Wednesday, March 25, 2015

Tengok Niagara Fall beku

March break kali ni papa bawak anak-anak gi tengok Niagara Falls yang masih beku. Kami pergi bersama family kawan papa, Uncle Sadek from Libya. Anak Uncle Sadek ni satu sekolah dengan Adik dan Nina. So seronok la diaorang dapat bercuti bersama-sama.


Kami bertolak awal pagi lagi sebab papa nak sampai awal kat sana. Kami stay kat Imperial Hotel and Suites. Hotel ni ok la dan sesuai dengan budget kami. CAD 50 per night untuk Junior suite yang amat selesa untuk  orang. Yang penting anak-anak suka sebab ada swimming pool hehehe. Mama papa pun suka sebab  5 minit walk je ke Clifton hill tu.

Hari pertama lepas check in dan makan lunch. Lunch mama dah siap bawak bekal nasi dan kari ayam. Anak-anak turun berendam dalam swimming pool dulu, bagi papa berehat jap lepas penat drive hampir 4 jam dari Kingston.

Lepas magrib, papa ajak Uncle Sadek keluar jalan-jalan ke Clifton Hill. Yaya nak naik skywheel plak. So semua anak-anak dan papa naik sky wheel  kecuali mama. Mama jadi tukang ambik gambar kat bawah je.

Lepas skywheel, kami berjalan-jalan sekitar clifton hill tu then singgah main game jap.








Monday, February 9, 2015

Singgah sebentar di Trois-Rivieres

Kami singgah sekejap di rumah Kak Azidah kat Trois Rivieres masa on the way to Quebec City from Ottawa tu. Bila dah masuk Trois rivieres tu anak-anak terjenguk-jenguk keluar tingkap cari mana sungai yang tiga tu...entah la...kat mana lokasi sungai tu...yang pasti bandar ni memang besar kalau nak di compare kan dengan Kingston hehehe...

Sampai kat rumah Kak Azidah kami dijamu dengan nasi kerabu ayam percik dan ikan goreng tepung. Sedap sungguh dapat makan rice to wednesday ni. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan kami :)


Sunday, February 8, 2015

Pulut sekaya ...all time favourite ^^

Hari ni mama masak pulut sekaya...dalam peti ais tu still ada sebekas agar-agar santan tapi tekak terasa nak makan pulut sekaya la pulak. Disebabkan mama takde periuk kukus mama improvise sikit masak pulut sekaya ni ala double boiler hehehe. Boleh la asalkan pulut dan sekaya tu masak.



Bahan-bahan:
5 biji telur ayam
2 keping gula melaka (yg diameter kecil tu)
1.5 cups beras pulut
1 cup santan pekat
1/8 tsp garam
1/4 tsp esen vanilla
1/4 cup air

Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)

Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Tutup periuk dan biarkan air terus mendidih di atas api sederhana. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.
6. Untuk sekaya, panaskan 1/4 cup air diatas api sederhana, masukkan gula melaka dan kacau sehingga larut di dalam air. Apabila telah larut, tutup api dan biarkan larutan sejuk.
7. Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Pukul telur bersama esen vanila, dan masukkan larutan gula melaka yang telah disejukkan tadi kedalam bekas telur. Kacau sebati dan tapiskan campuran telur ke dalam loyang yang berisi pulut.
8. Tutup bekas kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih dan tutup periuk. Paras air mendidih setakat separuh tinggi loyang sahaja. Biarkan air terus mendidih di atas api sederhana selama 30 minit sehingga sekaya masak.
Siap

Friday, February 6, 2015

Shopping kat Chinatown, Ottawa

Mama ni bila je papa bawa gi Ottawa mesti kena singgah Chinatown jap...nak tambah barang dapur. Kat Kingston tak ada banyak pilihan sebab kedai Asian Market ada satu je...bila sampai Chinatown ni panjang la langkah pergi kedai...

Biasanya kami gi 2 kedai je sebab takut lama tinggal anak...menangis pula si Yaya tu. Kedai yang biasa kami singgah tu Kowloon dan Mampong. Kat kowloon ni leka dok tengok ikan...banyaknya pilihan ikan kat sini...kat Kingston tu asyik-asyik ikan tilapia, salmon atau trout... kalu papa gi mancing merasa la makan ikan perch tak pun catfish...

Papa borong biskut cream crackers ping pong tu sampai 1 kotak sebab Nina dan Yaya suka betul cicah biskut ni ngan air milo. Bila ternampak cendol kat depan kaunter tu...suka betul papa...dah setahun tak merasa makan cendol..apa lagi borong cendol pulak..boleh makan sesama ngan kekawan kat rumah Dayang nanti :)

Kali ni kami cuba masuk kedai Bangkok juga. Banyak juga la daun-daun ulam kat dalam kedai ni. Mama terjumpa daun sireh kat sini...daun kaduk pun ada kat sini...nasib baik la mama ni bukan peminat colek daun kaduk ...kalu tak sure dah beli hehehe...anyway lepas ni tahu la kalau nak beli daun-daun ni boleh datang kedai Bangkok.

Wednesday, February 4, 2015

Hotel Ice di Hotel de Glace

Masa kat rumah lagi Nina ajak mamapapa pergi hotel ice macam cerita emily young kat treehouse channel. Mama pun teringin gak nak tengok apa yang best kat hotel ice tu sebab kalau ikutkan promotion...the only ice hotel in north america.



Kami singgah kat hotel ice ni masa on the way nak balik Kingston. Hotel de Glace ni lebih kurang 10 minit dari Old Quebec so takde la jauh sangat. Bayaran nak masuk $45 CAD untuk 1 family.

Dari luar rupa hotel ice ni lebih kurang igloo yang besar, bila masuk dalam memang besar pun. Siap ada cafe lagi kat dalam tu. Kerusi meja kat cafe tu semua dari ice, dilapik dengan kulit binatang untuk kurangkan sejuk bila duduk lama. Kat end of the hotel ada tangga ice crystal ala-ala cerita frozen. Boleh la bergambar sambil berangan jadi Elsa kat situ hehehe...



Lepas dah penat anak-anak main ice slide kat tepi tangga tu, kami jalan-jalan dari satu bilik ke satu bilik... Decoration untuk setiap bilik ni berbeza antara satu sama lain...anak-anak cuba tidur kat atas katil kat bilik hotel tu..fuhhh sejuk nya...ada ke orang nak menginap dan tidur full night kat bilik-bilik ni...kalau mama la...memang tak tahan sejuk punya...



Lepas dah penat pusing keliling hotel dan bateri hp papa pun dah abis...kami balik ...terus balik ke Kingston...ingat nak singah Montreal jap...tapi mengenangkan papa kena drive 6 jam direct dari Quebec City -Kingston dan esok anak-anak kena gi sekolah...lain kali je la kita gi Montreal ek..

more on ice hotel click here

Air Terjun Beku di Parc de la Chute-Montmorency

Air terjun Parc de la Chute-Montmorency ni antara a must visit place untuk sesiapa yang datang visit Quebec City. Mula-mula tu ingatkan air terjun ni kat dalam hutan simpan or jauh dari bandar. Rupa-rupanya air terjun ni 10 minit je dari Old Quebec dan terletak di tengah-tengah residential area dan boleh nampak dari highway Sainte-Anne Autoroute.



Air terjun Montmorency ni 30 meter lebih tinggi dari Niagara Falls. Ada 2 lokasi untuk ke air terjun ni, direct ke Manoir Montmorency atau naik kereta kabel dari stesen keretapi di tepi autoroute Ste-Anne. Papa direct ke atas bukit, untuk masuk ke area manor kena bayar sebanyak $7.50CAD. Lepas parking, papa belikan tiket untuk naik kereta kabel. Tiket ni untuk unlimited ride dari atas bukit ke stesen kat bawah bukit. 


Dari dalam kereta kabel boleh lihat dengan jelas air terjun Montmorency yang beku, ada sebahagian kecil je yang masih mengalir laju masuk ke tasik beku kat kaki bukit terus ke dalam Sungai St Lawrence yang juga beku. 

Kat tepi tasik beku tu ingat nak berjalan cross ke water fall tapi bila tanya staff kat cafe tu, dia cakap boleh jalan atas tasik tapi atas risk sendiri la...bila tengok takde orang pun yang berjalan kat atas tasik tu terus cancel lah...lagipun jauh jugak la nak sampai ke kaki waterfall tu...so kami sekadar bergambar kat tepi tasik je la berlatar belakang kan waterfall.

Lepas dah bosan minum hot coklat dan makan coklat (gemukla hehehe) kat cafe, anak-anak ajak naik jambatan yang merentasi air terjun. 



Papa tarik yaya dan nina dalam sleigh sepanjang walkway dari manor ke bridge. Gayat jugak la bila atas jambatan tu tapi satu pengalaman baru dapat tengok air terjun yang tinggi dan besar beku. Walaupun sejuk anak-anak enjoy trip ni. Asal jumpa air mata air yang frozen je terus perasan jadi Elsa :P.








more about this waterfall click here