Tuesday, May 26, 2015
Anak-anak memancing di Kingston Mills
Weekend hari tu, papa bawak anak-anak memancing di Kingston Mills. Kebetulan Melur datang rumah so kami bawa dia sekali. Tanya Melur pernah ke fishing? This is her fist experience la...and guess what...ikan yang paling besar ni Melur yang dapat hehehe...lucky her :)
Mula-mula tu mama tengok dia beriya tarik joran...ingatkan mata kail terlekat kat rumput-rampai kat dasar sungai...tapi tengok macam berat je...papa datang to the rescue...rupa-rupanya sekor ikan carp. Hebat jugak melawan ikan ni...
Yaya menanggis takut tengok ikan. Tapi lepas papa lepas kan ikan tu...menangis sekali lagi sebab yaya nak touch the fish.
Balik papa belanja minum dan makan donut di Tim Hortons.
Monday, May 25, 2015
Tulips Festival Ottawa 2015
Tulips Festival Ottawa kali ni kami pergi on the last weekend. First day tu ingatkan nak direct ke Dow's Lake tapi punya la ramai orang so papa decide untuk ke Major's Hill. Bunga-bunga tulips kali ni dah tak secantik tahun lepas, mungkin sebab cuaca yang panas kot. Banyak bunga dah kembang semangkuk dan ada yang dah gugur ke tanah tinggal tangkai je...
Maman ...si ibu labah-labah
Dah lama mama teringin nak bawak anak-anak bergambar ngan ibu spider ni tapi setiap kali gi Ottawa asyik tak berkesempatan je. Alhamdulillah...berjaya gak sampai ke sini.
Wednesday, March 25, 2015
Tengok Niagara Fall beku
March break kali ni papa bawak anak-anak gi tengok Niagara Falls yang masih beku. Kami pergi bersama family kawan papa, Uncle Sadek from Libya. Anak Uncle Sadek ni satu sekolah dengan Adik dan Nina. So seronok la diaorang dapat bercuti bersama-sama.
Kami bertolak awal pagi lagi sebab papa nak sampai awal kat sana. Kami stay kat Imperial Hotel and Suites. Hotel ni ok la dan sesuai dengan budget kami. CAD 50 per night untuk Junior suite yang amat selesa untuk orang. Yang penting anak-anak suka sebab ada swimming pool hehehe. Mama papa pun suka sebab 5 minit walk je ke Clifton hill tu.
Hari pertama lepas check in dan makan lunch. Lunch mama dah siap bawak bekal nasi dan kari ayam. Anak-anak turun berendam dalam swimming pool dulu, bagi papa berehat jap lepas penat drive hampir 4 jam dari Kingston.
Lepas magrib, papa ajak Uncle Sadek keluar jalan-jalan ke Clifton Hill. Yaya nak naik skywheel plak. So semua anak-anak dan papa naik sky wheel kecuali mama. Mama jadi tukang ambik gambar kat bawah je.
Lepas skywheel, kami berjalan-jalan sekitar clifton hill tu then singgah main game jap.

Tuesday, February 17, 2015
Monday, February 9, 2015
Singgah sebentar di Trois-Rivieres
Kami singgah sekejap di rumah Kak Azidah kat Trois Rivieres masa on the way to Quebec City from Ottawa tu. Bila dah masuk Trois rivieres tu anak-anak terjenguk-jenguk keluar tingkap cari mana sungai yang tiga tu...entah la...kat mana lokasi sungai tu...yang pasti bandar ni memang besar kalau nak di compare kan dengan Kingston hehehe...
Sampai kat rumah Kak Azidah kami dijamu dengan nasi kerabu ayam percik dan ikan goreng tepung. Sedap sungguh dapat makan rice to wednesday ni. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan kami :)

Sunday, February 8, 2015
Pulut sekaya ...all time favourite ^^
Hari ni mama masak pulut sekaya...dalam peti ais tu still ada sebekas agar-agar santan tapi tekak terasa nak makan pulut sekaya la pulak. Disebabkan mama takde periuk kukus mama improvise sikit masak pulut sekaya ni ala double boiler hehehe. Boleh la asalkan pulut dan sekaya tu masak.
Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
2 keping gula melaka (yg diameter kecil tu)
1.5 cups beras pulut
1 cup santan pekat
1/8 tsp garam
1/4 tsp esen vanilla
1/4 cup air
Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)
Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Tutup periuk dan biarkan air terus mendidih di atas api sederhana. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.
6. Untuk sekaya, panaskan 1/4 cup air diatas api sederhana, masukkan gula melaka dan kacau sehingga larut di dalam air. Apabila telah larut, tutup api dan biarkan larutan sejuk.
7. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Pukul telur bersama esen vanila, dan masukkan larutan gula melaka yang telah disejukkan tadi kedalam bekas telur. Kacau sebati dan tapiskan campuran telur ke dalam loyang yang berisi pulut.
8. Tutup bekas kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih dan tutup periuk. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Biarkan air terus mendidih di atas api sederhana selama 30 minit sehingga sekaya masak.
Siap

Subscribe to:
Posts (Atom)