Monday, February 22, 2016

Chocolate chip muffin mudah, ringkas dan pastinya sedap ...yummy

Pagi ni tetiba jer nina request nak bawak choc chip muffin untuk lunch...aiyya pre mix cake tinggal carrot cake jer so kena la mama mix sendiri...senang jer cuma sebab untuk choc chip muffin ni guna bahan yang memang dah ada kat dapur..

Bahan-bahan:

1 cup tepung gandum*
1 dan 1/2 sudu teh baking powder*
1/4 cup gula putih*
1/4 sudu teh garam*
1/4 cup choc chip*
1 sudu besar serbuk koko* (optional)

1/4 cup minyak sayuran#
1/2 cup susu#
1 telur#
1/2 sudu teh esen vanila#

1 loyang muffin dan muffin liner cup

Cara-cara:
1. preheat oven 350F
2. Campurkan semua bahan * ke dalam mangkuk dan kacau sehingga semua bercampur.
3. Campurkan semua bahan # ke dalam mangkuk lain dan kacau sebati.
4. Masukkan bahan kering ke dalam mangkuk yang berisi bahan cecair dan kacau sekadar bercampur sahaja. jangan kacau lama lebih kurang 10 kali kacau jer. Kenapa? sebab nak elakkan muffin tak naik cantik.
5. Scopkan batter/adunan muffin ke dalam loyang yang telah di letakkan cup muffin. Adunan ni cukup untuk 6 biji muffin saiz sederhana
6. Bakar muffin di dalam oven yang telah dipanaskan selma 20 minit.
7. Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum makan.

Senangkan.

Jimat duit dari beli muffin kat bakery tu dan sure takde bahan pengawet :)

Nota:
If nak guna butter pun boleh tapi boleh guna butter yang telah dicairkan. If guna butter biasa adunan akan jadi sedikit pekat. Dont worry rasa still sama jer.


Sepetang di kebun bunga (dalam green house hehee)

City of Kingston hari ni buat open house untuk green house kat depan sekolah Yaya dan Nina. Bila mama sebut jer green house tu open terus diaorang ajak nak pergi visit. Iye la hari-hari before diorang masuk kelas mesti gi main tepi green house ni...ada taman permainan kat situ ...papa pun suka hang out kat situ gak sebab ada free wi fi untuk pengguna taman...satu kelebihan kat Kingston ni...wi fi free di mana-mana hot spot community area... sao jimat data :)

Ok...bila masuk jer pintu depan green house ni terus kembang kempis lubang hidup dok menyedup bau wangi bunga-bunga. Ada macam-maca jenis dan macam-macam color. Nina dan Yaya berlumba-lumba hidu bunga mana yang paling wangi...lagak diaorang ni macam la tak pernah tengok bunga...logik gak sebab kat luar tu putih salji dan pokok tinggal rangka jer... dull ..life less

Yang mama paling suka of course la tulips kan...tapi tulip ni tak wangi sangat...yang paling wangi wild roses dan hyacinth.
Yaya suka cium hyacinth ni... bau manis
Bunga bird of paradise





Monday, February 8, 2016

Pan Cake yang Gebu dan Fluffy

resepi pan cake ni dah lama mama simpan. Mama dapat resepi ni dari brother yang datang buat promotion kuali serba guna kat ahli-ahli puspanita kat ofis lama mama dulu. So sebab sedap betul la pancake yang dia buat masa demo tu sampai la ni mama akan masak pan cake guna resepi dia. Tq bro.

Bahan-bahan.

1 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula putih

1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cup susu segar
1 sudu besar cuka
1 susu besar minyak sayuran

Cara-cara.

1. Campurkan susu dan cuka dan ketepika selama 5 minit.
2. Ayak bahan bertanda * kedalam mangkuk dan masukkan garam dan gula ke dalam campuran tepung tersebut. ketepikan.
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur bersama esen vanila. Masukkan susu dan minyak. Kacau sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam bekas berisi larutan susu. Kacau sehinga sebati.
5. Panaskan kuali diatas api sederhana dan sapurkan sedikit minyak/butter di permukaan kuali.
6. Tuang adunan pancake ke atas permukaan kuali mengikut saiz yang bersesuaian . Masak sehingga terbit bubble udara di permukaan pan cake. Terbalik kan dan masak seketikat dalam tempoh 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.

Pan cake ni anak-anak suka makan panas-panas letak buter dan maple syrup. Honey dan jam pun sedap. Kakak suka letak nuttela dan adik dia letakkan whip cream atas pan cake tu lepas tu bila habis pan cake dia ratah whip cream pulak sampai habis sebotol sekali dia hadap.