kat Pantai Senok ni ada rumah api tapi selepas mama tengok video drone mengenai Keindahan Kelantan then mama terasa nak melawat rumah Api ni.

Sepetang di Pokok Rhu, Pantai Senok


Ramai orang kalau bergambar masa melancong ke Korea mesti ada gambar dengan pokok macam ni. Actually tak perlu gi jauh pun kat Kelantan pun ada view yang sangat cantik ni di Pantai Senok, Bachok. Abaikan la gambar mama yang kurang menyengat tu sebab mama ni kan bukan nya profesional photograper kan ...cuma hobi masa lapang ambik gambar guna hp. Tapi dalam banyak-banyak hp yang mama guna camera hp samsung yang agak cantik.


Ok berbalik kepada pokok rhu di Pantai Senok ni. Subhanallah view dalam pokok rhu berlatar belakang kan pantai ni memang cantik . Kalau la pengunjung pantai ni pandai cari bekas sampah, lagi la cantik kan. Anyway, mama enjoy berjalan-jalan dalam pokok ni sambil dengan hempasan ombak di pantai..Anak-anak lari sana sini then makan ice cream teringat mama kenangan masa kecik datang ke pantai dengan arwah Ayah. Dulu-dulu ayah suka bawa mama adik beradik datang ke Pantai Irama piknik, cari remis, mandi pantai dan main kat taman permainan. Harap anak-anak mama ada juga kenangan macam ni bila dia oarang besar nanti.